View
219
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
latihan dlm sukan
Citation preview
Tajuk: ANATOMI dan FISIOLOGI
ANATOMI dan FISIOLOGI BAHAGIAN B ( ESEI)
Dalam tubuh manusia, terdapat sebanyak 206 ketul tulang yang berlainan saiz dan bentuk.
a. Huraikan empat fungsi rangka manusia. [3/K/S/8] JAWAPANa) Sokongan- tulang membentuk rangka tubuh yang menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh
b) Perlindungan- rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti kranium melindungi otak.
c) PergerakanApabila otot yang melekatkan pada tulang kontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi.Contoh sendi lutut melibatkan fibula, tibia dan femur.d) Pembentukan sel-sel darahSum-sum merah yang terdapat di dalam tulang menghasilakan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan.
e) Penyimpanan mineralTulang merupakan penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral-mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.
b. Apakah itu sendi? Nyatakan tiga jenis sendi yang terdapat pada sistem biolog serta nyatakan jenis pergerakan.[3/P/R/7]
JAWAPAN
Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang.
a.Diartroses pergerakan bebas; cth: bola dan soket, engsel.
b.Amfiartroses pergerakan terhad cth;simfisis pubis.
c.Sinartroses tiada pergerakan, cth: sutura.
BAHAGIAN A ( SOALAN STRUKTUR)
1 Terdapat beberapa klasifikasi bentuk tulang.
a. Nyatakan jenis tulang yang dilabelkan P di atas. [3/P/R/1] JAWAPAN:
tulang panjang
b. Nyatakan peranan jenis bentuk tulang ini dalam pergerakan manusia. [3/K/S/1] JAWAPAN:
merupakan tuas yang berkesan dalam memudahkan pergerakan.
c. Berikan dua contoh tulang yang sama klasifikasi dengan tulang yang dilabelkan di atas. [3/P/R/2] JAWAPAN:
Radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges
d. Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan jenis bentuk tulang yang berkaitan. [3/K/S/1]JAWAPAN:
Tulang tak tentu bentuk
Tempat pelekatan otot-otot
Contoh: sfenoid
Recommended