View
1.762
Download
31
Category
Preview:
Citation preview
6.0 Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Kulit
Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit, mereka boleh
juga dikenali sebagai penyakit-penyakit kulit. Dalam perbincangan kami
tentang jenis-jenis penyakit kulit, kami juga membincangkan faktor-faktor
yang menyebabkan, simpton-simpton yang boleh dijumpai dan juga rawatan-
rawatan yang boleh diberikan.
JERAWAT
Jerawat adalah peradangan biasa pada kulit muka, dan sering kali
juga pada leher, bahu, dada dan punggung bahagian atas. Jerawat timbul
pada masa remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Ianya disebut
sebagai “penyiksa remaja”. Satu dari lima remaja menghidap jerawat
sehingga meninggalkan bekas luka.
Apabila seorang anak mencapai masa remaja, kelenjar-kelenjar
tubuhnya mengeluarkan hormon seks yang beredar di seluruh tisu tubuh.
Salah satu pengaruh hormon ini ialah merangsang kelenjar minyak
(sebaceous glands) yang berhubungan dengan pundi-pundi rambut. Dalam
kelenjar ini sel-sel berkembang biak dengan cepat, begitu cepat sehingga
salurannya tersumbat dengan sel-sel tersebut. Jerawat terjadi bila kelenjar
minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya
di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu
roma.
Kelenjar-kelenjar itu bekerja dengan giat walaupun benda yang
dikeluarkannya tidak mencapai permukaan kulit. Sewaktu kelenjar itu
mengembung, tisu-tisu di sekelilingnya meregang dan menimbulkan titik putih
– “bintil putih”. Benda yang dikeluarkannya itu kemudian berubah secara
kimiawi sehingga menjadi hitam. Demikian terbentuklah “bintil hitam” di atas
18
pundi rambut. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia
terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan
menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. Apabila
kelenjar minyak dan pundi rambut meregang maka ianya pecah dan
meradang. Ini menimbulkan bintil yang kemudian berubah menjadi jerawat.
Dalam keadaan yang lebih parah, tisu-tisu halus dalam kulit rosak dan
kuman-kuman menerobos sehingga terjadi infeksi.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan
meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai
diberikan. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar sekiranya perawatan
diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu
menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca Jerawat:
Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur
subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam
belasan tahun dan awal 20 'an.
Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan
peranan.
Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang
minyak memberi masalah jerawat di kulit.
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang
dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum
dikulit yang bertambah.
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar
seperti cuaca panas.
19
Rawatan Jerawat:
Terdapatnya dua peringkat untuk merawat jerawat. Pertamanya ialah
pesakit itu sendiri harus membina kesihatan tubuhnya. Berikut ialah apa yang
harus dilakukan:
Bersihkan kulit muka, dan dada dan punggung dua kali sehari dengan
air hangat dan sabun mandi. Jangan memakai sabun yang
mengandung ubat dan jangan menggosoknya terlalu keras.
Jangan menggunakan bahan kosmetik selama perawatan kecuali
salap sederhana.
Jagalah agar kulit tidak tertekan seperti bertopang dagu atau sesuatu
yang menekan bahu.
Berehat secukupnya, tidurlah paling sedikit lapan jam sehari.
Makanlah makanan sihat yang seimbang. Jangan makan makanan di
antara jam makan seperti kuih atau minuman manis. Jangan makan
terlampau banyak. Jangan makan coklat.
Peringkat keduanya ialah rawatan yang diberikan oleh doktor. Doktor
akan menilaikan setiap kes, samada jerawat bentuk biasa atau yang parah.
Berikut ialah apa yang harus dilakukan:
Jangan menggunakan ubat yang dibeli di kedai ubat kecuali yang
disyorkan oleh doktor.
Hindarkan perasaan bimbang atau persaingan yang tidak perlu.
Selalu hubungi doktor, khasnya kalau dia memberikan ubat-ubat yang
lebih kuat.
Sentiasa mengikuti petunjuk doktor. Seringkali ubat-ubat kuat itu
nampaknya merosakkan kulit setelah tiga atau empat minggu. Tetapi
perawatan harus diteruskan supaya sembuh.
Apabila perubatan dihentikan tanpa diketahui doktor, walaupun
jerawat nampaknya sudah hilang, mungkin keadaan akan lebih buruk
20
daripada yang semula. Dan perubatan harus diteruskan beberapa bulan
lamanya.
Kudis Buta
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh
gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Perihal Sarcoptes Scabies :
Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu ini
berukuran 0.4 mm panjang setiap satu. Kutu betina akan mengorek masuk
kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi
kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan.
Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal
yang sesak seperti asrama dan rumah asuhan. Apakah tanda-tanda dan
gejala kudis buta? Kudis buta biasanya berkait dengan: Kegatalan kulit yang
teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk di waktu malam dan selepas
mandi air panas.
Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru. Bintik merah – seperti
ruam terutama di kawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Garisan hitam
beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu). Kegatalan adalah
disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu. Kawasan yang biasa dijangkiti
tempat-tempat yang biasa ialah : Di celah-celah jari. Kudis buta yang
menjangkiti kawasan di celah-celah jari tapak tangan bahagian dalam
pergelangan tangan, kawasan-kawasan lain termasuk : Kawasan kemaluan,
punggung sekitar pusat, celah-celah ketiak, siku kaki dan buku lali.
Bagaimana ianya merebak? Kudis buta senang merebak dari seorang
ke seorang yang lain melalui: Sentuhan kulit ke kulit. Menyentuh pakaian atau
cadar yang dijangkiti (jarang)
21
KURAP (Jangkitan Fungus)
Penyakit kurap atau juga dikenali sebagai Dermatophytoses adalah
sejenis penyakit yang mudah dijankiti sekiranya kurang menjaga kebersihan.
Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat Microsporum sp., Trichophyton sp.
atau Epidermophyton sp.. Penyakit ini disebabkan oleh infeksi cendawan
pada kulit muka, leher, tubuh, lengan, dan kaki. Penyakit ini boleh berada di
kepala, badan, muka, celah paha, kaki, kuku dan tangan.
Jenis-jenis Kurap :
i. KURAP DI KEPALA
Kurap kepala mula-mula tampak seperti luka bersisik, bulat, berwarna
kelabu dan jelas ternampak garis sempadannya. Biasanya rambut di tempat
itu rontok. Infeksi seperti ini jarang menyerang orang-orang yang sudah
dewasa; kalau penyakit itu timbul sebelumnya, maka penyakit itu akan hilang
sendiri apabila dewasa kelak.
Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berusia
terutama 2-10 tahun, di mana kanak-kanak lelaki didapati melebihi lima kali
ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Penyakit ini jarang berlaku
kepada bayi disebabkan tingginya aras asid lemak yang terdapat dalam tubuh
bayi. Asid lemak ini bertindak sebagai anti penyuburan kulat.
Banyak bahagian yang infeksi, luka itu kelihatan menjadi satu dalam
bentuk yang tidak menentu. Rambut-rambut yang ada di tempat itu menjadi
kering dan rapuh, meninggalkan tunggul-tunggul rambut yang pendek yang
dapat dicabut dengan mudah. Mungkin dia akan menjadi botak tetapi bukan
22
untuk selamanya. Kulit kepala terasa sedikit gatal. Penyakit ini biasanya boleh
disembuhkan selama beberapa bulan.
Punca Kurap Kepala:
Penyakit ini dijangkiti oleh genus kulat Microsporum sp. dan
Trichophyton sp. sahaja. Kurap kepala dapat ditimbulkan oleh beberapa jenis
cendawan. Binatang kesayangan, khasnya kucing dan anjing, kedai gunting
rambut, kopiah, sisir atau orang yang sudah ketularan dapat menimbulkan
penyakit ini.
Rawatan Kurap Kepala:
Ubat griseofulvin yang digunakan selama beberapa minggu, dapat
menyembuhkan penyakit ini, asal digunakan di bawah arahan seorang doktor.
ii. KURAP DI BADAN
Kurap badan bermula dengan bercak-bercak seperti sisik. Bercak-
bercak itu mula-mula bertumbuh sebesar biji kacang ijo, tetapi membesar
dengan cepat. Penyakit itu mula sembuh pada bahagian tengah, sehingga
membentuk bulatan yang terdiri dari lepuh-lepuh. Bahagian luar bulatan
nampak menonjol sehingga bahagian tengah kelihatan susut. Bulatan itu
boleh melebar sampai garis menengahnya mencapai 5 sm. Ada kalanya
bahagian tengah tidak sembuh-sembuh, tetapi meradang terus dan membuat
bercak-bercak sisik.
Penyakit ini tidak menimbulkan rasa sakit, tetapi sedikit gatal dan
tentu sahaja tidak elok dipandang.
Punca Kurap Badan:
23
Kulat yang terlibat dengan kurap di badan ialah Trichophyton rubrum
atau Microsporum canisTrichophyton verrucosum dapat diperolehi daripada
binatang ternakan, khasnya kucing. Pada kebiasaan kurap di badan tertumpu
pada sebelah badan sahaja, iaitu taburan dikatakan asimetri. daripada haiwan
peliharaan.
Rawatan Kurap Badan:
Oleskanlah losion calamine setiap tiga jam kepada bahagian yang
terjejas untuk menghilangkan rasa gatal.
Gunakanlah salah satu krim cendawan di bawah ini untuk kulit yang
terjejas, dua kali sehari selama dua atau tiga minggu: Krim Halotex,
Lotrimin atau Tinactin.
Ubat griseofulvin sangat berkesan apabila digunakan di bawah arahan
seorang doktor.
iii. KURAP DI CELAH PAHA
Kurap paha berbentuk bercak-bercak sisik yang berwarna merah atau
coklat, dengan lepuh-lepuh kecil pada pinggirnya yang melebar. Biasanya
kurap ini menyerang permukaan paha sebelah dalam bahagian atas,
sekeliling dubur, buah zakar dan daerah sekitarnya. Ada orang yang
menggolongkannya sebagai kurap badan yang berjenis-jenis. Dalam banyak
hal, yang mula ketularan ialah bahagian paha. Panas, kelembapan udara,
keringat yang berlebihan, lecetan, semuanya membuka jalan bagi infeksi.
Penyakit ini lebih banyak terdapat di kawasan tropik daripada di kawasan
yang lebih sejuk. Rasa gatal itu menyebabkan perasaan tidak selesa.
Punca Kurap Paha:
24
Penyakit kurap ini disebabkan oleh sepsis daripada Trichophyton
rubrum, Trichophyton mentagrophytes danEpidermophyton floccosum. Kurap
ini mudah subur dan membiak dalam keadaan cuaca panas dan lembap.
Penyakit ini kebiasaannya berjangkit pada mereka yang gemuk, yang suka
memakai pakaian yang ketat dan pakaian lembap. Penyakit kurap ini terdapat
di pelipatan kulit di celah paha, pangkal paha, punggung dan kalau dibiarkan
akan merebak ke bahagian abdomen. Biasanya berlaku dikalangan remaja
dan orang dewasa.
Rawatan Kurap Paha:
Bahagian yang terkena harus dijaga supaya selalu kering dan bersih.
Pakailah pakaian yang longgar, halus dan dingin.
Gunakanlah salah satu krim ini dua kali sehari selama dua sampai tiga
minggu: Krim Halotex, Lotrimin atau Tinactin.
Pada pagi hari, taburi bahagian itu dengan bedak talcum yang
mengandungi kalsium propionate. Gunakanlah bedak ini sapanjang
hari untuk mengurangi gesekan sewaktu berjalan.
Ubat mujarab ialah griseofulvin yang diberikan di bawah arahan doktor
sangat berkesan.
iv. KURAP DI MUKA
Kurap ini didapati di kalangan kanak-kanak. Lesinya merah,
berkeruping dan kadang-kadang mempunyai bentuk taburan rama-rama.
Sepsis kulat yang menyebabkan kulat ini ialah Microsporum canis (daripada
binatang peliharaan) danTrichophyton verrucosum (daripada binatang
ternakan
25
v. KURAP DI KAKI
Penyakit ini dikenali sebagai 'athlete’s foot'. Kurap ini disebabkan oleh
sepsis yang sama dengan dengan kurap di celah paha. Kurap di kaki jarang
berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kanak-kanak kurang berpeluh dan
tahap hormon yang berbeza dengan orang dewasa.
Ada tiga jenis klinikal kurap di kaki, iaitu :
Jenis di celah kaki, terutamanya di bahagian celah kaki di antara jari
kaki keempat dan kelima. Keadaan kulit di bahagian ini lembap,
merekah, merah dan mengeluarkan bau yang busuk.
Jenis bervesikel (biji-biji halus berisi air). Ia bermula di bahagian
sebelah jari atau tapak kaki, mempunyai sifat bernanah dan berair.
Kemudian biji-bii pecah menyebabkan kulit kering dan berkeruping.
Jenis hiperkeratotik, iaitu kulit yang terlibat menjadi keras, tebal dan
berkeruping. Lazimnya terdapat di bahagian tapak kaki. Namun
begitu, kerupingnya halus dan jalur-jalur kulit kelihatan jelas dan
nyata apabial berlaku di bahagian atas kaki (dorsum). Jenis ini
berlarutan dan berpanjangan.
vi. KURAP DI TANGAN
Kurap Tangan berbentuk tompok leper dan bulat bervesikel dan
berkeruping halus. Kebiasaannya kurap di tangan akan bersifat papul (bintik)
merah dan bertompok berkeruping di belakang tangan atas pergelangan
tangan. Sesetengah pesakit akan menunjukkan kulit berkeruping tebal dan
26
kemerah-merahan yang tertumpu pada tapak tangan dan biasanya sebelah
tangan sahaja terlibat.
Punca Kurap Tangan:
Pada biasanya, kurap ini disebabkan oleh sepsis kulat yang sama
terlibat dengan kulat di kaki iaitu Trichophyton rubrum, Trichophyton
mentagrophytes dan Epidermophyton floccoum. Kurap di bahagian ini jarang
berlaku dikalangan kanak-kanak.
Panau
Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan
sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus
Malassezia.
Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang
mengidapnya berpeluh.
Athelete's Foot (kaki makan air)
Kaki makan air adalah sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai
Athletes Foot. Penyakit kaki makan air disebabkan kulat. Penyakit kaki
makan air biasanya disebabkan kaki yang selalu berendam air atau
lembab. Kaki makan air (bahasa Inggeris Athlete's foot) menyebabkan kulit di
celah jari kaki yang dijangkiti menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Lepuh
dan kulit pecah juga mungkin berlaku, menyebabkan tisu dalam terdedah,
kesakitan, bengkak dan radang.
27
Jangkitan bakteria kedua juga boleh berlaku bersama jangkitan kulat
yang kadang-kala memerlukan rawatan antibiotik. Jangkitan ini mampu
merebak kepada bahagian lain badan, seperti paha, dan biasanya dikenali
dengan nama lain apabila ia merebak, seperti tinea corporis pada tubuh atau
anggota badan dan tinea cruris (jock itch atau gatal dhobi itch) bagi jangkitan
pada celah paha. Tinea pedis kebiasaannya hadir pada celah jari kaki,
biasanya pada jari kaki kempat dan kelima paling kerap.
EKZEMA (Alergi)
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal,
kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan
tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh
manusia. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian
lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit
kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan
pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-
kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua
tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit
genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Punca Ekzema :
Disebabkan kulit terlalu sesitif terhadap hama habuk, bulu haiwan dan
sesetengah makanan.
Ruam panas
Ruam
28
Kulit yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak
balas kulit yang tidak normal.
Penyebab Ruam
Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu
disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang
menyebabkan kerengsaan seperti :
Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik
dan losyen
Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam
Racun serangga, dan baja
Racun pokok
Terdedah kepada serannga atau parasit seperti hama kudis
buta (scabies mite)
Fabrik
Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek
Susu getah
Sebab-sebab lain termasuklah :
Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap)
Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit)
Insecticides, pesticides and fertilizer
Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis
Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis
Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam
panas)
Gangguan emosi
29
Penyakit hati, buah pinggang dan barah.
Rawatan Ekzema:
Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah.
Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak
Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin
Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan
yang teruk
Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika
kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit anda
kering)
Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis
Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin
Pencegahan Ekzema:
Elakkan menyentuh bahan-bahan yang menyebabkan alahan
Gunakan sarung tangan pelindung
Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari
menggaru
Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit
Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan
kelembapan kulit
Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit
Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat
Amalkan kebersihan
Belajar untuk menangani stres
Psorisis
30
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit
penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit
yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut
dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk
kuku dan tulang.
Gejala Psorisis :
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain
badan.
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis :
Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil
erythrodermic psoriasis
Lampin psoriasis
Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana
ia boleh menimbulkan kesakitan
Guttate psoriasis
31
Plaque psoriasis (bertompok dan
timbul)
Komplikasi :
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis
psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya
terlibat adalah:
Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan
jangka panjang boleh mengawal masalah ini.
SOPAK
Sopak atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel
yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, membran
mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di
kawasan-kawasan genital dan rektal dan retina ataua lapisan dalam mata
dimusnahkan.
Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan.
Rerambut atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut
bertukar menjadi putih.
Punca Sopak :
Punca sebenar Sopak atau Vitiligo sampai sekarang tidak diketahui
secara sahih. Para doktor dan penyelidik masih terus mengesan punca atau
32
asal-usul penyakit ini. Mereka ini telah menyimpulkan hasil kajian dan
penyelidikan mereka kepada beberapa teori tersendiri. Antaranya:
Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit itu
sendiri.
Kemusnahan melanosit dengan sendiri atau mati beragam.
Ada juga kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena
pancaran cahaya matahari berlebihan(sunburn).
Ada juga mengatakan kerana tekanan emosi boleh menyebabkan
Sopak atau Vitiligo ini
Yang pasti kebanyakan pengidap Sopak atau Vitiligo ada kaitan
dengan kelenjar tiroid. Sejauh mana kepastian hanya yang arif dan pakar
sahaja dapat menjawabnya.
Epidemiologinya, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk
dunia (40 atau 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95 peratus
penghidap vitiligo bermula di umur mencecah 40-an. Apapun Sopak atau
Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum atau jantina. Kajian menunjukkan
penyakit ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau
penyakit di mana daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu
dan organnya sendiri. Antara contoh penyakit Autoimun adalah seperti
hipertiroidism di mana kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan anemia pernicious
iaitu penyakit kekurangan sel darah disebabkan kegagalan sel menyerap
vitamin B12.
Sesetengah suatu kaum pula, Sopak atau Vitiligo ini adalah bawaan
dari faktor keturunan. Tetapi sampai sekarang teori ini tidak dapat dibuktikan
secara sahih.
33
Ketandaan Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya kehadiran
tompok-tompok putih pada kulit di bahagia tertentu. Tompok ini selalunya
berlaku di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula
di bahagian tangan, kaki, lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan
ada yang merebak ke bahagian organ seks. Namun begitu belum ada
sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara
mendadak atau perlahan.
KAYAP (jangkitan virus)
Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis
virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan
yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis,
golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah
pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut
pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya
akan meninggalkan parut.
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam,
tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam
panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap
yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian
tertentu di badan.
CAMPAK
34
Campak merupakan penyakit mudah
berjangkit yang selalunya menyerang kanak-
kanak , namun ia juga boleh berlaku pada
semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak
berimunisasi berada berdekatan pesakit akan
dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem
respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1
hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah
ruam timbul.
Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang
terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa
kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30
juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari
75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk
imuniti semulajadi.
Tanda dan Gejala :
Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal
adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit
otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala
tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.
Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke
bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam
masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.
Komplikasi :
35
Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada
sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi
lain berlaku antaranya:
Jangkitan telinga
Pembesaran Nodus Limfa
Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
Jangkitan paru paru
Jangkitan bronkus
Jangkitan peti suara
Cirit birit atau muntah
Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang,
keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
Kematian amat jarang berlaku (satu atau dua daripada 1000 kes,
selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.)
7.0 Rumusan
Sistem Integumentari merupakan bagian tubuh yang paling utama yang
perlu diperhatikan dalam tata kecantikan kulit. Pemahaman tentang anatomi
dan fisiologi kulit akan membantu mempermudah perawatan kulit untuk
mendapatkan kulit wajah yang segar, lembab, halus, lentur dan bersih. Kulit
merupakan organ tubuh paling besar yang melapisi seluruh bagian tubuh,
membungkus daging dan organ-organ yang ada di dalamnya.
Kulit memiliki fungsi melindungi bagian tubuh dari berbagai macam
gangguan dan rangsangan luar. Fungsi perlindungan ini terjadi melalui
sejumlah mekanisme biologis, seperti pembentukan lapisan tanduk secara
terus menerus (keratinisasi dan pelepasan sel-sel kulit ari yang sudah mati),
respirasi dan pengaturan suhu tubuh, produksi sebum dan keringat serta
36
pembentukan pigmen melanin untuk melindungi kulit dari bahaya sinar ultra
violet matahari.
Diduga dengan bertambahnya usia, kadar asam amino pembentuk
kalogen pun berkurang sehingga kalogen yang terbentuk bermutu rendah,
selain itu kalogen kehilangan kelembaban dan menjadi kering serta kaku.
Akibatnya jaringan penunjang itu tak mampu menopang kulit dengan baik,
seperti yang tampak pada kulit orang tua yang makin lama makin kendur dan
kurang lentur. Perubahan susunan molekul kalogen ini merupakan salah satu
faktor utama yang membuat kulit manusia lebih cepat keriput, timbul
pigmentasi, kehilangan kelembaban dan elastisitas. Kapan tanda- tanda
penuaan itu muncul, tergantung pada usaha kita untuk melindungi dan
merawatnya secara baik.
37
Recommended