View
9
Download
2
Category
Preview:
DESCRIPTION
pj
Citation preview
Parit JawaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parit Jawa adalah satu pekan di daerah Muar, Johor, Malaysia. Terletak diantara 15km
dari bandar Muar dan 39km dari bandar Batu Pahat.
Pada asalnya dahulu nama Parit Jawa adalah 'Padang'. Ia merupakan sebuah jajahan di dalam negeri
Johor, yang terletak di bahagian pantai barat Daerah Muar yang mempunyai rupa bentuk geografinya yang
luas, rendah, rata dan tidak berbukit-bukit.[1]
Luas Padang asalnya ialah kira-kira 13 km dengan lebar 6 km iaitu dari Parit Perupuk hingga ke Parit
Jawa. Walau bagaimanapun, panjang jajahan Padang ini berubah-ubah dari masa ke semasa tertakluk
kepada zaman pemerintahan dan pentadbiran:
Zaman Belanda (1641-1825) - Keluasan Padang hanya dari Parit Perupuk hingga ke Parit Pinang
Seribu sahaja.
Zaman Sultan Abu Bakar (1863-1895) - Keluasan Padang mengunjur sehingga ke Sungai Balang.
Zaman Inggeris dan selepas Merdeka (1990an) - Keluasan Padang hanya terhad kepada kawasan
Parit Jawa dan sekitarnya.
Oleh sebab itu ada yang mengatakan dan adalah dipercayai bahawa wilayah Padang itu sendiri
merupakan kawasan Parit Jawa sekarang, dan malahan nama sebutan dalam Bahasa Cina dan loghat-
loghatnya bagi Parit Jawa sehingga sekarang masih menggunakan sebutan 'Padang' (Bahasa Cina:巴
冬, Hanyu Pinyin: Bā Dōng, Teochew & Hokkien: Pa Tang ) walaupun nama panggilan rasminya Bahasa
Melayu zaman kini adalah Parit Jawa.[2]. Nama ini berasal dari dari parit yang digali oleh peneroka-
peneroka orang jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia yang telah membuka kawasan ini.
Dalam tahun 1886, bagi Muar dan Kesang diletakkan dibawah tadbiran Residen atau State Commissioner
for Muar (Bahasa Melayu: Orang Besar (Pesuruhjaya Negeri) Daerah Muar) Ungku Sulaiman Daud,
daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran
kelapa dan pinang oleh peneroka berbangsa Jawa, manakala penangkapam ikan dan hasil laut serta
perdagangan oleh peneroka berbangsa Cina.
Ia terkenal dengan makanan lautnya kerana hidangan gulai ikan asam pedas Melayu dan ikan bakar hasil
daripada masakan turun temurun masyarakat nelayan tempatan. Pantai Leka di Parit Jawa kini telah
dibangunkan untuk tujuan riadah serta tarikan pelancong. Parit Jawa juga terkenal kerana merupakan
kawasan persinggahan burung-burung migrasi dalam perjalanan musim penghijrahan mereka yang telah
menjadikan Parit Jawa satu tempat istimewa peminat-peminat burung-burung migrasi untuk memerhati
geligat mereka dan mengambil gambar mereka.
[sunting]Statistik Mukim Parit Jawa
Keluasan Mukim - 7,129.76 hektar
Melayu - 6,093 orang
Cina - 5,136 orang
India - 78 orang
Lain-lain - 12 orang

Recommended