View
96
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
ISI KANDUNGAN1.0 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 2.0 Huraian Penilaian Perisian Kursus PPBK 2.1 Penilaian Jenis Kursus Tutorial 2.2 Penilaian Jenis Kursus Latih-tubi 2.3 Penilaian Jenis Kursus Permainan 2.4 Penilaian Jenis Kursus Tunjuk Cara 2.5 Penilaian Jenis Kursus Simulasi 2.6 Penilaian Jenis Kursus Ujian 3.0 Rancangan Pengajaran Harian 4.0 Bibliografi 10 12 15 17 20 26 5 8 21.0 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILA
Citation preview
ISI KANDUNGAN
1.0 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 2
2.0 Huraian Penilaian Perisian Kursus PPBK
2.1 Penilaian Jenis Kursus Tutorial 5
2.2 Penilaian Jenis Kursus Latih-tubi 8
2.3 Penilaian Jenis Kursus Permainan 10
2.4 Penilaian Jenis Kursus Tunjuk Cara 12
2.5 Penilaian Jenis Kursus Simulasi 15
2.6 Penilaian Jenis Kursus Ujian 17
3.0 Rancangan Pengajaran Harian 20
4.0 Bibliografi 26
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
1.0 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
Sejak Malaysia mencapai kemedekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan
kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Masyarakat
berperanan bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi juga sebagai penyumbang
kepada sains dan teknologi. Pada tahun 1960, penggunaan komputer dalam pendidikan
telah mula digunakan di Amerika Syarikat (Noorhasyin & Hananian, 1990). Di Malaysia,
PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang
dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan
ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan beberapa
program komputer dalam pendidikan sejak tahun 1986 melalui Pusat Perkembangan
kurikulum. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran
iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan komputer untuk menyampaikan isi
kandungan mata pelajaran dengan berkesan. Mengikut Sander (1987), pembelajaran
berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi
dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan
untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Pelajar akan berinteraksi terus dengan
komputer dalam pembelajaran berbantukan komputer. Seseorang pelajar juga boleh
belajar secara sendiri serta boleh mengawal urutan pembelajaran. Manakala, guru hanya
memilih dan mengatur bahan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar. Kefahaman di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar
untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.
Penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan komputer untuk pengajaran
adalah dalam bentuk tutorial, latih tubi, permainan, tunjuk cara, simulasi dan ujian.
Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej
tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar.
2
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Kaedah pembelajaran berbantukan komputer juga mempunyai keistimewaan. Perisian
yang digunakan tidak menjemukan, menarik, boleh digunakan bila-bila masa, bersifat
multimedia dan mesra pengguna. Perisian pendidikan ini bukan sahaja memanfaatkan
para pelajar tetapi juga para guru atau pensyarah dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Terdapat enam jenis perisian kursus pembelajaran berbantukan
komputer yang utama. Jenis-jenis perisian kursus tersebut ialah yang berbentuk tutorial,
latih tubi, permainan, tunjuk cara, simulasi dan ujian. Setiap jenis perisian kursus yang
dihasilkan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah.
Jenis perisian kursus yang pertama ialah tutorial. Tutorial melibatkan
penggunaan perisian kursus yang memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran. Ia
disampaikan secara berperingkat-peringkat bermula dari peringkat awal sesuatu tajuk
sehinggalah ke peringkat yang terakhir iaitu yang melibatkan sesi penilaian. Tutorial
sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan
pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar
yang berpencapaian tinggi.
Jenis perisian kursus yang kedua ialah latihtubi. Ia merupakan latihan yang
terkandung di dalam sesuatu perisian kursus untuk meningkatkan pengalaman
pembelajaran pelajar. Hampir semua perisian kursus menggunakan latihtubi. Ini kerana,
setiap perisian kursus yang dilengkapi dengan latihtubi akan memberikan soalan dan
merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat
memberikan maklumbalas kepada jawapan yang diberikan oleh pelajar. Keistimewaan
jenis perisian kursus ini ialah, ia membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman
mengikuti latihan ini mengikut kemampuan mereka tanpa perlu mengikut kemampuan
pelajar yang lain.
Permainan merupakan jenis perisian kursus penilaian yang ketiga. Ia
melibatkan aktiviti yang menyeronokkan dan mampu manarik minat murid. Permainan
yang dihasilkan menerusi perisian kursus ini kebanyakannya menggunakan suatu teknik
3
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
yang menggabungkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Apabila guru
menggunakan jenis perisian kursus permainan, ia akan dapat memperkembangkan
kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah pelajar.
Jenis perisian kursus yang keempat ialah tunjuk cara. Tunjuk cara merupakan
suatu jenis perisian kursus yang menunjukkan kepada pelajar cara membuat atau
melakukan sesuatu prosedur. Ia digunakan untuk manambah pemahaman pelajar terhadap
sesuatu prosedur atau kaedah sebelum melakukannya di dalam situasi yang sebenar.
Tunjuk cara membolehkan pelajar memahami suatu langkah dari mula hingga akhir dan
manambah keyakinan mereka untuk melakukan sesuatu prosedur.
Simulasi merupakan jenis perisian kursus yang kelima. Ia merupakan suatu
situasi yang disediakan mengguanakan komputer yang memberikan gambaran sebenar
kepada pelajar terhadap sesuatu proses atau eksperimen. Apabila menggunakan jenis
perisian kursus ini, pelajar dapat memahami dan mengetahui sesuatu proses atau
eksperimen dari awal hingga akhir berdasarkan keadaan yang sebenar. Ia sesuai
digunakan untuk pembelajaran sesuatu proses dan konsep yang kompleks terutama di
dalam mata pelajaran sains dan mata pelajaran lain yang melibatkan penggunaan bahan
yang merbahaya.
Manakala perisian berbantukan komputer yang terakhir adalah jenis ujian.
Setiap perisian yang dihasilkan mengandungi ujian untuk membolehkan guru mengukur
dan menilai pencapaian pelajar. Antara jenis-jenis soalan yang selalu digunakan adalah
berbentuk objektif, item betul salah, isi tempat kosong, padanan dan sebagainya. Jawapan
yang diberikan pula adalah tepat, cepat dan betul tanpa ada sebarang keraguan.
Kesimpulannya, perisian pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK )adalah
amat diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mempelbagaikan
kaedah pengajaran di negara kita dalam usaha melahirkan generasi muda yang
berpengetahuan disamping celik dalam teknologi maklumat.
4
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2.0 Huraian Penilaian Perisian Kursus Bagi ( PPBK ).
2.1 Perisian Jenis Tutorial
Matapelajaran : Pendidikan Agama Islam
Tahun : Tahun 1
Tajuk : Rukun Islam
Gambar di atas menunjukkan sebuah perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer yang dibangunkan oleh Unit Pendidikan Islam Sektor Pelbagai
Media Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat dua jenis PPBK yang terkandung di dalam perisian ini iaitu tutorial dan ujian.
Tujuan perisian Rukun Islam ini diwujudkan adalah untuk digunakan sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tahun satu. Di dalam perisian ini terdapat
banyak maklumat serta aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk digunakan
oleh guru.
Fungsi dan kegunaan perisian rukun Islam ini adalah untuk membantu guru dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, perisian ini boleh
membantu guru mencapai objektif pengajarannya. Ini kerana objektifnya ditulis dengan
5
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
jelas dan secara tidak langsung memberitahu pelajar apa yang perlu mereka capai di
dalam pembelajaran mereka. Objektif ini penting kerana ia memberikan arah tuju kepada
pelajar tentang apa yang akan mereka pelajari. Selain itu, perisian ini juga mengandungi
bahagian paparan set induksi. Set induksi yang dipaparkan mampu menarik minat pelajar
terhadap sesuatu tajuk. Namun begitu, pengguna tidak boleh mempercepatkan langkah-
langkah di dalam perisian ini. Mereka juga tidak boleh sewenang-wenangnya keluar dari
program ini. Hal ini kerana pengguna perlu meninggu sehingga satu-satu langkah selesai
untuk pergi ke langkah yang lain. Pengguna juga tidak boleh berhenti dan memulakan
semula ditempat yang dia berhenti. Dari segi penyampaian pula, ia tersusun rapi, boleh
menarik minat dan pengguna dibimbing secara berterusan. Pengguna/pelajar digalakkan
berfikir dan mengenang kembali pelajaran-pelajaran yang lepas. Perisian ini juga sesuai
ditunjukkan menggunakan komputer dan mempunyai ia mempunyai penutup yang
berkesan.
Dari segi persembahan pengajaran, perisian ini mempunyai teks yang jelas dan
boleh dibaca. Grafiknya juga menarik dan mampu menarik minat pelajar. Audio yang
digunakan juga jelas. Manakala animasi yang digunakan dapat membantu pelajar.
Panduan yang digunakan jelas tetapi agak kurang difahami sedikit kerana penggunaan
butang maju ke hadapan, ulang dan kembali tidak disertakan. Panduan penggunaan tiada
di paparan dan ini agak menyukarkan pengguna untuk memahami sesuatu simbol yang
dipaparkan. Perisian ini juga tidak menyertakan bahan rujukan. Reka bentuk skrinnya
agak kurang menarik kerana menggunakan paparan skrin yang biasa dilihat. Warna yang
digunakan juga agak pudar dan kusam. Di dalam perisian ini ada digunakan video.
Namun, ia agak kecil dan sukar dilihat. Secara keseluruhannya, kombinasi teks, grafik,
audio, video animasi dan warna akan dapat mengukuhkan proses pembelajaran.
Pada skop isi kandungan, maklumat yang dipaparkan tidak terlalu mendalam atau
cetek. Ia sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahun satu. Maklumat yang disampaikan
juga tepat dan boleh diaplkasikan di dalam tugas seharian. Maklumat yang terdapat di
dalam perisian ini juga disusun dengan teratur dan ada dikaitkan dengan pengetahuan
6
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
sedia ada pelajar. Contoh yang diberikan juga adalah mencukupi dan realistik.
Berdasarkan pemerhatian saya, bahasa penyampaiannya mudah dan tiada sebarang
kesilapan ejaan yang berlaku.
Perisian rukun Islam ini agak mudah digunakan, tiada gangguan teknikal
mahupun keraguan dari segi ketahanannya. Perisian ini juga sesuai digunakan dengan
menggunakan komputer berbanding alat teknologi yang lain. Dari segi dokumentasi pula,
tiada sebarang panduan dan manual yang disertakan dan boleh digunakan oleh pengguna
untuk menginstallasi perisian ini. Maklumat talian kecemasan juga tiada untuk kegunaan
pengguna.
7
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2.2 Perisian Jenis Latih-Tubi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : Tahun Satu
Tajuk : Suku Kata
Jenis pengajaran yang digunakan di dalam perisian ini ialah latih tubi. Pengajaran
berbentuk latih tubi dipersembahkan melalui slide-slide yang disediakan. Perisian ini
adalah perisian yang di bangunkan oleh En Abd.Manan B. Salleh dari Sekolah Merbok
Pusat, Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Pemandu bahan kreatif Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Bahagian teknologi pendidikan
Tujuan perisian ini diwujudkan adalah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
tahun satu dan menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang
sesuai dan berkesan. Ia juga adalah untuk membantu pelajar membaca dengan cepat
8
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
terutamnya bagi murid tahun satu dan murid yang mempunyai masalah dalam menguasai
kemahiran membaca.
Objektif pengajaran perisian mutiara ini tidak dinyatakan dan tidak ditulis. Set
induksi juga tiada. Apabila menggunakan perisian ini, pengguna boleh mengubah kadar
kecepatan dan boleh mengubah aturan persembahan. Pengguna juga boleh keluar dari
program ini pada bila-bila masa sahaja kerana butang keluar disediakan. Bagaimana pun,
pengguna tidak boleh berhenti dan memulakan semula ditempat yang dia berhenti.
Penyampaian perisian ini menarik dan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar di
sekolah. Program yang disediakan ini juga mampu merangsang pengguna dan membantu
di dalam proses pembelajaran. Penilaian yang disertakan juga berkesan dan sesuai dengan
tahap kognitif pelajar.
Reka bentuk skrin perisian ini menarik. Teksnya juga jelas dan boleh dibaca.
Grafiknya juga menarik dan mampu menarik minat pelajar. Audio yang digunakan juga
jelas. Animasi yang digunakan besar, jelas dan terang. Panduan yang digunakan tidak
jelas kerana tiada sebarang paparan penggunaan butang maju ke hadapan, ulang dan
kembali. Panduan penggunaan tiada dan ini agak menyukarkan pengguna untuk
memahami sesuatu simbol yang dipaparkan. Perisian ini juga tidak menyertakan bahan
rujukan. Warna yang digunakan juga menarik dan berwarna-warni. Di dalam perisian ini
tidak terdapat sebarang video. Secara keseluruhannya, kombinasi teks, grafik, audio,
video animasi dan warna dapat mengukuhkan proses pembelajaran.
Di dalam perisian ini juga, tiada sebarang maklumat isi kandungan yang
dipaparkan. Ia sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahun satu. Maklumat yang
disampaikan juga tepat dan oleh diaplikasikan di dalam tugas seharian. Maklumat yang
terdapat di dalam perisian ini juga disusun dengan teratur dan dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Contoh yang diberikan juga adalah mencukupi dan
realistik. Berdasarkan pemerhatian saya, bahasa penyampaiannya mudah dan tiada
sebarang kesilapan ejaan yang berlaku.
9
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Perisian ini agak mudah digunakan dan tiada gangguan teknikal. Perisian ini juga
sesuai digunakan dengan menggunakan komputer berbanding alat teknologi yang lain.
Dari segi dokumentasi pula, tiada sebarang panduan dan manual yang boleh digunakan
oleh pengguna untuk menginstallasi perisian ini. Maklumat talian kecemasan juga tiada
untuk kegunaan pengguna.
2.3 Perisian Jenis Permainan
Matapelajaran : Sains
Tahun : Tahun 6
Tajuk : Daya dan gerakan
Gambar di atas menunjukkan sebuah perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer yang dibangunkan oleh Unit Pendidikan Islam Sektor Pelbagai
Media Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat banyak jenis PPBK yang terkandung di dalam perisian ini iaitu seperti tutorial,
permainan dan ujian.
Tujuan perisian sains ini diwujudkan adalah untuk digunakan sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tahun enam. Di dalam perisian ini terdapat
10
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
banyak maklumat serta aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk digunakan
oleh guru kepada pelajarnya.
Fungsi dan kegunaan perisian sains ini adalah untuk membantu guru dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pembelajaran bagi perisian
ini tidak ditulis dan dinyatakan. Objektif perlu dinyatakan kerana ia memberikan arah
tuju kepada pengguna tentang apa yang akan mereka pelajari. Selain itu, perisian ini
mengandungi set induksi. Set induksi yang dipaparkan mampu menarik minat murid
kerana ia sungguh menarik. Pengguna juga boleh mengubah kadar persembahan dan
aturan persembahan. Pengguna boleh pergi ke hadapan atau belakang dan keluar dari
program ini pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana terdapat butang yang boleh digunakan
dan dipaparkan di dalam perisian ini. Manakal dari segi penyampaian pula, ia tersusun
rapi, boleh menarik minat dan pengguna dibimbing secara berterusan. Pengguna/pelajar
digalakkan berfikir dan mengenang kembali pelajaran-pelajaran yang lepas. Perisian ini
juga sesuai ditunjukkan menggunakan komputer dan mempunyai penutup yang berkesan.
Dari segi persembahan pengajaran, perisian ini mempunyai teks yang jelas dan
boleh dibaca. Grafiknya juga menarik dan mampu menarik minat pelajar. Audio yang
digunakan juga jelas. Animasi yang digunakan dapat membantu pelajar. Video yang
digunakan juga jelas dan terang. Di dalam perisian ini, terdapat panduan pengguna tetapi
penggunaannya agak terhad dan tidak menyeluruh. Perisian ini juga tidak menyertakan
bahan rujukan. Kekurangan perisian ini ialah, warna yang digunakan juga agak pudar dan
kusam.
Pada skop isi kandungan, maklumat yang dipaparkan tidak terlalu mendalam atau
cetek. Ia sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahun enam. Maklumat yang disampaikan
juga tepat dan oleh diaplkasikan di dalam tugas seharian. Maklumat yang terdapat di
dalam perisian ini juga disusun dengan teratur dan dikaitkan dengan pengetahuan sedia
ada pelajar. Contoh yang diberikan juga adalah mencukupi dan realistik dan bahasa
penyampaiannya mudah dan tiada sebarang kesilapan ejaan yang berlaku.
11
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Perisian sains ini mudah digunakan, tiada gangguan teknikal dan ketahannya tidak
boleh dipertikaikan. Perisian ini juga sesuai digunakan dengan menggunakan komputer.
Dari segi dokumentasi pula, terdapat sedikit panduan dan manual yang boleh digunakan
oleh pengguna untuk menginstallasi perisian ini. Namun, panduan yang diberikan sudah
cukup untuk membantu pengguna memahami perisian ini. Dari segi maklumat talian
kecemasan pula, ia tidak disertakan oleh pencipta perisian ini.
2.4 Perisian Jenis Tunjuk Cara
Mata pelajaran : Pendidikan khas
Tahun : Tahun 1 & 2
Tajuk : Pengurusan Diri
Perisian pendidikan khas yang nertajuk pengurusan diri ini telah dibangunkan
oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jenis kategori
perisian yang digunakan ialah tunjuk cara, permainan dan ujian atau latihan. Perisian ini
juga termasuk dalam jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).
12
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Pengajaran berbentuk tujuk cara dipersembahkan melalui video perlakuan kanak-kanak.
Untuk menarik minat murid satu aktiviti rekreasi minda yang berbentuk permainan
diadakan selepas persembahan video.
Tujuan perisian pengurusan diri ini dibina adalah untuk digunakan di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Tujuannya juga adalah untuk
menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan
berkesan supaya objektif pengajaran dapat dicapai.
Fungsi dan kegunaan perisian ini adalah untuk dijadikan pemudah cara kepada
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Melalui butang-butang manual yang
terdapat di dalam perisian ini dapat membantu guru menyampaikan pelajaran dengan
lebih berkesan. Manual tersebut telah diterangkan dengan baik dan ia sesuai dengan
objektif pelajaran untuk pendidikan khas. Terdapat juga contoh-contoh yang realistik
yang boleh difahami oleh pelajar. Melalui perisian ini, ia akan dapat menarik minat
pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran.
Objektif pengajaran perisian pendidikan ada dinyatakan dengan jelas. Objektif
ini juga mampu dan boleh dicapai oleh pelajar. Objektif ini juga memberi arah tuju
kepada pelajar supaya mereka mengetahui secara keseluruhannya apa yang mereka akan
pelajari. Namun, set induksi di dalam perisian ini tidak dinyatakan.. Apabila
menggunakan perisian ini, pengguna juga boleh keluar dari program ini pada bila-bila
masa sahaja kerana butang keluar disediakan. Walau bagaimana pun, pengguna tidak
boleh mengubah kadar kecepatan dan tidak boleh mengubah aturan persembahan perisian
ini. Pengguna juga tidak boleh berhenti dan memulakan semula ditempat yang dia
berhenti. Dari segi penyampaian, perisian ini menarik dan sesuai dengan gaya
pembelajaran pengguna. Program yang disediakan ini juga mampu merangsang pengguna
dan mambantu mereka di dalam proses pembelajaran. Penilaian yang disertakan juga
berkesan dan sesuai dengan tahap kognitif pelajar pendidikan khas.
13
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Rekabentuk skrin perisian pendidikan khas ini menarik. Teksnya juga jelas dan
boleh dibaca. Grafiknya juga menarik dan mampu menarik minat pelajar. Audio yang
digunakan juga amat jelas. Animasi yang digunakan besar dan terang. Panduan yang
digunakan adalah jelas kerana ada disediakan paparan penggunaan butang maju ke
hadapan, ulang dan kembali. Warna yang digunakan juga menarik dan berwarna-warni.
Panduan penggunaan ada disediakan dan ini dapat membantu pengguna untuk memahami
sesuatu simbol yang dipaparkan. Namun begiru, perisian ini tidak menyertakan bahan
rujukan. Di dalam perisian ini ada terdapat video yang besar dan terang. Secara
keseluruhannya, kombinasi teks, grafik, audio, video animasi dan warna dapat
mengukuhkan proses pembelajaran subjek pendidikan khas ini.
Maklumat yang terdapat di dalam perisian ini adalah tepat dan boleh
diaplikasikan di dalam tugas seharian pelajar. Maklumat yang terdapat di dalam perisian
ini juga disusun dengan teratur dan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Contoh yang diberikan juga adalah mencukupi dan realistik. Berdasarkan pemerhatian
saya, bahasa penyampaiannya mudah dan tiada sebarang kesilapan ejaan yang berlaku.
Perisian ini agak mudah digunakan dan tiada gangguan teknikal. Perisian ini
juga sesuai digunakan dengan menggunakan komputer berbanding alat teknologi yang
lain. Dari segi dokumentasi pula, tiada sebarang panduan dan manual yang boleh
digunakan oleh pengguna untuk menginstallasi perisian ini. Maklumat talian kecemasan
juga tiada untuk kegunaan pengguna.
14
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
2.5 Perisian Jenis Simulasi
Mata pelajaran : Bahasa Inggeris
Tahun : Tahun 2
Tajuk : Plants and Flower
Perisian Amin and the Beanstalk ini adalah perisian yang dikategorikan sebagai
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ). Perisian ini telah
dibina oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat
dua jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang terkandung di dalam
perisian ini iaitu jenis simulasi dan jenis ujian. Jenis pengajaran dan pembelajaran
simulasi terdapat pada manual eksperimen di mana pengguna boleh mengetahui
bagaimana tumbuhan membesar.
Tujuan perisian ini dibina adalah untuk digunakan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran sains tahun satu. Ia juga dapat menyampaikan pengetahuan serta
mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
15
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Objektif pengajaran perisian ini ada dinyatakan dengan jelas. Objektif ini juga
mampu diapai oleh pelajar dan ia memberi arah tuju kepada mereka sewaktu sesi
pembelajaran. Namun begitu, tiada sebarang peta maklumat atau rangka maklumat yang
jelas disediakan di dalam perisian ini. Apa yang menarik di dala perisian ini ialah, st
induksinya dimulakan dengan teknik bercerita yang disediakan dengan animasinya sekali.
Apabila menggunakan perisian ini, pengguna boleh mengubah kadar kecepatan dan boleh
mengubah aturan persembahan. Pengguna juga boleh keluar dari program ini pada bila-
bila masa sahaja kerana butang keluar disediakan. Bagaimana pun, pengguna tidak boleh
berhenti dan memulakan semula ditempat yang dia berhenti. Penyampaian perisian ini
menarik dan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar di sekolah. Program yang
disediakan ini juga mampu merangsang pengguna dan membantu di dalam proses
pembelajaran. Penilaian yang disertakan juga berkesan dan sesuai dengan tahap kognitif
pelajar peringkat sekolah rendah.
Reka bentuk skrin perisian ini menarik. Teksnya juga jelas dan boleh dibaca.
Grafiknya juga menarik dan mampu menarik minat pelajar. Audio yang digunakan juga
jelas. Namun, animasi yang digunakan kurang besar. Panduan yang digunakan amat jelas
dan dapat membantu pengguna sewaktu menggunakan perisian ini. Perisian ini juga tidak
menyertakan bahan rujukan. Walau bagaimana pun, terdapat satu paparan glosari yang
memberi makna perkataan yang sukar. Warna yang digunakan juga menarik dan
berwarna-warni. Di dalam perisian ada digunakan video. Secara keseluruhannya,
kombinasi teks, grafik, audio, video animasi dan warna dapat mengukuhkan proses
pembelajaran.
Di dalam perisian ini juga, terdapat maklumat isi kandungan yang dipaparkan.
Ia sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahun satu. Maklumat yang disampaikan juga tepat
dan oleh diaplikasikan di dalam tugas seharian. Maklumat yang terdapat di dalam
perisian ini juga disusun dengan teratur dan dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
16
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
pelajar. Contoh yang diberikan juga adalah mencukupi dan realistik. Bahasa
penyampaiannya mudah dan tiada sebarang kesilapan ejaan yang berlaku.
Perisian ini agak mudah digunakan dan tiada gangguan teknikal sewaktu saya
menggunakannya. Perisian ini juga sesuai digunakan dengan menggunakan komputer
berbanding alat teknologi yang lain. Dari segi dokumentasi pula, tiada sebarang panduan
dan manual yang boleh digunakan oleh pengguna untuk menginstallasi perisian ini.
Maklumat talian kecemasan juga tiada untuk kegunaan pengguna.
2.6 Perisian Jenis Ujian
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : Tahun 1-3
Tajuk : Allah Maha Berkuasa
Jenis kategori perisian yang digunakan di dalam tajuk Allah Maha Berkuasa ialah
jenis ujian dan jenis tutorial. Perisian ini juga termasuk dalam jenis pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ). Perisian ini telah dibangunkan oleh
bahagian teknologi Pendidikan, kementerian pelajaran Malaysia. Pengajaran berbentuk
17
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
ujian dipersembahkan melalui slide yang disediakan. Untuk menamatkannya klik pada
butang menu dan terus keluar.
Tujuan perisian Allah Maha Berkuasa ini dibina adalah untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran Tahun 1 - 3 dan menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
Fungsi dan kegunaan perisian ini adalah untuk membantu guru dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, perisian ini boleh
membantu guru mencapai objektif pengajarannya. Ini kerana objektifnya ditulis dengan
jelas dan secara tidak langsung memberitahu pelajar apa yang perlu mereka capai di
dalam pembelajaran mereka. Objektif ini penting kerana ia memberikan arah tuju kepada
penggunanya tentang apa yang akan mereka pelajari. Selain itu, perisian ini juga
mengandungi bahagian set induksi. Set induksi yang dipaparkan mampu menarik minat
pelajar terhadap sesuatu tajuk. Namun begitu, butang yang dipaprkan pada bahagian ini
agak mengelirukan. Pengguna tidak boleh mempercepatkan langkah-langkah di dalam
perisian ini. Mereka juga tidak boleh sewenang-wenangnya keluar dari program ini. Hal
ini kerana pengguna perlu meninggu sehingga satu-satu langkah selesai untuk pergi ke
langkah yang lain. Pengguna juga tidak boleh berhenti dan memulakan semula ditempat
yang dia berhenti. Dari segi penyampaian pula, ia tersusun rapi, boleh menarik minat dan
pengguna dibimbing secara berterusan. Pengguna digalakkan berfikir dan mengenang
kembali pelajaran-pelajaran yang lepas. Akan tetapi, pada bahagian penutup, perisian ini
menunjukkan penutup yang kurang jelas.
Dari segi persembahan pengajaran pula, perisian ini mempunyai teks yang agak
kecil tapi masih boleh dibaca. Grafiknya juga menarik dan mampu menarik minat pelajar.
Audio yang digunakan juga jelas. Manakala animasi yang digunakan dapat membantu
pelajar memahami sesuatu tajuk. Panduan yang digunakan jelas kerana ia menggunakan
butang animasi berbanding perisian lain yang menggunakan butang perkataan. Panduan
penggunaan tiada dan ini agak menyukarkan pengguna untuk memahami sesuatu simbol
yang dipaparkan. Perisian ini juga tidak menyertakan bahan rujukan. Reka bentuk
18
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
skrinnya menarik kerana menggunakan paparan skrin yang jarang dilihat. Warna yang
digunakan juga berwarna-warni dan ceria. Di dalam perisian ini tiada digunakan video.
Pada skop isi kandungan, maklumat yang dipaparkan tidak terlalu mendalam
atau cetek. Ia sesuai untuk digunakan oleh pelajar tahun satu hingga tiga. Maklumat yang
disampaikan juga tepat dan boleh diaplkasikan di dalam tugas seharian. Maklumat yang
terdapat di dalam perisian ini juga disusun dengan teratur dan ada dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Contoh yang diberikan banyak dan pelbagai. Contoh yang
diberikan juga realistik. Berdasarkan pemerhatian saya, bahasa penyampaiannya mudah
dan tiada sebarang kesilapan ejaan yang berlaku.
Perisian Allah Maha Berkuasa ini agak mudah digunakan. Sewaktu
menggunakannya, saya tidak mengalami sebarang gangguan teknikal mahupun keraguan
dari segi ketahanannya. Perisian ini juga sesuai digunakan dengan menggunakan
komputer berbanding alat teknologi yang lain. Dari segi dokumentasi pula, tiada sebarang
panduan dan manual yang disertakan dan boleh digunakan oleh pengguna untuk
menginstallasi perisian ini. Maklumat talian kecemasan tidak disertakan oleh pencipta
perisian ini.
19
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009
Bibliografi
1. http://www.prospector.cz/Freeware/Education-and-Science
2. Golas, K. C. (1983), The Formatif Evaluation of Computer-Assisted Instruction.
Educatinal Technology. 23(1), 26-28.
3. MALAYSIA, Open University (2009). HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam
Pendidikan, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
4. Robiah Sidin (1992), Keberkesanan Program Penyediaan Guru-Guru KBSR: Satu
Tinjauan Literature. Jurnal Pendidikan guru, 4(3), 248-259.
5. Shaifol Bahary Sulaiman (2003), Latihan dalam Perkhidmatan 12 minggu
Sekolah Bestari: Prosiding Seminar Aliran TerkiniTteknologi Maklumat
dan Komunikasi, 29-38.
6. http://josie653.tripod.com/kdp.htm
7. www.sajadstudio.info/hbef2303/topik8_pnp_ppbk.ppt
8. http://azmims.tripod.com/ppbk.htm
20
Recommended