View
567
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
skksab.zoom-a.com
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
81560 GELANG PATAH, JOHOR Tel : +607-5130016, Faks : +607-5130014
e-mel : skksab@zoom-a.com, skksab@yahoo.com.my
|LAMAN UTAMA|PANORAMA|KATA ALU-ALUAN|SEJARAH|FALSAFAH PENDIDIKAN|FALSAFAH
SEKOLAH|LOGO SEKOLAH|OBJEKTIF|VISI & MISI|PIAGAM PELANGGAN|LAGU SEKOLAH|DOA SEKOLAH|PEJABAT
SEKOLAH|PRA SEKOLAH|PENDIDIKAN KHAS|PIBG|UPSR|ENROLMEN GURU|GURU & STAF|BILIK
GURU|ENROLMEN PELAJAR|KEJAYAAN SUKAN|ROMBONGAN 2010|AKU JANJI 2010|BERITA TERKINI|ARKIB BERITA12|ARKIB BERITA 11|ARKIB BERITA 10|ARKIB BERITA 9|ARKIB BERITA 8|ARKIB BERITA 7|ARKIB BERITA 6|ARKIB BERITA 5|ARKIB BERITA 4|ARKIB BERITA 3|ARKIB BERITA 2|ARKIB BERITA
1|PAUTAN|BUKU PELAWAT|PETA LOKASI|
Â
NAMA PENYELARAS : EN. MUHAMAD ZURAIMY BIN JA’AFFAR
NAMA GURU Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â : PN. NORSAHAJA BINTI ABSARUN
PEMBANTU PENGURUSAN MURID PK Â Â : PN. NOR MASRALIZA BINTI MAMAT
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan
khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
Perkembangan mental
Kestabilan emosi
Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang
mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan
deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6)
dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan
pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ―.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children―, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga
mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-
murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang
baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
SPECIFIC LEARNING DISABILITIES
Istilah “specific learning disabilities (SLD)― akan digunakan untuk membezakan kumpulan ini daripada kumpulan kanak-kanak
yang mengalami ‘kerencatan akal’.
MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK : …………merupakan kecelaruan dalam proses psikologi asas yang terlibat dalam penggunaan bahasa (keupayaan mendengar,
memikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, mengira)
Istilah-istilah lain yang berkaitan : perceptual handicap, brain distunction, dyslexia, developmental aphasia.
Tidak termasuk kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran akibat kecacatan pada organ deria, anggota kerencatan akal, masalah
emosi kekurangan / perbezaan persekitaran.
4 unsur penting :
(a) Percanggahan antara ukuran kecerdasan (IQ score) dan prestasi sebenarnya (IQ achievement alscrepancy)
(b) Punca masalah ini adalah kekurangan pada kefungsian / kecekapan sistem saraf dan bukan kecederaan (brain, dysfuncition,not brain
damage)
(c) Kanak-kanak ini memerlukan latihan yang khusus untuk mengatasi masalah pemprosesan maklumat yang asas (basic processing
problem)
(d) Masalah ini mungkin wujud bersama dengan persekitaran yang kurang sempurna, kecacatan akal atau kecelaruan emosi , ia tidak
berpunca daripada perkara-perkara tersebut.
PUNCA-PUNCA “LEARNING DISABILITIES (LD)―
Punca yang sebenar masih belum diketahui dengan tepat, tetapi mesalah ini disyaki berpunca daripada :
1. Faktor-faktor organik dan biologi di mana ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah LD menghasilkan gelombang otak yang
luar biasa. Ada kemungkinan wujud gangguan proses perkembangan otak semasa bayi dalam kandungan.
2. Faktor genetik, di mana masalah LD wujud dalam keluarga yang sama. Masalah LD juga didapati wujud pada kedua-dua kembar
seiras.
3. Faktor persekitaran, khususnya kualiti pengajaran yang kurang baik telah menjejaskan proses penbelajaran.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK LD (i) Masalah persepsi, persepsi motor dan koordinasi. Kanak-kanak ini mangalami kecelaruan menyusun dan mentafsirkan maklumat
visual dan auditori. Ramai yang menghadapi masalah motor semasa melakukan aktiviti fizikal.
(ii) Didapati ramai kanak-kanak yang telah mengalami LD juga mengalami masalah daya tumpuan dan hiperaktiviti, walaupun masalah
ini juga wujud di kalangan kanak-kanak yang bukan LD.
(iii) Kecelaruan daya ingatan dan fikiran. Ramai kanak-kanak LD mengalami kekurangan daya ingatan terhadap rangsangan visual dan
auditori mungkin disebabkan :
(a) kurang mahir menggunakan strategi-strategi yang biasa digunakan oleh kanak-kanak lain
(b) masalah fonologinya mengakibatkan masalah mengingati maklumat lisan. Juga kurang kesedaran tentang kemahiran strategi.
(iv) Masalah penyesuaian sosial. Masalah “kurang penerimaan― oleh rakan sebaya, guru dan pihak berpunca daripada
kekurangupayanya memahami maksud orang lain dan komunikasi kanak-kanak ini juga kurang motivasi dan berisiko tinggi
mengabaikan segala usaha mambantu dirinya.
(v) Menunjukkan kaedah pembelajaran yang efektif dan kekurangan strategi, khasnya semasa menghadapi masalah akedemik.
(vi) Masalah prestasi akademik. Biasanya masalah wujud dalam semua bidang akademik seperti membaca, bahasa (lisan atau bertulis)
dan matematik atau dalam satu 2 bidang sahaja.
Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan
minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah
pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan
yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas?
Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka
masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat
masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada
mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu
beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala
lebih baik lagi!
SEJARAH RINGKAS
        Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah Kebangsaan SK Kompleks Sultan Abu Bakar, mula dibuka
pada 8 Februari 2006 dengan pelajar seramai 4 0rang. Guru yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kelas Pendidikan Khas ini ialah En.
Ahmad Nizam Bin Nordin. Beliau telah mengajar dan menguruskan kelas ini.
Kelas Pendidikan Khas SKKSAB merupakan kelas baru bagi sekolah tersebut. Pada mulanya kelas pendidikan khas ini di tempatkan di bilik
persalinan lelaki berhampiran dengan padang. Kelas yang di sediakan tidak berapa besar dan kurang sesuai bagi memenuhi matlamat pendidkan
khas. Kelas tersebut telah digunakan selama setahun.
Pada awal 2007, seorang lagi tenaga kerja telah ditempatkan di kelas tersebut iaitu Encik Muhamad Zuraimy bin Ja’affar yang sebelum ini
mengajar dalam bidang yang sama di SK. LKTP Chemplak dan SK. LKTP Maokil 1 Labis, Segamat. Murid juga telah bertambah seramai 2 orang
dan menjadikan jumlah murid seramai 6 orang berserta 2 orang guru.
Pada penghujung januari 2007, En Muhamad Zuraimy telah membuat perbincangan bersama Tuan Guru Besar bagi mendapatkan sebuah kelas
yang sesuai dan lebih besar bagi menggantikan kelas yang sedia ada. Oleh itu, Tuan Guru Besar telah bersetuju untuk memberi Bilik Ko-Kurikulum
sebagai kelas Pendidikan Khas. Oleh itu, Encik Muhamad Zuraimy dan Encik Ahmad Nizam telah cuba menyiapkan kertas kerja bagi
mengubahsuai bilik ko-kurikulum ini kepada kelas pendidikan khas yang sebenarnya. .Pada bulan April 2007, pihak sekolah telah mendapat
peruntukan bagi menaik taraf kelas pendidikan khas. Kerja-kerja menaik taraf memakan masa selama 2 bulan. Selepas cuti persekolahan penggal
pertama sesi kedua, para pelajar dan guru telah berpindah ke kelas yang baru.
    Walaupun kelas ini masih baru dan serba kekurangan, ini tidak mematahkan semangat dan menghalang guru untuk meneruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Dengan kegigihan dan berkat kesabaran serta bantuan dari pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru SK Kompleks
Sultan Abu Bakar kekurangan tersebut dapat di atasi secara berperingkat.
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHASÂ SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
Program Integrasi Pendidikan Khas
Program integrasi pendidikan khas Sekolah Kebangsaan kompleks Sultan Abu Bakar telah menjalankan program masalah
pembelajaran. Program ini melibatkan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran seperti slow learner, hyperaktif, terencat akal
sederhana dan perkembangan lewat.
Kurikulum Pendidikan Khas
Kurikulum Pendidikan Khas adalah kurikulum yang diubahsuai mengikut keperluan murid-murid pendidikan khas.
Langkah-langkah Pengajaran & Pembelajaran bagi setiap kemahiran itu boleh diperincikan oleh guru lagi mengikut tahap pemahaman
murid supaya objektif Pengajaran & Pembelajaran tercapai.
Bidang Akademik Berfungsi
Komponen Bahasa Melayu
Komponen Matematik
Komponen Bahasa Inggeris
Komponen Multimedia
Bidang Pengurusan Kehidupan
Komponen Pengurusan Diri
Komponen Kemahiran Manipulatif
Komponen Pengurusan Tingkahlaku
Komponen Kemahiran Hidup
Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
Komponen Pendidikan Agama Islam
Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti
Komponen Pendidikan Jasmani
Komponen Pendidikan Seni
Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan drama
Komponen Pendidikan Sosial dan Alam Sekitar
JUMLAH MURID, GURU DAN KELAS
TAHUN
MURID GURU
KELAS
L P
2006
3
1
1
1
2007
6
1
2
1
2008
5
1
2
1
2009
7
3
2
1
2010
7
4
2
1
God's Special Child
By: ROMA CROWHURST (a mother of a handicapped child)
I'm sending you a special child, to cherish in my name,
For you to love with all your heart,
and teach him just the same,
For he is not like other babies nor will he ever be,
But you can love him just the same and take good care of him for me.
He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he'll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he'll break your heart,
you'll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you,
the pain soon DISAPPEARS.
I know you'll cry,
"Why him, Why us", but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I've selected you,
So please don't turn your back on him,
although he may be slow,
If you'll accept him as he is, then together you will grow.
He needs to learn the skills of life,
for that I've chosen you,
And with your love to guide him,
I know you'll see him through,
Don't try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its worth,
and enjoy my special one.
 _______________________________________________________________________________________
RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS SKKSAB
_______________________________________________________________________________________
LAWATAN TUAN GURU BESAR
PUAN HAJAH FARIDAH BINTI SUKIRAN
KE KELAS PENDIDIKAN KHAS
Terima kasih Puan di atas kunjungan dan keperihatinan Puan terhadap insan istimewa ini.
_______________________________________________________________________________________
AKTIVITI TAHUN 2009
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU
ZOO JOHOR, JARO & RESTOREN MCDONALDS
Di Restoren McDonalds murid-murid diberi peluang untuk melihat ruangan dapur, stor dan bagaimana ianya beroperasi. Murid-murid juga telah mendapat sijil daripada pihak pengurusan McDonalds kerana telah melawat ruangan dapur McD.
____________________________________________________________________________________________________
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH MENGELUARKAN WANG DI BSN TAMAN PERLING DAN MEMBELI
BELAH BERSEMPENA HARI RAYADI PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU
_____________________________________________________________________________________________________________
AKTIVITI TAHUN 2010
PANITIA PENDIDIKAN KHAS TELAH MERANCANG SATU PROGRAM UNTUK MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
IAITU PROGRAM TERAPI AIR YANG AKAN DIJALANKAN DI KOLAM RENANG JABATAN LAUT SEMENANJUNG
MALAYSIA, TANJUNG PELEPAS, GELANG PATAH.
Aktiviti ini akan dikendalikan oleh 3 orang jurulatih yang terlatih dari Jabatan Laut dan dibantu oleh guru-guru pendidikan khas dan
murid-murid ini akan diberi pendedahan berkaitan BST "Basic Safety Training"
Aktiviti ini adalah labih berfokus kepada kayakinan diri di air dan pergerakan psikomotor murid, disamping dapat memberi
pendedahan kepada murid
Aktiviti ini adijalankan selama 6 sesi iaitu bermula 7, 8 dan 9 April 2010 serta setiap hari rabu dalam bulan April.
Updated by : ZURAIMY, 9 April 2010
Edited by : Webeditor, 2 February, 2010
Terima Kasih, Sila datang lagi
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
Recommended