View
300
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
1/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
1
1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik
kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini ialah Nabi Adam dan
setersunya ialah Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akanmengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan
pekembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan
berubahan mengikut peredaran masa. Perkembangan yang berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.
Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin
(2009) dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru,
perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks.Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur
secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah
perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke
satu peringkat yang lain.
Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Manakala, menurut Crow dan Crow (1980), perkembanganmerupakan perubahan secara kulitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari
segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long
(1980).
Selain itu, Paul Enggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan
adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada
pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang
(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baharu yang berlainan
daripada peringkat lebih awal.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
2/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
2
2.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua
arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari
arah kepada ke kaki (cophalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepada dahulusebelum badan dan kaki) dan dari arah tengan ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah
menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan
bergerak).
Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan
pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir
(prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika
berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun,
peringkat akhir kanak-kanak iaitu berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja
berumur 11 hingga 15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16
hingga 18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat
dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tingkah laku saling berkait dengan
proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani,
emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat
lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan
berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk
dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya
berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan
bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga
bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitifdan bahasa.
Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh
menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
3/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
3
Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-
otot halus.
Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhandan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga
mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan mendapat kemahiran
yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baharu kelak.
Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir
sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai
contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala adayang boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan
sosial kanak-kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa
kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat dalam sebuah bilik
darjah.
Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu
seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya.
Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkanseseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-
cara berenang.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
4/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
4
3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut kajian psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima
aspek iaitu, aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengauhi oleh faktor baka danfaktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia
ini yang mempunyai kada perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka
(nature) dan faktor persekitan (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar
perkembangan seseorang individu.
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia
ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austri. Menurut
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam bukuPerkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun, baka merujuk kepada ciri -ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard.
Amran Schienfes mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa
dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan dari segi sifat-sifat seperti
kebolehan, monat dan kawalan emosi.
Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembanganmanusia dan akan memberikan sidat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh
menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan,
kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut
hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang
berbeza.
Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan
persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan
manusia.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
5/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
5
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel obum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi
pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan
kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang
bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga
diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang
kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan
akan memberik kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada
perkembangan personaliti mereka.
Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai
contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk
bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah
terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan sesuatu
aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai
prestij yang agak tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan
diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus
akan membentuk sahsiah sihat.
Contoh seterusnya ialah individu berasal daripada keturunan yang berpenyakit.
Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
6/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
6
manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan
menyebabkan perkembangan sosialnya menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan
perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan
rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi.
Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana
perkembangan sosial dan emosi terjejas.
Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah
persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-
kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum
lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya bidup ibu, rawatan yang diterima
ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah
dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, media dan persekitaran dunia.
Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia.
Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam
buku Perkembangan Kanak -kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah
Pengajian Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan
mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara
enam hingga lapan bulan.
Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam
mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini,
perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran kordinasi otot telah mula
meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut,
menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.
Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat, suber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor
perkembangan kanak-kanak. Perbezaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti
suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan
individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
7/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
7
Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini
berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan
yang sempurna kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan
baik. Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh setiap keluarga seperti sentiasa menjaga
kebersihan dan kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga
yang proaktif dan sempurna.
Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-kanak.
Pemakanan yang diambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makananyang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak
membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak
supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan
minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu tersebut bebas daripada
jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan
dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini
kanak-kanak adalah sangat aktif.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan
kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu, mikrosistem, mesosistem, ekosistem,
makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini
sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran tersekat dimana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai
contoh hubunga interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru
dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak
kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesositem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dnegan 2
mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
8/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
8
mikrosistem yang lain. Misalnya, keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi
sikap atau tingkah laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga,
kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam
mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang
kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar
raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,
nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina dititikberatkan (Santrok,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi
peranan lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-
pekerjaan yang lebih penting.
Manakala, kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu
tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepadapermainan-permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak pada zaman
dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara
satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka
setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang
berbeza-beza.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
9/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
9
4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Mengikut Woofolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk
kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi
anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanakakan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan
untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-
kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah
seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.
Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori,
khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan
mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat
melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.
Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada
peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesar jika dibandingkan dengan
peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan pada
peringkat ini lebih kepada bercorakkan pemabahbaikan kemahiran-kemahiran
psikomotor yang sedia ada.
Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun ketika pertengahan kanak-kanak, dapat
dilihat beberapa perkembangan fizikal yang berlaku iaitu ketinggian dan berat badan
meningkat secara perlahan hinggalah ke peringkat remaja. Gigi susu juga perlahan-
lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini juga menjadi lebih
kecil dan baik. Pada ketika inijuga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang
diorganisasi secera terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambahpermainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.
Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11
tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari,
melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
10/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
10
cepat dan dikoordinasikan dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah
baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga
semakin perkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahuli
oleh individu perempuan dua tahun lebih awal.
Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja,
pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi
remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian
tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami
kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan
mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pertumbuhan mula
memuncak dari kesedaran orientasi seksual mula wujud.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
11/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
11
4.1 Teori Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
Robert Havighurst
Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi
oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan amat mempengaruhi personaliti kanak-
kanak. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas
seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu
pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta
mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala, kegagalan melaksanakan
tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya
meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personalitiseseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R.
Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada
peringkat kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
12/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
12
Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah
membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk
bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana
kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal
yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.
Selain itu, kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini
kerana badan yang aktif akan menjadikan tubuh badan kanak-kanak lebih sihat dan
cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak juga telah menguasai konsep-konsep
moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi
bersama-sama rakan-rakan baru sedah mula membentuk kemahiran sosial dan mula
membentuk kebebasan peribadinya.
Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira
yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelbagai kebolehn yang
mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula berlajar berdikari seperti
mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar oleh ibu pada, mahu membeli barang-barang
mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar
membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada
ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-
kanak lebih yakin dam menghadapi dunia sebenar.
4.2 Jadual Tugas Perkembangan Fizikal Robet Havighurst
Peringkat Hidup Tugas Perkembangan
Bayi-awal kanak-kanak
(lahir-2 tahun)
Pada masa ini bayi mula menjalinkan
hubungan kasih sayang dengan ibu bapa.
Manakala, sistem deria dan persepsi serta
fungsi motor beransur-ansur matang untuk
mencapai kecerdasan deria dan
memahami sifat objek.
Toddlerhood/Pertengahan kanak -
Kanak-kanak mula mempunyai
pergerakan yang pelbagai dan suka
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
13/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
13
kanak
(2-3 tahun)
bermain secara fantasi. Selain itu, boleh
berkomunikasi dalam bahasa mudah, suka
bercakap seorang diri dan mula mengawal
pergerakan diri.
Prasekolah
(4-6 tahun)
Kanak-kanak mula belajar peranan
mengikut jantina dan suka bermain
dengan rakan-rakan di luar.
Perkembangan moral mula dipelajari dan
wujud teori kendiri dan mula bermain
dalam kumpulan.
Sekolah Rendah
(6-12 tahun)
Penguasaan 3M mula dipelajari pada
peringkat Operasi Konkrit ini. Kemahiran
permainan & kemahiran hidup seperti
berjual beli, mula menilai diri sendiri dan
orang lain, suka bersahabat dan menjadi
ahli sesuatu kelab permainan.
Awal Remaja
(12-18 tahun)
Remaja pada ketika ini menhadapi
kematangan fizikal pada peringkat Operasi
Formal. Remaja mula pandai mengawalemosi masing-masing dan akan
membentuk kumpulan rakan sebaya dan
tertarik pada jantina yang berlainan.
Akhir Remaja
(18-22 tahun)
Pada ketika ini, remaja mula cuba
memperoleh otonomi daridapa ibu bapa
mereka dan mula membentuk identiti.
Remaja ini juga akan mematuhi nilai moral
masyarakat dan memilih kerjaya yang
sesuai.
Awal Dewasa Keintiman dalam pergaulan, berkahwin,
mendidik anak-anak atau generasi baharu
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
14/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
14
(23-34 tahun) pada peringkat ini. Profesyen serta
lifestyle sendiri mula dimantapkan.
Pertengahan Dewasa
(34-60 tahun)
Mula memupuk nilai berkemahiran dalam
perkerjaan dan menjadi ketua keluarga
atau masyarakat. Kebahagiaan rumah
tangga juga dipupuk dan kasih sayang
dalam keluarga dan pengumpulan harta
dipertingkatkan. Juga terlibat dalam kerja-
kerja amal.
Akhir dewasa
(34-60 tahun)
Pada ketika ini fokus utama ialah
menumpukan kepada kerja amal dan
beribadat kerana telah bersara. Dan mula
menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri
nikmat dan takdir tuhan serta berfikir
tentang kematian.
Tua
(75-meninggal dunia)
Masalah kesihatan yang dihadapi mula
ditangani dan mengenang zaman silam
dan menanti saat kematian.
5.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Menurut Nani, M. Dan Rihani, A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif
Kanak-kanak Prasekolah (cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau
pemikiran (Spondek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan
kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia
adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-
kanak.
Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses
memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
15/36
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
16/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
16
5.1 Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
Jean Piaget
Mengikut teori Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009), perkembangan
kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu, Peringkat Deria Motor (0-
2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (0-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir
sekali Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).
Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga
berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku
semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 1 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak algi
berfikir secara egosenrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.
Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan
keperluan orang lain beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan
bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu
awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan
mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula
memperoleh konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnay mengamati
proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
17/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
17
dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula
menerima pendapat orang lain.
Menurut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (200(, kanak-kanak akan mulabelajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat
dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran
logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan, dan padanan.
Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
Walaubagaimnapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau
menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,
ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep
yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap
ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep
yang asas, iaitu skema, adaptasi keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait
rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.
Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan
diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan
cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidakmenyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, ibu jari. Skema yang ada pada bayi itu akan menentukan
bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
18/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
18
Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi untuk menyesuaikan dengan persekitaran. Keadaan
keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu
dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliu, perubahan dari satu peringkat
ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap
kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia
mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.Contohnya, seseorang kanakpkanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh
itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia
ada) dan sekaligus merasanya. Mulaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat
pengetahuan yang baru baginya berkenaan sebiji epal.
Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan
persekitaran baharu yang belum berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. JeanPiaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya,
kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan
objek baharu ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap
magnet tersebut.
Menurut Nani, M. Dan Rohani, A. (2007), terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran
fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan
mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi.
Persekitaran emosi yang negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanak-
kanak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat
penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
19/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
19
5.2 Jadual Peringkat Perkembangan Kongnitif Jean Piaget
Peringkat Umur Perkembangan
Sensori MotorDilahirkan
-
2 tahun
Menggunakan deria motor untuk memahami dan
berinteraksi. Boleh membezakan objek-objek didalam persekitarannya. Mula belajar bahasa dan
lambang yang mudah. Cuba belajar koordinasi
Pra Operasi
2 tahun
-
7 tahun
Boleh menggunakan bahasa simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep. Boleh bertutur
dengan fasih. Perkembangan kognitifnya kian
pesat. Mula memberi sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka. Boleh mengelaskan objekmengikut ciri tertentu.
Operasi Konkrit
7 tahun
-
12 tahun
Mula memperolehi konsep tranformasi.
Mempelajari lebih daripada satu perkara pada
satu masa. Boleh memikir secara induktif atau
deduktif serta dapat menguasai konsep masa
dan kelajuan.
Tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara abstrak lagi. Tidak dapat menyelesaiakan
masalah yang kompleks.
Operasi Formal
12 tahun
-
Ke atas
Boleh berfikir secara abstrak. Menyelesaiakan
masalah yang kompleks. Boleh membuat
rumusan daripada aktivit-aktivit matematik.
Mengaitkan satu konsep dengan konsep yang
lain. Menggunakan logik untuk mnyelesaikan
masalah.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
20/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
20
6.0 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK (PSIKOSOSIAL)
Erik Erikson
Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori
yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa
kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman
kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan 3
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor
sosial.
Salah satu elemen penting dalam peringkat teori perkembangan erikson ialah
perkembangan identiti ego. Identiti ego ialah kesedaran diri yang dikembang melalui
interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego individu biasanya berubah selaras dengan
pengalaman dan maklumat baru yang diperoleh hasil daripada interaksi dengan orang
lain. Tambahan kepada identiti ego, Erikson juga percaya bahawa perasaan yakin
kepada kemahiran dan kecekapan diri juga memotivasikan sikap dan tindakan
seseorang.
Setiap peringkat dalam teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran
yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
21/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
21
peringkat dikawal dengan baik individu tersebut mempunyai masteri (sense of
mastery). Sebaliknya jika sesuatu peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut
akan mempunyai perasaan ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai
konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya
pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:
Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.
Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap
keperluan-keperluan asasnya.
Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu
dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.
Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan
perkembangan tahap berikutnya.
6.1 Jadual Lapan Peringkat Perkembangan Emosi Erik Erikson:
Tahap PeringkatUmur
Huraian Konflik/ Peringkat
Pertama
Dilahirkan
-
18 bulan
Bayi perlu mendapat kasih
sayang dan kepercayaan
daripada penjaganya. Jika
tidak, ketikdakpercayaan akan
timbul.
Pembentukan
perasaan percaya
lawan tidak percaya
Kedua
18 bulan
-
3 tahun
Perkembangan fizikal bermula
pada tahap ini. Jika berjaya dan
mendapat sokongan ia akan
menimbulkan rasa percaya
pada keupayaan diri.
Tahap autonomi
lawan rasa malu.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
22/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
22
Ketiga
3 tahun
-
6 tahun
Kanak-kanak di tahap ini cuba
untuk berdikar dan melakukan
sesuatu dengan sendiri. jika
gagal boleh membawa
perasaan bersalah.
Tahap inisiatif lawan
rasa rendah diri.
Keempat
6 tahun
-
12 tahun
Penguasaan kanak-kanak
dalam kemahiran tertentu di
alam persekolahan. Jika gagal
akan membawa rasa rendah
diri.
Tahap industri
lawan kekeliruan
peranan.
Kelima
12 tahun
-
20 tahun
Golongan remaja yang mencari
identiti dalam pekerjaan,
kemahiran, jantina dan
bersosial.
Tahap identiti lawan
kekeliruan peranan
Keenam
20 tahun
-
40 tahun
Hubungan intim mula dibentuk
yang menuju ke alam
perkahwinan dan membina
kerjaya. Jika gagal, akan
membawa perasaan terasingdan tersisih.
Tahap intimasi
lawan pengasingan
diri.
Ketujuh 40 tahun
-
60 tahun
Kehidupan berkeluarga dan
kerjaya yang baik. Jika gagal
akan membawa rasa
pentingkan diri.
Tahap generativiti
lawan stagnasi.
Kelapan
60 tahun
-
80 tahun
Berjaya dalam karier dan
keluarga. Jika gagal boleh
membawa kesedihan dan
kekecewaan.
Tahap integriti ego
lawan putus asa.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
23/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
23
7.0 HASIL, DATA & PEMERHATIAN
7.1 Biodata Responden/Kanak-Kanak
Nama : Mohd. Shakir Anas binMalik
Umur : 7 Tahun
Kelas : 1 Bestari
Jawatan : Pelajar & Ketua Kelas
Alamat Sekolah : SK Mengkuang, 14000
Bukit Mertajam, PulauPinang.
Alamat Rumah : 345, MK 24, MengkuangTiti, 14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang
Nama Ayah : Malik bin Ahmad Shah
Nama Ibu : Siti Mariam binti Aminah
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
24/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
24
7.3 Ujian perkembangan fizikal kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan
fizikal Robert Havighurst.
Jadual 1 : Ujian Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
Mohd. Shakir Anas bin Malik
Tinggi (cm) 125.1
Berat (kg) 29.4
Saiz Kepala (cm) 50.4
Saiz Badan s
Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhioleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan amat mempengaruhi personaliti kanak-
kanak. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas
seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu
pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta
mendorongkannya mengulangi tugas tersebut.
Bertitik tolak daripada itu, jadual di atas menunjukkan data ujian perkembangan
fizikal bagi Mohd. Shakir bin Malik yang berumur 6 tahun. Ujian tersebut merangkumitinggi, berat, saiz kepala, dan saiz badan. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan
sekelas Mohd. Shakir, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi
perkembangan fizikal mereka. Mohd. Shakir mempunyai perkembangan fizikal yang
sederhana berbanding rakan-rakannya. Ketinggian Mohd. Shakir ialah 125.1 cm dan
beratnya pula ialah 29.4 kg. Manakala Saiz kepalanya ialah 50.4 cm dan badannya
besaiz kecil iaitu, saiz S.
Berdasarkan temubual dan pemerhatian, Mohd. Shakir mempunyai ketinggian,berat, saiz kepala dan saiz badan yang sederhana dan seimbang kerana faktor genetik
dan faktor pemakanan Mohd. Shakir. Ini kerana, ibu bapa yang tinggi dan besar akan
menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya ibu bapa yang rendah dan
kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Manakala, dari segi
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
25/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
25
pemakanan pula, saya dapat melihat, Mohd. Shakir dapat menghabiskan sayur sawi
yang dicampurkan ke dalam makanannya ketika tiba waktu makan.
Kanak-kanak pada usia 6 tahun sememangnya kelihatan kecil kerana dalam
lingkungan ini usia mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walaubagaimanapun,faktor pemakanan jugalah yang memainkan peranan penting dalam menentukan saiz
badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak
lemak dan karbohidrat berkemunkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk.
Namun begitu, jika dikira Body Mass Index (BMI) Mohd. Shakir, ternyata dia
mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang
normal menunjukkan Mohd Shakir mmpunyai berat badan dan tinggi yang seimbang
dan mempunyai saiz badan yang ideal.
Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak iaitu Mohd. Shakir ini
sememangnya ideal dan seimbang oleh kerana faktor persekitaran iaitu faktor genetik
dan pemakanan Mohd. Shakir. Oleh itu, sangat bertepatan dengan teori yang
dikemukakan oleh Robert Havighurst bahawa perkembangan kanak-kanak amat
dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan dari segi genetik dan
pemakanan yang diberikan kepada anak-anak mereka amat mempengaruhi
perkembangan fizikal personaliti kanak-kanak.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
26/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
26
7.4 Ujian Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan
Kognitif Jean Piaget.
Jadual 2 : Ujian Jumlah Duit Syiling & Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Mohd. Shakir Anas bin Malik
Sebelum Selepas
Sama / /
Tidak Sama
Menurut Piaget, kanak-kanak pada lingkungan umur 2 tahun hingga 7 tahun
berada pada tahap pra operasi. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak ini menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap
ini iaitu pertama, perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan
tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
Berdasarkan pendapat Jean Piaget, jadual 2 diatas menunjukkan perkembangan
kognitif Mohd. Shakir. Jadual tersebut menunjukkan butiran mengenai ujian jumlah duit
syiling yang telah dijalankan ke atas Mohd. Shakir. Dalam Ujian ini, pada mulanya,
jumlah duit syiling yang sama banyak telah diltunjukkan kepada Mohd. Shakir di dalamdua barisan. Mohd. Shakir perlu menyatakan adakah kedua-dua barisan tersebut
mempunyai jumlah duit syiling yang sama banyak atau tidak. Mohd. Shakir menyatakan
bahawa jumlah duit syiling di kedua-dua barisan adalah sama banyak.
Kemudian, barisan pertama dibiarkan kekal dalam keadaan asal dan barisan
kedua pula diubah dengan merapatkan kesemua duit syiling dalam barisan kedua
supaya lebih pendek berbanding barisan pertama. Mohd. Shakir dikehendaki
menentukan sama ada jumlah duit syiling dalam kedua-dua barisan itu sama banyakatau tidak. Ternyata Mohd. Shakir merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai
perkembangan kognitif yang sangat baik. Ini kerana, Mohd. Shakir menyatakan bahawa
duit syiling adalah sama banyak, namun jaraknya dalah berbeza. Barisan duit syiling
pertama lebih panjang, manakal barisan duit syiling kedua lebih pendek.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
27/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
27
Dalam ujian ini, Mohd. Shakir berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat.
Ini menunjukkan bahawa Mohd. Shakir sudah mengusai prinsip identiti. Dalam prinsip
identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuantiti yang
ditambah atau dikurangkan, maka jumlah duit syiling tersebut tetap sama walaupun
diletakkan dengan jarak yang berbeza kepanjangannya.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
sepatutnya sudah dapat menyatakan jumlah duit syiling itu tetap sama walaupun
kelihatan kepanjangan barisan kedua-dua duit syiling tersebut adalah berbeza-beza.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
28/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
28
7.5 Ujian Perkembangan Sosial & Emosi Kanak-kanak Berdasarkan Teori
Perkembangan Sosial & Emosi Erik Erikson
Jadual 3 : Ujian Perkembangan Sosial & Emosi Kanak-kanak
Mohd. Shakir Anas bin Malik
Umur &
Tarikh
Lahir
Emosi yang
Sering
Diperlihatkan
Tahap Sosio
Emosi Erik
Erikson
Ulasan
7 Tahun
13.04.2005
Periang,
mudah mesra,
peramah
Tahap 4 :
industri lawan
kekeliruan
peranan.
Semasa ujian fizikal dan kognitif
dijalankan, Mod. Shakir bersungguh-
sungguh untuk menyelesaikan soalan
yang diberikan, walaupun pada
mulanya Mohd. Shakir kurang
berkeyakinan untuk memberikan
jawapan. Mohd. Shakir mudah
memberi kerjasama dan aktif dalam
aktiviti yang dijalankan. Dia
mengucapkan terima kasih dan
bersalam kepada saya selepasmeyiapkan tugasan yang telah
diberikan kepadanya.
Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak
dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia
mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlakumengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik
tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Dalam tahap sosio emosi Erik Erikson tahap 4, beliau menyatakan kanak-kanak
mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
29/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
29
perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Ternyata dalam ujian sosial emosi
terhadap Mohd. Shakir Anas, dia berjaya menghadapi kemahiran baharu iaitu ujian
kognitif yang saya kenakan ke atasnya. Mohd. Shakir berjaya menjawab soalan yang
diberikan kepadanya dengan tepat dan ini menunjukkan bahawa dia merupakan kanak-
kanak yang mempunyai tahap sosio-emosi yang seimbang. Emosi yang diperlihatkan
ketika menjalankan temu bual bersamanya menunjukkan dia seorang yang periang,
mudah mesra dan seorang yang peramah.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
30/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
30
8.0 RUMUSAN
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa
penekanan terhadap perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi perlu dititik
beratkan kerana ia penting untuk perkembangan kanak-kanak. Sekiranya pendidikan inidiabaikan, kemungkinan kanak-kanak akan bersifat rendah diri dan cuba menjauhkan
diri daripada individu lain. Jika perkara ini terjadi, maka kanak-kanak tersebut akan
bersifat pasif bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita.
Guru hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
selesa untuk murid-muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang
mencukupi. Kanak-kanak juga perlu diberikan untuk memperkembangkan sosio-emosi
mereka dengan memberi peluang untukmenyatakan pendapat mereka. Secara tidaklangsung, ia dapat mewujudkan keyakinan di dalam diri kanak-kanak untuk meyuarakan
pendapat mereka terhdap sesuatu perkara kepada orang lain.
Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi
peluang kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Jangan biarkan
mereka terabai dan ibu bapa hendalah membimbing mereka untuk membentuk sosio-
emosi mereka supaya berada di tahap yang lebih baik. Sekiranya anak-anak terdedah
dengan persekitaran dan sosio-emosi yang baik, mereka akan membentuk jati diri danpersonaliti serta keperibadian yang baik. Secara tidak langsung, Malaysia akan
mempunyai masyarakat yang yang makmur dan bahagia.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
31/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
31
9.0 REFLEKSI
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak (EDU3102) yang
bertajuk Empat Domain Perkembangan Kanak-kanak iaitu, Fizikal, Kognitif, Sosial, danEmosi serta Teori-teori Perkembangan yang Berkenaan. Tugasan yang diberikan ini
merupakan salah satu cabaran kepada saya kerana tugasan ini lebih kepada unsur-
unsur teori perkembangan yang yang sangat penting dalam pembelajaran mengenai
Perkembangan Kanak-kanak. Sebelum ini, saya belum pernah mempelajari mata
pelajaran ini dan ini merupakan kali pertama dalam hidup saya membuat tugasan yang
bertajuk begini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing matapelajaran Perkembangan Kanak-kanak Semester 1 iaitu, Puan Norzaini Yang. Beliau
memberikan informasi yang jelas ketika menyampaikan taklimat tugasan kerja kursus
ini. Oleh itu, saya dapat memahami apa yang disampaikan oleh beliau dan
memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Dalam melaksanakan tugasan ini,
pelbagai kekangan yang terpaksa saya lalui. Antaranya adalah kekangan kelajuan
talian internet yang begitu lembab menyebabkan maklumat yang ingin diperolehi amat
terhad dan sukar ditemui. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mencari maklumat
di Pusat Sumber Datuk Loqman Musa, IPG Kampus Bahasa Melayu.
Setelah mendapat maklumat yang diperolehi, saya dan rakan-rakan kelas saling
merujuk antara satu sama lain bagi memantapkan lagi tugasan kerja kursus ini. Dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan
jayanya. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa saya lalui
namun bukan mudah untuk mematahkan semangat yang ada pada diri saya.
Pengalaman seperti ini lebih mudah mematangkan diri saya sendiri supaya menjadiseorang insan yang berguna, tambahan lagi saya merupakan seorang guru pelatih
yang akan mendidik anak-anak bangsa suatu hari nanti.
Pembelajaran yang saya perolehi ini akan saya gunakan dengan penuh manfaat
supaya saya tidak kecundang di pertengahan jalan. Segala ilmu yang dipelajari
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
32/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
32
mengenai tugasan kerja kursus Pendidikan Kanak-kanak ini mendidik saya supaya
menjadi seorang guru yang mempunyai ilmu pengatahuan mengenai perkembangan
kanak-kanak serta teori-teorinya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Semoga dengan bantuan anda semua, kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan
Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
33/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
33
10.0 RUJUKAN
Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran . Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
34/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
34
11.0 JADUALPERLAKSANAAN KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK
NO. MATRIK : PPISMP 20100143
KUMPULAN : PPISMP 1E
MATA PELAJARAN :
PENSYARAH PEMBIMBING :
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CACATAN
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
35/36
8/2/2019 Perkembangan Kanak-kanak EDU3102
36/36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302
13.0
LAMPIRAN
Recommended