View
218
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
DALAM BAHASA INGGERIS
FARAH ASNIDA BT CHE SHARIFF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
DALAM BAHASA INGGERIS
FARAH ASNIDA BT CHE SHARIFF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ............................................................
Nama Penulis : FARAH ASNIDA BT. CHE SHARIFF
Tarikh : .04 MAC 2004.
iii
DEDIKASI
Sekalung Budi Buat Abah Yang Dikasihi, EN. CHE SHARIFF B. JUSOH
Emak Tersayang, PN. ROHANI BT. YUSOFF Pengorbanan Kalian Untuk Mendewasakan Daku Terlalu Besar Ertinya…
Sejambak Kasih Buatmu Yang Tersayang,
MOHD. MAAHAD ABD MALIK, Nur Kasihmu Mengiringi Setiap Langkahku Dengan Pasti…
Kehadiranmu Mewarnai Kehidupanku…
Buat Yang Dikasihi Adik, FARIZUL AZLI,
Telah Berdiri Seorang Lelaki, Hidup Berbekal Kecekalan Diri…
Terima Kasih Di Atas Doa Dan Sokongan Kalian Yang Tidak Terhingga ….Yang Mendorong Kejayaan Ini
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah satu penelitian tentang persepsi guru terhadap pengajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Responden bagi kajian ini terdiri
daripada 30 orang guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
di daerah Kota Setar, Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap
penguasaan guru berbahasa Inggeris, tahap kesediaan guru dalam melaksanakan
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, persepsi guru tentang kesan
pengajaran terhadap pencapaian pelajar serta mengetahui tahap keperluan guru dalam
melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kaedah soal
selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Kajian rintis
dilakukan ke atas 10 orang guru di daerah Pontian, Johor. Analisis menunjukkan
nilai alpha berada pada tahap tinggi berdasarkan nilai alpha Cronbach iaitu 0.92.
Hasil kajian mendapati tahap penguasaan, tahap kesediaan dan tahap keperluan guru
dalam melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berada
pada tahap yang tinggi. Namun begitu, kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang
sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa responden
mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris dan ia telah ditunjukkan melalui hasil dapatan kajian ini.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to determine the perception of teachers on
teaching Science and Mathematics subjects in English. The respondents in this
research consists of 30 teachers teaching the particular Science and Mathematics
subject in English around the Kota Setar area in Kedah. The objectives of this
research are to evaluate the level of English language proficiency amongst teacher’s,
preparations of teachers to teach using English as main communication language, the
teacher’s opinions on the teaching effects on student’s achievement and to assess
teacher’s needs to perform teaching primarily Science and Mathematics using
English. The instrument used in this research is a questionnaire. Pilot research is
done on 10 teachers in Pontian district. Analysis of results revealed that the alpha
value is 0.92, which is considerably high based on the Cronbach value. This research
also verifies that the teacher’s aptitude, preparations and requirement level in
carrying out teaching in English are prominent. However, the outcome of teaching
Science and Mathematics in English on the student’s accomplishment is still on the
average level. Overall, this research exposed that respondents have high perception
on teaching Science and Mathematics in English, which is proven by the end result
of this research.
vii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
viii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Definisi Konsep dan Pengoperasian 14
1.9.1 Persepsi 14
1.9.2 Guru 15
1.9.3 Pengajaran 15
1.9.4 Sains 15
1.9.5 Matematik 16
1.9.6 Bahasa Inggeris 16
1.9.7 Tahap 16
1.9.8 Tahap Penguasaan 16
1.9.9 Tahap Kesediaan 17
1.9.10 Pencapaian 17
1.9.11 Tahap Keperluan 17
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Tinjauan Penulisan Dan Kajian-kajian
Lepas Berkaitan 21
2.2.1 Sains Dan Matematik Dalam 21
Bahasa Inggeris
2.2.2 Guru Dan Kesediaan 23
ix
2.2.3 Guru Dan Bahasa Inggeris 26
2.2.4 Keperluan Pengajaran 29
2.3 Rumusan 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 34
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.4 Tempat Kajian 35
3.5 Prosedur Kajian 35
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 35
3.6.1 Data Primer 36
3.6.1.1 Soal Selidik 36
3.6.1.2 Kajian Rintis 38
3.6.2 Data Sekunder 39
3.7 Penganalisaan Data 39
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Latar Belakang responden 41
4.2.1 Kategori Guru 42
4.2.2 Tahun Penganugerahan Sijil Perguruan, 42
Diploma Atau Ijazah
4.2.3 Bahasa Pengantar Semasa Di Peringkat 43
Pengajian Tinggi
4.2.4 Bidang Pengkhususan 44
4.2.5 Pengalaman Mengajar 44
4.2.6 Jantina 45
4.2.7 Bangsa 45
x
4..3 Apakah Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Guru? 46
bahasa Inggeris Guru?
4.4 Sejauh Manakah Tahap Kesediaan Guru 49
dalam Melaksanakan Pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris?
4.5 Sejauh Manakah Persepsi Guru Terhadap 52
Keberkesanan Pengajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris ke atas
Pencapaian Pelajar?
4.6 Apakah Tahap Keperluan Guru Bagi 55
Melaksanakan Pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris?
4.7 Adakah Terdapat Hubungan di antara 58
Penguaasaan bahasa Inggeris Guru dengan
Kesediaan Guru dalam Pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris?
4.8 Adakah Terdapat Perbezaan Jantina 59
Responden Dengan Kesediaan dalam
Pengajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris?
4.9 Adakah Terdapat Perbezaan Di Antara 59
Pengalaman Mengajar dengan Penguasaan
bahasa Inggeris, Kesediaan serta Keperluan
Guru Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris?
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61
xi
5.2.1 Perbincangan Tentang Aspek 62
Demografi Guru
5.2.2 Perbincangan Tentang Penguasaan 62
Bahasa Inggeris Guru Dalam
Pengajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris
5.2.3 Perbincangan Tentang Kesediaan 63
Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran
Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.2.4 Perbincangan Tentang Kesan Pengajaran 64
Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris Ke Atas Pencapaian Pelajar
5.2.5 Perbincangan Tentang Keperluan 66
Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran
Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
RUJUKAN 72
LAMPIRAN 80
A Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Item Bagi Soal Selidik 37
3.2 Permarkatan Item-item Skala Lima Point 38
3.3 Nilai Min bagi Menentukan Tahap Penguasaan 40
Responden dalam bahasa Inggeris, Tahap Kesediaan
Responden, Kesan Pengajaran ke atas Pelajar dan
Tahap Keperluan Responden Terhadap Pengajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
4.1 Taburan Responden Mengikut Kategori Guru 42
4.2 Taburan Tahun Penganugerahan Sijil Perguruan, 42
Diploma atau Ijazah Responden
4.3 Taburan Responden Mengikut Bahasa Pengantar 43
Semasa di Peringkat Pengajian Tinggi
4.4 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan 44
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 44
4.6 Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.7 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.8 Taburan Kekerapan, Peratus, Skor Min dan Sisihan 48
Piawai Penguasaan Responden dalam bahasa Inggeris
xiii
4.9 Taburan responden Mengikut Tahap Penguasaan 49
bahasa Inggeris
4.10 Taburan Kekerapan, Peratus, Skor Min dan sisihan 51
Piawai Kesediaan Responden dalam Pengajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap Kesediaan 52
Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
4.12 Taburan Kekerapan, Peratus, Skor Min dan Sisihan 54
Piawai Kesan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa InggerisTerhadap Pencapaian Pelajar
4.13 Tahap Kesan Pengajaran Pengajaran Sains Dan Matematik 55
Dalam Bahasa Inggeris Ke Atas Pencapaian Pelajar
4.14 Taburan Kekerapan, Peratus, Min Skor dan Sisihan 57T
Piawai Keperluan Guru Dalam Pengajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
4.15 Tahap Keperluan Responden dalam Pengajaran Sains 58
dan Matematik dalam bahasa Inggeris
4.16 Analisis Korelasi Pearson Mengikut 58
Hubungan Penguaasaan bahasa Inggeris responden
dengan Kesediaan Responden dalam Pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris
4.17 Analisis Ujian t mengikut Perbezaan Jantina Responden 59
Dengan Kesediaan dalam Pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris
4.18 Analisis Anova Mengikut Perbezaan Di Antara 60
Pengalaman Mengajar Mengikut Penguasaan, Kesediaan
xiv
Dan KeperluanResponden Dalam Pengajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
xv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
% - peratus
3M - Membaca, Menulis Dan Mengira
ABM - Alat Bantu Mengajar
Bil. - Bilangan
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
DEB - Dasar Ekonomi Baru
et. al - dan pengarang-pengarang lain
ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PUPIBM - Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
N - Bilangan Subjek
NATO - North Atlantic Treaty Organization
RM - Ringgit Malaysia
SP - Sisihan Piawai
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package Social Science
SS - Sangat Setuju
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman
D Reability analysis – scale (alpha)
xvi
TS - Tidak Setuju
UNESCO - United Nations Educational, Scientific And Cultural
Organization
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, pendidikan telah menjadi
salah satu mekanisme terpenting dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan
matlamat bagi menyatu padukan rakyat berbilang kaum supaya dapat membina
sebuah negara yang aman dan maju (Mok Soon Sang, 2002).
Justeru, daripada pernyataan di atas, dapat dilihat bahawa pendidikan adalah
merupakan satu wadah yang amat penting bagi menyatu padukan rakyat Malaysia
dalam membangunkan negara.
Kesinambungan daripada itu, menyedari hakikat akan peri pentingnya
pendidikan, maka kerajaan telah mengambil inisiatif dengan mengarahkan
perwujudan satu jawatan kuasa untuk mengkaji sistem pendidikan kebangsaan yang
dapat diterima oleh semua kaum. Jawatan kuasa ini telah dibentuk pada tahun 1959,
dan diketuai oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu,iaitu Yang Berhormat Abd.
Rahman Talib. Oleh yang demikian, pada tahun 1960, jawatankuasa ini telah
mengemukakan satu usul yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib yang
akhirnya digazetkan sebagai Akta Pelajaran 1961. Ini menjadikan dasar-dasar dalam
laporan berkenaan sebagai dasar-dasar legislatif atau perundangan yang menjadi
kemestian untuk dilaksanakan oleh sekolah-sekolah (Sufean, 2002).
2
Laporan Rahman Talib yang dikemukakan tersebut akhirnya telah menjadi
satu titik permulaan ke arah proses transformasi sistem pendidikan negara sehingga
kini. Menurut Sufean (2002), aspek terpenting yang terkandung dalam Laporan
Rahman Talib tersebut antara lain menekankan bahawa sistem pendidikan
kebangsaan perlu mengadakan sistem pengajaran yang cekap dan berkesan, kos
efektif, dapat memenuhi aspirasi negara dari segi pembangunan sosial, ekonomi,
politik dan kebudayaan masyarakat di negara ini. Ini bermakna bahawa kurikulum
pendidikan menjadi mekanisme dan mengeluarkan tenaga kerja yang berpengetahuan
dan mahir bagi membina masyarakat progresif dari segi sosial, ekonomi, politik dan
kebudayaan.
Walau bagaimanapun, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan
yang drastik bermula 1967 apabila parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
yang menetapkan Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi yang tunggal. Ekoran
penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 tersebut, maka Kementerian
Pelajaran telah mengambil langkah untuk mentransformasikan sistem pendidikan
kebangsaan daripada yang berorientasikan Bahasa Inggeris kepada yang lebih
berpaksikan kepada penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya.
Namun begitu, akibat beberapa kelemahan yang timbul dalam sistem
pendidikan pada waktu itu, maka kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa
kabinet yang ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan,
dan kesannya ke arah memenuhi aspirasi negara bagi membentuk masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Akhirnya pada tahun 1979, jawatankuasa
tersebut telah mengemukakan satu laporan yang lebih dikenali sebagai Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 yang telah mengesyorkan bahawa kurikulum pendidikan
hendaklah lebih memberi penegasan pendidikan dalam bidang membaca, menulis
dan mengira (3M), melahirkan lebih ramai guru terlatih dalam bidang Sains dan
aspek kemudahan hendaklah diberikan kepada sekolah menengah bagi meningkatkan
mutu pendidikan Sains, khasnya di kawasan luar bandar (Mok Soon Sang, 2002) .
3
Inovasi besar-besaran akibat daripada Laporan Kabinet ialah pelaksanaan
KBSR pada semua sekolah rendah mulai tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu
sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1989. Kedua-dua kurikulum ini direka oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum yang berpusatkan kepada perkembangan individu
murid yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, bukannya
kurikulum yang berpusatkan kepada guru dan peperiksaan lagi. Untuk menjayakan
kurikulum ini, Kementerian Pendidikan telah menggiatkan usaha orientasi semula
guru-guru sekolah, dan juga menambah bilangan guru-guru baru yang terlatih dengan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan KBSM. Pada akhir tahun 1985
seramai 18 672 orang guru dilatih di 28 buah maktab perguruan. Dalam tempoh 1981
hingga 1985 seramai 165 600 orang guru sedang berkhidmat telah menghadiri kursus
orientasi semula, dan seramai 17 350 guru berijazah dikeluarkan oleh 5 buah
universiti utama (Sufean, 2002). Usaha latihan keguruan ini dapat dilihat sebagai
suatu usaha yang agresif ke arah pembaharuan dan juga perkembangan sistem
pendidikan negara. Ini menunjukkan harapan negara yang begitu tinggi terhadap
golongan ini dalam usaha membantu mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara
yang maju dan membangun.
Sungguhpun KBSR dan KBSM ialah satu inovasi kurikulum, tetapi bukanlah
suatu kurikulum yang serba baik dan komprehensif. Untuk memperbaiki kelemahan,
beberapa ubahsuaian telah dibuat kemudiannya terhadap kurikulum, dan yang lebih
penting lagi ialah perumusan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1988 bagi
para pendidik menjadikan perkara pokok dalam proses pendidikan dan
perkembangan kurikulum. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bercorak humanistik,
iaitu pembangunan manusia untuk kemanusiaan, dan bertujuan untuk melahirkan
insan yang seimbang iaitu berdedikasi menyumbang tenaga, pemikiran, dan
kemahiran dalam pembinaan masyarakat sejahtera di dalam semua aspek lembaga
diri, khususnya pada aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani (Sufean, 2002).
Menjelang tahun 1990, inovasi dan pembangunan sistem pendidikan telah
menjadi mantap dan menuruti dasar-dasar teras yang diusulkan oleh Laporan
Rahman Talib (1960), dan Laporan Kabinet (1979). Sistem pendidikan secara amnya
4
telah berjaya mendokong hasrat integrasi nasional dengan membentuk negeri-negeri
yang bersatu padu melalui penghayatan Rukun Negara di kalangan generasi muda,
dan yang lebih pentingnya dari segi politik ialah sistem pendidikan telah berjaya
meluaskan mobiliti sosioekonomi kaum bumiputera, selaras dengan hasrat dasar
ekonomi baru (DEB) menyusun semula struktur masyarakat dengan cara membasmi
kemiskinan dan dasar ekuiti negara.
Pada tahun 1991 bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
membentangkan pemikirannya tentang negara bertamadun maju dalam satu kertas
perdana bertajuk “Malaysia : Melangkah ke Hadapan” atau lebih dikenali dengan
“Wawasan 2020”.
Wawasan 2020 ialah aspirasi untuk membina satu tamadun dan masyarakat
maju bertaraf dunia dan turut menekankan aspek kemajuan industri berasaskan
kemajuan ilmu Sains dan teknologi dan juga taraf pendidikan yang tinggi. Oleh yang
demikian, institusi pendidikan seperti sekolah dilihat akan menjadi saluran utama
untuk melahirkan generasi wawasan. Justeru itu, institusi pendidikan, dari peringkat
pendidikan rendah hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) seharusnya berusaha
untuk menjadi lebih bersifat global. Maka institusi pendidikan bergerak ke arah itu
dengan beberapa cara pendekatan yang tersendiri. Salah satu aspek yang diberi
keutamaan ialah penekanan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
kolej dan universiti, atau pelajar-pelajar wajib lulus bahasa Inggeris kerana bahasa
itu ialah bahasa perdagangan antarabangsa (Sufean,2002).
Dalam memenuhi aspirasi tersebut, maka pada tahun 1996, kerajaan telah
meluluskan Akta Pendidikan 1996 yang berfokus kepada kesinambungan dasar-dasar
pendidikan yang sedia ada kepada pembangunan pentadbiran pendidikan dan
pembangunan beberapa jenis pendidikan, khususnya pendidikan prasekolah,
pendidikan khas, pendidikan tinggi, dan pendidikan swasta. Perakuan-perakuan
dalam akta ini merangkumi semangat globalisasi, Wawasan 2020, Rukun Negara,
nasionalisme, integrasi nasional, dan demokrasi. Perakuan-perakuan ini diharapkan
oleh kerajaan dapat mewujudkan arus pembangunan baru dalam sistem pendidikan
serta masyarakat pada alaf 2000. Semua perakuan ini penting bagi mengisi matlamat
5
Wawasan 2020 untuk membina negara cemerlang dan agung. Justeru itu, pendidikan
merupakan satu elemen asasi pembangunan sumber manusia dan masyarakat yang
perlu diberi perhatian yang khusus.
1.2 Latar Belakang Masalah
Negara kita telah mengalami pelbagai perubahan dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lebih baik, sejajar dengan wawasan negara yang bertujuan untuk
membina bangsa yang berilmu serta berdaya tahan. Cabaran demi cabaran telah
diharungi demi merealisasikan aspirasi negara. Salah satu cabaran yang benar-benar
menuntut perhatian yang serius daripada segenap lapisan masyarakat kita adalah
cabaran globalisasi dan pengantarabangsaan ekonomi yang akan menjadikan negara
lebih kompetitif dan berdaya saing. Globalisasi adalah satu himpunan proses
pengaliran global pelbagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti
manusia sehinggakan seolah-olah semua manusia menjadi objek yang seragam.
Objek yang diglobalisasikan boleh menjadi fizikal dalam bentuk barangan dan
perkhidmatan atau bukan fizikal seperti pemikiran, budaya, ideologi dan cara hidup.
Himpunan proses pengaliran global ini berlaku dalam bidang aktiviti manusia yang
melibatkan proses kait-mengait, saling bergantung, dan saling memerlukan yang
amat kompleks sifatnya (Mohd. Khairul Azam et al, 2002). Secara tidak langsung,
kita dapat melihat globalisasi adalah satu proses yang merujuk kepada satu
pembinaan dunia tanpa sempadan yang mana akan menjadikan persekitaran lebih
liberal dalam penggunaan perkhidmatan dan sumber (Sulaiman, 2001).
Menjelang tahun 1990an, terdapat beberapa petanda yang menunjukkan
globalisasi sedang berlaku di seluruh dunia secara disedari ataupun tanpa disedari
dengan tidak boleh dihalang lagi. Salah satu daripadanya adalah penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama atau bahasa kedua di lebih 100 buah negara di dunia
(Mohd. Khairul Azam et al, 2002).
6
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris memainkan peranan
yang sangat penting dalam mengejar arus globalisasi ini. Pada masa ini, bahasa
Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan global. Penggunaan bahasa
Inggeris sangat meluas terutamanya dalam dunia perdagangan antarabangsa. Tidak
ketinggalan juga dalam perhubungan diplomasi antarabangsa, contohnya di
persidangan PBB, UNESCO, NATO dan sebagainya (Mohd. Khairul Azam et.al,
2002). Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa maklumat di mana perisian-perisian
dan program-program komputer adalah di dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris
juga merupakan bahasa ilmu dunia dan juga bahasa komunikasi antarabangsa.
Peri pentingnya bahasa sebagai wahana komunikasi khususnya pendidikan
terbukti dengan kerapnya orang memperkatakan isu bahasa dalam pelbagai konteks,
termasuk konteks bahasa itu sendiri, hingga mewujudkan pelbagai bidang dan
mazhab ilmu bahasa dan linguistik. Namun, betapa besarpun fungsi bahasa yang
dihujahkan baik untuk menyatakan rasa, menyampaikan maklumat dan meminta
tindakan mahupun untuk memahami tingkah laku dan akal fikiran manusia namun
fungsi utama bahasa sebagai alat membaca, berfikir dan berbicara tidak mungkin
dapat dipertikaikan. Seiring dengan era globalisasi hari ini, Bahasa Inggeris
memainkan peranan penting dalam proses pemerolehan ilmu masa kini kerana
kebanyakan sumber ilmu yang diperlukan menggunakan bahasa dunia tersebut.
Sebahagian besar daripada maklumat berkaitan penemuan baru Sains dan teknologi
di seluruh dunia juga disebarkan dalam bahasa Inggeris (Razali, 2001).
Jadi, keadaan-keadaan ini seolah-olah telah mendesak masyarakat dunia
untuk menguasai bahasa Inggeris. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, seseorang itu
adalah umpama jaguh kampung yang lantang menyalak di pentas sendiri tetapi
menyendiri di pentas antarabangsa.
Walau bagaimanapun, globalisasi adalah amat dialu-alukan tetapi pemusatan
kuasa untuk mendefinisikan apa yang baik dalam kehidupan dunia dengan memaksa
satu definisi ‘baik’ tanpa mengambil kira alam keliling terhampir (tempatan)
hendaklah tidak dibenarkan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad mengambil pendirian amat berhati-hati dengan globalisasi. Tanpa
7
penguasaan ilmu dan kekuatan ekonomi, negara kuasa besar akan menjadi semakin
kuat, manakala negara kecil dan lemah penguasaan ilmunya akan menjadi semakin
mundur. Ini kerana globalisasi sememangnya didominasi oleh negara-negara kuasa
besar yang seolah-olah dalam proses mengembangkan budaya dan cara hidup mereka
di seluruh dunia. Rakyat Malaysia diseru mempersiapkan diri secukupnya dengan
penguasaan ilmu perlulah dipandang sebagai perisai yang mampu untuk menongkah
arus globalisasi agar kita tidak terus hanyut dibuai bencana atas nama kemajuan
(Mohd. Khairul Azam et.al, 2002). Ini adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan
Sains Negara, menghendakkan Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya
Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang
kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains
dan keterampilan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dalam menongkah arus
globalisasi dan juga ke arah pembangunan negara, pada tahun 1993, bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan penggunaan bahasa Inggeris
untuk subjek Sains dan Teknologi daripada 30% hingga 50% kursus disampaikan
dalam bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi, tetapi saranan itu tidak
dilaksanakan secara nyata ( Utusan Malaysia, 15 Mac 1993). Malah, GPMS sendiri
mengutarakan agar diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris sebagai pilihan bagi
memperbaiki mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar bumiputera.
Mutakhir ini, Persekutuan Majikan Malaysia pula menyokong saranan ini (Dewan
Masyarakat, Julai, 2002).
Berikutan dengan isu bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dunia ini, isu
mewujudkan semula sekolah atau pendidikan aliran Inggeris dan pengajaran subjek
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kembali mewarnai arus pendidikan
negara. Isu ini timbul apabila ramai graduan IPT khususnya pelajar Melayu (94%)
dalam bidang sastera dan agama gagal mendapat pekerjaan (Dewan Masyarakat,
Julai, 2002). Hal yang demikian kerana kegagalan mereka memenuhi pasaran kerja
semasa kerana pemilihan kursus yang tidak mempunyai nilai komersial dan
8
kelemahan berbahasa Inggeris. Kebanyakan syarikat swasta mengenakan syarat
berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris kepada para pemohon yang ingin
mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Syarat tersebut secara tidak langsung
menjadi tembok yang membataskan pengambilan golongan bumiputera untuk
berkhidmat dalam sektor swasta. Selain itu, kegagalan menguasai bahasa Inggeris
dengan baik juga didakwa menjadi punca kemerosotan pencapaian para pelajar
bumiputera dalam akademik di IPT (Dewan Masyarakat, Julai, 2002). Tambahan
pula, apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan, rata-rata pencapaian pelajar
Melayu agak rendah dalam subjek bahasa Inggeris berbanding kaum lain,
terutamanya di luar bandar (Dewan Masyarakat, Julai, 2002).
Menyedari akan kelemahan ini, Kementerian Pendidikan telah membuat
keputusan untuk melakukan perubahan secara besar-besaran dalam dunia pendidikan
dengan melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
mulai sesi pengajaran 2003. Langkah perubahan yang diambil ini bukan sahaja
bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar,
malahan bagi mempersiapkan mereka ke arah menguasainya sebagai ilmu dua
bidang, iaitu Sains dan Matematik sejak di peringkat awal dengan lebih mudah dan
berkesan (Berita Harian,23 Ogos 2002).
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan
di mana dan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik akan diajar
dalam bahasa Inggeris sebagai langkah awal ke arah mencapai aspirasi negara untuk
membangun sebagai sebuah negara perindustrian yang ulung. Pelaksanaannya
dimulakan untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah mulai
awal sesi persekolahan tahun 2003. Perlaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan
bermula pada 2004 manakala di Politeknik, perlaksanaan dasar ini akan bermula
pada 2008, iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki peperiksaan
sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007. Peperiksaan sepenuhnya mata
pelajaran Sains dan Matematik ini dalam bahasa Inggeris bagi Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) ialah pada 2008, Penilaian Menengah Rendah (PMR)
(2005), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (2007) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) dan Matrikulasi (2004) (Musa, 2002).
9
1.3 Pernyataan Masalah
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris ini masih baru dan lebih memfokus kepada pencapaian pada masa
akan datang. Golongan utama yang harus dilihat ialah golongan guru itu sendiri.
Pada kebiasaannya, guru yang ditempatkan di sesebuah sekolah akan
ditugaskan mengajar mata pelajaran yang merupakan pengkhususan mereka di
universiti (Nasir, 1998). Namun demikian, dengan berlakunya perubahan dasar
pendidikan negara kita, apakah guru yang mengkhusus dalam bidang Sains dan
Matematik mampu menjalankan tugas mereka dalam bahasa Inggeris dengan baik?.
Kita harus sedar realiti guru Sains dan Matematik bukan semua mahir dan
fasih berbahasa Inggeris. Malahan realiti yang kita tahu, guru Sains dan Matematik
bukanlah guru yang mesti fasih berbahasa Inggeris. Apakah dalam tempoh tidak
sampai setengah tahun semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik sudah
berupaya menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris dengan berkesan serta
dapat difahami pelajar setelah mereka mengikuti kursus? Jika kekuatan dan
kemampuan guru-guru ini tidak diteliti dengan seadil-adilnya, dikhuatiri prestasi para
pelajar akan lebih buruk.
Bagaimana pula dengan keperluan guru yang akan melaksanakan pengajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini? Kesungguhan kerajaan bagi
memastikan kejayaan rancangan ini dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukan
sebanyak RM850 juta bagi membekalkan bahan-bahan mengajar termasuk peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pengajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris disediakan oleh kerajaan (Utusan Malaysia Online, 26
Disember 2002). Peralatan dan kemudahan yang disediakan ini diharap akan dapat
memacu usaha bagi melahirkan generasi baru rakyat negara ini yang mampu
menguasai bahasa Inggeris
10
Jika dihalusi, kerajaan telah banyak melaburkan wang bagi memastikan
transformasi pendidikan ini mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Namun
begitu, sejauh manakah usaha kerajaan ini dimanfaatkan. Adakah segala usaha ini
mampu mencapai matlamat yang diharapkan?
Recommended