View
68
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER
MEI 2012PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SMP KHAS JAN 2011)
KOD KURSUS : HBAE1203
TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
NAMA PELAJAR :MOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
NO. MATRIKULASI : 810924035663001
NO. KAD PENGENALAN : 810924-03-5663
NO. TELEFON : 01628112134
E-MEL : Ise_6321@yahoo.com
TUTOR : EN HAMDAN BIN ABDULLAH
PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA
KANDUNGAN HALAMAN
Pengenalan 1
Pengertian kreativiti dan kreatif 2
Perkembangan Kreativiti Fisher (1943) 3
Kepentingan pemikiran kreatif terhadap Perkembangan
diri Kanak-kanak. 10
Aktiviti Pembelajaran yang Berkesan Menjana
Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. 14
Kesimpulan 17
Rujukan ii
i
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
1.0 Pengenalan.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa
maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud
“memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai
mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.
Pelbagai persoalan ini sering melanda kita apabila diminta menghasilkan
sesuatu karya atau tugasan yang memerlukan elemen kreatif sebagai salah satu nilai
tambah dalam penilaian atau pemberian markah. Sebenarnya, kemahiran kreatif ada
pada semua orang sebagai kemahiran semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Ini
kerana semua orang yang sempurna akalnya dianugerahkan set otak dengan fungsi
asas yang serupa cuma yang berbeza adalah darjah kreativiti antara satu sama lain.
Perbezaan kreativiti seseorang boleh dipengaruhi oleh latar belakang, suasana
persekitaran tempat dia dibesarkan, pendidikan yang diterima dan pengalaman yang
dialaminya. Penyelidik mengesahkan bahawa kreativiti tidak memerlukan kepintaran
luar biasa tetapi menggunakan kemahiran berfikir yang biasa dengan cara yang
bijaksana (John,1998).
Kajian yang pernah dibuat di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa potensi
kreatif kanak-kanak adalah tinggi, semakin menurun apabila umur semakin meningkat
(Maimunah, 2005). Senario ini harus diambil serius oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran kerana kreativiti sangat diperlukan
untuk kelangsungan hidup penduduk di sesebuah negara terutamanya dalam era
globalisasi di mana perubahan, cabaran dan persaingan sedang dan akan terus berlaku.
Untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga kerja bukan sahaja perlu
memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi tetapi perlu memiliki daya kreatif
yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan masalah yang semakin kompleks dalam
pekerjaan mereka (Lee. 2002).
1
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
2.0 Pengertian kreatif dan kreativiti.
Pendidikan seni visual di sekolah merupakan salah satu mata pelajaran yang
memberi peluang serta ruang kepada murid-murid meluahkan idea dan daya kreatif
mereka seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Seni Visual sekolah
rendah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual (KSSR Seni Visual, 2010). Kreativiti dalam penghasilan
sesebuah karya seni mampu meletakkan nilai yang sangat tinggi pada karya tersebut.
Dalam proses membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbanbsaran murid dapat menyalurkan idea yang diberikan dapat dilaksanakan
dengan jayannya. pemilikan idea oleh kumpulan dan individu dapat mermberi idea
dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya mengelak daripada
berlaku perasaan ego wujud dan dapat mengurangkan kerjasama di kalangan murid.
Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk
mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki idea tersebut. Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi
kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses kemudiannya.Guru juga menggalakkan sumbangsaran idea yang luar
biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid
untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik,
tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.
Justeru, kreativiti boleh dibentuk dan dilatih seperti yang dinyatakan oleh
Ikhsan dan Norila (2005), usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah berfikir
secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi kerana
peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu asas
bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya. Oleh itu, perkembangan kreativiti kanak-
kanak penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan
tahapnya supaya pengetahuan tersebut boleh digunakan bagi merancang aktiviti yang
sesuai serta lebih tersusun dan menjamin proses pembelajaran berjalan dengan baik
dan berkesan. Salah satu perkembangan kreativiti kanak-kanak yang sering menjadi
panduan adalah perkembangan kreativiti Fisher.
2
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
3.0 Perkembangan Kreativiti Fisher.
Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam menjana pemikiran
kreatif iaitu:
a. Peringkat rangsangan.
Setiap individu memiliki kemahiran kreatif secara semula jadi, bagi menyerlahkan
kemahiran tersebut proses rangsangan perlu dilakukan supaya individu itu dapat
mengaplikasikan kekreatifannya dalam penghasilan sesuatu karya atau produk
berkualiti.
Pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk dan aras
soalan berdasarkan Taksonomi Bloom. Menyoal merupakan cara yang paling
berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran (Wan Zah, 2011). Guru
perlu memastikan keadaan yang kondusif untuk murid mengikuti sesi pembelajaran,
murid bersedia menerima pembelajaran. Bahan-bahan rangsangan lain seperti gambar,
kad imbasan, poster dan sebagainya juga boleh disediakan bagi membantu murid
menjana idea yang lebih kreatif. Guru harus membantu murid supaya berinteraksi
dengan aktif dan memberi motivasi agar murid yakin serta berani mengeluarkan
seberapa banyak idea atau pandangan. Setiap pendapat murid mesti diterima dan
dicatat. Untuk peneguhan beri pujian kepada murid supaya mereka bersemangat
meneruskan sesi perbincangan. Menurut Skinner (1938),sekiranya tingkah laku itu
diikuti oleh pengukuhan yang positif atau perkara yang menyenangkan, maka tingkah
laku itu akan dilakukan berulang-ulang. Peneguhan positif berupaya meningkatkan
pemikiran kreatif murid dengan berterusan.
“Ask questions that force students not only to think but think critically,
imaginatively and creatively. Do not interrupt while a student is still
expressing himself. Do not put words into his mouth. Let him say what on his
mind.Try not to criticize. Reinforce, encourage and push your student gently.
Treat them as a young men and young ladies, not as boys and girls. Self-
esteem is important for creativity bloom.” (Leo, 2006)
Untuk mencungkil pemikiran kreatif murid, peluang harus diberi kepada semua murid
bagi meluahkan perasaan dan mengemukakan pendapat. Beri kata-kata semangat
supaya murid yakin dan berani mencuba, hargai segala idea yang diberi.
3
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
Peringkat merangsang pemikiran kreatif murid boleh menggunakan kaedah
perbincangan murid memberi pendapat berdasarkan soalan-soalan yang dikemukan.
Perkembangan aras soalan berlandaskan Taksonomi Bloom. Contohnya :
Kegiatan : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk : Membuat Wau.
Peringkat Contoh tingkah laku Contoh soalan.
Mengingat Menjelaskan, menamakan,
mengenal pasti.
Pernahkah kamu melihat Wau?
Memahami Membanding, mentafsir,
meringkas.
Bandingkan wau yang pernah kamu
lihat dengan yang ditunjukkan?
Aplikasi Melaksanakan,
menggunakan.
Bagaimana kamu hendak membuat
wau?
Analisis Menghuraikan, merangka,
menyusun, membanding
beza.
Terangkan langkah-langkah yang
akan kamu lakukan.
Menilai Mengkritik, menguji,
menilai.
Bagaiman kamu tahu wau itu tahan
atau menarik?
Mereka cipta Merancang, membangun,
membaharui
Apa yang akan kamu lakukan untuk
menghasilkan wau yang lebih
menarik dan tahan?
Taksonomi Bloom yang diperbaharui atau revisi oleh Lorin Anderson pada 1990
dan diperkenalkan pada 2001. ( Revisi Taksonomi Bloom atau Revised Bloom
Taxonomy)
Teknik penyoalan perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan dan peringkat umur
murid, guru perlu memainkan peranan yang penting agar peringkat rangsangan
berjalan dengan berkesan.
b. Peringkat penerokaan.
Apabila murid telah dirangsang pemikiran kreatifnya dengan menjawab beberapa
persoalan yang mudah hingga ke soalan yang kritikal, mereka akan berusaha
meneroka untuk mencari jawapan dan jalan peneylesaian melalui pelbagai cara, gaya
4
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
dan teknik. Dalam pendidikan seni visual, penerokaan bermaksud menyelidik untuk
mengetahui sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara
menjelajah (Zulkifli, 2010).
Penerokaan alat, bahan dan keperluan-keperluan juga patut dilakukan sebelum
menjalankan aktiviti seni visual untuk mengetahui tahap keselamatan serta cara
penggunaan alat dengan betul. Peralatan yang tajam seperti gunting, pisau, buluh dan
sebagainya hendaklah digunakan dengan berhati-hati supaya tidak mendatangkan
kecederaan.
Beberapa kaedah yang boleh dijalankan untuk tujuan penerokaan adalah seperti
membuat eksperimen, inkuiri, mencipta, mengkaji dan sebagainya. Menerusi aktiviti
penerokaan murid dapat meningkatkan daya imaginasi kerana murid berpeluang
mengalami atau melihat sendiri apa yang telah dilakukan sekali gus akan dapat
mengembangkan daya kreativiti murid. Semasa penerokaan dijalankan, guru
berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing dan membimbing murid untuk
menemukan sesuatu yang lebih spesifik. Contohnya aktiviti membuat wau, murid
mungkin pernah melihat wau yang yang dijual dikedai berdasarkan pengalaman sedia
mereka, tetapi melalui peringkat penerokaan murid dapat mengetahui pelbagai jenis
wau, bahan untuk membuatnya, nilai wau sebagai permainan tradisional. Kaedah
penerokaan yang paling murah, mudah dan cepat adalah dengan melayari internet.
Lagi pun kebanyakkan murid mahir menggunakan internet dan kebanyakkan sekolah
menyediakan kemudahan ini.
c. Peringkat perancangan.
Pada peringkat ini perancangan boleh dilakukan secara verbal melalui
perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya manakala perancangan secara
visual pula melalui graf, imej lukisan, peta minda dan lain-lain. Peringkat ini
menggalakkan secara amnya pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan
semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Perancangan yang teratur dan
sistematik dengan mengambil kira segala kemungkinan yang akan berlaku bagi
menjamin kelancaran pelaksaaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.Di peringkat ini,
semua ahli yang terlibat perlu berbincang dan membuat keputusan setelah membuat
pemerhatian daripada pelbagai sudut atau perspektif yang lebih luas. Selain itu,
beberapa alternatif lain harus di rancang untuk mengatasi sebarang kemungkinan yang
akan berlaku. Dengan penggunaan peta minda, graf, imej lukisan dan lain-lain boleh
5
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
membantu memberi gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti yang akan
dilaksanakan.Jika di peringkat sekolah rendah penggunaan peta minda sebagai salah
alat berfikir amatlah sesuai kerana ia mudah dan berkesan dan dapat memberi
gambaran yang jelas kepada murid..
Sumber : perkembangan seni dan kraf kanak-kanak. (Loy, 2011)
6
Bahan/alatan.
Kertas warna, buluh, benang, gam dan
gunting.
Langkah-langkah.
Bina kerangka menggunakan buluh.
Gunting kertas mengikut saiz.
Tampal gam pada kertas yang digunting.
Membuat teraju wau
Alternatif.
Boleh menggunakan lidi sebagai kerangka untuk menggantikan buluh
Buat wau dengan pelbai bentuk yang mudah dan sesuai
Dimainkan semasa aktiviti kesengangan.
Wau
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
d. Peringkat aktiviti.
Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan diaktifkan dengan melaksanakan apa
yang telah dirancang. Tindakan-tindakan yang sewajarnya perlu diambil kira seperti:
i. Bagaimana hendak membuat wau dengan saiz yang sesuai?
ii. menggunakan kertas warna yang menarik mengikut motif
atau corak pilihan sendiri?
iii. Cara mengikat kerangka dengan betul dan tepat dan
memotong kertas warna yang ditekapkan supaya kemas?
iv. Bagaimana membuat teraju dengan betul agar wau dapat
dinaikan?
Pada peringkat aktiviti inilah pemikiran kreatif murid akan jelas kelihatan
semasa murid ketika melakukan langkah-langkah penghasilan wau. Melalui peringkat
inilah juga guru dapat membuat penilaian secara formatif dari segi tahap daya
kreativiti muridnya. Seandainya aktiviti seni visual diadakan secara berkumpulan,
guru perlu memastikan setiap ahli kumpulan ada peranan masing-masing
(pembelajaran secara koperatif).
.
Sumber : google images.
7
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
e. Kajian semula.
Peringkat ini, murid-murid dibimbing untuk memberikan pendapat dan komen
terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Murid
mengemukakan cadangan yang bernas untuk mengelak perkara yang tidak dijangka
atau diingini berlaku. Penilaian terhadap hasil kerja menggalakkan pemikiran kreatif
merencana siri penambahbaikan pada masa akan datang Menerusi aktiviti kritikan dan
apresiasi seni, murid akan menghargai hasil karya sendiri dan orang lain. Secara tidak
langsung peringkat kajian semula akan memberi keazaman baharu kepada murid
untuk meningkatkan mutu karyanya dengan menambah nilai-nilai estetika pada
ciptaan yang akan datang.
Daya kreativiti murid semakin bertambah dan diperkukuhkan setelah melakukan
aktiviti seni melalui lima tahap perkembangan Fisher. Perlu diingatkan hasil karya
murid hendaklah dibei penghargaan dan jangan memandang rendah kerana dengan
cara sebegini akan memberi kesan negetif terhadap kreativiti seseorang murid
sebaliknya kata-kata pujian dan semangat harus diberi untuk meningkatkan motivasi
murid.
Hasil kerja murid
dipamerkan di
hadapan kelas untuk
sesi kritikan dan
apresiasi seni.
Karya-karya ini perlu
dipamerkan di sudut
hasil kerja murid atau
sudut kreatif sebagai
bahan rujukan dan
penghargaan kepada
murid.
8
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
Wau seperti berikut mungkin akan dihasilkan oleh murid-murid di sekolah kita
setelah pemikiran reatifnya dilatih dan dikembang dengan mengaplikasi lima tahap
perkembangan kreativiti Fisher (1943).
Wau Bulan. Wau K1.
Bermacam-macam jenis wau. Wau kenyalang.
Sumber : google images.
9
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
4.0 Kepentingan pemikiran kreatif terhadap Perkembangan diri Kanak-
kanak.
Menurut Atan (1982), perkembangan individu merupakan perubahan yang
bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi
ternyata perubahan telah berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat
terlebih dahulu. Merujuk kepada lima tahap perkembangan kreativiti Fisher amat
nyata dan jelas kepentingan pemikiran kreatif terhadap perkembangan diri kanak-
kanak dari segi sosial, emosi dan fizikal kerana pendekatan yang digunakan dalam
pengajaran pembelajaran adalah pendekatan yang berpusatkan murid. Dalam suasana
pembelajarannya akan wujud banyak interaksi antara guru dengan murid, murid
dengan murid dan murid dengan bahan.
Perkembangan sosial kanak-kanak akan mula berkembang dengan pesat
setelah dia menjejak kaki ke alam persekolahan sama ada di taman asuhan, tadika
mahu pun sekolah rendah. Semasa pengajaran pembelajaran kanak-kanak akan
menjalinkan hubungan social dengan rakan-rakan dan guru. Perkembangan kreativiti
Fisher banyak membantu proses perkembangan social kanak-kanak terutama sekali
pada peringkat rangsangan iaitu guru menyoal murid untuk mendapatkan maklumat,
mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid serta membina kesediaan murid untuk
mengikuti pembelajaran seterusnya.
Sesi perbincangan memberi peluang kepada murid meluahkan pendapat
dengan yakin dan berani. Selain itu, murid akan bertambah yakin serta bersemangat
untuk melibatkan diri setelah pendapatnya dihargai oleh guru dan rakan. Sikap
bertolak ansur juga akan dipupuk ketika murid memberi kesempatan kepada rakan
bertanya atau bercakap, interaksi positif yang wujud akan memudahkan kerjasama
antara ahli kumpulan ketika menjalankan aktiviti dan membuat penerokaan. Pada
peringkat perancangan, murid akan lebih berhati-hati dan teliti merancang aktiviti
yang akan dijalankan, yakin dalam membuat keputusan serta bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan. Aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak
menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi seperti berkongsi bahan dan peralatan
seni serta menunjukkan kepekaan terhadap keperluan kanak-kanak yang lain.
Manakala di peringkat kajian semula, murid yakin dan bangga menerangkan
hasil karya kepada rakan. Murid akan lebih bersikap terbuka apabila hasil karyanya
10
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
dikritik oleh rakan, murid juga berpeluang memberi pendapat tentang karya rakan.
Hasil daripada kritikan dan apresiasi seni ini, murid boleh memperbaiki dan
meningkatkan daya kreativitinya pada masa akan datang supaya penghasilan karyanya
lebih bermutu serta mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.Menurut Newman
(1990), kemahiran berfikir secara kreatif dapat menghasilkan masyarakat yang
bertanggungjawab dan pekerja yang produktif dalam dunia pekerjaan. Kemahiran
berfikir kritis dan kreatif dapat membantu menangani masalah yang rumit dengan
mudah dan cepat, membuatkan kita lebih yakin menjana keputusan dalam keadaan
yang sukar dan lebih berani serta bersedia mengambil risiko menerima dan mencuba
idea-idea baru sebaliknya mengenepikan perkara-perkara yang remeh dan tidak
penting.
Emosi kanak-kanak sangat sensitif, apabila dipuji mereka akan rasa gembira
sebaliknya jika ditegur atau dimarah pasti mereka akan menangis atau merajuk.
Menerusi lima peringkat perkembangan kreativiti Fisher, perkembangan emosi kanak-
kanak dapat ditingkatkan ketika kanak-kanak berbincang, membuat penerokaan,
merancang, melakukan aktiviti dan membuat kajian semula. Semasa perbincangan,
kanak-kanak akan menunjukkan sikap menghormati rakan ketika rakan memberi
pandangan begitu juga apabila rakan bertanyakan soalan. Di sini peranan guru amat
mustahak bagi mengawal keadaan agar tidak berlaku perselisihan faham atau
ketidakadilan semasa memberi peluang kepada murid menjawab soalan. Murid akan
merasa terasing seandainya guru berkelakuan demikian, kesannya emosi murid akan
terganggu kerana rasa dipinggirkan. Tetapi seorang guru yang berkesan pasti akan
mengelak insiden seperti ini daripada berlaku, beliau pasti akan membuat
perancangan yang rapi sebelum melaksanakan pengajarannya.
Peringkat kajian semula merupakan peringkat yang agak mencabar emosi
kanak-kanak terutama sekali ketika mereka menunjukkan hasil karya dan
menceritakan elemen-elemen seni yang terkandung di dalam karyanya menjadi
platform untuk kanak-kanak membina keyakinan diri dan bangga dengan kebolehan
sendiri kerana kanak-kanak berkesempatan mengekspresi perasaannya dalam bentuk
seni tampak serta mengaplikasi kemahiran-kemahiran seni yang telah dipelajarinya.
Kanak-kanak akan merasa puas apabila hasil karyanya dihargai, jadi perkembangan
emosi kanak-kanak mampu mempengaruhi daya kreativitinya. Emosi positif
meningkatkan kreativiti tetapi jika emosi kanak-kanak terganggu ia boleh
membantutkan daya kreativiti.
11
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikuasai menerusi aktiviti seni,
penggunaan bahan dan peralatan dalam aktiviti seni memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata. Secara tidak langsung
kemahiran motor kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan berkesan. Kegiatan
membentuk dan membuat binaan sebagai satu contoh di mana perkembangan fizikal
kanak-kanak teruji semasa mereka menggunakan alat dan bahan untuk membina arca
atau model. Dalam pendidikan seni, kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan
pelbagai jenis alat seperti berus lukisan, pensel warna, pembaris, alatan tangan dan
sebagainya untuk menghasilkan sesuatu karya. Pada peringkat aktiviti, kemahiran
fizikal kanak-kanak banyak berkembang ketika mereka menggunakan bahan dan alat.
Contohnya kemahiran memegang gunting. Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran
tersebut untuk membolehkannya menggunting mengikut garis lurus atau bentuk
dengan kemas. Sebelum kanak-kanak melakukan aktiviti seni, guru perlu
mendedahkan kanak-kanak dengan bahan dan alat supaya mereka biasa dan mahir
menggunakan bahan dan alat tersebut. Ini boleh dibuat semasa peringkat perancangan.
Kanak-kanak berbincang serta mengenal pasti bahan dan alat yang diperlukan.
Semasa penerokaan pula, perkembangan fizikal yang akan berlaku adalah kanak-
kanak akan bergerak ke tempat-tempat tertentu untuk mengumpul maklumat dalam
masa yang ditetapkan, kanak-kanak perlu bergerak pantas membuat. Kanak-kanak
yang kreatif mampu menggunakan kemahiran fizikalnya dengan lebih optima.
12
Perkembangan Emosi
Seronok.Puas hati.Yakin diri.
Berani.
Perkembangan Fizikal
Koordinasi tangan dan mata.
Penggunaan alat dan bahan.
Ketangkasan.Kecekapan.
Perkembangan Sosial
Kerjasama Semangat kekitaan
Hormat-menghormatiMenghargai
Bertolak ansur
Perkembangankreatif
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
5.0 Aktiviti Pembelajaran yang Berkesan Menjana Perkembangan Kreativiti
Kanak-kanak.
Kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kewujudan
manusia.Manusia telah mengaplikasikan bentuk pemikiran ini dalam kehidupan tanpa
mereka sedari. Banyak penyelesaian masalah dan keputusan yang dibuat oleh manusia
menggunakan idea kreatif. Buktinya menerusi apa yang berlaku di sekeliling mereka,
(Mohd.Azhar,2004). Oleh itu Edward de Bono berpendapat mengapa pemikiram
kreatif harus dimiliki oleh semua? Menurut beliau, terdapat lima premis yang
menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimikili oleh individu,
organisasi dan masyarakat iaitu:
a. untuk perubahan dan pembaikan,
b. untuk menyelesaikan masalah,
c. untuk memberi nilai dan peluang baru,
d. untuk masa depan,
e. untuk motivasi.
.
Keaslian merupakan kebolehan mengemukakan idea baru dan gagasan yang
asli (Leo, 2006).Seseorang yang kreatif sering mengutarakan idea-idea yang asli, unik
dan menarik bukannya dicekup dari mana-mana sumber kemudian menjadikannya
sebagai idea sendiri. Hasil karya mereka lain daripada yang lain dengan memasukkan
elemen-elemen yang melambangkan makna tersendiri. Melalui penerokaan, kanak-
kanak berupaya mengenal pasti kewujudan sesuatu atau benda-benda yang sedia ada.
Jadi kanak-kanak yang kreatif akan cuba menghasilkan karya atau sesuatu yang lebih
baik daripada apa yang dilihatnya atau mencipta sesuatu yang belum ada. Di situlah
keaslian karya kanak-kanak dapat dinilai.
Kelancaran adalah kebolehan meluahkan banyak idea berkaitan sesuatu
perkara. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang
dirancang selamat dan berjalan lancar. Sikap yang berhati-hati serta bijak membuat
keputusan menjadi prinsip mereka (Abdul Shukor, 2011)
Secara lahiriahnya keaslian sesebuah karya banyak dipengaruhi oleh kepekaan
atau sifat sensitif individu terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup,
keperluan, persekitaran dan penggunaan deria (telinga, hidung, mata, kulit dan lidah).
Hasil daripada sifat kepekaan maka terciptalah pelbagai jenis peralatan dan
13
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
kemudahan yang kita nikmati pada hari ini. Segala kekurangan hari ini akan dicipta
oleh mereka yang kreatif untuk kegunaan masyarakat pada masa akan datang.
Keanjalan atau fleksibel adalah kebolehan mengeluarkan idea-idea yang
berlainan atau lebih kreatif (Leo, 2006). Seseorang yang kreatif juga berupaya
menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi, tahap keyakinan mereka
tinggi. Tindakan-tindakan yang diambil lebih praktikal dengan mengambil kira semua
faktor, mereka tidak bersikap pilih kasih serta bersedia menghadapi sebarang
perubahan.
Guru mengalas tugas penting bagi melahirkan insan kreatif yang mampu
menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat. Perkara penting yang
patut ada dalam persediaan mengajar guru seperti objektif, kemahiran, tajuk, langkah-
langkah pengajaran, bahan atau alatan akan menjadi panduan kepada guru semasa
melaksanakan sesi pengajaran.
Set induksi merupakan proses terawal dalam memulakan proses pengajaran
pembelajaran. Set induksi yang baik dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk
belajar. Selain daripada itu, tujuan set induksi adalah untuk membina aliran fikiran
serta menimbulkan minat murid supaya memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran
yang akan diajar. Apabila pelajar telah berminat secara tidak langsung perasaan ingin
tahu akan timbul dan pelajar akan melibatkan diri dalam pengajaran pembelajaran
dengan lebih aktif. Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam set induksi
adalah seperti nyanyian, permainan, kuiz, soal jawab dan sebagainya. Sesi
perbincangan contohnya mampu merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak agar
mereka dapat memahami intipati pembelajaran seterusnya merangka tindakan yang
wajar supaya apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Sebelum pelajar melakukan aktiviti, tunjuk cara akan dibuat supaya pelajar
mendapat pengalaman dan gambaran yang jelas tentang aktiviti yang akan dibuat.
seni. Kepekaan pelajar ditambah dengan minat ingin tahu membantu pelajar
mengembangkan kreativitinya, guru pula harus peka dengan keperluan pelajar dari
segi kesediaannya membuat aktiviti kerana jika pelajar belum cukup bersedia
kesannya karya yang dihasilkan nanti tidak menggambarkan kreativiti sebenar pelajar.
Guru perlu membimbing pelajar meneroka dan merancang langkah-langkah yang
sistematik serta bersiap sedia dengan langkah alternatif jika berlaku sesuatu yang
tidak diingini.
14
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
Setelah pelajar selesai menjalankan aktiviti murid menunjukkan hasil kerja
atau karya.. Guru dan pelajar-pelajar lain boleh mengemukakan soalan untuk menguji
kefahaman intipati pelajaran yang telah dipelajari. Pelajar yang kreatif akan mampu
menunjukkan hasil karya yang lain daripada yang lain serta memberi idea unik atau
pendapat yang bernas ketika disoal. Penghargaan patut diberi kepada pelajar agar
mereka lebih bersemangat bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu.. Teguran
membina harus diberi kepada pelajar yang belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Pelajar ini perlu bersikap terbuka menerima kritikan dan menyimpan semangat dan
azam meningkatkan karya mereka. Itulah yang dimaksudkan oleh De Bono mengapa
kreativiti perlu dimiliki oleh semua.
Peringkat penutupan, guru akan menjelaskan tentang isi pelajaran untuk hari
tersebut serta sentiasa memberi motivasi kepada murid supaya berusaha
meningkatkan daya kreativiti bagi penghasilan karya yang baik.
15
Aktiviti pembelajaran
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
16
Keaslian
AktivitiSiapkan tugasan.
Sesi kritikan dan apresiasi seni.Penambahbaikkan
Set induksi.Rangsang
pemikiran kreatif
Demonstrasi.Menjana
pemahaman.
Kenal bahan dan alat.
Penerokaan.
Fleksibel
Kepekaan
Ciri-ciri
Kreativiti
Kelancaran
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKMOHD SHARIFUL HISHAM BIN IBRAHIM
Kesimpulan
Perkembangan kreativiti Fisher (1943) menerusi lima tahap menjadi panduan
kepada guru bagi mencapai matlamat mata pelajaran seni visual sekolah rendah iaitu
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif sejajar dengan kehendak
dalam Falsafah Pendidikan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Penerapan nilai-nilai murni semasa aktiviti seni sangat
perlu dilakukan agar murid-murid menggunakan daya kreativiti ke arah kebaikan
sejagat..
Pemikiran kreatif dapat merangsang penghasilan karya yang asli serta bermutu
tinggi penuh dengan nilai-nilai seni. Bukan setakat itu, daya kreativiti mampu
mengatasi pelbagai permasalahan secara bijak serta mengambil tindakan secara yang
rasional ketika berhadapan dengan pelbagai situasi.
Kesimpulannya yang dibuat, perkembangan kreativiti Fisher menyumbang
kepada perkembangan diri secara individu baik dari segi emosi, sosial dan fizikal
secara menyeluruh. Pemikiran yang kreatif dapat meningkatkan ciri-ciri kreativiti
seseorang melalui keaslian, kelancaran, kepekaan dan keanjalan. Semogat hasrat
kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat global akan
tercapai.
17
Hbaqe1203 perkembangan seni kanak-kanak
Rujukan
Abdul Shukor Hashim dkk. (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.
Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
De Bono, E. (1996). Serious Creativity. London: Penguin Books.
Torrence, E.P. (1979). The Search of Satori and Creativity. Buffalo, New York:
Creative Education Foundation.
Ikhsan, O. & Norila, M. S. (2005). Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-
aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Seni
Visual Tahun Satu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lee, M. N. N. (2002). Educational Change in Malaysia. Pulau Pinang: Sekolah
Kajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
Leo Ann Mean. (2006). On Creativity Awakening The Creative Mind. Subang Jaya:
Pelanduk Publication Sdn.Bhd.
Loy C. L. dkk. (2011). Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak. Shah Alam:
Gerak Ilmu Sdn.Bhd.
Maimunah Osman. (2005). Pemikiran Kreatifi. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara.
Mohd. Azhar Abd.Hamid. (2004). Kreativiti Konsep & Teori Praktis. Skudai, Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Rousliluddin Ambia dkk. (2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.
Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah & Rosini Abu. (2011). HBEF3103 Prinsip
Teknologi Pengajaran. Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Zulkifli Yaakob & Mohd.Jamel Ismail. (2010). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan.
Seri Kembangan, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Muat turun 14 Jun 2012 Revisi Taksonomi Bloom atau Revised Bloom
Taxonomy:http://imamahmadi.wordpress.com/2010/04/23/taksonomi-bloom-
yang-baru/
ii
Recommended