View
128
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
RANCANGAN PELAJARAN HARIANDUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas :Tahun DuaTema / Tajuk : Sains Hayat / HaiwanMasa : 10.00 – 11.00 pagi ( 60 minit )
Standard pembelajaran : 2.4.1 dan 2.4.3Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
2.4.2 Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.
2.4.3 Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI / CATATAN
Orientasi:
Set Induksi(5 minit)
- Murid mendengar dan menyanyikan lagu Fly-fly Butterfly bersama-sama
BBM:Klip video
Pencetusan Idea(15 minit)
- Guru membawa murid keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan mengenal pasti pergerakan haiwan di persekitaran kawasan sekolah.
- Murid menceritakan cara haiwan-haiwan bergerak
- Murid A : Katak melompat
Kaedah p& P
Kajian lapangan
KPS : Pemerhatian
berjalan
merayap
- Murid B : Ikan berenang
- Murid C : Burung terbang
- Murid D : Siput mengengsot
- Murid E : Semut merayap
- Murid D : Kucing berjalan
Menjana idea( 20 minit )
- Guru menyediakan kad perkataan (pergerakan haiwan)
- Murid dikehendaki menyesuaikan kad perkataan dengan gambar mengikut cara pergerakan haiwan
Contoh :
- Guru menyoal murid tentang cara pergerakan haiwan
Murid melihat tayangan power point
BBM : Kad gambar, kad perkataan
Soalan :
1. Bagaimanakah cara burung bergerak?
2. Bagaimanakah cara siput babi bergerak?
3. Adakah katak berjalan? Jelaskan cara katak bergerak.
4. Adakah ikan merangkak? Jelaskan cara ikan bergerak.
5. Bagaimanakah cara buaya bergerak ?
BBM : paparan slaid
SOALAN
merayap berenang
mengengsot terbang
melompat berjalan
tentang cara haiwan bergerak dan bersoal jawab dengan murid.
1. Senaraikan nama haiwan yang terdapat dalam gambar tadi dan terangkan cara haiwan tersebut bergerak.
Penstrukturan semula(15 minit)
- Murid melihat tayangan video cara pergerakan yang dipelajari.a. Helang menangkap ular.
Video 1b. Kucing mengejar tikus. Video
2c. Siput makan daun. Video 3
- Murid menceritakan aktiviti yang dilakukan oleh haiwan dalam video tersebut.
- Guru menjelaskan kepentingan pergerakan haiwan yang ditunjukkan dalam video.
Contoh :
1. Helang menangkap ular untuk dijadikan makanan.
2. Tikus melarikan diri untuk melindungi diri dari musuh.
Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan bersoal jawab dengan murid.
- Murid A : Burung helang menangkap ular.
Soalan :- Mengapa helang
menangkap ular ?
Jawapan :
- Helang lapar.
- Murid B : Kucing mengejar tikus
Soalan :Mengapa tikus melarikan diri?
Jawapan :Tikus takut kepada kucing
BBM : paparan slaid
Pentaksiran 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1
BBM : Lembaran kerja
Aktiviti Pemulihan
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2
Aktiviti Pengayaan
1 .Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3- Guru membuat pengukuhan
tentang pembelajaran dan pengajaran berkaitan dengan pergerakan haiwan.
2. Murid menjawab soalan kuiz .
BBM : Soalan kuiz
Refleksi(5 minit)
Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan menyanyi serta bersoal jawab.
- 25 orang murid dapat menyatakan cara dan tujuan haiwan bergerak .
- 5 orang murid dibimbing untuk menyatakan cara pergerakan haiwan.
-
BBM : paparan slaid
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :TMK - menggunakan tayangan video tentang pergerakan haiwan.Bahasa – menggunakan bahasa yang betul berkaitan dengan pergerakan haiwan.
Bahan Bantu Belajar (BBB)- Kad perkataan- Kad gambar- Video- Komputer- Specimen sebenar (Ulat gonggok, ikan, burung, siput dan katak)
Recommended