View
106
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Isi Kandungan
No Tajuk Muka Surat
1 Penghargaan 1
2 Definisi 2
3 Rumah Tradisional Pahang 3
4 Rumah Tradisional Negeri Sembilan 4
5 Rumah Tradisional Melaka 5
6 Rumah Tradisional Perak 6
7 Rumah Tradisional Sarawak 7
8 Rumah Tradisional Kelantan 8
9 Rumah Tradisional Terengganu 9
10 Rumah Tradisional Kedah 10
11 Rumah tradisional Pahang 11
12 Rumah tradisional Perlis 12
13 Rumah tradisional Selangor 13
14 Rumusan 14
Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum W.B.T….
Di kesempatan ini, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi
kerana memberikan saya masa yang cukup bagi menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.Selain itu juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
individu-individu yang telah banyak membantu sya dalam pengumpulan data yang
lengkap dan sempurana sehingga terhasilnya tugasan ini dengan
jayanya.Terutamanya kepada guru matapelajaran Kajian Tempatan iaitu Encik
Mazelan Bin Osman yang telah banyak member tunjuk ajar dan panduan yang
begitu bernas kepada saya. Ahli keluarga sya telah banyak member sokongan moral
dan juga bantuan kewangan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa
juga kepada rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu dalam
menyiapkan tugasan ini.Saya berharap agar tugasan ini dapat dijadikan panduan
kepada kami dan juga pelajar yang lain pada masa akan dating. Sekian,terima kasih.
1
Definisi Rumah Tradisional Di Malaysia
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia
yang sangat bernilai.Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan
yang menampakkan betapa mahir dankreatifnya mereka dalam bidang seni
bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan
ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan
binaan.Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap
terbuka orang Melayu itu sendiri.Secara amnya, rumah ini diperbuat
daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu
a tau anyaman bu luh dan be ra tapkan rumb ia / n ipah a tau kayu .
T ingkap- t i ngkap mendominas i tampak dari segenap sudut pandangan rumah
dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang
da lamanmempunya i ruang te rbuka yang luas dan mempunya i
d ind ing pemisah yang tersangat minima.Seni bina Melayu adalah kesan
daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini
seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat
2
RUMAH TRASIDISIONAL PAHANG
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis
ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir
seratus tahun.Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding
dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu
dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga
mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti
oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang
kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta
pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang.
Rumah jenis ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya
hampir seratus tahun.Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi
dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari
rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang.
Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi
diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah
ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah
serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.
3
RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN
Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan jika diperhatikan banyak menyerupai
pembinaan rumah adat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbung
sedikit melengkung di bahagian hujung. Manakala muka tabir layarnya kelihatan tirus dan
tinggi.Komponen bangunannya terdiri daripada rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang
ibu mempunyai ruang anjung dan serambi manakala ruang tengah pula terdiri dari satu
ruang kecil dan bilik.Manakala terdapat ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau
loteng yang merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-
barang.
4
RUMAH TRADISIONAL MELAKA
Rumah Melaka terkenal dengan tangga batu yang disalut dengan jubin beraneka warna
yang menceriakan lagi keadaan rumah tersebut. Rumah Melaka didirikan menggunakan 12
hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen
bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.
Ruang rumah Melaka terdiri daripada ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah
dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengahnya pula terdapat sebuah bilik antara
rumah ibu dan rumah dapur yang dipanggil selang.
Terdapat juga ruang tengah diantara bumbung dengan bilik yang dipanggil peran atau
loteng. Ruang tersebut digunakan sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat
majlis dan tempat simpanan barang-barang. Rumah Melaka biasanya dibina daripada
kayu cengal, meranti dan damar laut.
5
RUMAH TRADISIONAL PERAK
Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak,Malaysia. Rumah ini banyak
terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan
Kuala Kangsar
Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir
layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat
pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai
tempat menyimpan barang-barang.
Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri
dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di
pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap. Bahan-
bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung
manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialahatap rumbia.
Terdapat juga rumah Kutai yang tidak memiliki dinding pembahagi bilik, sebaliknya,
menggunakan kain langsir sebagai pembahagi ruang bilik.
6
RUMAH TRADISIONAL SARAWAK
Rumah Tinggi Melanau merupakan rumah tradisi masyarakat Melanau dahulu kala.
Ketinggian rumah ini adalah 10m dan keatas daripada permukaan tanah. Ini adalah kerana
zaman dahulukala masyarakat hidup berpuak-puak dan peperangan antara kaum berlaku.
Rumah tinggi melanau merupakan tempat yang paling selamat dari segi pertahanan.
Ketinggiannya membolehkan ia tidak dapat di jolok dengan tombak dari permukaan tanah.
Disamping itu, keunikannya juga boleh dilihat dari segi struktur lantai rumah tersebut,
sekiranya tuan-tuan berkunjung ke Kampung Budaya sarawak, tuan akan melihatnya
sendiri. Struktur lantainya yang jarang, namun peliknya org yang berada dibawah rumah ini
tidak akan dapat melihat pergerakan org yang berada di atas, tetapi org yang berada di atas
dapat melihat jelas pergerakan orang bawah rumah. Ia adalah disebabkan oleh struktur
susunan dan kombinasi lantai nibong yang unik. Keadaan ini, dipercayai membolehkan tuan
rumah menyimbah musuh dibawah rumah dengan air panas dan ambuyat panas.
Dari segi tiangnya pula ia adalah diperbuat daripada batang balak kayu berlian yang mampu
bertahan hingga 100 tahun dan lebih. Di Sarawak cuma terdapat 2 buah rumah tinggi
Malanau yng masih wujud, pertama sekali di Kampung Budaya Sarawak dan keduanya di
Kampung Sok, Matu, Mukah. Untuk mengetahui dan melihat sendiri keunikan dan lagenda
anda bolehlah berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak.
7
RUMAH TRADISIONAL KELANTAN
Rumah perabung lima banyak terdapat di Kelantan.Rumah ini juga adalah rumah
sejarah di Kelantan.Terdapat banyak rumah tersebut di Kelantan.Rumah tersebut juga besar
saiznya.rumah ini biasanya dibina di kampung halaman.Rumah tersebut hanya ada di
Kelantan sahaja.Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas
8
RUMAH TRADISIONAL TERENGGANU
Di Negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah
satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung
rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4
buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang
kayu.
Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat
tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan
dapur.Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala
atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.
9
RUMAH TRADISIONAL KEDAH
Di Kedah rumah panjang kedah hampir sama bentuknya dengan rumah panjang perlis
kecuali sekadar perbezaan pada susunan ruangnya sahaja. Rumah panjang kedah
berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurs mendatar menggunakan tabir layar yang
diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf ’v’ terbalik. Bumbung dapurnya rendah
sedikit dari bumbung ibu seakan-akan kelihatan seperti bumbung rumah gajah menyusu
yang terdapat di Pulau Pinang.
Rumah panjang kedah terdiri dari beberapa ruang iaitu ruang leper dan ruang rumah tangga
terletak dihadapan, manakala ruang tengah, serambi, sama naik, bilik dan ruang dapur
terletak dibahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih
daripada 20 batang tiang pada rumah ibunya. Bahan-bahan binaan rumah ialah Cengal,
Meranti, Damar laut, dan buluh manakala atapnya diperbuat dari Rumbia, Nipah dan genting
Senggora.
10
RUMAH TRADISIONAL PAHANG
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis
ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir
seratus tahun.Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding
dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.
Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh
ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian
hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas
dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang
dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk
menanti, memasak dan sebagainya.
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis
ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir
seratus tahun.Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding
dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.
Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh
ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian
hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas
dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang
dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk
menanti, memasak dan sebagainya.
11
RUMAH TRADISIONAL PERLIS
Rumah tradisional di perlis, ini salah satu rumah yang terdapat di perlis. Sebenarnya umah
ini kalau di ubahsuai dan di beri sedikit setuhan yang kemas, kalau di polish dan di varnish,
ia akan menjadi rumah yang mahal
.
12
RUMAH TRADISIONAL SELANGOR
Di berapa buah kampong di Selangor masih terdapat rumah tradisional melayu yang berusia
lebih 60 tahun.Rumah jenis ini mempunyai kaitan dengan rumah-rumah tradisional melayu
di Melaka dan Negeri Sembilan kerana pertalian sejarah.
Rumah tradisional melayu Selangor yang asli mempunyai tiga komponen iaitu rumah ibu,
rumah tengah dan rumah dapur.Rumah ibu mempunyai ruang serambi nerandah,anjung dan
bilik.Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga , bilik dan ruang tengah(laluan)yang
bersambung antara rumah ibu dan dapur.Rumah dapur disebelah belakang merupakan
tempat memasak.
Rumah jenis itu juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnye
menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak
dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua.
Rumah tradisional melayu Selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama
iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunankan ialah
Cengal,Giam,Damar laut,Meranti,Kapur,Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah.
13
Rumusan
Hakikatnya rumah memainkan peranan penting bagi mewujudkan keselesaan di dalam
sesebuah institusi kelarga. Rumah juga dijadikan sebagai tempat perlindungan daripada
pelbagai ancaman negative. Rumah tradisional melambangkan tradisi masyarakat zaman
dahulu manakala rumah moden melambangkan tradisi masyarakat zaman sekarang yang
mempunyai pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang tersendiri.
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah menghargai jasa baik kerajaan dan
rakyat terdahulu dalam membina rumah tradisional dan rumah moden yang amat
bermanfaat untuk kita semua. Oleh itu marilah kita bersama-sama menanam perasaan
cinta dan sayang akan rumah kita dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah
seperti sentiasa menjaga kebersihan rumah kita.
14
111121414
Recommended