View
240
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH
DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR
BANDAR DI NEGERI PERLIS
MOHANA A/P SADASIVAM
Universiti Teknologi Malaysia
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DI NEGERI PERLIS Saya MOHANA A/P SADASIVAM
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ ________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 10, JALAN PEGAWAI, PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI KG. CHETTY, 09000 KULIM KEDAH (Nama Penyelia) Tarikh: __11 MAC 2004_ Tarikh: 11 MAC 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop
dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : …… ………………………
Nama Penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Tarikh : …11 MAC 2004……………………………….
SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR
TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH
DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR
BANDAR DI NEGERI PERLIS
MOHANA A/P SADASIVAM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui karya ini hasil karya saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………… ……………………….
Nama Penulis : Mohana a/p Sadasivam
Tarikh : ………11 MAC 2004………………...................
iii
DEDIKASI
DITUJUKAN ISTIMEWA UNTUK:
Ibu yang dikasihi yang sentiasa memberi dorongan;
Mdm.Suseela Devi A/p Munusamy
Abang yang dihormati dan sentiasa membantu;
En. Vicknes A/l Sadasivam
Kakak dan sanak-saudaraku yang sentiasa memberi pertolongan
Sepanjang perjuangan , berkongsi suka dan duka.
Rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu bersama-sama berkongsi suka dan
duka, pengalaman pahit dan manis dan sentiasa membantu.
Buat arwah ayahku, kata-kata perangsang dan nasihatmu akan ku ingat selagi
hayatku dikandung badan.
Sesungguhnya kejayaan ini milik kita semua bersama…….
iv
PENGHARGAAN Bersyukur dengan segala limpah kurnia Tuhan yang telah memberi segala
kekuatan, bantuan dan kesabaran hingga ke saat-saat akhir penyempurnaan projek
Sarjana Muda ini. Segala restu Nya telah menjayakan projek ini.
Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana
Muda ini, Prof Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali di atas bimbingan yang diberikan
sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar dan komen
yang membina bagi menjadikan projek ini dilaksanakan dengan lebih cekap. Beliau juga
sentiasa memberi didikan apabila penyelidik menemui masalah. Beliau seorang yang
dedikasi dan bertanggungjawab.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan dan Fakulti Sains terutamanya Encik.Rahim Bin Omar yang turut membantu
penyelidik sepanjang projek ini dijalankan. Disamping itu, ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan membimbing penyelidik
sepanjang projek ini dijalankan.
Penghargaan juga diberikan kepada pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah Syed
Saffi, Simpang Empat ,Perlis, pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Sumber
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan kepada sesiapa yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung membantu dalam Projek Sarjana Muda ini.
Sekian.
v
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan kemahiran belajar serta kaitannya
dengan prestasi akademik subjek Sains Teras pelajar tingkatan empat. Kemahiran belajar
yang dikaji secara spesifik adalah kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab
soalan ujian. Kajian ini dilakukan terhadap 50 orang pelajar tingkatan empat aliran
sastera di sebuah sekolah luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal
selidik dan melalui sesi temubual. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan dan min bagi setiap maklum balas responden terhadap item-item
yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan walaupun para pelajar mengamalkan
kemahiran belajar tetapi ia tidak diamalkan dengan menggunakan teknik yang berkesan.
Analisis dengan menggunakan SPSS menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang
signifikan antara kemahiran mencatat nota dengan prestasi akademik responden dan
kemahiran menjawab soalan ujian dengan prestasi akademik responden. Beberapa
cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah tersebut.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to identify the study skills practiced by Form 4
students in General Science subject. The study skills looked into note taking skills and
test taking skills. Fifty Form 4 students from Arts Stream in rural secondary school
participated in the study. A set of questionnaire and a series of interviews were used as
research instruments. Data collected were then analyzed using SPSS (Statistical Package
For Social Science) to obtain frequencies, percentages and means. The result of the
survey conducted shows although students do practice study skills but the skills are not
applied properly and effectively. Analysis with the SPSS software shows that there was
no significant connection among the ability to take down notes and test taking skills with
the respondents academic performance. A number of suggestions were provided to
overcome this problem.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I : PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Hipotesis Kajian 4
viii
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Pencapaian akademik 8
1.8.2 Sains 8
1.8.3 Kemahiran Belajar 8
1.8.4 Kemahiran Mencatat Nota 9
1.8.5 Ujian 9
BAHAGIAN DUA
BABII
BAB II : SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 10
2.1. Kemahiran Belajar 10
2.1.1 Kemahiran Membaca 11
2.1.2 Kemahiran Mengurus Masa 12
2.1.3 Kemahiran Mengingat 13
2.1.4 Kemahiran Mendengar 14
2.2 Kemahiran Mencatat Nota 14
2.3 Kemahiran Menjawab Soalan Ujian 18
2.4 Kesimpulan 20
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III : METODOLOGI
3.0 Pengenalan 21
3.1 Reka Bentuk Kajian 21
3.2 Prosedur Kajian 22
3.3 Lokasi Kajian 23
3.4 Persampelan 23
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B 25
3.5.3 Bahagian C 26
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Analisis Data 28
3.8 Kesimpulan 30
x
BAB EMPAT
BAB IV
BAB IV : ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 31
4.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 32
4.2 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 33
4.3 Analisis Persoalan Kajian 1:Adakah Para 34
Pelajar Yang Berprestasi Rendah Dalam Subjek
Sains Teras Mengamalkan Kemahiran Belajar
Secara Umumnya
4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 : Adakah Para Pelajar 36
Tersebut Mengamalkan Kemahiran Belajar Dari
Aspek Kemahiran Mencatat Nota
4.5 Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah Para Pelajar 39
Tersebut Mengamalkan Kemahiran Belajar Dari
Aspek Kemahiran Menjawab Soalan Ujian
4.6 Analisis Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat 42
Hubungan Antara Kemahiran Mencatat Nota
Dengan Prestasi Akademik Para Pelajar Tersebut
Dalam Subjek Sains Teras
4.7 Analisis Persoalan Kajian 5 : Adakah Terdapat 43
Hubungan Antara Kemahiran Menjawab Soalan
Ujian Dengan Prestasi Akademik Para Pelajar
Tersebut Dalam Subjek Sains Teras
xi
4.8 Data Sokongan Temubual 44
4.9 Rumusan Hasil Kajian 45
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 46
5.1 Rumusan Dapatan Kajian 46
5.2 Perbincangan Kajian 47
5.2.1 Persoalan Kajian 1 : Adakah Para Pelajar Yang 47
Berprestasi Rendah Dalam Subjek Sains Teras
Mengamalkan Kemahiran Belajar Secara Umumnya
5.2.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah Para Pelajar Yang 49
Berprestasi Rendah Dalam Subjek Sains Teras
Mengamalkan Kemahiran Mencatat Nota.
5.2.3 Persoalan Kajian 3 : Adakah Para Pelajar Yang 50
Berprestasi Rendah Dalam Subjek Sains Teras
Mengamalkan Kemahiran Menjawab Soalan Ujian
5.2.4 Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat Hubungan 51
Antara Kemahiran Mencatat Nota Dengan Prestasi
Akademik Para Pelajar Tersebut Dalam Subjek
Sains Teras
5.2.5 Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat Hubungan 52
xii
Antara Kemahiran Menjawab Soalan Ujian Dengan
Prestasi Akademik Para Pelajar Tersebut Dalam
Subjek Sains Teras
5.3 Implikasi Dan Cadangan 52
5.4 Saranan Kajian Lanjutan 53
5.5 Penutup 53
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI 54
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN A 63
LAMPIRAN B 70
xiii
SENARAI JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 : Peringkat Pencapaian Penilaian Menengah Rendah 24
Jadual 3.2 : Gred Dan Markah Ujian Sains Teras Penggal Dua 25 Jadual 3.3 : Bilangan Item Berdasarkan Persoalan Kajian Untuk 26
Bahagian B Jadual 3.4 : Lima Aras Skala Ala Likert 29 Jadual 3.5: Pengkategorian Skala Ala Likert 29 Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden 33
Jadual 4.2 : Taburan Data Kemahiran Belajar Secara Umum 34
Jadual 4.3 : Taburan Data Kemahiran Mencatat Nota 37
Jadual 4.4 : Taburan Data Kemahiran Menjawab Soalan Ujian 39
Jadual 4.5 : Korelasi Antara Kemahiran Mencatat Nota Dengan 42
Prestasi Akademik
Jadual 4.6 : Korelasi Antara Kemahiran Menjawab Soalan Ujian 43
Dengan Prestasi Akademik
xiv
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN A 58
Soal Selidik Kajian
LAMPIRAN B 70
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Kemahiran belajar merupakan aspek penting dalam penekanan pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), serta ke arah
peningkatan kualiti pendidikan negara. Menurut Ab.Rahim Selamat (1998), kemahiran
diperlukan oleh semua individu untuk melaksanakan sesuatu tugas. Kemahiran belajar
adalah kemahiran yang diperlukan dalam keadaan semasa, sejagat dan sepanjang
persekolahan formal. Kemahiran belajar lebih berbentuk kemahiran intelektual selaras
dengan harapan KBSM yang ingin mewujudkan pelajar yang berkembang daya
intelektualnya.
Masalah pembelajaran pelajar dalam bidang Sains telah lama wujud.
Menurut Sigmund Kalina (1975), di dalam pembelajaran Sains, pelajar akan didedahkan
dengan idea-idea dan hukum-hukum yang sentiasa diterangkan menggunakan nombor
dan formula. Kebanyakkan pelajar menghadapi masalah dalam Sains kerana mereka
tidak dapat melihat Sains sebagai satu jalinan hubungan idea-idea. Menurut Gersten
(1998), kebanyakkan pelajar tidak prihatin terhadap kehendak soalan. Kebanyakkan
soalan Sains yang diuji selalunya dipenuhi dengan taktik-taktik yang mencabar dan
mengelirukan pelajar.
2
Kebanyakkan para pelajar yang meneruskan pembelajaran ke tingkatan empat,
biasanya memilih aliran Sastera daripada aliran Sains meskipun mereka mempunyai
keputusan subjek Sains yang baik. Menurut John Langan (1989), kebanyakkan pelajar
enggan memilih aliran Sains kerana mereka beranggapan bahawa subjek ini tiada jalan
untuk lulus melainkan berusaha dengan tekun. Kesimpulannya, kemahiran belajar
memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik seseorang pelajar.
Sebelum penerapan kemahiran belajar ini dilakukan, kita perlulah terlebih dahulu
mengetahui apakah kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar kita. Kemudian
barulah kita mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk memperkayakan kemahiran
belajar mereka.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kemahiran belajar sangat penting bagi setiap pelajar. Menurut Nicaise dan
Gettinger (1995), kemahiran belajar adalah asas kepada kecekapan akademik.
Kemahiran belajar yang efektif merentasi pelbagai bahagian kandungan akademik dan
untuk pelbagai bentuk pelajar mampu menghasilkan dapatan yang positif. Para pelajar
yang berkebolehan pada semua peringkat akan turut menghadapi kesukaran di sekolah
bukan kerana mereka tidak pintar tetapi kerana kurang mahir menggunakan kemahiran
belajar. Seseorang pelajar dikatakan mempraktikkan kemahiran belajar jika caranya
betul, sistematik, berfaedah, berkesan dan dapat memaksimumkan hasil pembelajaran.
Menurut Hoover dan Paaton (1995), kemahiran belajar berhubungkait dengan
proses-proses seperti memperoleh data, merekod data, menyusun data, mensintesis data,
mengingat dan menggunakan maklumat. Kesemua proses ini dititikberatkan dalam
pembelajaran subjek Sains. John Langan (1989), menyatakan ilmu pengetahuan Sains
bersifat kumulatif. Sifat kumulatif bermaksud setiap fakta dan formula yang dipelajari
mesti bersandar pada semua struktur asas yang telah dipelajari. Keadaan ini jelas
menunjukkan kemahiran belajar yang efektif membantu pembelajaran subjek Sains.
3
Para pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam subjek Sains
mempraktikkan kemahiran belajar. Sigmund Kalina (1975) menyatakan pelajar sains
yang baik selalunya seseorang yang prihatin. Pelajar sains yang cemerlang selalu
menanyakan soalan-soalan seperti apa, bagaimana, mengapa sesuatu perkara itu berlaku.
Melalui pertanyaan sebegini, pelajar tersebut akan melihat bagaimana sesuatu perkara
itu berhubungkait antara satu sama lain. Kemahiran belajar seperti mencatat nota,
mengingat, membaca, membuat latihan, mengumpul maklumat dan sebagainya lagi
diamalkan.
Menurut Castagna dan Codd’s (1984), pelajar yang berprestasi rendah hanya
membaca buku teks secara bersahaja tanpa menggunakan kemahiran belajar. Akibatnya
pelajar tersebut gagal menunjukkan hubungkait sesuatu konsep dengan konsep yang
lain. Pelajar yang lemah menghabiskan masa dengan membaca sesuatu bahan dengan
bersahaja dan kemudian membaca bahan yang sama berulang kali tanpa mengamalkan
kemahiran belajar yang sistematik (Rasheed, O′Neill, Walters, & Johnston, 1975).
Dalam kajian terdahulu, para penyelidik telah menunjukkan bahawa para pelajar
yang berpendidikan umum di sekolah menengah kurang mengamalkan kemahiran
belajar yang sepatutnya sedia ada dalam diri pelajar dan dipraktikkan sepanjang masa.
Para pelajar tersebut sepatutnya mempunyai kemahiran belajar dan mempraktikkannya
untuk membolehkan mereka belajar atau megikuti pelajaran mengikut pempiawaian
akademik tinggi (Jones,Slate, Bell & Saddler, 1991;Jones ,Slate,Blake & Holifield,1992;
Slate, Jones & Dawson,1993). Kemahiran belajar sangat penting dan perlu diamalkan
oleh setiap orang pelajar. Penggunaan kemahiran belajar yang efektif dapat membantu
para pelajar menengah rendah menghadapi peralihan corak pembelajaran peringkat
menengah atas dengan mudah.
Berdasarkan sorotan kajian, didapati para pelajar yang berprestasi rendah kurang
mahir menggunakan kemahiran belajar. Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran
belajar yang betul, sistematik dan efektif. Justeru itu, adalah wajar penyelidikan
4
mengenai kemahiran belajar di kalangan para pelajar dijalankan. Buat permulaan,
penyelidik akan hanya melihat kepada kemahiran belajar secara umum. Penyelidik
memilih dua kemahiran belajar iaitu kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab
soalan ujian untuk dikaji dengan lebih mendalam.
1.2 Pernyataan Masalah
Peratus pencapaian subjek Sains di sekolah-sekolah luar bandar agak kurang
memuaskan. Penyelidik merasakan masalah ini ada kaitannya dengan amalan kemahiran
belajar para pelajar. Selain itu, penyelidik merasakan terdapat hubungan di antara
kemahiran belajar dengan tahap prestasi akademik para pelajar dalam subjek Sains
Teras. Penyelidik mengkaji tentang amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh para
pelajar yang berprestasi rendah ini. Kajian dijalankan dengan mengkaji kemahiran
belajar secara umum dan lebih memfokuskan kepada dua jenis kemahiran belajar iaitu
kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab soalan ujian. Berasaskan kajian-
kajian yang lepas, kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab soalan ujian
merupakan kemahiran yang sangat penting dalam pembelajaran subjek Sains. Penyelidik
tidak dapat menjalankan kajian ke atas semua kemahiran belajar kerana kekangan masa
yang dihadapi.
1.3 Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai dua hipotesis. Hipotesis pertama ialah
terdapat hubungan di antara kemahiran mencatat nota dengan prestasi akademik para
pelajar. Manakala hipotesis kedua pula ialah terdapat hubungan di antara kemahiran
menjawab soalan ujian dengan prestasi akademik para pelajar. Kajian dijalankan bagi
mengetahui masalah pencapaian akademik yang rendah dalam subjek Sains Teras
5
pelajar-pelajar sekolah menengah luar bandar. Masalah ini hanya dilihat dari aspek
kemahiran belajar sahaja.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti kemahiran belajar di kalangan para pelajar yang berprestasi
rendah dalam subjek Sains Teras secara umum.
1.4.2 Mengenalpasti kemahiran belajar di kalangan para pelajar yang berprestasi
rendah dari aspek kemahiran mencatat nota.
1.4.3 Mengenalpasti kemahiran belajar di kalangan para pelajar yang berprestasi
rendah dari aspek kemahiran menjawab ujian.
1.4.4 Mengesan samada terdapat hubungan antara kemahiran mencatat nota dengan
prestasi akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras
1.4.5 Mengesan samada terdapat hubungan antara kemahiran menjawab soalan ujian
dengan prestasi akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras
1.5 Persoalan Kajian
Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi
persoalan-persoalan seperti di bawah :
1.5.1 Adakah para pelajar yang berprestasi rendah dalam subjek Sains Teras
mengamalkan kemahiran belajar secara umumnya ?
1.5.2 Adakah para pelajar tersebut mengamalkan kemahiran belajar dari aspek
kemahiran mencatat nota ?
1.5.3 Adakah para pelajar tersebut mengamalkan kemahiran belajar dari aspek
kemahiran menjawab soalan ujian ?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara kemahiran mencatat nota dengan prestasi
6
akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras ?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara kemahiran menjawab soalan ujian dengan
prestasi akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras ?
Recommended