Si Tukang Kayu

Preview:

Citation preview

8/16/2019 Si Tukang Kayu

http://slidepdf.com/reader/full/si-tukang-kayu 1/2

Si Tukang Kayu

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang

untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat

rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakinkurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu

ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan

keputusannya. alu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

!pabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa

sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. !kan tetapi,

tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. "usteru itu, majikannya

 bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir

majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh

majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang

ditunjukkan semasa bekerja. !kibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah

disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah

kualitinya. #umah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

!pabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan

memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata $%nilah hadiah persaraan daripada

saya kepada kamu. Selamat bersara.$

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. &eliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri.

!langkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia

tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan

 bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran

Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. 'idup ini boleh diibaratkan

sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita

 pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu

 bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi,

sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidupkita( Tak lain tak bukan D%#% K%T! S)*D%#%. &elajarlah bertanggungjawab dan bijak

merancang masa depan kita. +unakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh

dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan

negara.

Kata-kata 'ikmat

$&erusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi

keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan

sedar atau tidak.$

8/16/2019 Si Tukang Kayu

http://slidepdf.com/reader/full/si-tukang-kayu 2/2

Recommended