Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kanak-kanak Prasekolah

Preview:

Citation preview

LatarbelakangStrategi: Rancangan yang digunakan untuk

menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak bertujuan agar proses pembelajaran benar-benar berlaku

Ia memerlukan perancangan yang teliti dan persediaan yang rapi

Melibatkan perancangan program, keberkesanan perlaksanaan kurikulum dan kesesuaian aktiviti

Prinsip-prinsip Asas Strategi P&PBerpusatkan Kanak-kanak: Kid’s real interest, memenuhi keperluan

‘persoalan’ yang dikemukakan oleh kanak-kanak

Pengalaman Secara langsung: Aktif, keterlibatan langsung, pengalaman yang

konkrit, pembelajaran secara natural

Reflektif: Kanak-kanak diberi ruang untuk membuat

refleksi, melihat semula, diolah semula; pengalaman pembelajaran yang telah dilalui dan dirasai

Prinsip-prinsip Asas Strategi P&P

Sumber yang asli (autentik): Pengisian utama kurikulum perlulah suatu yang

nyata, kaya dengan kepelbagaian idea dan bahan; tidak hanya kepada buku teks atau sesuatu yang agak rigid.

Holistik: Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu dalam

bentuk yang terbaik bila ianya dikemukakan secara menyeluruh, tidak berpecah-pecah, idea yang sebenar, peristiwa dan bahan yang digunakan disatukan dalam konteks yang pelbagai

Prinsip-prinsip Asas Strategi P&P

Sosial: Pembelajaran seharusnya berlaku dalam

konteks sosial; ada interaksi dan komunikasi antara murid dan pendidik, murid dan murid.

Kerjasama: Aktiviti pembelajaran berbentuk kooperatif

adalah ‘social power’ kepada pembelajaran, lebih baik dari sesuatu yang berbentuk perbandingan atau pendekatan indidvidu

Prinsip-prinsip Asas Strategi P&P

Demokratik: Kelas merupakan model sebuah komuniti masyarakat yang

melaluinya kanak-kanak belajar bagaimana menjadi warga yang baik dalam kehidupan di sebuah sekolah

Kognitif: Pembelajaran yang paling perlu dikuasai oleh seseorang kanak-

kanak ialah perkembangan kefahaman yang benar tentang sesuatu konsep dan daya berfikir yang tinggi secara kritis dan kreatif yang boleh menjadikan mereka seseorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi di samping memperolehi kemahiran penguasaan diri terhadap pemikiran

Prinsip-prinsip Asas Strategi P&P

Berkembang mengikut tahap dan peringkat: Aktiviti pembelajaran perlu bersesuaian dengan

tahap pemikiran, perkembangan dan keupayaan seseorang kanak-kanak

Konstruktif: Kanak-kanak bukan hanya menerima bulat-bulat

apa yang dipelajari sebaliknya mereka perlu menjana semula hasil pembelajaran, mereka cipta dan mengaplikasi sistem kognitif yang dikuasai termasuklah penggunaan bahasa, kemahiran literasi dan juga penguasaan matematik.

Prinsip-prinsip Asas Strategi P&P

Psikolinguistik: Proses bagaimana seseorang kanak-kanak

mempelajari kemahiran bertutur dalam sesuatu bahasa adalah satu yang terbaik untuk dijadikan model pembelajaran yang kompleks dalam kehidupan seorang manusia. Bila seseorang itu telah menguasai sesuatu bahasa, maka bahasa itu sendiri akan menjadi alat utama untuk belajar lebih lanjut hal-l dan informasi lain yang lebih bermakna.

Cabaran: Kanak-kanak akan belajar lebih baik bila mereka

menghadapi sesuatu cabaran, diberi peluang untuk memilih dan bertanggungjawab terhadap bentuk pembelajaran yang mereka sendiri pilih

Antara Kaedah/Strategi P&P untuk kanak-kanak

Belajar Melalui BermainPembelajaran BertemaPembelajaran BersepaduPembelajaran melalui informasi komunikasi

dan teknologi

1. Konsep Belajar Melalui Bermain

Pembelajaran yang Aktif Meningkatkan keupayaan kognitifMeningkatkan keinginan untuk meneroka bagi

memenuhi perasaan ingin tahu Penemuan baru dan penelitianMain perananMenggunakan peralatan dan sumber yang ada

dengan cara yang kreatifPenumpuan seimbang pada semua aspek

perkembangan

Konsep Belajar Melalui Bermain (Contd.)Penonjolan kemampuan yang ada pada diri

Membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan

Kebolehan mengasah pelbagai kemahiran dalam satu masaKemahiran motor kasar dan halusKemahiran inovatif, kritis dan kreatif

Ciri-ciri Belajar Melalui Bermain

Aktiviti yang menggembirakanPenerokaan dan interaksi dengan

persekitaranPermainan bebas dan terancangKelonggaran masaPercubaan idea sendiriPeluang untuk memberikan tumpuan dan

perhatian

2. Pembelajaran BertemaPenyediaan isi kandungan dan rangka untuk

menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang dan mendalami ilmu pengetahuan dalam sesuatu pengisian pembelajaran

Kanak-kanak dapat membina kemahiran mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas

2. Pembelajaran BertemaPeluang lebih terbuka untuk kanak-kanak

menerokai pelbagai pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam P&P

Pengalaman pendidik dan pengalaman kanak-kanak adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pendekatan ini

Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka

Contoh Pembelajaran Bertema (merangsang pelbagai aspek perkembangan)

KELUARGA

Bahasa dan literasiA: Buku bergambar/buku skrap

Perkmbgn MatmtkA: Susun gambar ahli keluargaMuda ke tua or kecil ke besar

Sosio-emosiMenjaga dan sayang keluarga

A:bincang b’mana nk bantu keluarga di rumah Kreativiti

Menggunakan daya imaginasiKreatif, estattik buat kad

Sains dan deriaPelajari t’tg kehidupan keluarga lain

A; cerita, vcd

Perkmbgn FizikalAktiviti fizikal cth:

cari gambar ibu/ayah, Lompat di tulisan AYAH

3. Pembelajaran BersepaduP&P yang tidak formalAplikasi ilmu pengetahuanKanak-kanak terlibat secara aktif dan secara

langsung dalam pelbagai situasiKanak-kanak peroleh ilmu, konsep,

kemahiran dan nilai murni yang berkaitan

3. Cth Pembelajaran BersepaduHanya

dengan bahan yang mudah didapati

warna Bentuk

Texture

BEAN BAG

Motor kasar

Saiz

BauBau

Anggota badan..

4. Pembelajaran melalui informasi komunikasi dan teknologi

Ia bukan pengganti guru!Bukan tambahan kepada kurikulum!Kanak-kanak perlu menggunakannya secara

aktif dan hanya perisian komputer yang sesuai dipilih

Komputer dpt memupuk pelbagai kecekapan cth, imaginatif, kreatif, emosi, pemikiran logik dan kritikal

Disepadukan dengan penggunaan multimedia

Penyediaan rancangan P&PRancangan jangka panjang: tahunan atau

semesterPerancangan kurikulum (outline plans):

harian, mingguan atau bulananMingguan dan harianPerancangan terperinci: peruntukan masa

terperinciProgram berbentuk pembelajaran individu

Good practice: Penyediaan rancangan P&PMengambil kira keperluan kanak-kanakPerancangan dalam kumpulan guruMelibatkan ibubapaKurikulum anti-biasFleksibel dan spontanMelibatkan kanak-kanak secara aktifKesihatan dan keselamatan

Tips: Syarat-syarat Pembelajaran yang EfektifKanak-kanak diberi masa untuk meneroka

dan mencuba melaksanakan sesuatu idea melalui aktiviti juga peralatan tertentu

Kanak-kanak merasa selamat untuk mencuba untuk melakukan sesuatu bagi mendapat pengalaman baru

Kanak-kanak dapat menggunakan kelima2 pancaindera sewaktu proses pembelajaran berlaku

Tips: Syarat-syarat Pengajaran yang EfektifGuru-guru memberi peluang kepada kanak-

kanak mengembangkan idea pemikiran mereka

Menghargai idea kanak-kanak dan bukannya menyuruh mereka meniru semata-mata hasil kerja guru/ orang lain. Cth: gambar, model dll

Merancang persekitaran yang dapat membantu memberi pengalaman baru dan mendokong kebolehan kanak-kanak untuk meneroka, meninjau dan menonjolkan daya kreatif mereka

Tips: Syarat-syarat Pengajaran yang Efektif (contd.)Berinteraksi dengan kanak-kanak dan

membantu mereka memupuk rasa keyakinan diri, bebas dalam membuat pemilihan dan memberi respon yang baik terhadap apa yang dilihat dan dirasai dari kacamata seorang kanak-kanak

Menyediakan sumber pembelajaran yang berdaya kreatif dan berkualiti

Berbicara dengan kanak-kanak tentang hasil kerja mereka dan memberi peluang kpd mereka menilainya sendiri

Recommended