View
226
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
i
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TAHUN AKHIR (PERDANA) PROGRAM
KEMAHIRAN HIDUP DALAM PEMBELAJARAN TEORI DAN AMALI
TENGKU MAIZURA BINTI TENGKU MUSA
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
iii
DEDIKASI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA
PENGASIHANI DENGAN KURNIAAN DAN NIKMATNYA
Teristimewa :
Buat Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,
YM Hj. Tengku Musa bin Tengku Zainal dan YM Hjh. Tuan Esah binti Tuan Kechik
Berkat doamu serta doronganmu sepanjang masa mengiringi kejayaanku…
Buat Suami Tercinta…
Fairulnizar bin Rahmat
Terima Kasih yang tidak terhingga di atas pengorbananmu sepanjang pengajianku
Buat rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan…
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan…
Semoga sentiasa di berkatiNYA
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadirat Ilahi yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana
dengan limpah da kurni serta innayah-Nya telah memberi ruang dan kesempatan
kepada penulis untuk melaksanakan kajian dengan jayanya. Semoga dengan
penghasilan kajian ini, penulis berharap agar tugas untuk memperkembangkan ilmu
di muka bumi ini telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan memberikan
manfaat kepada semua individu dalam usaha mencari keredhaan Allah S.W.T bagi
kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
Ribuan terima kasih diucapkan terutamanya kepada Prof.Madya Dr.Seth Bin
Sulaiman kerana menjadi penyelia yang begitu bertanggungjawab dalam usaha
beliau membimbing penulis untuk menghasilkan sebuah penulisan akademik yang
tepat dan berkesan bagi memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda.
Bimbingan, kritikan, komen dan idea-idea bernas yang disalurkan merupakan satu
proses yang begitu bermakna kepada penulis kerana ia telah menguja kepada konsep
kritis dan kreatif dalam melaksanakan penyelidikan di dalam bidang pendidikan.
Komitmen yang di berikan sepanjang proses penghasilan kajian ini adalah amat
dihargai.
Setinggi –tinggi ucapan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah yang
pernah memberi tunjuk ajar dan bimbingan, serta dorongan dari rakan seperjuang
kepada saya sepanjang pengajian saya di UTM ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tahun
akhir (Perdana) Program Kemahiran Hidup dalam pembelajaran teori dan amali.
Kajian ini dikhususkan berdasarkan kepada tiga bidang yang dipilih iaitu Kemahiran
Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian yang terdiri daripada 20 kursus
yang terlibat dengan pembelajaran secara teori dan amali. Seramai 70 orang pelajar
tahun akhir SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih untuk menjadi
responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian dan data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social
Sciences” (SPSS) for Windows Release 15.0 bagi mendapatkan min dan peratus data.
Ujian T (Paired Sample T-Test) turut digunakan untuk melihat perbezaan antara
pembelajaran teori dengan amali. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
kefahaman pelajar dalam pembelajaran teori dan amali pada keseluruhannya
mencapai tahap tertinggi iaitu “faham”. Ujian T menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan dalam kefahaman pelajar dalam bidang Kemahiran Teknikal dan
Pertanian melalui pembelajaran teori dan amali di mana pembelajaran amali lebih
difahami. Namun bagi bidang Ekonomi Rumah Tangga tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dalam kefahaman pelajar melalui kaedah pembelajaran teori dan
amali (α=0.05). Di akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan
yang dirasakan sesuai kepada pihak-pihak tertentu agar mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam SPH dapat dipertingkatkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the level of knowledge and
understanding of final year students enrolled in Living Skills Programme (SPH) both
in theory and practical classes. This study focuses on three fields namely Technical
Skills, Domestic Economy and Agriculture which involved 20 courses with learning
conducted in theory and practical classes. The sample consist of 70 final year
students of SPH. A questionnaire was conducted and analyzed using “Statistical
Packages for Social Sciences” (SPSS) for Windows Release 15.0 software to find
means and percentages of respondents. T-Test (Paired Sample) also used to find
different between theory and practical classes. Findings indicated that generally the
students understood very well learning through theory and practical classes. The T-
test indicates that there was a significant difference in students’ understanding
between theory and practical classes for Technical Skills and Agriculture which
favours the practical classes (α=0.05) . However, in the field of Domestic Economy
there was no significant difference in their understanding both through theory and
practical classes (α=0.05). Suggestions are also put forward for improving the
quality of teaching and learning of SPH.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN ix
HALAMAN SENARAI JADUAL x
HALAMAN SENARAI SINGKATAN xii
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah dan Konsep 10
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Program Kemahiran Hidup di 16
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Kefahaman Pelajar 20
2.4 Penutup 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Populasi Kajian 28
3.4 Lokasi Kajian 29
3.5 Instrumentasi Kajian 29
3.6 Penentuan Tahap Kefahaman 32
3.7 Analisis Data 32
3.8 Penutup 33
BAB 4 PENGANALISAAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang
Responden 36
4.3 Bahagian B : Analisis Terhadap Item
Kajian 38
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 56
4.5 Penutup 59
ix
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Rumusan 60
5.3 Perbincangan 67
5.4 Cadangan 77
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 78
5.6 Penutup 79
BIBLIOGRAFI 80
LAMPIRAN A 83
LAMPIRAN B 84
LAMPIRAN C 85
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Senarai Program Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup-SPH) 16
2.2 Kursus-Kursus Yang Melibatkan Pembelajarana
Teori Dan Amali 19
3.1 Jumlah Populasi Bagi Kajian 29
3.2 Maklumbalas Berdasarkan Skala Likert Di
Dalam Soal Selidik 30
3.3 Taburan Item-Item Soal Selidik Berdasarkan
Pengkhususan Dalam Program Kemahiran Hidup 31
3.4 Julat Min Bagi Pengukuran Tahap Kefahaman 32
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 37
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 37
4.3 Tahap Kefahaman Responden Terhadap Pembelajaran
Teori dan Amali 38
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Kefahaman
Pembelajaran Secara Teori Dalam Pengkhususan
Kemahiran Teknikal 39
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Kefahaman
Pembelajaran Secara Amali Dalam Pengkhususan
Kemahiran Teknikal 42
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Kefahaman
Pembelajaran Secara Teori Dalam Pengkhususan
Ekonomi Rumah Tangga 46
xi
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Kefahaman
Pembelajaran Secara Amali Dalam Pengkhususan
Ekonomi Rumah Tangga 47
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Kefahaman
Pembelajaran Secara Teori Dalam Pengkhususan Pertanian 49
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Kefahaman
Pembelajaran Secara Amali Dalam Pengkhususan Pertanian 51
4.10 Taburan Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman Pelajar
Dalam Pengkhususan Kemahiran Teknikal 53
4.11 Taburan Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman Pelajar
Dalam Pengkhususan Ekonomi Rumah Tangga 54
4.12 Taburan Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman Pelajar
Dalam Pengkhususan Pertanian 55
4.13 Nilai Purata Pembolehubah Dikaji 57
4.14 Julat Min Bagi Pengukuran Tahap Kefahaman 58
4.15 Perbezaan Signifikan 58
5.1 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Terhadap Soalan Kajian 1
Sehingga Soalan Kajian 3 62
5.2 Pembelajaran yang Melibatkan Teori dan Amali 63
5.3 Dapatan Kajian Bagi Persoalan Terhadap Soalan Kajian 4
Sehingga Soalan Kajian 6 64
5.4 Pembelajaran Yang Melibatkan Teori dan Amali 66
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
BIL Bilangan
ERT Ekonomi Rumah Tangga
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KH Kemahiran Hidup
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
KT Kemahiran Teknikal
P Pertanian
PKK Pusat Perkembangan Kurikulum
SPH Program Kemahiran Hidup
SPSS Statistical Packages For Social Science
TK Tahap Kefahaman
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Pelajar
B Surat Permohonan Menjalani PSM
C Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di negara kita kini menampakkan gelombang yang
menarik selaras dengan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020 seperti “Wawasan 2020” yang diaspirasikan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia ke-empat, Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tanggal 21 Februari 1991.
Justeru itu, ianya memerlukan negara kita untuk maju dalam semua aspek ekonomi,
sosial, rohani, psikologi dan budaya dengan mengikut acuan Malaysia. Salah satu
cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan “Wawasan 2020” adalah
menyentuh secara khusus mengenai kepentingan sains dan teknologi iaitu
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh
serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan.
Bagi mencapai cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyatnya yang kreatif dan
berketrampilan dalam bidang sains dan teknologi.
Perkembangan pendidikan kini telah menunjukkan aliran dan pemikiran yang
baru dalam mencapai matlamat dan objektif pendidikan negara. Kerajaan telah
menyediakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000 dan Rancangan
Malaysia Keenam 1991-1995 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju ke
2
arah pencapaian matlamat “Wawasan 2020”. Dalam konteks negara kita,
perancangan dan perlaksanaan program pendidikan adalah ditumpukan kepada
matlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, berkeyakinan,
berpegang teguh kepada nilai moral, etika, amalan kehidupan yang demokratik,
penyayang, berdaya saing, dinamik, mempunyai daya ketahanan, kreatif dan
progresif (Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995 )
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telahpun dimaktubkan dan Dasar Umum
Pendidikan dan Latihan adalah ke arah melahirkan warganegara yang mempunyai
imbangan yang bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran dengan penumpuan
terhadap sains dan teknologi. Penekanan terhadap mata pelajaran sains dan teknologi
diterapkan secara khusus dalam pendidikan di sekolah pada masa kini.
Kurikulum adalah “core” kepada “business” pendidikan. Ia merupakan salah
satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan
masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi
lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan
negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979),
kedua-dua keperluan dihuraikan.
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat mendorong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
(Laporan Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 )
3
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan berpendidikan
yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan
keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat
penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan
berkualiti cemerlang.
Langkah Kementerian Pendidikan dalam menggubal Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) dengan hasrat untuk memberi peluang kepada para
pelajar mengembang potensi mereka secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan psikomotor (Saedah, 1994).
Perubahan kurikulum yang dilaksana mencadangkan beberapa pendekatan
pengajaran yang dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abu Hassan, 2003). Berdasarkan kepada
perubahan-perubahan yang berlaku dalam kurikulum, jelaslah menggambarkan
bahawa pihak kerajaan begitu prihatin dan memberikan sepenuh komitmen dalam
usaha untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada seluruh rakyat di
Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses pembelajaran adalah merupakan aktiviti utama yang perlu dijalani
oleh setiap individu bagi memperoleh maklumat-maklumat tertentu. Bentuk
pendidikan formal yang ada sekarang telah memastikan bahawa proses pembelajaran
berlaku secara bersistematik dan berkesinambungan. Ini tidak dapat disangkal lagi
kerana kita dapat melihat bahawa setiap pengajaran bagi sesuatu pembelajaran telah
disusun mengikut kurikulum tertentu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
4
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam perlaksanaan
kurikulum. Di abad 21, pelajar perlu mendapatkan segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu dalam proses pembelajaran. Menurut Lindbeck (1972)
dalam kajian Tee Tze Kiong (2002), dua aspek yang paling penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah pembekalan ilmu pengetahuan (teori) dan
kemahiran (amali) kepada pelajar. Kedua-dua aspek ini adalah amat penting dan
memainkan peranan masing-masing. Menurut Staton (1960), dengan adanya ilmu
pengetahuan (teori) tetapi tanpa kemahiran (amali), penyampaian mesej dalam
pengajaran tidak akan sempurna. Skillbeck (1994) menyatakan bahawa ilmu
pengetahuan merupakan landasan kepada segala proses pengajaran (Tee Tze Kiong,
2002)
Menurut kajian Ahmad Nazri Ramli (2003), pembelajaran merupakan satu
proses yang boleh digunakan untuk menggalakkan proses peningkatan ilmu. Ia
berkait rapat dengan konsep asas yang dapat diaplikasikan kepada pembelajar, tugas
pembelajaran dan semua situasi berlakunya pembelajaran. Gagne (1975)
menerangkan pembelajaran adalah satu proses yang membolehkan sesuatu benda
hidup tetapi perubahan itu tidak berulang kali dalam situasi baru. Pengalaman juga
penting untuk terjadinya pembelajaran. Interaksi antara individu dengan persekitaran
juga merupakan satu pembelajaran (Ahmad Nazri Ramli, 2003).
Konsep dan kandungan dalam pembelajaran teori adalah berkaitan dengan
kerja amali yang di ajar supaya pelajar dapat mempraktikkan apa yang telah
dipelajari. Menurut W.A Dodd (1970), Harith dan Suffian Sahuri (1977), mengajar
seperti seni atau kemahiran lain tidak dapat dipelajari dengan hanya teori semata. Ia
melibatkan sejumlah besar pengetahuan empirikal dan kemahiran ini hanya dipelajari
dengan pengalaman dan praktik dalam mengajar yang sebenar.
5
Al-Attas (1978), Harith dan Suffian Sahuri (1977) telah menjelaskan
hubungkait yang rapat antara pengertian makna dan tindakan yang bersandarkan
kepada penerapan nilai yang berlaku apabila makna ilmu telah diketahui. Oleh itu,
dalam usaha untuk membina kemahiran amali perlulah memastikan bahawa pelajar
mempunyai kemahiran intelek yang diperlukan.
Menurut Amstrong (Abu Hassan, 2003) pengetahuan sahaja tidak membawa
sebarang makna tetapi apa yang penting adalah mengenai bagaimana cara kita
menggunakan pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah penting bagi pelajar untuk
menguasai kemahiran manipulatif.
Aktiviti amali di sekolah merupakan komponen penting dalam pendidikan.
Aktiviti amali dapat merangsang dan meningkatkan minat, sikap, kepuasan serta sifat
ingin tahu pelajar (Shulman dan Tahir,1973). Makmal dan bengkel merupakan
tempat di mana aktiviti amali akan berlangsung. Namun begitu, kurangnya
pengetahuan asas dan teorinya akan menjadi satu masalah serius yang boleh
menyekat minat untuk meneruskan pembelajaran amali.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup
kebanyakannya melibatkan pembelajaran secara pengetahuan (teori) dan praktikal
(amali). Ini adalah selaras dengan matlamat kurikulum mata pelajaran Kemahiran
Hidup untuk melahirkan pelajar yang dapat mengaplikasikan kemahiran ke dalam
kehidupan seharian.
6
Sesetengah pelajar lebih memahami sesuatu proses pembelajaran dalam
bentuk pengajaran secara pengetahuan (teori). Proses pembelajaran secara teori
merujuk kepada kemahiran guru dalam menyampaikan isi pengajaran dan
penglibatan pelajar dalam menguasai pembelajaran tersebut. Pembelajaran secara
formal ini kebiasaannya lebih menekankan kaedah pembelajaran di dalam bilik
darjah sama ada berpusatkan guru, berpusatkan pelajar ataupun interaksi antara
kedua-duanya. Idea kreatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
akan melahirkan kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajarinya. Walhal,
lain pula persepsi sesetengah pelajar yang lain bahawa pembelajaran menerusi amali
yang melibatkan kemahiran adalah praktikal dan lebih difahami. Ini adalah kerana
sesetengahnya berpendapat bahawa pembelajaran yang melibatkan “hands-on” ini
membolehkan pelajar dapat melakukankan sendiri melalui apa yang telah dipelajari
sama ada menerusi pengalaman ataupun pengamatan.
Oleh yang demikian, penyelidik mengambil peluang untuk melihat sejauh
mana tahap kefahaman pelajar terhadap pembelajaran secara teori dan amali. Di sini
juga penyelidik ingin melihat perbezaan tahap kefahaman yang dicapai oleh pelajar
dalam pembelajaran secara teori dan amali.
1.4 Objektif Kajian
Di dalam bahagian ini, penyelidik menyenaraikan beberapa objektif kajian
bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap tiga bidang pengkhususan iaitu
Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian melalui pembelajaran
teori dan amali dengan ;
1.4.1 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) SPH terhadap
pengkhususan Kemahiran Teknikal dalam pembelajaran teori dan amali.
7
1.4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) SPH terhadap
pengkhususan Ekonomi Rumah Tangga dalam pembelajaran teori dan amali.
1.4.3 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) SPH terhadap
pengkhususan Pertanian dalam pembelajaran teori dan amali.
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman pelajar
tahun akhir (Perdana) SPH melalui pembelajaran teori dan amali terhadap
pengkhususan Kemahiran Teknikal.
1.4.5 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman pelajar
tahun akhir (Perdana) SPH melalui pembelajaran teori dan amali terhadap
pengkhususan Ekonomi Rumah Tangga.
1.4.6 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman pelajar
tahun akhir (Perdana) SPH melalui pembelajaran teori dan amali terhadap
pengkhususan Pertanian.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi kajian ini, penyelidik telah menggariskan beberapa persoalan kajian
sebagai asas kepada pengukurun bagi tajuk yang diperbincangkan. Persoalan-
persoalan tersebut merangkumi beberapa dimensi bagi mengetahui;
1.5.1 Apakah tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) SPH terhadap
pengkhususan Kemahiran Teknikal dalam pembelajaran teori dan amali?
8
1.5.2 Apakah tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) SPH terhadap
pengkhususan Ekonomi Rumah Tangga dalam pembelajaran teori dan amali?
1.5.3 Apakah tahap kefahaman pelajar tahun akhir (Perdana) SPH terhadap
pengkhususan Pertanian dalam pembelajaran teori dan amali?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman pelajar
tahun akhir (Perdana) SPH melalui pembelajaran teori dan amali terhadap
pengkhususan Kemahiran Teknikal?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman pelajar
tahun akhir (Perdana) SPH melalui pembelajaran teori dan amali terhadap
pengkhususan Ekonomi Rumah Tangga?
1.5.6 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kefahaman pelajar
tahun akhir (Perdana) SPH melalui pembelajaran teori dan amali terhadap
pengkhususan Pertanian?
1.6 Kepentingan Kajian
Terdapat beberapa kepentingan bagi penghasilan kajian ini. Kepentingan -
kepentingan berikut sekurang-kurangnya dapat memberi sumbangan kepada hal
berikut;
i. Memberi maklum balas mengenai kelebihan dan keberkesanan kursus-
kursus dalam Program Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
9
ii. Menjadi panduan kepada pensyarah-pensyarah Program Kemahiran
Hidup di UTM dalam mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam
teori dan amali.
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada responden yang merupakan pelajar tahun
akhir (Perdana) yang mengikuti Program Kemahiran Hidup (SPH). Responden juga
adalah dari kemasukkan sesi I 2004/2005 yang akan menamatkan pengajian pada sesi
II 2007/2008. Tujuan penyelidik memilih pelajar tahun akhir adalah kerana pelajar-
pelajar tersebut telahpun mempunyai pengalaman dalam pembelajaran kursus-kursus
yang melibatkan teori dan amali dalam Program Kemahiran Hidup (SPH) yang di
ikuti.
Pengukuran tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran teori dan amali
dalam Program Kemahiran Hidup adalah berdasarkan kepada persepsi pelajar
terhadap soal selidik yang diberikan. Kejujuran dan keikhlasan responden dapat
menentukan keesahan dapatan kajian ini. Oleh yang demikian, proses penyediaan
dan sesi menjawab soal selidik ditadbir sebaik mungkin bagi mengelakkan bias
dalam pengukuran.
Tahap kefahaman pelajar dalam pembelajaran teori dan amali diukur melalui
kursus-kursus dalam Program Kemahiran Hidup yang melibatkan pembelajaran
secara kedua-duanya (teori dan amali) mengikut pengkhususan Kemahiran Teknikal,
Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Pengkususan bagi Perdagangan dan
Keusahawanan tidak dipilih untuk dibuat kajian kerana kursus-kursus di bawahnya
hanya melibatkan teori sahaja dan tidak melibatkan gerak kerja amali.
10
1.8 Definisi Istilah Dan Konsep
Bahagian ini adalah merupakan penjelasan secara terperinci terhadap
beberapa istilah dan konsep yang terdapat dalam kajian ini agar ia difahami dengan
jelas dan tepat. Ianya juga berdasarkan kepada keperluan dan kehendak kajian yang
dibincangkan oleh penyelidik dengan harapan agar salah tafsiran tidak akan berlaku.
1.8.1 Tahap
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2000), tahap dimaksudkan sebagai
peringkat ataupun tingkat. Dalam Kamus Komprehensif BM (2005) tahap ialah had
atau takat dalam sesuatu usaha.
Dalam kajian ini, tahap diperkatakan sebagai peringkat kefahaman pelajar
dalam aspek pembelajaran dari segi ilmu pengetahuan (teori) dan kemahiran (amali).
1.8.2 Kefahaman
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2000), kefahaman dimaksudkan
sebagai sesuatu yang difahamkan, keupayaan (kemampuan) memahami, faham
tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajarinya. Dalam Kamus Komprehensif
BM (2005) pula menerangkan kefahaman sebagai keadaan, gambaran tentang
(pengetahuan, pandangan) sesuatu perkara.
Rozainal (2001) telah memberikan pengertian kefahaman sebagai kebolehan
memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin
11
merupakan kemampuan menukar bentuk sesuatu bahan pembelajaran dari satu
bentuk bertulis kepada satu bentuk angka atau memberi ringkasan atau memberi
anggaran untuk masa akan datang mengenai sesuatu perkara. Kefahaman adalah satu
tahap yang tinggi sedikit daripada tahap mengetahui (pengetahuan) tentang sesuatu.
Sebelum pelajar dapat memahami sesuatu konsep, terlebih dahulu pelajar harus
mengetahui konsep-konsep tersebut seterusnya menggunakan (aplikasi) konsep-
konsep tersebut dalam penyelesaian masalah.
Dalam kajian ini, istilah ini digunapakai untuk menerangkan kefahaman
pelajar dalam aspek pembelajaran dari segi teori dan amali.
1.8.3 Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2000), pembelajaran adalah dari kata
dasar; ajar. Pembelajaran dimaksudkan sebagai proses (kegiatan) belajar.
Pembelajaran adalah proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan (Saniah, et.al 2000).
Pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada pembelajaran terhadap
kursus-kursus dalam Program Kemahiran Hidup.
1.8.4 Teori
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2000), teori merujuk kepada pendapat
(bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Selain itu, teori juga menerangkan
tentang prinsip-prinsip am atau dasar-dasar kasar yang menjadi dasar penentuan.
Dalam Kamus Komprehensif BM (2005) pula mendefinisikan teori sebagai andaian
yang dapat dihuraikan untuk menerangkan sesuatu perkara.
12
Dalam kajian ini teori dihuraikan adalah mengenai penguasaan ilmu
pengetahuan bagi kursus- kursus dalam Program Kemahiran Hidup yang diambil.
1.8.5 Amali
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 2000), amali adalah bukan
perlaksanaan prinsip atau teori (yang dipelajari dan sebagainya), berasaskan
pengalaman (perlaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan. Dalam Kamus
Komprehensif BM (2005) pula adalah bersifat pengamalan prinsip (teori) yang
disesuaikan dengan kehidupan atau tabii manusia; yang bersifat amalan dalam
kehidupan manusia.
Dalam kajian ini, amali yang dimaksudkan adalah kemahiran-kemahiran
yang dipelajari oleh pelajar tahun akhir (Perdana) dalam Program Kemahiran Hidup.
1.8.6 Kemahiran Hidup
Kemahiran Hidup adalah merupakan mata pelajaran yang melibatkan
pembelajaran kemahiran praktik. Ia adalah merupakan mata pelajaran wajib yang
diajar kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah rendah.Zaidatol dan
Habibah (1990), mendefinisikan Kemahiran Hidup sebagai kemahiran-kemahiran
asas yang berfungsi untuk dibekalkan kepada pelajar supaya membolehkannya
mengendalikan hidup.
Recommended