View
259
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS AMANAT KPPA
SEMPENA PEMANGKUAN PEGAWAI
PERKHIDMATAN GUNASAMA
PERSEKUTUAN
10 NOVEMBER 2014, 11.00 PAGI
DEWAN MEZZANINE, JPA
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Sharifah
Zarah Syed Ahmad
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Pembangunan)
Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal
Rahim Seman
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi)
3
YBhg. Dato' Wan Ahmad Dahlan Bin Hj.
Ab. Aziz
Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan
YBrs. Puan Noridah binti Abdul Rahim
Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian
Perkhidmatan
Serta tuan-tuan dan puan-puan yang
saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya jua kita dapat bersama-
4
sama hadir dalam satu majlis yang
amat bermakna pada hari ini.
2. Sepertimana yang dimaklumkan
kepada saya, majlis pemangkuan pada
kali ini melibatkan 149 orang pegawai
yang terdiri daripada Empat Skim
Perkhidmatan Gunasama
Persekutuan, iaitu
i. Pegawai Tadbir dan Diplomatik:
39 pegawai;
ii. Pegawai Teknologi Maklumat:
101 pegawai;
iii. Pegawai Latihan Vokasional: 4
pegawai; dan
5
iv. Pegawai Psikologi: 5 pegawai.
3. Di sini bolehlah diakui bahawa
tuan-tuan dan puan-puan telahpun
berkhidmat untuk satu tempoh yang
dikatakan lama dalam perkhidmatan
awam. Justeru, saya percaya melalui
pengalaman, kemahiran dan
pengetahuan yang dipelajari
sepanjang berkhidmat dalam tempoh
tersebut, tuan-tuan dan puan-puan
akan mampu untuk memberikan
sumbangan yang lebih lagi ke arah
meningkatkan mutu penyampaian
perkhidmatan awam.
6
4. Saya percaya hari ini merupakan
satu hari yang amat bermakna dalam
kerjaya tuan-tuan dan puan-puan
sekalian. Anda semua telah berjaya ke
tahap yang lebih tinggi dalam
perkhidmatan masing-masing. Namun
perlu diingat bahawa kita tidak harus
leka dan alpa akan pengertian
sebenar di sebalik tanggungjawab
baru yang bakal digalas, dan cabaran-
cabaran masa hadapan yang akan
menguji keupayaan fizikal, mental dan
peribadi kita.
7
PENINGKATAN KEDUDUKAN
MALAYSIA: MANIFESTASI SOKONGAN
PENJAWAT AWAM
5. Pada tahun ini, kita telah
menyaksikan peningkatan terhadap
kedudukan Malaysia dari segi daya
saing dunia, di mana negara kita
berada dalam kelompok 20 buah
negara paling berdaya saing daripada
114 buah negara. Di samping itu,
laporan World Competitiveness
Yearbook yang diterbitkan oleh
Institute for Management
Development pula telah meletakkan
Malaysia di kedudukan ke-12 daripada
8
60 buah negara yang tersenarai pada
tahun 2014.
6. Terbaharu, Laporan Ease of Doing
Business yang dikeluarkan pada
minggu lepas telah menunjukkan
peningkatan kedudukan Malaysia dari
kedudukan ke-20 telah naik ke
kedudukan ke-18. Dalam kajian
terhadap 189 ekonomi dunia ini juga,
Malaysia telah berjaya mengatasi
Taiwan, Switzerland, Thailand,
Belanda dan Jepun.
7. Saya percaya peningkatan dan
penambahbaikan ranking negara yang
9
berlaku saban tahun ini merupakan
hasil sumbangan secara kolektif
antara Sektor Awam dan Sektor
Swasta. Ini merupakan satu
kebanggaan kepada Malaysia dan
kejayaan yang diperoleh membuktikan
bahawa Perkhidmatan Awam berjaya
menyokong Kerajaan ke arah
mentransformasikan penyampaian
perkhidmatan untuk rakyat.
KEPIMPINAN BERINTEGRITI DALAM
MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN
AWAM
10
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
8. Kepimpinan berkesan sering
dikaitkan dengan sifat, nilai dan
tingkah laku yang beretika.
Kepimpinan beretika adalah penting
kerana pemimpin sektor awam adalah
agen perubahan dan arkitek bagi
elemen-elemen penting budaya kerja
perkhidmatan awam. Kepimpinan
tanpa nilai pula boleh mengakibatkan
kehancuran dan kemusnahan seperti
yang berlaku kepada empayar besar
Kerajaan Turki Uthmaniah yang jatuh
11
disebabkan perebutan kuasa dan
rasuah.
9. Malahan kebelakangan ini, cerita-
cerita yang kurang enak sering
didengari yang berkaitan salah laku
dan perbuatan tidak berintegriti
penjawat awam menjadi tajuk utama
di dada-dada akhbar. Saya percaya
seluruh penjawat awam amat berduka
cita dengan berita 30 pegawai kanan
dan anggota kastam yang ditahan
sejak 2 September lalu dalam operasi
khas SPRM berhubung aktiviti rasuah
yang membabitkan penyeludupan
minuman keras tanpa duti dan cukai
12
kastam yang membabitkan kerugian
RM4 bilion kepada negara.
10. Isu berkaitan integriti ini,
merupakan satu isu kritikal yang amat
penting terhadap penjawat awam.
Disebabkan itulah, sewaktu saya
memperkenalkan Kerangka
Transformasi Perkhidmatan awam,
salah satu Teras Strategiknya ialah
Membudaya Nilai. Nilai dan Etos yang
ditonjolkan oleh penjawat menjadi
cerminan kepada pengukuran prestasi
Perkhidmatan Awam di mata rakyat.
13
11. Di sinilah juga merupakan
cabaran kepada pegawai muda sektor
awam sebagai individu yang perlu
dicontohi oleh pegawai bawahan
untuk memupuk sifat integriti dan
membudayakan perkhidmatan awam
yang beretika. Memandangkan pihak
kerajaan telah menyediakan platform
yang terbaik mengenai hal ini,
penjawat awam perlu bersama-sama
berusaha membasmi rasuah serta
membantu menganjurkan sistem nilai
positif di kalangan pegawai dan
kakitangannya.
14
CABARAN MASA KINI: KEBANGKITAN
GENERASI BAHARU AKAN DATANG
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
12. Umum mengetahui bahawa
Perkhidmatan Awam kini dipelopori
oleh generasi muda iaitu generasi X
dan Y yang membentuk kira-kira 1.02
juta orang atau 72.7% daripada
keseluruhan 1.4 juta kakitangan
dalam perkhidmatan awam ini dan
hanya 27.3% sahaja terdiri daripada
generasi Baby Boomers. Generasi
muda inilah yang akan mengisi
15
jawatan yang dikosongkan oleh
20,000 penjawat awam yang akan
bersara mulai penghujung tahun ini.
13. Kita biasa dengar akan generasi
X dan Y sebelum ini. Kini muncul
generasi Alpha atau dipanggil Gen-A
yang merupakan gelaran yang
diberikan kepada generasi baru yang
lahir selepas tahun 2010. Menurut
kajian pakar sosiologi, Gen-A ini akan
menjadi generasi yang paling
terpelajar di dalam sejarah generasi
manusia. Malah mereka dikatakan
akan menjadi generasi yang paling
berpelajaran tinggi. Ini adalah kerana
16
mereka telah mula dihantar
bersekolah seawal usia 3 ke 4 tahun
dan dijangka akan menamatkan
pengajian PhD selewat-lewatnya pada
umur 27 tahun.
14. Anak-anak kepada generasi X dan
Y ini adalah lebih berkemampuan.
Dengan bilangan anak yang tidak
ramai seperti dahulu dan mendapat
pendedahan awal kepada pelbagai
pilihan hiburan dan teknologi, Gen-A
ini juga dikatakan generasi yang
sangat materialistik. Generasi ini
dijangka akan lebih fokus terhadap
gaya hidup berteknologi tinggi.
17
15. Mengambil maklum mengenai
perkara ini, cara bekerja penjawat
awam harus berubah. Pemikiran
penjawat awam perlu sentiasa seiring
dengan permintaan rakyat. Perubahan
antara generasi ini dapat dilihat dari
perspektif tempat kita bekerja;
dinamika dari segi nilai, ciri-ciri dan
sifat setiap generasi tersebut.
Persediaan perlu dilakukan dengan
pantas agar perkhidmatan awam
dapat menyampaikan perkhidmatan
selaras dengan kehendak semasa.
Generasi muda seperti tuan-tuan dan
puan-puan mempunyai peranan besar
untuk menentukan bagaimana negara
18
ini ditadbir dan diuruskan pada masa
hadapan kelak.
MENGGALAS TANGGUNGJAWAB
BAHARU SELARAS DENGAN
PEMANGKUAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
16. Selaras dengan majlis
pemangkuan yang diadakan pada hari
ini, tanggungjawab yang diberikan
sudah tentunya datang dengan
perubahan dari aspek kepimpinan,
cara berfikir, berkomunikasi serta
19
proses membuat keputusan.
Perubahan dalam cara kerja juga pasti
akan berlaku. Menjadi pemimpin pada
hari ini adalah amat berbeza dengan
keadaannya 10 atau malah 5 tahun
yang lepas. Persekitaran tempat kerja
kini menjadi lebih pantas dengan
perubahan kehendak yang pelbagai. Ia
juga melibatkan multitasking dan
bekerja dengan pelbagai pasukan yang
berbeza-beza.
17. Menurut sebuah artikel yang
dikeluarkan oleh American
Management Association pada
Oktober 2014, terdapat 10 ciri
20
kepimpinan ideal bagi mendepani
cabaran perubahan organisasi yang
pantas:
i. Be Results Oriented: Fokus
kepada hasil akhir sesuatu
projek,
ii. Be Customer Focused:
Mementingkan kehendak
pelanggan iaitu rakyat,
iii. Have a Vision: Mempunyai visi
dan hala tuju;
iv. Be Strategically Focused:
Mampu menumpukan perhatian
terhadap sesuatu perkara
berdasarkan prioriti,
21
v. Effectively Get Work Done
Through Others: Berkebolehan
mengenali kelebihan rakan
sekerja dalam kerja berpasukan
agar tugas yang diberikan dapat
disempurnakan dengan baik,
vi. Be Good at Dealing with
Conflict: Mahir dalam
menyelesaikan konflik yang
timbul,
vii. Ask Great Questions: Berupaya
mengajukan soalan-soalan yang
bernas.
viii. Make High Quality Decisions:
Dapat membuat keputusan yang
22
berkualiti dan memberikan
impak yang positif,
ix. Be a Trusted Leader: Menjadi
seorang pemimpin yang
mempunyai kredibiliti dan
dipercayai, dan
x. Be an Incredible Communicator:
Mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dan
berkesan.
23
PENUTUP
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,
18. Sebelum saya akhiri ucapan saya,
saya menyarankan agar tuan-tuan dan
puan-puan menambahkan usaha untuk
berfikir dengan lebih kritis dan kritikal
bagi setanding dengan perubahan-
perubahan yang berlaku kini. Teruskan
berusaha untuk mengeluarkan lebih
banyak idea baru dan mencabar status
quo tetapi cara penyampaian idea
tersebut haruslah berhemah dan
melambangkan keelitan penjawat
awam. Suka saya mengingatkan diri
24
sendiri dan tuan-tuan dan puan-puan
bahawa tanggungjawab yang diberikan
ini datang bersama amanah dan
amanah merupakan pasak integriti.
Kita tahu betapa sukarnya
mengangkat besi yang berat dan
sukarnya memikul batu yang besar
tetapi percayalah, tanggungjawab dan
amanah itu lebih sukar untuk kita
sebagai khalifah di muka bumi ini.
19. Akhir sekali, saya ucapkan
selamat maju jaya kepada tuan-tuan
dan puan-puan yang diberikan
pemangkuan. Saya yakin dan percaya
dengan komitmen dan iltizam yang
25
tinggi, kita semua akan berjaya
merealisasikan Agenda Transformasi
Negara dan Transformasi
Perkhidmatan Awam yang sedang giat
dilaksanakan hari ini. Mudah-mudahan
segala usaha murni yang kita
gemblengkan ini akan memperoleh
rahmat dan keredhaan Allah SWT jua.
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.
Recommended