View
299
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS PENTAULIAHAN
RAKAN PEMBIMBING
PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
TAHUN 2014
TEMA: AKRAB AGEN TRANSFORMASI
11 DISEMBER 2014, 8.45 PAGI
HOTEL ROYALE BINTANG
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Yang Berhormat Dato’ Haji Mokhtar
Mohd Jait
Pegawai Kewangan Negeri Pulau
Pinang
Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal
Rahim Seman
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi)
3
Yang Berusaha Dr. Abd. Halim Mohd
Hussin
Pengarah
Bahagian Pengurusan Psikologi
Setiausaha dan Pengarah-pengarah
Bahagian, Pengarah-Pengarah Jabatan
Negeri, Pegawai-Pegawai Psikologi,
Dif-Dif jemputan, para penerima
Tauliah AKRAB dan ahli-ahli AKRAB
yang saya kasihi sekalian,
Alhamdulillah, marilah kita
mengucapkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT kerana dengan rahmat dan
izinNya, maka dapat kita bersama-
4
sama hadir dalam Majlis Pentauliahan
AKRAB bagi kali ke sepuluh ini.
2. Ribuan terima kasih diucapkan
kepada Bahagian Pengurusan
Psikologi, JPA dan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang
telah berkolaborasi dalam menjayakan
majlis pentauliahan pada kali
ini. Sesungguhnya ia mencerminkan
komitmen dan kesungguhan yang
tinggi kedua-dua pihak dalam
meningkatkan kualiti modal insan
perkhidmatan awam.
5
TRANSFORMASI NASIONAL
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-
Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
saya kasihi sekalian,
3. Tema yang dipilih bagi Majlis
Pentauliahan Rakan Pembimbing
Perkhidmatan Awam Ke-10 pada kali
ini iaitu “AKRAB Agen Transformasi”
sangat bertepatan kerana peranan
AKRAB amat signifikan dalam usaha
merealisasikan transformasi dalam
perkhidmatan awam. Sesungguhnya,
penjawat awam adalah agen
transformasi paling hadapan antara
6
rakyat dengan kerajaan. Usaha perlu
diteruskan tanpa henti bagi
memastikan proses transformasi
berjalan lancar ke arah menjadikan
Malaysia sebuah negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
4. Transformasi perkhidmatan
awam tidak dapat dielakkan dan ianya
pasti berlaku dalam era globalisasi,
teknologi, inovasi dan kreativiti dalam
dunia tanpa sempadan yang
berpaksikan pengetahuan. Pada masa
yang sama, ekspektasi rakyat untuk
mendapatkan perkhidmatan yang
terbaik daripada penjawat awam dan
7
kerajaan kian meningkat. Inilah
merupakan cabaran besar kita, iaitu
untuk bersaing memenuhi ekspektasi
yang sentiasa berubah dan tiada
penghujungnya. Program Transformasi
Kerajaan atau GTP telah berjaya
mengubah perkhidmatan awam
kepada sebuah pentadbiran yang
dinamik, inovatif dan berfokuskan
masyarakat.
Para hadirin yang saya kasihi
sekalian,
5. Bermula April 2015, kerajaan
akan melaksanakan satu sistem cukai
8
baru iaitu Cukai Barang dan
Perkhidmatan atau Goods & Services
Tax (GST) bagi menggantikan Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (SST). Rang
Undang-undang GST telah pun
diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.
Langkah di bawah Transformasi Fiskal
ini bertujuan untuk meneguhkan
ketahanan ekonomi negara bagi
jangka masa panjang.
6. Secara ringkasnya, GST
merupakan satu sistem pencukaian
yang lebih sistematik berasaskan
jumlah pembelian barangan kita
seharian. Sungguhpun begitu kita
9
semua tidak perlu gusar dan risau
kerana cukai GST tidak akan
dikenakan ke atas barangan
keperluan dan perkhidmatan asas
harian seperti beras, gula, garam,
tepung, minyak masak, buah-buahan,
surat khabar, tambang pengangkutan
awam, perkhidmatan pendidikan dan
kesihatan.
7. Lanjutan itu, seiring dengan
pengenalan dasar ini, Jabatan
Perkhidmatan Awam telah
mengaturkan beberapa siri jelajah
GST di seluruh negara bagi memberi
penerangan mengenai GST kepada
10
semua penjawat awam. Bermula siri
jelajah di Kuala Kangsar Perak pada
30 Oktober 2014, Kota Kinabalu Sabah
pada 5 November 2014, Sungai Petani
Kedah pada 9 November 2014, Perlis
Indera Kayangan pada 24 November
2014, Johor Baharu pada 2 Disember
2014 dan akan datang di Serdang
pada 17 Disember 2014. Kesemua
usaha penerangan bertujuan memberi
pemahaman yang betul dan jelas agar
dapat dihayati dan dirasai oleh rakyat.
8. Saya berharap agar semua ahli
AKRAB agar dapat bersama-sama
memainkan peranan memperjelaskan
11
dasar dan usaha Kerajaan untuk
menghuraikan keadaan sebenar.
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN
AWAM
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-
Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
saya kasihi sekalian,
9. Tafsiran transformasi
perkhidmatan awam di mata rakyat
cenderung tertumpu kepada
keberkesanan penyampaian
perkhidmatan awam itu sendiri.
Mereka mengharapkan kualiti
12
penyampaian perkhidmatan awam
memenuhi kehendak mereka, kerenah
birokrasi dikurangkan dan langkah
yang cepat, tepat dan berintegriti
dapat diambil bagi menangani
masalah yang berbangkit.
10. Selaras dengan hasrat tersebut,
Program Transformasi Perkhidmatan
Awam yang diterajui oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam telah
diperkenalkan untuk memacu
pembangunan perkhidmatan awam
yang berkualiti, berprestasi tinggi,
berintegriti, dinamik, berjiwa rakyat
serta lebih berdaya saing. Lima teras
13
strategik yang mendokong aspirasi
transformasi perkhidmatan awam ini
adalah Mendaya Upaya Bakat,
Merekayasa Organisasi, Merakyatkan
Penyampaian Perkhidmatan,
Merangkum dan Sepunya dan
Membudaya Nilai.
11. Dalam sesi terakhir Perhimpunan
Bulanan JPM bagi tahun 2014 di
Dataran Putra beberapa hari yang lalu,
Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah menggariskan empat
perkara penting buat penjawat awam
bagi mendepani cabaran dan ancaman
pada tahun 2015. Empat perkara yang
14
dinyatakan ialah Cabaran Keamanan;
Keselamatan dan Keharmonian;
Menangani Rasuah dan Salah Guna
Kuasa; dan Amalan Konsep Solidariti
Nasional serta Amalan Budaya
Berprestasi Tinggi.
12. Menurut Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri lagi, empat perkara
itu perlu diberi perhatian serius dan
fokus oleh penjawat awam bagi
membolehkan Malaysia mencatat
kejayaan lebih cemerlang pada masa
depan. Beliau turut meminta penjawat
awam terus mengamalkan budaya
prestasi tinggi dengan meningkatkan
15
produktiviti, meningkatkan kreativiti
dan inovasi dalam budaya kerja
masing-masing.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
13. Nilai, etos dan integriti yang
tinggi merupakan elemen yang amat
penting dalam Perkhidmatan Awam.
Dengan wujudnya integriti, nilai-nilai
murni dan semangat patriotisme serta
rasa cintakan negara, penjawat awam
akan lebih dihormati sekaligus
meyakinkan rakyat akan keikhlasan
16
dan kejujuran Kerajaan dalam
penyampaian perkhidmatan.
14. Saya ingin membawa Tuan-tuan
dan Puan-puan menelaah beberapa
laporan akhbar berkaitan
Perkhidmatan Awam kebelakangan
ini. Cerita-cerita berkaitan salah laku
dan perbuatan tidak berintegriti sering
menjadi tajuk utama di dada-dada
akhbar. Saya percaya seluruh
penjawat awam membaca mengenai
kisah Guru Dipenjara 50 Tahun yang
terpampang di dada akhbar 5
Disember yang lalu dan pendedahan
17
Laporan Audit Negara terhadap
jabatan dan kementerian.
15. Hal ini berkait rapat dengan
hasrat Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan yang digagaskan oleh
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha
Negara. Justeru, setiap penjawat
awam mesti menterjemahkan hasrat
ini menerusi tindakan kita tatkala
berurusan dengan rakyat. Sewaktu
Anugerah Konvensyen Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK)
Perkhidmatan Awam peringkat
Kebangsaan Ke-31, Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah
18
meminta agensi-agensi perkhidmatan
awam di negara ini supaya terus
memberi penekanan kepada aspek
pembangunan inovasi sosial melalui
makmal dan unit inovasi masing-
masing.
16. Menerusi inovasi sosial, hasil
pertumbuhan ekonomi negara yang
bertunjangkan agenda transformasi
negara dapat diagihkan bagi
memenuhi ekonomi keperluan rakyat.
Penjawat awam perlu melakukan
perubahan minda sekaligus
meningkatkan daya kreativiti dan
inovasi supaya sentiasa mempunyai
19
fikiran minda kelas pertama. Daya
pemikiran minda kelas pertama, mutu
dan hasil kerja yang dihasilkan bukan
sahaja setanding dengan ciptaan
negara maju malah diyakini mampu
membawa dimensi baharu kepada
corak pemikiran masyarakat negara
ini.
AKRAB AGEN TRANSFORMASI
Para hadirin yang saya kasihi
sekalian,
20
17. Sesungguhnya, kerajaan amat
komited meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan sedia ada
untuk menghasilkan pencapaian di
tahap terbaik dan cemerlang. Antara
usaha-usaha yang telah dilakukan
adalah menambah baik sistem dan
prosedur kerja, piagam pelanggan,
teknologi serta undang-undang dan
peraturan. Kesemua usaha tersebut
adalah bertujuan meningkatkan hasil
kerja dan pencapaian yang tentunya
memerlukan modal insan yang
mempunyai potensi, minat dan
komitmen untuk berprestasi tinggi dan
mengutamakan pencapaian dalam
21
semua bidang tugas yang telah
dipertanggungjawabkan. Di sinilah
saya melihat, ahli AKRAB boleh
memainkan peranan penting dalam
membantu pengurus sumber manusia
memastikan anggota perkhidmatan
awam bersedia melakukan perubahan
minda dan tingkah laku demi
mencapai aspirasi kerajaan.
18. Saya berkeyakinan, selain
daripada berperanan sebagai rakan
pembimbing di tempat kerja, AKRAB
boleh berperanan sebagai agen
menyebarluaskan aspirasi kerajaan
dengan menggunakan pendekatan
22
psikologi dan kaunseling yang
humanistik dan holistik. Ini kerana
pemindahan ilmu dan teknologi kerja
serta perubahan dan transformasi
pemikiran dan tingkah laku biasanya
berlaku lebih cepat dan berkesan
melalui sesi bimbingan dan
perkongsian dengan rakan sekerja
yang lebih memahami dan responsif
kepada keperluan pembelajaran
tingkah laku individu.
19. Peranan tersebut selari dengan
matlamat utama AKRAB iaitu
membimbing diri dan membantu rakan
menghadapi cabaran hidup sama ada
23
di tempat kerja, keluarga dan
persekitaran. Justeru, ahli-ahli AKRAB
diharapkan dapat berperanan
membimbing rakan sekerja dari
peringkat akar umbi bagi membantu
mereka berdepan dengan masalah
atau isu sebelum menjadi parah.
Selanjutnya bagi isu-isu yang sukar,
maka rakan-rakan AKRAB merujuk
rakan sekerjanya kepada kaunselor
yang profesional.
20. Pelaksanaan AKRAB telah
terbukti berupaya meningkatkan
khidmat tolong bantu, kepuasan
peribadi, kerjasama dan pembangunan
24
kepimpinan. Saya juga mengambil
maklum berhubung peranan aktif yang
dimainkan oleh Majlis AKRAB
Kebangsaan yang telah berganding
bahu dan bekerjasama dengan
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam
menjayakan Program AKRAB di semua
kementerian dan agensi. Program-
program psikologi dan kaunseling
berbentuk pembangunan, pencegahan,
pemulihan dan intervensi dapat
dimantapkan dengan sokongan dan
penglibatan tuan-puan ahli AKRAB.
Tuan-puan akan menjadi sumber
kepada rakan dalam organisasi untuk
berkongsi permasalahan dan memberi
25
sokongan kepada perubahan yang
lebih baik.
21. Kepada ahli-ahli AKRAB, saya
memohon agar memberi tumpuan dan
komitmen yang tinggi dalam
menjayakan transformasi ilmu dan
seterusnya kepimpinan. Inilah
masanya untuk kita memberi sumbang
bakti, mencurah ilmu dan pengalaman
dengan harapan suatu hari nanti
perkhidmatan membimbing dalam
perkhidmatan awam di negara ini
berada di tahap yang terbaik atau
dalam kelasnya yang tersendiri.
26
22. Saya juga mengharapkan program
AKRAB akan menjadi satu kaedah
dalam peningkatan prestasi kerja,
penyaluran kepakaran, juga menjadi
satu kaedah latihan yang diberi
keutamaan dan pengiktirafan tinggi
oleh semua Jabatan dan agensi.
PENUTUP
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-
Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
saya kasihi sekalian,
27
23. Besarlah harapan saya semoga
semua peserta AKRAB yang menerima
tauliah pada hari ini beroleh manfaat.
Sesuai dengan peranan sebagai rakan
pembimbing, AKRAB semestinya
menjadi contoh terbaik sama ada dari
segi cara kerja atau pun etos dan
pembudayaan nilai murni.
24. Syabas dan tahniah kepada
barisan urus setia dan penyelaras
serta para peserta program AKRAB
dari seluruh negara yang dapat hadir
pada hari ini, terutama kepada para
pegawai psikologi yang telah
bertungkus lumus berpadu tenaga
28
bagi menjayakan program AKRAB di
agensi dan kementerian masing-
masing.
25. Akhir kata, marilah kita bersama-
sama berganding bahu menjadi agen
perubahan, berdiri teguh dengan
Kerajaan, memperkasakan Agenda
Transformasi Negara demi
merealisasikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju disegani di
persada antarabangsa.
29
26. Maka, dengan lafaz
Bismillahirahmanirrahim, saya dengan
ini merasmikan Majlis Pentauliahan
Rakan Pembimbing Perkhidmatan
Awam Tahun 2014.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatulahi
Wabarakatuh.
Recommended