View
2.651
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
ikan oh ikan.....
Citation preview
_________________________________________________________________________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN
Pada 20 hingga 23 November 2008, Jabatan Perikanan Malaysia telah menganjurkan Aquafair
Malaysia 2008. Acara dwitahunan kedua ini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) . Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che
Ayub (2008) ketika merasmikan pameran tersebut, Malaysia kini adalah pengeluar kedua
terbesar dunia bagi ikan hiasan dengan membekalkan hampir 10 peratus daripada permintaan
global.. Industri ikan hiasan tempatan yang pesat berkembang menghasilkan 679 juta ikan
tahun lalu yang bernilai RM192 juta. Malaysia kini membiak lebih 250 spesies yang
merangkumi lebih 550 jenis ikan tempatan dan eksotik bagi pasaran tempatan dan dunia.
Lebih 90 peratus daripada jumlah pengeluaran dieksport ke lebih 30 negara. Menjelang 2010,
Malaysia dijangka menghasilkan lebih 800 juta ikan hiasan untuk memenuhi permintaan
pasaran dunia. Datuk Junaidi menambah, ikan hiasan dianggap sebagai produk nilai tinggi
kerana secara perbandingan, nisbah harga ikan perhiasan berbanding yang dibela untuk sajian
ialah 100:1 atau secara purata bernilai AS$1.8 juta setan.
Pemeliharaan ikan hiasan dianggap sekadar hobi buat peminatnya yang biasanya
menempatkan ikan hiasan seperti ikan emas, kelisa dan ‘flower horn’ di dalam akuarium yang
dihias cantik di sudut rumah..Kini, semakin ramai peminat ikan hiasan beralih kepada
penternakan ikan hiasan yang mampu memberi pulangan lumayan sehingga melebihi empat
angka setiap bulan .Ini berikutan minat di kalangan orang ramai semakin berkembang
sehingga ada peminat sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi memelihara puluhan ekor
ikan hiasan.
Pemeliharaan ikan hiasan merupakan hobi yang menguntungkan kerana ianya mempunyai
nilai-nilai komersil. Selain dari itu, ikan hiasan boleh menceriakan suasana samada di pejabat,
rumah ataupun sekolah. Ikan hiasan juga dapat membentuk nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab khasnya kepada murid-murid sekolah. Oleh itu tak syak lagi , tajuk IKAN
HIASAN amat sesuai dimasukkkan dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup tahun 5 di bab
6 dalam Bidang Reka bentuk dan Teknologi.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
1
_________________________________________________________________________________________________________________
2.0 TINDAKAN MENJAYAKAN PROJEK
Saya telah mengadakan lawatan sambil belajar bersama Persatuan Kemahiran Hidup ke Kuala
Lumpur pada 20 November 2008 . Di sana kami berkesempatan berkunjung ke Aquafair
2008. Ianya merupakan acara dwitahunan anjuran Jabatan Perikanan. Aquafair berlangsung
selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) . Aktiviti dijalankan di situ
adalah pameran, Pertandingan Ikan Hiasan Tercantik dan seminar.
Berdasarkan pengalaman ketika melawat ke Aquafair, saya menyambut cadangan Guru Besar
untuk melaksanakan amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah rendah (KHSR) secepat mungkin dan menguruskannya.
1a) ASPEK KESESUAIAN SPESIES,BILANGAN IKAN DAN FOTONYA___________________________________________________________________________
HBLS 2103PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
2
Dalam mesyuarat guru awal tahun, Guru Besar sekolah mencadangkan anda menggunakan
pengalaman ketika melawat pameran ikan hiasan yang diadakan di Kuala Lumpur Convention
Centre (KLCC) pada 20 November 2008 untuk melaksanakan amali ikan hiasan air tawar
dalam akuarium bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Sebagai
guru KHSR, anda menyambut cadangan beliau untuk melaksanakan projek tersebut secepat
mungkin dan menguruskannya sehingga akhir tahun.
1. Huraikan tindakan yang akan anda lakukan bagi menjayakan projek tersebut
berpandukan aspek-aspek berikut:
(a) Menentukan spesies-spesies dan bilangan ikan yang sesuai dipelihara dalam akuarium
anggaran saiz 37 cm x 28 cm x 37 cm. Penyenaraian hendaklah disertakan gambar foto ikan
tersebut. Ikan famili CYPRINIDAE mesti dimasukkan sebagai salah satu spesies yang
disenaraikan.
_________________________________________________________________________________________________________________
i)AKUARIUM
Saya telah menerima sebuah akuarium berukuran 37 cm x 28 cm x 37 cm seperti rajah di
bawah. Akuarium ini boleh dikategorikan akuarium kecil. Tidak banyak ikan yang boleh
dipelihara di dalam akuarium ini.
Memandangkan projek amali ikan hiasan air tawar dalam akuarium ini ditempatkan di bilik
kemahiran hidup, ciri-ciri berikut perlu diambil kira sebelum memilih ikan tersebut untuk
dipelihara:
i) Mudah dipelihara
ii) Boleh bercampur dengan ikan lain
iii) Tahan terhadap serangan penyakit
iv) Tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air.
ii) MEMILIH SPESIES IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA
.
Spesies Ikan Hiasan Yang Sesuai Dipelihara Mengikut Kelas Biologi Ikan
1)Famili Poecilidae
Contoh:IkanGuppy,Molly,PlatydanSwordtail.
2) Famili Characidae
Contoh:Tetra,Silverdollar
3) Famili Anabantidae
Contoh:Beta,Gouramy
4) Famili Cyprinidae
Contoh:Ikan mas, Barb, Rasbora, Danio, Minnow, Harlequin
5) Famili Cichlidae
Contoh:Oscar, Angel, Discus
III) SENARAI IKAN YANG DIPELIHARA DAN FOTONYA___________________________________________________________________________
HBLS 2103PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
3
_________________________________________________________________________________________________________________
Spesies : Famili Cyprinidae(wajib)
Bilangan yang dipelihara: 6 ekor
Nama ikan : Ikan Harlequin
Ikan ini merupakan famili Cyprinidae , subfamili Rasborinae. Nama saintifik ikan ini ialah
Rasbora heteromorpha.Ikan ini merupakan spesies ikan yang popular di dalam akuarium.
Ianya telah dibela semenjak tahun 1934 lagi.Ikan ini berasal dari Malaysia, Singapura,
Sumatra and selatan Thailand . Cara pembiakan adalah bertelur.
Menurut Walker(1971) Ikan ini boleh hidup dalam lingkungan air yang berpH 6.0 hingga
7.8.Suhu yang sesuai antara 22°C 27°C dan mampu hidup pada suhu 21°C to 28°C, Ikan ini
merupakan ikan yang hidup secara berkelompok. Adalah digalakkan ikan ini dibela sekurang-
kurangnya 6 ekor . Ikan ini sering dijadikan mangsa kepada ikan karnivor dan omnivor
memandang saiznya yang kecil. Asingkan ikan Barbs, Danios, Rasboras kecil lain ,
Corydoras catfish, Otocinclus catfish and others. Dengan penjagaan yang baik, ikan ini boleh
hidup sehingga 5 – 6 tahun.
Spesies : Famili Poecilidae (pilihan)
Bilangan yang dipelihara : 4 ekor
Nama ikan : Ikan Guppy
Guppy (Poecilia reticulata) berasal dari Trinidad, Barbados, Guyana, Brasil, dan Asia
Tenggara. Ikan yang bersifat omnivor ini memerlukan suhu untuk pemeliharaan sekitar 25-
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
4
_________________________________________________________________________________________________________________
28° C dengan pH sekitar 7. Panjang tubuh maksimum sekitar 5. Cara pembiakan ikan ini ialah
dengan cara bertelur. Sirip-sirip ikan ini berwarna-warni sangat cantik dan menarik. Berbagai
warna seperti merah, kuning, hijau, biru, atau pun kombinasi warna sudah beredar di pasaran.
Bentuk ekornya pun menarik, misalnya mirip kipas, membulat, ataupun melebar. Pada jantan,
sirip ekor tampil sangat menarik kerana lebar dan berwarna kontras.
`
b) i. Apakah bahan yang digunakan sebagai penapis/penyaring air akuarium
dan fungsinya?
Bahan utama tang digunakan sebagai penapis/penyaring air akuarium ialah pam penapis
(filtering pump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk
saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media).Terdapat berbagai jenama penapis
akuarium dijual di kedai-kedai akuarium
Pam penapis (filtering pump )
http://ch-layal.en.alibaba.com/productshowimg/208914873-200191140/Water_Pump.html
Pam Penapis ini digerakkan oleh kuasa letrik. Kebanyakkan pam yang berada di dalam
pasaram jenis terendam di dalam air. Pam ini berfungsi sebagai menyedut air akuarium untuk
dihantar ke penapis(filter) yang biasa diletakkan di luar air akuarium. Air akuarium yang
hendak ditapis akan disalurkan dengan menggunakan paip plastik.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
5
_________________________________________________________________________________________________________________
Penapis (Filter)
http://www.thatpetplace.com/pet/group/10618/product.web
Penapis terdiri dari kotak bertutup yang mengandungi media penapis.Di peringkat ini, air
yang disedut oleh pam tadi ditapis dengan menggunakan media penapis yang ada dalam
penapis. Terdapat beberapa media penapisan yang popular antaranya kapas penapis , batu-
batu, dan sebagainya. Proses ini penting untuk menapis ammonia dan nitrat dan bahan-bahan
kotoran lain dari air akuarium.Ini bagi memastikan memastikan air sentiasa bersih dan tidak
tercemar.
Kapas Penapis , sejenis media penapis(filtering media)
http://www.troyfilters.com/mpoly.JPG
Kapas penapis adalah contoh yang sesuai untuk akuarium yang kecil seperti yang diberi..
Semua kotoran berbentuk ammonia, nitrat dan pelbagai kotoran lain terperangkap di
sini.Kapas penapis tersebut boleh dibasuh dan digunakan berulang-ulang kali sehingga rosak.
Jika telah rosak, bolehlah diganti dengan kapas penapis yang baru.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
6
_________________________________________________________________________________________________________________
ii. Terangkan bagaimana sistem pengudaraan dan penapisan berfungsi
dalam akuarium
SISTEM PENGUDARAAN
Pembekalan oksigen kepada ikan-ikan penting untuk memastikan ikan terus hidup. Walaupun
tumbuhan akuatik boleh membekalkan oksigen, tetapi ia mudah layu dan mati. Oleh iotu,
tidak hairanlah ramai penggemar akuarium yang menggunakan sistem pengudaraan untuk
membekalkan oksigen kepada ikan-ikan hiasan kesayangan mereka.
Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium adalah seperti berikut:
a) Pam Udara Akuarium (Aquarium Air Pump)
Pam Udara Akuarium meningkatkan pengedaran air dan permukaan air untuk memastikan
kandungan gas oksigen yang mencukupi.Pam udara boleh menggunakan kuasa bateri atau
kuasa letrik. Secara tidak langsung, pam udara juga berfungsi menstabilkan pH air.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
7
Pam Udara Akuarium http://www.aquariumguys.com/aquarium-air-pumps.html
Batu Udara Akuarium
http://www.thatpetplace.com/pet/group/10432/product.web
_________________________________________________________________________________________________________________
b) Batu Udara Akuarium ( Aquarium Air Stones)
Batu udara menrupakan aksesori yang menerima udara dari pam udara untuk disalurkan ke
seluruh akuarium. Ianya juga kelihatan sangat menarik dipandang. Terdapat juga air batu
udara ini disalurkan kepada ornament bergerak. Akurium semakin cantik dan mencuit hati
dengan penambahan aksesori yang bergerak gambar di bawar. Aksesori tersebut terbuka dan
tertutup dengan bantuan air yang disalurkan.
c) Tiub-tiub Udara Akuarium(Aquarium Airline Tubing)
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
8
Ornement Bergerakhttp://www.thatpetplace.com/pet/prod/216192/product.web
Tiub-tiub Udara Akuarium
http://www.thatpetplace.com/pet/prod/212358/product.web
_________________________________________________________________________________________________________________
Tiub ini berfungsi menghubungkan batu udara dan pam angin. Angin disalurkan dari pam air
di luar air akurium dan kemudian dipam keluar melalui tiub-tiub udara akuarium. Udara
tersebut akhirnya dilepaskan dengan menngunakan batu udara atau Ornement Bergerak
seperti gambar kerang di atas.
d) Injap –injap akuarium (Aquarium Valves)
Injap ini memastikan pam air berfungsi dengan betul. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan
air yang disedut terpatah balik secara semulajadi semasa kegagalan proses pengepaman.
Sisitem perlu dipasang 24 jam untuk mengelakkan bekalan oksigen terhenti. Kocakan air
yang dikeluarkan oleh batu udara akan memasukkan dan melarutkan oksigen ke dalam air
akuarium untuk kegunaan ikan.
SISTEM PENAPISAN AKUARIUM
Penapis bukan sahaja berfungsi untuk menapis, akuarium juga nampak lebih cantik dan hidup
dengan penapis dan pergerakan air yang dikeluarkan dari penapis. Terdapat pelbagai fungsi
penting penapis dalam sesebuah akuarium. Media penapis perlu dibersihkan selalu untuk
memastikan keberkesanannya menapis air akuarium untuk memastikan air tidak tercemar.
Terdapat dua fungsi sistem penapisan air iaitu secara biological dan mekanikal.
Secara biological bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diaton dan
sebagainya untuk membersihakan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari ___________________________________________________________________________
HBLS 2103PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
9
Injap –injap akuariumhttp://www.thatpetplace.com/pet/prod/199523/product.web
(c) Nyatakan langkah-langkah pengurusan ikan dan sebab yang mewajarkan
setiap langkah itu diambil khususnya dalam aspek berikut:
i. Menyediakan akuarium (termasuk aspek aksesori hiasan) sebelum
memasukkan ikanii Semasa memasukkan ikan ke dalam akuarium
_________________________________________________________________________________________________________________
akuarium. Selain dari itu, jika akuarium tersebut terdapat tumbuhan akuatik, tumbuhan
tersebut dapat berfungsi menapis udara karbon dioksida dan membekalkan oksigen seperti
yang berlaku di dalam kolam air semulajadi.
Secara mekanikal pula, ialah dengan menggunakan bahan aksesori sistem penapisan
mekanikal yang terdiri daru pam penapis, penapis, paip plastic dan media penapisan seperti
yang telah dihuraikan di soalan bi).
LANGKAH PENYEDIAAN AKUARIUM
1. Memastikan bahan keperluan akuarium seperti balang akuarium, penapis air (filter),
pam dan tiub, kabinet untuk meletakan balang, tunggul kayu dan tumbuhan akuatik
sebagai assesori, pasir, batu-batu halus dan batu-batu sungai, gambar berlatarbelakang
pemandangan dalam laut (untuk diletakan disisi balang), styrofoam (untuk alas balang
dengan kabinet) serta kabel untuk pam dan lampu.
2. Memastikan lokasi yang sesuai untuk diletakan akuarium sewajarnya dengan dengan
punca elektrik dan sumber air bagi memudahkan kerja-kerja penyelengaraan.
3. Pastikan balang akuarium tidak bocor dengan memasukkan sedikit air dan periksa
sekiranya ada lelehan ataupun tidak. Sekiranya ada lelehan, boleh ditampal dengan
silikon gel.
4. Alas styrofoam atas kabinet akuarium dan letakan balang akuarium di atasnya. Ini
bertujuan untuk mengurangkan hentakan dan bunyi-bunyian yang mampu menganggu
ikan dan boleh menyebabkan kematian.
5. Masukkan pasir lebih kurang 1-1.5 inci, batu-batu kecil dan batu batu sungai serta
tunggul kayu dan didekorasi ikut kesesuaian, seelokkya yang tinggi dihadapan diikuti
yang rendah dibahagian depan. Sebelum itu segala assesori ini perlu direndam dengan
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
10
_________________________________________________________________________________________________________________
air 2 hingga 3 minggu sebelum digunakan bagi mengeluarkan segala kotoran dan
habuk yang terlekat.
6. Kemudian pasangkan sistem penapisan (filter).
7. Masukkan air ke paras ¾ balang . Seeloknya menggunakan hos agar kedudukan pasir
dan batu-batu kecil tidak terjejas.
8. Masukkan tumbuhan akuatik yang berdaun panjang umpamanya, Vallisneria sp
ataupun tanaman akuatik yang jenis terapung dan juga baja untuk keperluan
pertumbuhannya.
9. Pasangkan lampu sebagai bahan pemanas terutama ketika cuaca sejuk (waktu malam)
kerana cuaca sejuk boleh menyebabkan serangan penyakit pada ikan dan juga sumber
fotosintesis untuk tumbuhan akuatik.
10. Hidupkan sistem penapisan dan biarkan selama semalaman.
11. Periksa kadar pH air dengan menggunakan kertas litmus. Kadar pH yang sesuai adalah
antara 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Kadar pH boleh dimanipulasikan dengan
bahan kimia yang ada dijual di kedai.
12. Pastikan kualiti akuarium sebaiknya seminggu sebelum dimasukkan ikan bagi
memastikan sistem penapisan samada dari alat penapisan (mekanikal), penapisan
secara biologi iaitu menggunakan tumbuhan akuatik serta penapisan menggunakan
bahan kimia seperti pennyah ammonia, nitrat ataupun nitrit
13. Pasang gambar berlatarkan pemandangan disisi balang akuarium bagi
mencantikkannya.
SEMASA MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM.
Setelah siap menyediakan akuarium, tibalah masa untuk memasukkan ikan ke dalamnya.
Ianya perlu dilakukan dengan cermat supaya ikan tersebut tidak mengalami sebagai kejutan
ataupun tekanan ketika berada dalam situasi dan suasana yang baru.Semasa memasukkan ikan
ke dalam akuarium, langkah-langkah tersebut perlu diikuti:
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
11
_________________________________________________________________________________________________________________
Langkah 1
Rendam beg plastik yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 – 30 minit.
Beg plastik perlu direndamkan agar suhu air di dalam beg plastik sama dengan suhu air di
dalam akuarium.
Langkah 2
Buka ikatan beg plastik dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air
ke dalam akuarium. Ikan hiasan perlu dibiarkan keluar dengan sendirinya tanpa dipaksa
supaya ianya lebih cepat menyesuaikan diri dengan kawasan sekitarnya. Selain dari itu, jika
dituangkan ikan tersebut terus ke dalam akuarium , ikan tersebut mungkin akan mati kerana
mengalami tekanan(stress) dengan perilaku kasar tadi.
Langkah 3___________________________________________________________________________
HBLS 2103PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
12
_________________________________________________________________________________________________________________
Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan pula beg plastik tersebut dari
akuarium. Beg plastik tidak boleh dibiarkan di dalam akuarium kerana ikan tersebut boleh
masuk kembali ke dalam plastik. Jika ini berlaku, ikan tersebut boleh lemas kerana
terperangkap di dalam plastik. Kesemua ikan yang hendak dipelihara perlu dimasukkan ke
dalam akuarium serentak. Ini penting kerana ikan cenderung mempertahankan wilayah
mereka jika menerima kehadiran ikan baru sekali pun spesies ikan tersebut sama. Ikan lama
dan ikan baru akan berkelahi untuk berebut wilayah mereka.
(d) Huraikan aspek makanan dan pemakanan yang bersesuaian dalam pengurusan
ikan akuarium?
TABIAT PEMAKANAN IKAN
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis
permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai
ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang
tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak
atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton.
Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa
peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini
tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan
herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
13
_________________________________________________________________________________________________________________
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan
reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah
menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga,
Oscar, dan cichlid.
JENIS MAKANAN IKAN.
Jenis ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan
a) Makanan hidup
b) Makanan kering
c) Makanan basah
d) Makanan rumusan
a) Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,
ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
Ulat roti Cengkerik
b. Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
14
_________________________________________________________________________________________________________________
Cacing darah yang telah diawetkan Udang Geragau Kering
c. Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
Hati, moina atau daging yang dibekukan Kerang Segar
d. Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang
membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan
haiwan.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
15
_________________________________________________________________________________________________________________
Pellet Emping
CIRI-CIRI FIZIKAL MAKANAN
Penerimaan seuatu jenis makanan oleh ikan banyak dipengaruhi oleh beberapa ciri fizikal
makanan berkenaan. Antara ciri ini ialah:
(i) saiz butir atau partikel makanan
Saiz butir atau saiz partikel makanan menentukan samada makanan tersebut dapat masuk ke
dalam mulut ikan. Butir makanan yang terlalu besar sukar dimakan kerana bukaan mulut ikan
masih terlalu kecil untuk menerima makanan tersebut.
(ii) warna makanan
Ikan tertarik pada warna yang terang. Warna makanan yang terang akan menarik perhatian
ikan, dan ini menjadi satu alasan mengapa makanan komersial masa kini dikeluarkan dalam
berbagai warna yang terang.
(iii) bau makanan
Ikan mempunyai deria bau yang kuat terutama bau makanan. Ikan mengesan bau
menggunakan sepasang nostril di bahagian atas kepalanya berhampiran mata. Kajian
menunjukkan ikan suka pada bau makanan yang kemasam-masaman.
(iv) keapungan makanan.
Keapungan makanan bermaksud sama ada makanan timbul di permukaan atau tenggelam
dalam air. Ciri ini penting kerana tabiat hidup ikan yang samada tinggal di dasar, di
permukaan atau di pertengahan perairan. Bagi ikan-ikan yang tinggal di dasar, makanan perlu
tenggelam supaya sampai kepada ikan. Makan terapung sesuai untuk ikan-ikan di permukaan
dan pertengahan air, misalnya ikan gurami dan ikan tetra.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
16
_________________________________________________________________________________________________________________
KHASIAT PEMAKANAN
.
TEKNIK PEMBERIAN MAKANAN
Teknik pemberian makanan melibatkan perkara-perkara seperti kuantiti (jumlah) makanan
yang sesuai diberi kepada ikan, kekerapan pemberian makanan (berapa kali sehari ikan patut
diberi makan) dan waktu pemberian makanan yang sesuai (bila ikan patut diberi makan).
Aturan umum mengenai kuantiti makanan yang perlu diberi kepada ikan hiasan ialah jumlah
makanan yang boleh dimakan dalam tempoh kira-kira 5 minit. Bagaimanapun, pengeluar
makanan komersial umumnya memberikan saranan sukatan harian makanan pada label
produk mereka.Dari segi kekerapan harian pemberian makanan, biasanya ikan hiasan
akuarium diberi makan 2 hingga 3 hari sekali. Pemberian makanan terlalu sedikit
menjejaskan kesihatan ikan, manakala terlalu banyak memberi makanan adalah membazir dan
boleh merosakkan kualiti air melalui dekomposisi sisa makanan berlebihan. Waktu pemberian
makanan yang ‰sesuai‰ biasanya di waktu pagi, tengahari dan petang. Sebenarnya dalam
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
17
protein
lemak
karbohidratVitamin dan serat
Protein merupakan kandungan paling
tinggi dalam makanan ikan hiasan.
Ikan omnivor memerlukan
kandungan protein yang lebih tinggi,
sekitar 40-45% dari keseluruhan
kandungan makanan manakala ikan
herbivore memerlukan sekitar 30-
35% protein.
Lipid atau asid lemak diperlukan pada kadar
5% kandungan makanan.
Karbohidrat begitu
tidak penting bagi ikan
hiasan kerana mudah
diperolehi dalam
tumbuhanmemandang
kan sebahagian ikan
hiasan adalah herbivor
dan omnivor.
Vitamin dan
mineral sangat
penting tapi
diperlukan dalam
kadar yang
sangat sedikit
_________________________________________________________________________________________________________________
memilih waktu memberi makan, pemelihara ikan hiasan lebih mementingkan waktu yang
sesuai dengan jadualnya dibandingkan waktu yang sesuai untuk ikan sendiri. Beberapa
spesies ikan aktif makan di waktu malam berbanding spesies lain yang aktif di waktu-waktu
pagi, tengahari, senja atau subuh. Namun, dari segi waktu memberi ikan makan, adalah sukar
bagi seorang manusia untuk menyesuaikan diri dengan waktu sebenarnya yang diperlukan
oleh ikan.
(e) Berdasarkan pemerhatian sepanjang DUA bulan pertama pengurusan ikan akuarium:
i. Rumuskan apakah yang menyebabkan kualiti air akuarium merosot. Nyatakan juga jangka
masa yang mengakibatkan kualiti air merosot dan perlu diganti baharu.
i) Terdapat faktor yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti air iaitu;
1. Jumlah ikan yang terlalu banyak (heavy fish loads)
2. Lebihan makanan ikan yang tidak dijamah (over feeding)
3. Tumbuhan akuatik yang terlalu banyak
4. Kegagalan menukar air dalam balang menyebabkan kandungan pH air
berubah menjadi masam/asidik ataupun beralkali.
5. Sistem penapisan yang gagal beroperasi menyebabkan pertumbuhan
alga/bakteria
6. Sistem pam tidak berfungsi dengan baik
7. Ada ikan yang mati ataupun sakit
5. Najis /sisa kumbahan ikan
Perubahan warna air menunjukkan kualiti air akuarium telah terjejas.
Pada kebiasaannya jangka masa yang sesuai untuk menukar air adalah sebulan hingga 2 bulan
sekali. Walau bagaimana pun ianya banyak bergantung kepada faktor-faktor yang dinyatakan
di atas. Penyelenggaan seperti berikut perlu dilakukan untuk mengekalkan kualiti air
akuarium.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
18
_________________________________________________________________________________________________________________
PENJAGAAN HARIAN
• Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan
oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
• Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti
berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna,
sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
• Ikan yang mati perlu dibuang.
• Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
• Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat
yang disediakan.
5.2 Penjagaan mingguan
• Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓
bahagian dari isipadu tangki.
• Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
• Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
• Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
• Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
• Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
• Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
• Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung
minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya
akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.
ii. Rumuskan langkah-langkah pengurusan yang diambil untuk memastikan
ikan-ikan sentiasa sihat.
LANGKAH MEMASTIKAN IKAN-IKAN SENANTIASA SIHAT
a)mengenal pasti mutu akuarium
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
19
_________________________________________________________________________________________________________________
b)mengenal pasti penyakit-penyakit ikan hiasan seperti berikut:
a) mengenal pasti mutu air akuarium
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam
atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling
sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh
menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk
mengelakkan ianya terlalu asidik.
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi
atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC
menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara
kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai
untuk ikan hidup dengan baik.
b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil
dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana
sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan
kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang
berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun
ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di
dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).
b) mengenal pasti penyakit ikan hiasan
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
• Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
• Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
20
_________________________________________________________________________________________________________________
• Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
a) Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu
sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat
menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air.
Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.
b) Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian
yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini
kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat
menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus
pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
c) Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya
mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan
disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami
stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal
ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
___________________________________________________________________________HBLS 2103
PENGENALAN AGROTEKNOLOGI
21
Recommended