View
253
Download
6
Category
Preview:
Citation preview
KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Objektif Kajian 3
3.0 Metodologi Kajian 3
4.0 Tentatif Program Semarak Minoriti Semai 4
5.0 Analisis Data Istilah Fauna dan Hubungannya dengan Masyarakat Semai 6
6.0 Kesimpulan 15
7.0 Lampiran 17
1.0 Pendahuluan
Masyarakat Orang Asli merupakan antara masyarakat yang menjadi penghuni negara
Malaysia. Masyarakat Orang Asli sememangnya kaya dengan budaya serta adat resamnya yang
tersendiri. Hal ini kerana Orang Asli hidup dan mempunyai hubungan yang rapat dengan alam
semulajadi. Walaupun masa ini, dapat dilihat bahawa mereka juga menikmati serta menelusuri
cara hidup yang moden, tetapi mereka masih lagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan alam seperti berburu dan memungut hasil hutan selain penempatan mereka yang masih
dibina di kawasan desa yang dikelilingi dengan hutan, sungai dan alam semulajadi.
Berdasarkan bancian, terdapat kira-kira 140, 000 Orang Asli Di Malaysia dan
kebanyakan daripadanya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Orang Asli juga terbahagi kepada
beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Orang Asli dikatakan terbahagi kepada tiga kumpulan
yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Negrito terdiri daripada enam
kumpulan etnik iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Suku Senoi juga
terbahagi kepada enam kumpulan etnik iaitu Che Wong, Mah Meri, Jahut, Semoq Beri, Semai
dan Temiar. Manakala, suku Melayu Asli pula dipecahkan kepada tujuh suku kecil yang terdiri
daripada Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan.
Kepelbagaian suku kaum ini memperlihatkan wujudnya banyak perbezaan dari segi cara
hidup dan pertuturan bahasa yang mereka gunakan. Setiap suku kaum ini mempunyai
kebudayaan serta adat resam yang berbeza dan memiliki keunikan yang tersendiri. Masyarakat
1
orang asli juga masih mempercayai wujudnya makhluk-makhluk ghaib. Situasi ini juga berlaku
dalam kalangan masyarakat Orang Ali daripada suku kaum Semai.
Masyarakat Semai merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya dengan
anggaran seramai 42, 000 orang. Mereka hidup bermasyarakat dan setiap kampung akan diketuai
oleh ‘Tok Batin’. Kehidupan kaum Semai pada waktu dahulu dipercayai sama seperti Orang Asli
yang lain di negara ini iaitu mereka hidup secara nomad. Mereka hidup berpindah-randah dari
satu tempat ke satu tempat di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang atau atas
sebab-sebab lain seperti kematian, binatang buas dan diganggu oleh orang luar. Suku Semai ini
juga dipercayai sisa daripada penduduk Kuno atau penduduk asal yang tersebar luas di Asia
Tenggara. Suku kaum Semai ini menetap dan boleh ditemui di Tanjung Malim, Slim River,
Tapah, Parit, Bota hingga ke Kuala Kangsar.
Keunikan masyarakat Asli kaum Semai ini menjadi pendorong kepada pengumpulan data
tentang masyarakat Semai. Laporan yang ditulis adalah berkaitan dengan istilah fauna dan
hubungannnya dengan masyarakat Semai. Laporan yang dikemukan ini akan melibatkan data
yang berkaitan Fauna yang terdapat dalam masyarakat Semai. Menerusi laporan ini, maklumat
tentang hidupan fauna akan lebih difahami oleh pembaca kerana hidupan fauna dalam
masyarakat Semai mempunyai keunikannya yang tersendiri.
2
2.0 Objektif Kajian
Laporan ini dikemukan adalah bertujuan untuk menghuraikan istilah fauna dan hubungannya
dengan masyarakat Semai. Laporan ini menggariskan beberapa objektif seperti yang berikut:
I. Mengkaji istilah-istilah fauna yang digunakan oleh masyarakat Semai Kampung Batu 7, Tapah perak.
II. Memperoleh pengetahuan tentang hubungan atau kegunaan fauna dalam masyarakat Semai
3.0 Metodologi Kajian
Kaedah kajian yang dijalankan dalam kertas kerja ini melibatkan kaedah lapangan.
Pengumpulan data ini diperoleh menerusi lawatan ke perkampungan Orang Asli di kawasan Batu
Tujuh dan Batu Empat Belas, Tapah, Perak. Kaedah kajian ini melibatkan responden yang terdiri
daripada suku kaum asli Semai yang membantu dalam pemberian data. Orang asli yang terlibat
terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan orang dewasa. Data yang diperoleh akan dicatat untuk
dianalisis dalam bentuk kertas kerja bagi memudahkan pembaca memahami kajian yang
dijalankan.
Skop kajian terbatas kepada penduduk orang asli di kampung batu tujuh dan kampung
batu empat belas. Suku kaum asli yang terlibat hanya terdiri daripada suku kaum orang Semai.
Bahan kajian yang dipilih hanya terlingkup kepada kajian berkaitan istilah fauna dan
hubungannya dengan masyarakat Semai. Responden yang dipilih hanya melibatkan tiga orang
3
pelajar sekolah rendah dan seorang orang dewasa. Data yang diperoleh adalah dalam bahasa
Semai untuk dibandingkan dengan istilah dalam bahasa Melayu selain melihat fungsi fauna
dalam hubungannya dengan masyarakat Semai.
3.0 Tentatif Program Semarak Minoriti Semai (23-24 Mac 2013)
23 Mac 2013 (Sabtu)
08.30 pagi - Bertolak dari UPM
10.00 pagi - Berehat di Perhentian Sungai Buloh
12.00 tengah hari - Tiba di SK Batu 7, Jalan Pahang, Tapah Perak
12.30 tengah hari - Makan tengah hari dan solat jamak Zuhur dan Asar
02.30 petang - Taklimat I: Pensyarah bersama ibu bapa masyarakat Semai,
Taklimat II: Wakil pelajar bersama pelajar tahun 5
masyarakat Semai
Taklimat III: Pelajar UPM bersama bekas guru masyarkat
Semai dan Penolong Pengarah Kurikulum Orang Asli
Kementerian Pendidikan Malaysia
03.30 petang - Kajian bahasa dan budaya Semai (pelajar bersama
masyarakat Semai)
05.30 petang - Minum petang
4
06.00 petang - Persembahan Sewang oleh masyarakat Semai bersama
pelajar UPM
06.45 petang - Bertolak ke Tapak Rekreasi Kuala Woh, Batu 7,
Tapah dan mendirikan khemah
07.30 malam - Solat jamak Maghrib dan Isyak
08.30 malam - Makan malam
09.30 malam - Aktiviti santai
11.30 malam - Bermalam di Tapak Perkhemahan Kuala Woh, Tapah,
Perak
24 Mac 2013 (Ahad)
06.00 pagi - Solat Subuh dan membersihkan diri
08.00 pagi - Sarapan pagi
10.00 pagi - Bertolak ke Kampung Batu 14, Tapah, Perak
Menyusuri denai
Diperkenalkan dengan pelbagai jenis buah-buahan,
binatang dan herba
Menyusuri sungai
01.00 tengah hari - Bertolak ke Tanah Rata
02.30 petang - Tiba di Mardi, Cameron Highlands
03.00 petang - Solat jamak Zuhur dan Asar / Makan tengah hari
04.00 petang - Bertolak balik ke UPM
11.00 malam - Tiba di UPM
5
5.0 Analisis Data Istilah Fauna dan Hubungannya dengan Masyarakat Semai
Hidupan fauna yang terdapat di Malaysia adalah pelbagai dan boleh dikelompokkan
kepada beberapa jenis. Antaranya serangga, hidupan liar, binatang peliharaan, dan hidupan laut.
Kaum Semai juga tidak terlepas hubungannya dengan kehidupan fauna. Kedudukan geografi
penduduk kaum Semai yang tinggal di kawasan pedalaman berkaitan dengan hutan dan bukit
menyebabkan penduduk asli mempunyai hubungan yang erat dengan binatang.
Istilah yang dituturkan oleh masyarakat Semai berkaitan dengan hidupan fauna
mempunyai banyak perbezaan dengan istilah dalam bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan
bahawa bahasa masyarakat Semai berbeza dengan bahasa Melayu sehingga menyebabkan
kewujudan istilah yang tersendiri. Istilah fauna yang diperoleh adalah berkaitan dengan binatang
liar, serangga dan binatang peliharaan.
5.1 Istilah Fauna dalam Masyarakat Semai
Istilah dalam Bahasa Melayu Istilah dalam Bahasa Semai
Harimau Bagor
Ayam Hutan Denak
Ikan Kak
Belut Jalir
Siput Babi Kaluk Tok
6
Siput Kaluk
Kerang Kree
Kucing Kucik
Tikus Prok
Nyamuk Sebet
Semut Las
Anjing Chok
Kera Dog
Babi Menghar
Ayam Pok
Belalang Merah Semer
Beruang Koala Kokang
Burung Cep
Rama-Rama Kerba
Tebuan / Lebah Signan
Lembu Lembu
Kerbau Kerbau
Biawak Grit
Kelawar Kelawar
Lipas Gasur
Lipan Kem
Buaya Buayak
Katak Katak
Itik Itik
7
Tenggiling Jol
Beruang Beruak
5.2 Hubungan Fauna dalam Masyarakat Semai
Masyarakat Orang Asli Semai mempunyai hubungannya yang tersendiri dengan fauna.
Binatang memainkan peranan penting dalam budaya masyarakat kaum Semai. Binatang bukan
sahaja dipelihara malahan digunakan sebagai penjaga keselamatan kepada kaum asli. Selain itu,
mereka juga menjadikan binatang sebagai santapan makanan, binatang untuk dipuja dan juga
binatang yang dijadikan sebagai ubatan tradisional dalam konsep perubatan kampung masyarakat
Semai.
5.2.1 Fauna sebagai Makanan Orang Asli Semai
Dalam masyarakat Semai, terdapat haiwan yang dijadikan sebagai makanan tidak kira
sama ada dijadikan makanan harian ataupun makanan untuk mengubati sesuatu penyakit.
Kebanyakan haiwan yang dijadikan makanan adalah binatang-binatang yang berasal dari hutan
seperti ular, kera, babi, landak, tupai dan tenggiling. Masyarakat asli percaya bahawa haiwan
yang dimakan hanya boleh dimasak secara rebus sahaja. Selalunya makanan yang dimasak
secara rebus akan dihidangkan sekali bersama ubi kayu rebus. Mereka tidak dibenarkan untuk
8
memasak kari, menggoreng, atau masakan yang mengandungi rempah kerana perkara tersebut
menjadi budaya nenek moyang mereka.
Masyarakat Semai masih memakan haiwan seperti ayam, itik, dan kambing sama seperti
makanan masyarakat lain di Malaysia. Namun, yang berbeza mengenai masyarakat ini adalah
mereka turut menjadikan haiwan-haiwan hutan sebagai santapan hidangan bagi keluarga mereka.
Ular sawa merupakan hidupan Fauna yang mempunyai hubungan yang tersendiri dengan kaum
asli Semai. Ular sawa dijadikan makanan santapan sesetengah kaum asli. Namun, hanya kaum
lelaki yang dibenarkan untuk memakan ular kerana mempercayai bahawa ular mempunyai
khasiat yang baik untuk melancarkan peredaran darah dan kesihatan dalaman. Ular yang dimasak
akan dibuang sisik dan bisa terlebih dahulu sebelum direbus untuk dijadikan santapan.
Berdasarkan data yang diperoleh menerusi kajian itu, binatang lain yang menjadi
makanan harian kaum asli Semai adalah kera. Cara penyedian kera adalah membuang bulu kera
dengan mencarik, kemudiannya anggota kaki dan tangan kera dibuang dan barulah kera tersebut
dimasak dan dimakan. Hidupan kera merupakan antara hidupan liar yang sering menyerang
tanaman masyarakat kampung. Jadi, kera tersebut akan disumpit sehingga mati dan hanya seekor
atau dua ekor kera sahaja yang dibawa pulang untuk dijadikan santapan orang asli.
5.2.2 Fauna sebagai Ternakan
9
Seperti masyarakat bangsa lain di Malaysia, kaum asli Semai juga turut terlibat dalam
aktiviti penternakan dengan memelihara binatang untuk dijadikan makanan atau jualan. Binatang
yang diternak dalam masyarakat ini adalah seperti babi, kambing, ayam, itik, dan ikan. Kaum
Asli Semai turut terlibat dalam penternakan ikan seperti ikan Talapia untuk dijual kepada peraih
atau orang kampung dalam usaha menambah pendapatan mereka. Kajian yang dijalankan
menerusi maklumat yang diperoleh daripada responden mendapati bahawa masyarakat ini tidak
menternak binatang seperti lembu dan kerbau.
Selain menternak binatang untuk dijadikan makanan. Masyarakat ini turut membela
binatang yang unik seperti tupai yang mempunyai sayap. Tupai tersebut mirip kepada kelawar
dan bersaiz agak kecil. Binatang ini sangat jarang ditemui dan hanya diperoleh ketika berada di
dalam hutan. Mereka juga turut membela tupai yang bersaiz besar dan mirip seperti kucing.
Tupai jenis ini tinggal dan tidur di bawah tanah.
5.2.3 Kepercayaan dan Pantang Larang Hidupan Fauna
Dalam membicarakan tentang kepercayaan dan pantang larang yang diamalkan oleh
masyarakat orang asli terhadap hidupan fauna, terdapat banyak pantang yang perlu dipatuhi oleh
mereka supaya hidup mereka sentiasa selamat. Masyarakat asli percaya bahawa wanita yang
mengandung tidak boleh memakan kera sepenjang tempoh kehamilan kerana khuatir anak yang
dilahirkan akan terkena penyakit sawan atau berperangai seperti kera. Wanita juga tidak
10
dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke hutan ketika mengandung kerana percaya bahawa
binatang seperti kancil atau harimau akan mengorek perut wanita tersebut. Hal ini menjadi satu
kepercayaan masyarakat asli sejak turun-temurun lagi. Wanita yang dalam pantang pula tidak
dibenarkan untuk memakan daging atau benda-benda berdarah kerana dikatakan akan
membahayakan diri mereka.
Masyarakat Semai tidak berani untuk mengusik harimau kerana mereka percaya harimau
akan mengganggu mereka kembali. Binatang juga mempunyai hubungan dengan kaum asli
menerusi kepercayaan mereka tentang gangguan makhluk halus. Responden menyatakan cara
untuk menghindarkan gangguan makhluk halus adalah dengan menggantungkan tulang dagu
ataupun gigi babi di dalam rumah. Mereka percaya tulang dan gigi babi mampu mengusir kuasa
jahat makhluk halus yang ingin memasuki rumah mereka.
Kepercayaan masyarakat ini ada kalanya hampir sama dengan kepercayaan masyarakat
Melayu seperti kepercayaan tentang rama-rama yang masuk ke dalam rumah menandakan
bahawa aka nada tetamu yang akan berkunjung ke rumah tersebut.
5.2.4 Tanda dan Alamat
11
Kajian yang dijalankan mendapati hidupan fauna banyak dikaitkan dengan sesuatu tanda
atau alamat yang bakal berlaku dalam ahli keluarga atau dalam masyarakat sekitar. Masyarakat
Semai percaya bahawa tanda kematian dikaitkan dengan bunyi belalalang merah. Bunyi yang
dihasilkan oleh belalang menandakan bahawa akan terdapatnya kematian dalam kampung. Tanda
kematian juga dapat dilihat menerusi sejenis binatang yang diberi nama kokang yang akan keluar
sendiri daripada sangkar dan menuju ke rumah yang dilanda kematian, kemudiannya balik
semula ke dalam sangkar.
Selain itu, binatang juga memberi alamat apabila kampung akan dilanda hujan. Binatang
seperti katak yang berwarna coklat yang berbunyi akan menandakan hujan akan melanda
kampung tersebut. Data yang dikaji juga mendapati bahawa orang asli Semai percaya bahawa
fungsi sumpit yang mempunyai semangat apabila sumpit mampu berbunyi sendiri untuk
menandakan kedatangan harimau.
Binatang sangat mempunyai semangatnya yang tersendiri kerana masyarakat orang asli
tidak boleh mengata atau mentertawakan semua jenis binatang kerana mereka akan mendapat
kebinasaan seperti terkenan kepada diri dan keluarga mereka selain menghadapi bencana seperti
ribut.
5.2.5 Keselamatan
12
Untuk menjaga keselamatan, masyarakat Semai membela anjing untuk menjaga rumah
dan keselamatan kepada keluarga. Anjing yang dipelihara ternyata membantu orang kampung
untuk daripada ancaman binatang buas dan juga penjenayah. Rata-rata masyarakat Asli Semai
membela anjing untuk menjaga rumah dan juga tanaman mereka.
5.2.6 Kegunaan Fauna
Mengikut responden iaitu Kak Lini, bahagian badan dan organ tupai dijadikan makanan
seharian dan perubatan manakala ekor tupai pula dijadikan sebagai hiasan rumah. Ekor tupai
sesuai untuk mencantikkan ruang rumah mereka dan digantung di sudut atas rumah sebagai
hiasan. Selain itu, kulit ular dijadikan sebagai penutup sumpit. Hal ini demikian kerana kulit ular
mempunyai pelbagai corak dan ini dapat mencantikkan lagi bahagian tertentu sumpit yang
digunakan untuk memburu binatang. Di samping itu, lebah pula lebih tertumpu kepada
penggunaan untuk aspek kesihatan. Mereka meyakini bahawa madu yang dihasilkan oleh lebah
mampu menjadi penawar kepada segala penyakit selain digunakan untuk makanan dan minuman.
Madu lebah juga merupakan antara sumber pendapatan sampingan masyarakat Semai kerana
madu lebah mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada pembeli tempatan.
5.2.7 Perubatan
13
Dalam bidang perubatan masyarakat Semai, mereka turut menggunakan hidupan fauna
sebagai langkah untuk mengubati penyakit. Masyarakat Semai mempercayai bahawa air liur
katak boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh
perubatan moden. Selain menggunakan air liur katak, katak juga dimasak untuk dijadikan ubat.
Katak-katak ini ditangkap sendiri oleh mereka di dalam hutan.
Bukan itu sahaja, tupai turut digunakan sebagai ubat-ubatan oleh masyarakat Semai.
Mereka menggunakan organ dalaman tupai seperti jantung tupai untuk mengawal dan mengubati
penyakit darah tinggi dan kencing manis. Amalan ini dipercayai secara turun-temurun oleh
nenek moyang mereka dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Bagi wanita
yang masih berpantang, mereka akan memakan ikan sungai seperti haruan untuk menyembuhkan
luka bersalin.
6.0 Kesimpulan
14
Berdasarkan data-data pengumpulan yang diperoleh daripada lawatan ke Perkampungan
Orang Asli yang tertumpu di Sekolah Kebangsaan Batu 7 dan Kampung Batu 14 di Tapah Perak,
dapat dirumuskan bahawa masyarakat Semai pada masa kini telah terdedah dengan arus
kemodenan dan kemajuan teknologi maklumat. Mereka lebih berfikiran terbuka untuk menerima
pembaharuan yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan.
Arus pemodenan yang difokuskan oleh kerajaan terhadap masyarakat Semai adalah
dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Di Sekolah Kebangsaan Batu 7, ada ditawarkan
subjek bahasa Semai untuk memperkukuh identiti bahasa dalam masyarakat Semai. Ini berikutan
masyarakat Semai merupakan antara suku kaum yang terbesar dalam kelompok orang asli di
Malaysia. Keadaan ini memberi satu inisiatif kepada masyarakat Semai untuk memperkenalkan
bahasa mereka ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan bahasa-bahasa utama dunia. Oleh
itu, secara tidak langsung akan meninggalkan kesan terhadap taraf pendidikan masyarakat
Semai.
Dalam proses meningkatkan mutu pendidikan masyarakat Semai, bukan sahaja golongan
kanak-kanak yang diberikan perhatian bahkan golongan ibu bapa turut diberikan ruang untuk
menambah ilmu pengetahuan. Hal ini seterusnya membolehkan ibu bapa memberi tunjuk ajar
kepada anak-anak sekiranya mereka menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Sehubungan itu,
masyarakat Semai akan lebih berdaya saing dalam kehidupan dan tidak lagi ditindas oleh
masyarakat luar yang sentiasa memandang enteng kepada kaum minoriti tersebut.
15
Daripada lawatan singkat ini, kami berpeluang untuk berkenalan dengan lebih dekat
kehidupan masyarakat Semai yang masih mengamalkan adat resam daripada nenek moyang
mereka. Selain itu, kami juga memperoleh banyak pengalaman manis sepanjang berada di sini.
Antaranya kami didedahkan tentang kebudayaan yang masih diamalkan oleh masyarakat Semai
iaitu tarian Sewang yang dipercayai untuk memujuk Puteri Awan supaya tidak menurunkan
hujan kerana hujan mampu membantutkan aktiviti seharian mereka. Di samping itu, kami turut
berpeluang mengetahui tentang agama, adat resam, pantang larang, ilmu tentang flora dan fauna
serta kesenian.
Melalui lawatan ini diharap masyarakat umum lebih berpeluang untuk mengenali semua
kelompok masyarakat orang Asli di Malaysia seperti kaum Negrito, Senoi, Temuan, Semelai,
Jakun, Kanak, Mah Meri dan sebagainya. Oleh yang demikian, masyarakat orang asli akan lebih
dikenali dan dihormati setanding dengan masyarakat lain dalam pelbagai aspek kehidupan.
7.0 Lampiran Program Semarak Minoriti Semai
16
Ahli kumpulan bersama responden yang terlibat dalam memberikan maklumat
17
18
Contoh hidupan fauna yang diternak dan dibela masyarakat Semai
Anjing dijadikan sebagai penjaga keselamatan masyarakat Orang Asli Semai
19
Recommended