1.01 simbol fitting

Preview:

Citation preview

Mengenal simbol-simbol pemasangan.

Mengetahui penggunaan alat-alat pemasangan

Penyambungan memberikan petunjuk / panduan terhadap sistem paip. Tanpa pemasangan tertentu terdapat hanya pemasangan paip yang lurus sahaja. Kita mungkin mengetahui terdapat satu alternatif laluan yang lebih pendek antara dua punca sesuatu laluan paip tetapi laluan yang ada terlalu sukar kerana sempit dan sebagainya. Oleh yang demikian penyambungan adalah penting bagi memastikan laluan paip yang dibuat sesuai dan menjimatkan kos.

Asas Teknik Penyambungan /

Pemasangan :

1)Menukar laluan / arah

2)Menukar saiz paip

3)Menyediakan laluan tambahan / bantuan

4)Menyediakan penyambungan

90º Elbow / Siku90º

Siku 90º digunakan bagi menukar laluan paip. Siku 90º yang standart terbahagi kepada dua iaitu ‘long radius’ ( berjejari panjang ) dan ‘short radius’ ( berjejari pendek ) yang digunakan di tempat yang sempit. Semua jenis Siku 90º yang berjejari panjang boleh didapati di dalam lukisan plan kecuali Siku 90º yang berjejari pendek dicatatkan jika digunakan.

45º Elbow / Siku 45º

Siku ini amat penting pada laluan paip yang berliku-liku. Gambaran kerapkali menunjukkan terdapat banyak masalah terhadap penggunaan siku 45º ini .

Tees ( Penyambung T )

Kebanyakan penukar haluan paip bersudut 90º dibina menggunaTees ( Penyambung T )

kan penyambung ini. Penyambungan T yang lurus membuat keluaran yang sama saiz seperti laluan asal dan Penyambung T penurun membuat keluaran yang lebih kecil dari saiz laluan yang asal.

Reducer ( Penurun )

Penurun adalah satu jenis alat yang boleh menyambungkan satu paip yang bersaiz besar kepada paip yang bersaiz yang lebih kecil dan begitu juga sebaliknya. Ini bergantung kepada penggunaan sesuatu laluan paip. Semua penurun di dalam lukisan plan adalah sepusat kecuali penurun yang ganjil ( eccentric reducer ) akan dinyatakan. Bagi penurun sepusat, ia mempunyai garis pusat yang sama di kedua-dua belah dan penurun yang ganjil disebut samaada TL ( top level ) atau BL ( bottom level )

Cap and Blind Flange

* Cap adalah satu alat untuk menutup lubang paip yang tidak digunakan di penghujung satu saluran paip.

* Cap biasanya digunakan apabila sesuatu laluan paip hendak disekat sementara.

45º Lateral ( Sisi 45º)

Sekali imbas Sisi 45º adalah seperti ‘Tees’ ataupun Penyambung T tetapi sebenarnya Sisi 45º hanya membenarkan laluan masuk ke laluan utama pada laluan yang kecil.

Cross

Terdapat dua jenis Cross iaitu Reducing Crosses ( Penurun ) dan Straight Crosses yang hanya menyediakan dua cabang iaitu bersudut 90º. Penggunaan Cross bergantung kepada permintaan.

Branches ( Penukar arah )Branches biasanya dibuat dengan menggunakan Tees, Cross dan Sisi 45º( 45º Lateral ) tetapi terdapat juga jenis-jenis yang lain yang pelbagai dan lebih murah mengikut keperluan.Salah satu jenis pemasangan yang popular ialah dari jenis famili ‘O’ let ( gelang ‘O’ ).Ia juga digunakan didalam kerja-kerja mengimpal dan membenang.

Branches ( Penukar arah )

Branches biasanya dibuat dengan menggunakan Tees, Cross dan Sisi 45º( 45º Lateral ) tetapi terdapat juga jenis-jenis yang lain yang pelbagai dan lebih murah mengikut keperluan.Salah satu jenis pemasangan yang popular ialah dari jenis famili ‘O’ let ( gelang ‘O’ ).Ia juga digunakan didalam kerja-kerja mengimpal dan membenang.

Weldolet

•Satu cabang 90º boleh dihasilkan melalui alat ini. Ia juga boleh menyambungkan samaada laluan yang sama saiz dengan laluan asal atau untuk penurunan ( reducing ). Boleh digunakan pada kerja-kerja kimpalan dan membenang.

Elbolet

•Pemasangan ini boleh digunakan pada Sesiku ( Elbow ) berjejari panjang atau pendek dan pemasangan ini membentuk satu satu saluran penurun keluar.

Latrolet

Latrolet adalah satu pilihan yang terbaik daripada Sisi 45º(45º Lateral) jika digunakan pada satu laluan paip yang lurus.

Sweepolet

Sweepolet juga merupakan penyambung bersudut 90 º. Ia lebih teguh dan boleh membawa aliran serta tekanan dengan lebih lancar.

Coupling and Half Coupling ( Pencantum )

Coupling and Half Coupling merupakan jenis penyambung bebenang untuk kegunaan membina sambungan.

Nipple

•Nipple merupakan penyambung antara dua batang paip. Terdapat bebenang di kedua-dua hujung bagi tujuan penyambungan.

Stub-in

saddle

•Ini merupakan satu proses dimana suatu cabang paip dikimpal terus kepada saluran paip utama. Ia juga merupakan satu kaedah membentuk satu cabang dengan cara kimpal dan murah serta biasa ditemui di dalam lukisan plan.

Proses ini biasanya dibuat terhadap saluran paip yang bersaiz besar ataupun kecil dan kaedah ini merupakan satu kaedah membina cabang jenis kimpal yang lebih murah.Penyambungan yang khas biasanya menggunakan kaedah ini ialah penampam terkimpal ( welded saddle ). Satu plat logam dikimpal pada penampam ( pelana ) bagi memastikan ia lebih kukuh. Kaedah ini juga biasanya disebut muncung terkimpal (nozzle weld ).

PENYAMBUNGAN

Terdapat beberapa jenis penyambungan yang digunakan terhadap beberapa jenis saluran paip telahpun dinyatakan. Disini kita akan melihat secara ringkas sesetengah penyambungan yang digunakan untuk menyambungkan antara dua saluran paip.

Coupling

Penyambung ini telahpun dinyatakan bagi menghasilkan suatu cabang. Ia juga digunakan bagi menghubung dua saluran paip jenis bebenang.

Union

Penyambung ini mempunyai dua bahagian yang dibenang.

Ia dapat memudahkan penukaran saluran paip, injap ataupun peralatan lain.

Weld Neck Flange

neck

Weld Neck Flange menggunakan penyambungan butt-welded ( terkimpal ).

Fungsi asalnya adalah untuk menyediakan bolt-up bagi kedudukan injap. Neck ( leher ) dapat memberikan ruang untuk mengimpal dan memberikan pautan / pegangan yang lebih kuat.

Slip-on Flange

Slip-on Flange diletakkan di penghujung saluran paip. Ia bertujuan bagi menyambungkan paip dan memasang injap pada sesuatu saluran paip yang lurus. Terdapat perbezaan teknik mengimpal dimana satu pada bahagian luar dan satu lagi seperti Weld Neck Flange.

Reducing Flange

Reducing Flange digunakan bagi penukaran saiz saluran paip tanpa menggunakan penurun ( reducer ). Sebagai contoh satu Reducing Flange digunakan bagi menyambungkan paip bersaiz 6” kepada satu paip bersaiz 10”. Kebiasaannya ditulis :Red FLG 6”X 13-1/2” OD150#SO

Blind Flange

Seperti yang dibincangkan sebelum ini fungsinya adalah bagi membina satu penutup sementara ( temporary cap ) di bahagian penghujung saluran paip.

SIMBOL-SIMBOL PEMASANGAN

PEMASANGAN JENIS SKRU