12 konstruk numerasi

Preview:

Citation preview

NUMERASI

Definisi Numerasi

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan

serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar

di sekolah

KONSTRUK APA (Perkara) yang ditaksir Dimensi manusia yang berbentuk

konkrit atau abstrak Hasrat pendidikan Dibangunkan dan diperkembangkan

melalui proses P & P Dinyatakan secara eksplisit dalam

dokumen kurikulum

Dimensi manusia yang

berbentuk konkrit

KONSTRUK

Dimensi manusia yang berbentuk abstrak

Konstruk Keupayaan1 mengenal pra nombor dan angka 2 membilang 3 memahami nilai nombor 4 membuat seriasi 5 mengenal mata wang Malaysia 6 menyatakan waktu7 mengendalikan operasi asas 8 mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia 9 mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu 10 menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya 11 mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian

terhad kepada nombor bulat 12 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam

kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Konstruk 1

Keupayaan mengenal pra nombor

dan angka

Mengenal pra nombor- pengetahuan asas kebolehan numerasi- menggunakan deria dan menyatakan

sesuatu di persekitaran secara kuantitatif Mengenal angka (0 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 ) - secara lisan - penulisan - secara rawak

Item contoh1. Sebutkan angka berikut: 5 2. Guru menyebut angka di bawah dan murid menuliskan angka itu dalam petak yang disediakan. “Lapan”

Konstruk 2

Keupayaan membilang

menyatakan bilangan objek (sama ada secara tersusun atau rawak)

- lisan - penulisan – menunjukkan kefahaman

Contoh item1. Bilang objek. Tulis angka yang menunjukkan kedudukan

objek itu ke dalam petak disediakan.

1

2. Bilang objek dan tulis bilangan objek-objek itu ke dalam petak disediakan.

Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai

nombor

keupayaan menunjukkan perwakilan nombor, susunan nombor mengikut urutan tertib, sama ada secara menaik atau menurun.

Antara aktiviti yang lazim digunakan ialah memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi atau sebaliknya.

Item contoh Padankan nombor berikut dengan bilangan objek yang betul.

3 5

Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi

Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut. banyak ke sedikit kecil ke besar pendek ke panjang rendah ke tinggi nipis ke tebal

dan sebaliknya

Item contohSusun objek berikut mengikut urutan tebal

kenipis.

A B C

_______ , _______ , ________

Konstruk 5

Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Kebolehan: mengecam mengasingkan mengklasifikasi

wang syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen

wang kertas RM1, RM5, RM10

Item contohTandakan pada mata wang Malaysiadan X pada bukan mata wang Malaysiadalam petak yang disediakan.

Konstruk 6

Keupayaan menyatakan waktu

Keupayaan menyatakan waktu

Keupayaan menyatakan pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi.

Menyatakan hari dalam seminggu Menyatakan nama bulan dalam

setahun

Item contohTandakan pada petak yang menunjukkanwaktu aktiviti-aktiviti berikut berlaku.

Pagi Malam

Pagi Malam

Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan

operasi asas

Kebolehan mengendalikan operasi tambah dan tolak

Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek Pada peringkat asas, tidak melibatkan

pengumpulan semula.

Item contohTuliskan hasil tambah ke dalam petakyang disediakan.

+ =

Konstruk 8

Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Keupayaan mengendalikan operasi tambah dan tolak yang melibatkan wang syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen

dan wang kertas RM1, RM5, RM10. Aktiviti simulasi jual-beli adalah digalakkan

Item contoh Tandakan jika jumlah nilai duit syiling adalah betul di dalam petak yang disediakan.

+ =

Konstruk 9

Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Kebolehan menyatakan anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD Contoh unit yang digunakan ialah jengkal dan langkah Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu

Item contoh Ukur panjang meja guru dengan unit

jengkal dan tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan. Jawapan : ___________ jengkal

Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat

biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Menerangkan operasi tambah dan tolak

- menggunakan bahasa harian

- menggunakan simbol atau grafik Menulis ayat matematik dengan simbol

tambah (+), simbol tolak (-) dan simbol sama (=)

Item contoh

Padankan rajah di bawah.

5 - 2 = 3

4 - 2 = 2

Konstruk 11

Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek konkrit

Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak

Item contohTulis (+) atau (–) ke dalam petak.

5 3 = 2

Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasi

pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Warnakan duit syiling yang perlu untuk membeli kek itu.

50 sen