View
1.162
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
hidangan yang senang disediakan
Citation preview
Tajuk : Sarapan barat (Telur hancur)
Tarikh : 08 Julai 2009
Disediakan oleh : Aziah Bt Abdul Razak
Bahan :
2 biji telur
1 tbsp marjerin
2 tbsp susu
½ tsp garam
½ tsp lada sulah
2 keping roti sandwich
Alatan : Non stick pan
Sudip
Mangkuk pelbagai saiz
Pinggan hidangan
Prosedur/ langkah:
1. Telur dipecahkan ke dalam mangkuk dan dicampurkan susu, garam dan lada
sulah. Dipukul dengan betul.
2. Mentega dipanaskan di dalam periuk susu dan campuran telur dituangkan.
3. Api dikecilkan dan telur dimasak dengan api sederhana. Telur dikacau perlahan-
lahan supaya tidak melekat.
4. Telur dimasak hingga mulai pekat dan menjadi gebu.
5. Telur masak hancur disendukkan ke atas roti bakar bersapu mentega dan
dihidangkan semasa panas di atas pinggan.
Rumusan/ komen:
Hidangan adalah bersesuaian untuk 2 orang makan dan enak dimakan ketika panas.
Refleksi:
Rasa cukup. Dalam amali ini juga saya mempelajari cara membezakan memasak telur
hancur dan telur dadar.
Untuk lebih menarik,diletakkan hiasan timun dan tomato di atas pinggan hidangan
Tajuk : Sarapan barat (French Toast)
Tarikh : 08 Julai 2009
Disediakan oleh : Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan :
2 biji telur
2 keping roti sandwich
4 tbsp susu
½ tsp garam
2 tbsp madu
minyak
Alatan : Non stick pan
Sudip
Mangkuk pelbagai saiz
Pinggan hidangan
Prosedur/ langkah:
1. Telur dipecahkan dalam mangkuk, susu dan sedikit garam secukup rasa
dicampurkan. Campuran ini dipukul dengan garfu
2. Minyak dipanaskan dalam kuali
3. Roti decelupkan ke dalam campuran telur
4. Roti dicelup diangkat dan ditoskan ke atas pan
5. Angkat setelah roti bertukar kepada kuning keemasan dan disapu dengan madu
6. Dihidang di atas pinggan
Telur hancur hidangkan bersama roti bakar panas
French Toast dihidang bersama madu
Rumusan/ komen:
1. Telur hancur dan French toast yang dihasilkan mempunyai rasa yang cukup, dan
hancur. Bau juga menyelerakan.
2. Sesuai dihidangkan untuk 2 orang makan, dan dimakan ketika masih panas.
Refleksi:
Seelok-eloknya, madu tidak dituang terus di atas roti semasa dihidang, sebaik-baiknya
diletakkan dalam piring pencicah berasingan (seperti dalam gambar) untuk mengelakkan
roti menjadi kembang. Hiasan juga diletakkan untuk memberi kesan lebih menarik. Kami
juga mempelajari cara menghidang sarapan barat dengan betul dari segi penggunaan
pinggan hidangan dan susunan sudu dan gelas minuman di atas meja makan. Hidangan
yang disediakan ini kaya dengan karbohidrat, protein, lemak dan vitamin.
Tajuk : Sarapan barat (Teh)
Tarikh : 08 Julai 2009
Disediakan oleh : Aziah Bt Abdul Razak
Bahan :
2 peket teh
500 ml air mendidih
250 ml susu
80 gm gula pasir halus
Alatan : Periuk
Teko
Sudu
Cawan
Piring
Bekas untuk mengisi susu dan gula
Prosedur/ langkah:
1. Air dijerangkan sehingga mendidih.
2. Teko teh yang bersih dipanaskan sedikit dengan air mendidih
3. Teh peket dimasukkan dan dituangkan air mendidih ke dalamnya dan dikacau
sebati. Teko ditutup dan dibiar terseduh selama 10 minit.
4. Dihidangkan bersama susu dan gula berasingan.
Rumusan/ komen:
1. Air teh yang dihidang berasa sedikit kelat. 1 peket teh sahaja sepatutnya
sudah memadai untuk hidangan 1 teko air teh.
2. Sesuai dihidang dan diminum semasa panas.
Refleksi:
Untuk mengelakkan rasa kelat teh, tambahkan lagi sedikit gula ke dalam teh bagi
mengimbangi rasa kelat tersebut.
Tajuk : Nasi goreng
Tarikh : 15 Julai 2009
Disediakan oleh : Aziah Bte Abdul Razak & Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan :
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 tbsp cili giling
25 gram ikan bilis goreng
50 gram isi ayam
25 gram udang
2 tbsp kicap pekat
2 cawan nasi- gebu dan berderai
1 biji cili merah
¼ tbsp garam
Tomato
Timun
1 biji telur
Alatan : Kuali
Sudip
Mangkuk pelbagai saiz
Pinggan hidangan
Prosedur/ langkah:
1. Minyak dipanaskan, ikan bilis digoreng sampai rangup. Diketepikan.
2. Minyak dipanaskan. Bahan A ditumis hingga kuning dan naik bau.
3. Isi ayam dan udang dimasukkan dalam kuali. Digoreng sebentar.
4. Kicap pekat dimasukkan, dikacau sebati. Api dikecilkan.
5. Nasi dimasukkan. Dikacau sebati.
6. Rasa disesuaikan. Garam ditambah.
7. Hias dan hidang.
Nasi goreng yang telah siap dimasak, sedia untuk dimakan
Hidangan sesuai untuk 2 orang makan/ hidangan sepinggan lengkap
Rumusan/ komen:
Hidangan nasi goreng siap dimasak sesuai untuk hidangan makan 2 orang.
Amaun kicap pekat yang ditambah perlu mengikut kesesuaian, citarasa.
Refleksi:
Saya dapat mempelajari cara memasak nasi goreng dengan kaedah yang betul/ menghias.
Tajuk : Cucur bawang
Tarikh : 22 Julai 2009
Disediakan oleh : Aziah Bt Abdul Razak
Bahan :
125 g tepung gandum (diayak)
1 camca rata bahan penaik
1 biji telur
125 ml air
¼ camca garam
2 biji cili merah (dibuang biji)
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun saderi
30 g udang kering (direndam sebentar, ditus, ditumbuk halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
½ kuali minyak untuk menggoreng
Alatan : Kuali
Sudip
Penapis/ pengetos minyak
Pinggan hidangan
Mangkuk adunan cucur
Prosedur/ langkah:
1. Penyediaan sayur dan udang
a) Semua sayur-sayuran dibersihkan dan dipotong.
b) Udang basah atau udang kering dibersihkan.
2. Penyediaan batter pekat
a) Telur dimasukkan di tengah-tengah tepung.
b) Air dimasukkan perlahan-lahan dan dikacau hingga rata.
3. Penyediaan adunan cucur
a) Semua sayur-sayuran dan udang dimasukkan.
b) Garam dimasukkan secukup rata. Dikacau rata.
4. Penyediaan cucur bawang
a) Minyak dipanaskan
b) Adunan dititiskan ke dalam minyak panas
c) Digoreng hingga kuning dan ditoskan di atas kertas penyerap
d) Langkah di atas diulang sehingga adunan habis. Dihidang panas dengan sos cili/
sos kacang.
Cucur bawang
Rumusan/ komen:
1. Untuk lebih menarik, warna cucur bawang dimasak agak coklat kekuningan. Saiz
bergantung kepada kesukaan.
2. Sesuai dihidang/ dimakan ketika masih panas.
3. Daun pisang digunakan sebagai hiasan/ alas.
Refleksi:
Saya dapat mempelajari kaedah menyediakan adunan cucur bawang yang dikenali
sebagai bater pekat (campuran cecair dengan tepung).
Dapat mempelajari kaedah menggoreng dalam minyak penuh(ada 3 kaedah menggoreng)
Tajuk : Lepat Pisang
Tarikh : 22 Julai 2009
Disediakan oleh : Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan :
4 biji pisang emas/ pisang raja
10 gm gula pasir
30 gm tepung gandum
¼ cubit garam
3 cb kelapa parut putih
8 keping daun pisang ( 17cm x 12 cm)
1 helai daun pandan ( 5cm panjang)
Alatan : Periuk pengukus
Pengepit
Pinggan hidangan
Mangkuk adunan lepat pisang
Gunting memasak
Prosedur/ langkah:
1. Air dididihkan dalam pengukus .
2. Daun pisang dicelurkan atau dilaukan di atas api yang kecil. Dilap kering
3. Pisang dilecekkan dalam mangkuk adunan. Gula, kelapa, dan tepung dicampurkan
dan dikacau rata.
4. Sekeping daun pandan dilatakkan ke atas sehelai daun pisang. Sebanyak 1
camcam besar adunan pisang dibubuh diatasnya. Adunan itu dibentuk.
5. Adunan yang dibungkus dengan daun pisang dikukus selama 15-20 minit.
6. Selepas diambil, dihidang terus atas pinggan.
Lepat pisang
Rumusan/ komen:
Rasa lepat pisang adalah baik dan isi juga tidak terlalu kenyal.
Untuk lebih menarik, saiz lepat pisang sepatutnya perlu diseragamkan
Refleksi:
Dapat mempelajari penyediaan adunan lepat pisang sebelum ia dikukus yang dikenali
sebagai bater pekat, juga dapat mempelajari kaedah/ teknik-teknik yang betul semasa
mengukus. Daun pisang pula sesuai digunakan sebagai pembalut lepat pisang kerana ia
dapat menambah aroma/ membangkitkan selera.
Tajuk : Nasi ayam
Tarikh : 5 Ogos 2009
Bahan :
200 gram beras Sos
5 ulas bawang putih 6 biji cili merah
4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih
2 inci halia ½ inci halia
2 tangkai daun bawang Garam
½ biji timun Gula
2 biji tomato Cuka
4 helai daun salad
Garam
Lada sulah
Minyak
1.5 liter air
Alatan :
Periuk nasi
Pinggan hidangan
Mangkuk sup
Sudip nasi
Penapis
Penyediaan Ayam :- Thanalatchimy Sathiahnathan
Prosedur/ langkah:
1. Ayam dibersihkan dengan air mengalir, tidak perlu dipotong
2. Bawang putih dan merah ditumis di periuk sehingga naik bau, air secukup
dimasukkan ke dalam periuk.
3. Air perlu dipastikan cukup untuk dibuat sup dan juga untuk memasak nasi.
4. Halia dimasukkan dan air dijerang hingga mendidih. Setelah mendidih, ayam
dimasukkan dan direbus sehingga 15 minit. Kemudian ayam dikeluarkan.
5. Air rebusan dijerang semula, ditapis dari kotoran dan buih, diperasakan.
Kemudian diketepikan untuk dihidangkan sebagai sup.
6. Ayam yang dikeluarkan diperap dengan kicap cair, kicap pekat dan lada. Perapan
itu dibiarkan selama 10minit hingga 15 minit supaya campuran tersebut serap ke
dalam ayam.
7. Minyak dipanaskan dalam kuali. Setelah minyak dipanaskan, ayam digoreng.
Ayam kemudiannya disejukkan sebelum dipotong.
8. Ayam dihidang bersama daun salad, timun, tomato, sos cili dan supnya.
Penyediaan Nasi : Aziah Bt Abdul Razak
Prosedur/ langkah:
1. Beras dibersihkan dan ditoskan.
2. Bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk ditumiskan dalam periuk nasi
sehinggan naik bau. Beras dimasukkan dan ditumiskan bersama selama 4 minit.
3. Air rebusan ayam secukupnya dimasukkan ke dalam beras untuk dimasak.
4. Nasi yang masak diambil semangkuk untuk dihidang dan dihiaskan dengan
bawang goreng dan daun sup.
Nasi ayam
Rumusan/ komen:
Hidangan sesuai untuk 2 orang makan.
Refleksi:
Nasi ayam berasa ayam jadi rasanya baik.
Dapat mempelajari kaedah memotong daging ayam, menyediakan sup dan potongan buah
yang betul. Hidangan ini kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, pelawas dan
garam mineral.
Tajuk : Sup sayur campuran
Tarikh : 5 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Aziah Abdul Razak
Bahan :
2 biji tomato (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
1 camca marjerin atau 1 camca minyak masak
1.25 liter air rebusan (dari tulang ayam/ daging)
Garam
Lada sulah
Alatan :
Periuk
Mangkuk hidangan
Prosedur/ langkah:
1) Air rebusan disediakan
2) Minyak dipanaskan dan bawang dan sayuran digoreng.
3) Air rebusan dicampur dan dimasak sehingga sayuran lembut.
4) Perasa ditambahkan dan dihidang panas.
Rumusan/ komen:
Sup sayur dihidang bersama nasi ayam sebagai sup tambahan selain
dari sup ayam.
Sup sayur mengandungi banyak nutrien serta berkhasiat, juga tidak
berlemak.
Refleksi:
Sup dihasilkan sedikit. Perlu tambah lagi kuantiti air/ bahan-bahan untuk membuat sup.
Tajuk : Buah tembikai
Tarikh : 5 Ogos 2009
Desediakan Oleh : Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan :
Buah tembikai
Alatan :
Pinggan hidangan
Prosedur/ langkah:
1) Buah tembikai dipotong kecil.
2) Dihidang atas pinggan hidangan
Buah tembikai yang siap dipotong
Rumusan/ komen:
Susunan buah boleh mengikut citarasa masing-masing.
Refleksi:
Mempelajari cara memotong buah tembikai dengan betul dan kaedah menghidangnya.
Tajuk : Chocolate chip cookies
Tarikh : 12 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Aziah Bt Abdul Razak
Bahan :
150 gram tepung gandum
½ cawan gula perang
¼ cawan gula kastor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
½ tsp garam
100 gram coklat chip
100 gram marjerin
Alatan :
Pinggan hidangan
Mangkuk hidangan
Wire rack
Dulang pembakar
Oven
Prosedur/ langkah:
1) Oven dipanaskan ke suhu 200°C. Biskut disapu grease. Dalam mangkuk
besar, semua bahan-bahan disukat kecuali coklat cip.
2) Marjerin dan gula dipukul sehingga sebati dalam mangkuk adunan.
3) Coklat cip dimasukkan dan di pukul rata.
4) Bentukkan bulat menggunakan sudu makan, 2 inci setiap satu. Dibakar 10-12
minit sehingga biskut bewarna kuning cerah.
5) Dengan menggunakan spatula buskut dipindahkan kepada ’wire rack’ untuk
penyejukan.
Rumusan/ komen:
Biskut coklat chip yang terhasil terlalu lembut/ tidak rangup setelah ia sejuk
Refleksi:
Mempelajari cara/ kaedah yang betul menyediakan biskut. Kaedah ini adalah kaedah
putar.
Biskut coklat chip lembut/ tidak rangup setelah sejuk. Ini boleh dielakkan dengan
menggunakan suhu ketuhar yang betul dan biskut sepatutnya tidak dibakar terlalu cepat.
Selain itu, biskut yang dibakar mempunyai warna yang tidak sekata, kerana suhu oven
yang tinggi. Untuk mengelakkannya, suhu oven perlu diturunkan sedikit.
Tajuk : Waffle
Tarikh : 12 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan :
150 gram tepung gandum
1 ct baking powder
2 biji telur (diasingkan kuningnya)
250 ml susu UHT
60 gram minyak jagung
Esen vanilla
1 cb gula kastor
Alatan :
Acuan waffle
Pinggan hidangan
Prosedur/ langkah:
1) Buat lubang ditengah tepung, kuning telur dimasukkan, susu, minyak jagung
dan esen vanilla. Dicampur sebati.
2) Putih telur dienjut dengan gula (meringue).
3) Meringue dikaup-balikkan ke dalam bancuhan batter tepung. Dikacau
sehingga sebati.
4) Acuan waffle dipanaskan dan batter dibakar sedikit demi sedikit di dalamnya.
5) Dihidangkan panas-panas dengan madu atau jem atau mentega.
6) Boleh dimasukkan hiasan-hiasan seperti potongan buah-buahan (contohnya
seperti kiwi, peach, nenas dan lain-lain).
Waffle
Rumusan/ komen:
Untuk mengelakkan waffle melekat pada acuan, sapu sedikit mentega pada acuan
sebelum memasak waffle.
Refleksi:
Waffle tidak perlu terus disapu madu, jem atau mentega semasa dihidang tetapi (jem,
mentega dan madu) perlu disediakan berasingan untuk memberi pilihan orang yang akan
memakannya.
Dapat mempelajari kaedah menyediakan meringue dengan betul (pastikan tiada
bendasing semasa memukul telur dan gula untuk menghasilkan meringue tersebut)
Tajuk : Tat jem nenas
Tarikh : 19 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan:
- Pastri rapuh
125 g tepung gandum
Sedikit garam
45 – 60 g marjerin sejuk beku
2 camb air sejuk
- Inti
2 camb jem nenas
- Glis
½ biji telur dipukul untuk glis
Alatan:
Oven
Mangkuk adunan
Penerap tat/ acuan
Dulang pembakar
Tat nenas
Prosedur/ langkah:
1) Menyediakan petitin dan ketuhar
a) Petitin digliskan
b) Ketuhar dipanaskan, suhu 200°C.
2) Menyediakan pastri
a) Marjerin sejuk beku dipotong kepada ketul-ketul kecil dengan pisau
b) Marjerin digaul dan diramas ke dalam tepung dengan hujung jari hingga
adunan kelihatan seperti serbuk roti
c) Air dimasukkan dan diadunkan menjadi doh
d) Doh direhatkan selama 5 minit dalam peti sejuk
3) Mencanai pastri
a) Pastri dicanai hingga 2 mm (1/8 inch) tebal. Kemudian diterap dengan
penerap yang sesuai.
4) Menyediakan tat
a) Petitin dialaskan dengan pastri yang diterap dan dipicit tepinya jika perlu
b) Dibubuh inti jem nenas
c) Tat dihiaskan dengan keratan-keratan daripada lebihan pastri
d) Pastri disapu dengan telur yang dipukul
5) Membakar tat nenas
a) Tat nenas dibakar hingga pastri bewarna kuning emas
b) Disejukkan atas redai kek
6) Dihidangkan dalam pinggan bulat.
Rumusan/ komen:
T
Refleksi:
Dalam amali ini, saya dapat mempelajari cara menyediakan pastri dan membakar biskut
dengan kaedah yang betul.
Tajuk : Agar-agar santan
Tarikh : 19 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Aziah Bte Abdul Razak
Bahan:
5 g agar-agar (Dicuci dan direndam sehingga kembang
800 ml air
1 helai daun pandan
50 g gula pasir halus
50 g gula merah
100 ml santan pekat
Alatan:
Periuk
Acuan agar-agar
Prosedur/ langkah:
Menyediakan bancuhan agar-agar
1) Agar-agar dimasak dalam periuk bersama-sama 800ml air dan daun pandan.
2) Dimasak sehingga agar-agar larut di dalam air
3) Agar-agar kemudiannya ditapis menggunakan penapis.
4) Masukkan pula gula merah dan gula pasir halus dan direbus sehingga gula
larut.
5) Santan dimasukkan
6) Dituang ke dalam acuan agar-agar dan disejukkan dalam peti sejuk
Menyediakan agar-agar santan
1) Keluarkan agar-agar dari acuan dan hidangkan
Agar-agar santan
Rumusan/ komen:
Agar-agar santan mempunyai tekstur yang baik dan tidak pecah santan
Releksi:
Rasa agar-agar santan terlalu manis, kandungan gula dalam agar-agar perlu dikurangkan
sedikit.
Di akhir amali ini saya dapat mengetahui kaedah-kaedah yang betul/ kuantiti bahan yang
digunakan bagi menghasilkan agar-agar santan. Juga mempelajari kaedah menset agar-
agar.
Tajuk : Swiss roll cake
Tarikh : 26 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Thanalatchimy Sathiahnathan
Bahan:
3 biji telur besar
90 g gula halus
90 g tepung gandum
1 camt esen vanilla + 1 camt air suam
1 camb jem
1 cams gula halus untuk menggoleknya
Alatan:
Dulang pembakar
Oven
Pinggan hidangan
Prosedur/ langkah:
1. Menyediakan tin dan ketuhar
a) Dulang pembakar dialas dan digriskan
b) Ketuhar dipanaskan pada 200°C
2. Menyediakan adunan
a) Telur dengan gula dienjutkan sehingga kembang, gebu dan meninggalkan
kesan dipermukaannya apabila dilorek
b) Esen vanilla ditambah dan dienjut rata
c) Tepung diayak/ tabur ke dalam adunan enjut
d) Dikaup balikkan tepung perlahan-lahan dengan camca logam. Diulang
sehingga tepung habis.
e) Adunan dituangkan ke dalam dulang pembakar
3. Membakar baulu
a) Dibakar ditetingkat atas selama 7 – 10 minit
4. Menyediakan jem dan kertas untuk menggulung
a) Jem dipasaran boleh digunakan
5. Menggulung kek
a) Kek dikeluarkan dari oven
b) Baulu gulung diterbalikkan atas kertas minyak yang ditabur gula.
c) Kertas minyak dikeluarkan
d) Bahagian tepi yang berkerak dikemaskan. Sebanyak 1 cm dipotong pada
sebelah tepinya
e) Jem diratakan atas baulu
f) Baulu digulung dengan kemas, sambil kertas minyak ditarik
g) Diangkat dan disejukkan atas redai kek
6. Menghidang kek baulu gulung
a) Dipotong dan dihidang dalam pinggan beralas doili
Swiss roll cake/ baulu gulung
Rumusan/ komen:
Hidangan sesuai untuk 4 orang makan. Untuk mengelakkan kek longgar (gulungan) dan
pecah, kek perlu digulung semasa masih panas.
Refleksi:
Dalam amali ini, saya dapat mempelajari cara menyediakan kek Swiss roll dengan teknik
yang betul selain ia menyumbangkan kandungan karbohidrat, protein, dan lemak.
Tajuk : Pau ayam
Tarikh : 26 Ogos 2009
Disediakan Oleh : Aziah Bte Abdul Razak
Bahan:
200 g tepung roti
1 tsp yis segera
50 g gula kastor
50 g marjerin
90 ml air suam
10 helai kertas minyak (2.5” garis pusat)
½ tsp baking powder
Alatan:
Pengukus
Pinggan hidangan
Mangkuk adunan
Prosedur/ langkah:
1. Tepung diayak ke dalam mangkuk adunan
2. Yis dan gula dicampurkan ke dalam tepung lalu digaulkan
3. Air suam dimasukkan dan diuli dengan tangan menjadi doh
4. Marjerin dimasukkan dan diuli lagi sehingga doh menjadi lembut dan memeri
5. Doh direhatkan dan dibiar ditempat yang suam panas untuk naik dua kali ganda
saiz asalnya. Permukaan doh ditutup supaya ia tidak kering dan berkulit semasa
dinaikkan.
6. Inti dimasukkan dan dibentuk bulat semula
7. Dibiarkan sebentar ditempat suam untuk merehatkan dan mengembangkannya
lebih kurang 10-15 minit.
8. Dikukus selama 10 minit
9. Dihidangkan
Pau
Rumusan/ komen:
Rupa pau tidak memuaskan.
Refleksi:
Dapat mempelajari teknik yang betul membuat doh/pau dan kaedah mengukus pau
dengan betul.
Tekstur pau sangat lembut tetapi longgar. Bagi mengelakkannya ia perlu diketatkan atau
disimpul dengan betul selepas pemasukan inti dilakukan.
Recommended