View
204
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
KPM tidak lagi menyekat Facebook dan Twitter Setelah menyedari tindakkan yang dilakukan itu amat merugikan, pihak KPM telah mengeluarkan satu pekeliling yang merupakan Pemberitahuan mengenai Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam. Selanjutnya di http://www.hootoh.my/2014/04/tiada-sekatan-facebook-dan-twitter-di.html Tiada sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah Seluruh Malaysia
Citation preview
Syarat dan Peraturan penggunaan Laman Sosial di Sekolah-Sekolah seluruh MalaysiaTiada sekatan Facebook dan Twitter diSekolah Seluruh MalaysiaTiada lagi sekatan Facebook dan Twitter di Sekolah-sekolah Seluruh Malaysia. Perkara ini
merujuk Surat Pekeliling, Pemberitahuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia. Penggunaan Facebook, Twitter
dan media jaringan sosial lainnya tidak lagi disekat penggunaannya di Sektor Awam
Malaysia. Warga pendidik tidak lagi sukar berkongsi bahan ilmiah dan proses muat turun
bahan-bahan pendidikan menjadi lebih pantas. Terima kasih KPM atas sikap terbuka dan
membenarkan penggunaan laman Facebook dan Twitter di sekolah-sekolah seluruh Malaysia
Pada akhir 2013, sempena peningkatan pengunaan 1Bestarinet oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter telah
disekat penggunaannya di seluruh kementerian pelajaran, sekolah-sekolah dan sektor awam
yang menggunakan perkhidmatan 1Bestarinet umpama dipaksa menggunakan media VLE
Frog yang tidak mesra pengguna. Sekatan mengejut itu memberi impak yang merumitkan
dalam perkongsian bahan ilmiah antara warga pendidik di Malaysia. Pelbagai masalah timbul
akibat sekatan penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter yang
dilakukan itu.
Setelah menyedari tindakkan yang dilakukan itu amat merugikan, pihak KPM telah
mengeluarkan satu pekeliling yang merupakan Pemberitahuan mengenai Penggunaan Media
Jaringan Sosial di Sektor Awam.
Syarat dan Peraturan penggunaan Laman Sosial di Sekolah-Sekolah seluruh Malaysia
Setelah Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 2 Tahun 2009
bertarikh 6 Ogos 2009 telah memutuskan bahawa penggunaan media jaringan sosial
dalam sektor awam tidak disekat penggunaannya, namun begitu ia perlulah dikawal dengan
memberi perhatian kepada perkara perkara berikut:
Mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Silo 1 Tahun 2003 "Garis
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-
Agensi Keraiaan.
Sebarang bentuk maklumat yang dikongsi dan disebar melalui media sosial tidak
menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara.
Tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumen terperingkat.
Kakitangan Sektor Awam hendaklah memastikan semua maklumat Kerajaan hendaklah
dikendalikan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebarang perbuatan
mendedahkan maklumat jabatan adalah bertentangan dengan Pekeliling Am Bil. 3
Tahun 2000 iaitu Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan
juga Arahan Keselamatan.
Perubahan yang dilakukan dalam Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam ini
amatlah dinantikan kerana penyekatan penggunaan teknologi ini telah memberi kesan yang
amat ketara kepada komunikasi berkesan antara kakitangan kerajaan.
Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia
KETUA PENGARAH
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGANPENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)JABATAN PERDANA MENTERI
ARAS 6, BLOK B2
KOMPLEKS JABATAN PER DANA MENTERI
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88882311
Faks : 03-88883163
Email: normah@mampu.gov.my
MAMPU.BDPICT (S) 700-6/1/3 (21)
Ii November 2009
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
Y.Bhg.IY.B. Tan SrilDatuk/Dato'lTuan/Puan,
PENGGUNAAN MEDIA JARINGAN SOSIAL 01 SEKTOR AWAM
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Seperti Y.Bhg'/Y.B. Tan SrilDatuk/Dato'/Tuan/Puan sediamaklum, penggunaan media jaringan sosial seperti Facebook,Twitter dan MySpace telah digunakan secara meluas di sektor awamsamada dalam atau luar negara. Media jaringan sosial merupakansatu saluran komunikasi berkesan yang telah diguna pakai olehpelbagai pihak untuk berkomunikasi dan berkongsi pelbagaimaklumat yang berkaitan.
3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa IT danInternet Kerajaan (JITIK) Bil. 2 Tahun 2009 bertarikh 6 Ogos 2009telah memutuskan bahawa penggunaan media jaringan sosialdalam sektor awam tidak disekat penggunaannya, namun begituia perlulah dikawal dengan memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut:
Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia
. )[UK"$.G. .,.....'"''Q."
""PENOUmAAFAN MS ISO 0001:2000 NO SIJIL: KLR 050033'
Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia
(a) mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam(PKPA) Silo 1 Tahun 2003 "Garis Panduan MengenaiTatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik diAgensi-Agensi Keraiaan ";
(b) sebarang bentuk maklumat yang dikongsi dandisebar melalui media sosial tidak menjejaskankepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatannegara; dan
(c) tidak melibatkan penyebaran maklumat dan dokumenterperingkat.
4. Pihak Y.Bhg'/Y.B. Tan SrilDatuk/Dato'/Tuan/Puan hendaklahmemastikan semua maklumat Kerajaan hendaklah dikendalikanmengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebarangperbuatan mendedahkan maklumat jabatan adalah bertentangandengan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 iaitu Rangka DasarKeselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan juga ArahanKeselamatan.
5. Semua Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakansewajarnya agar peraturan ini dipatuhi dan dipantau sepenuhnyadengan berkesan.
Sekian, terima kasih.
"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI'
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam Malaysia
s.k.
Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek Hj HassanKetua Setiausaha NegaraPejabat Ketua Setiausaha NegaraAras 4, Blok TimurBangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA
3
Recommended