SCE1064: Ekdisis dan Metamorfosis Kumbang Darkling

  • View
    332

  • Download
    5

  • Category

    Science

Preview:

Citation preview

Peringkat Telur

Kumbang betina akan menggali ke dalam tanah lembut dan bertelur lebih

kurang 500 biji telur. Selepas 4-19 hari, telur itu akan mula menetas.

Peringkat Larva- Peringkat ini berlangsung selama 8-10

minggu.

- Setiap ulat akan makan dalam jumlah

yang banyak dan membesar untuk

bersedia bagi peringkat seterusnya.

- Kerana ia mempunyai rangka luar yang

keras, ulat ini perlu menjalani proses

penyalinan kulit atau dipanggil ekdisis

dengan meluruhkan rangka ini untuk

membesar.

- Proses ini berlaku sebanyak 9-20 kali

sepanjang peringkat larva.

Pupa yang

baru bersalin

kulit daripada

larva

Peringkat Pupa - Pada proses penyalinan kulit yang

terakhir ulat tadi, ia akan bertukar

menjadi pupa.

- Pupa ini tidak makan dan nampak

seperti berada dalam keadaan tidak

aktif, tetapi ia sebenarnya dalam

proses menukar dirinya menjadi

kumbang.

- Peringkat ini bertahan selama

1-3 minggu sebelum bertukar

kepada kumbang dewasa.

Peringkat Dewasa - Peringkat terakhir sebagai kumbang

‘darkling’ dan bertahan selama 1-3

bulan.

- Pada awal peringkat ini, kumbang

tersebut berwarna putih dengan rangka

luar yang lembut.

- Mempunyai sayap namun tidak boleh

terbang.

- Selepas kira-kira seminggu atau dua

minggu pada peringkat ini, kumbang ini

akan mengawan dan membiak.

Hormon EkdisonSetiap siri proses ekdisis dicetuskan oleh perembesan hormon

ekdison. Hormon ini terletak pada bahagian toraks serangga.

Hormon JuvenilSambil merembeskan hormone ekdison, sepasang lagi kelenjar

berhampiran dengan otak merembeskan hormon juvenil, yang

mana ia merencatkan metamorfosis. Jadi, hal ini menyebabkan

serangga kekal pada peringkat larva dan tidak berubah ke

peringkat seterusnya.

Hannakat. (2011, Oktober 17). Mealworm Fam Experiences. Diperolehi daripada

BackYard Chickens: http://www.backyardchickens.com/a/mealworm-fam-

experiences

Yash. (2015, Februari 3). Difference Between Molting and Metamorphosis.

Diperolehi daripada Difference Between:

http://www.differencebetween.com/difference-between-molting-and-vs-

metamorphosis/

Rujukan

Recommended