8
1 رتا ة فطرة دان زاوليه مانح دارا زكاة نضري قدباض

اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

1

زاكة فطرة دان رتا اوليه

ملباض زكاة نضري قدح داراألمان

Page 2: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

2

KHUTBAH ZAKAT FITRAH & HARTA

ذ باهلل ي ونػ و نستغفره ونتب ال ده و نستػي د هلل وخده، ن ال فو يضوو تد وي ال ده اهلل ػ ي الا، ي ع

نفسا وسيئات أ

ور أ ش

د ل ولا مرشدا ن .تد أ ش

يك ل وأ ن ال ال اال اهلل وخده ال ش

د أ ش

أ

ة وتركا لع يياة وصح األ

دى األ

ل، بوؼ الرساهة وأ دا عبده ورس م

الك ا اال ا ال يزيؼ ع ار ا ل دجة اليضاء لو .ال

م اىل ي ت دع بدغ وي د ولع آل وصدب ى صن وسوى لع بيا م الو ي . ال

هػوكى ى اهلل وطاغت ا بػد، ػيا غباد اهلل اوصيكى ونفس بتق يأ

ن .تفود

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۇڭ ڭ ڭ ڭچ

١١١: البقرة چۅ ۉ ۉ ې ې ې ۅۋ

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah S.W.T sekalian

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita bertaqwa

kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala

larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T

di dunia dan akhirat. Hendaklah kita ketahui bahawa seksaan Allah terhadap mereka

yang ingkar kepada suruhan-Nya adalah amat berat dan tidak akan tertanggung oleh

tubuh badan manusia yang lemah ini.

جباتن حال إحوال أڬام إسالم نڬري قدح

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

ه ٩٣٤١خطبة مجػة

Page 3: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

3

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Khatib menyeru kepada hadirin sekalian, marilah sama-sama kita gandakan amal

ibadat, buatlah sebanyak mungkin amal soleh pada bulan Ramadhan ini yang penuh

berkat. Kita bimbang bahawa Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan terakhir

buat diri kita sebelum masuk ke dalam liang lahat. Janganlah dilengahkan amalan ke-

baikan sebelum kita menyesal di hari kemudian.

Ketahuilah, bulan Ramadhan adalah umpama madrasah yang mendidik jiwa manusia

untuk menjadi hamba Allah Taala yang bertakwa. Antara sifat seorang mukmin yang

bertakwa adalah qana’ah iaitu merasa cukup atas segala pemberian Allah dan bersyu-

kur atas segala nikmat yang dikecapi. Maka, antara ibadah yang diwajibkan ke atas

kaum muslimin di bulan Ramadhan ialah menunaikan zakat fitrah. Pensyariatan zakat

fitrah ini merupakan satu bentuk pembersihan jiwa manusia daripada sifat bakhil,

tamak haloba serta menginsafi akan keadaan golongan fakir miskin, di samping mela-

hirkan seorang mukmin yang bersyukur.

Dalam satu hadis yang dinukilkan dalam Sunan Abu Daud dan diriwayatkan oleh Ibnu

Abbas RA, beliau berkata :

غ الو ائى ي رة لوص وسوى زاكة اهفطر ط فرض رسل اهلل صل اهلل غوي

سالي ة لو فث وطػ والر“Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah untuk menyucikan orang yang ber-

puasa daripada dosa-dosa melakukan perkara lagha dan sia-sia serta memberi makan

kepada orang-orang miskin”.

Imam Waki‟ bin al-Jarrah iaitu guru kepada Imam as-Syafie‟ pernah memberikan suatu

perumpamaan yang sangat cantik kepada peranan zakat fitrah kepada individu muslim.

Beliau berkata :

م، لة، تب نقصان الص لوص ر رمضان لسجدة الس زاكة اهفطرة لشلة د نقصان الص ج ا يب الس لـ

“Zakat Fitrah (yang dilaksanakan) dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi (yang

dilaksanakan) dalam solat. Zakat Fitrah menampung kekurangan puasa sepertimana su-

jud sahwi menampung kekurangan solat.”

ه ٩٣٤١خطبة مجػة جباتن حال إحوال أڬام إسالم نڬري قدح

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

Page 4: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

4

Kemungkinan seorang yang berpuasa secara sedar atau tidak, melakukan perbuatan

dosa-dosa kecil seperti percakapan yang lagha serta sia-sia. Maka, zakat fitrah difard-

hukan untuk membersihkan diri muslim daripada dosa-dosa kecil ini serta mempere-

lokkan pahala puasanya.

Hayatilah firman Allah Taala dalam surah Hud, ayat 114 yang berbunyi :

ڃ ڃ ڃ چ چ

" چۇ ۇ ۆ ۆ ڭۓ ڭ ڭ ڭچ Sesungguhnya

amal soleh yang kita lakukan akan menghapuskan dosa-dosa(kecil) kita yang lalu".

Oleh yang demikian, khatib ingin menyeru kepada sidang hadirin sekalian, ayuhlah

kita melaksanakan ibadah zakat fitrah dengan sebaik mungkin. Dalam Islam, kita dia-

jar untuk mengeluarkan zakat daripada harta yang terbaik dan paling bermanfaat

kepada golongan fakir miskin. Hal ini akan melahirkan masyarakat yang prihatin,

saling berkasih sayang dan hidup secara harmoni.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 92 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ پٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پچ

چٺ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan (yang sempurna)

sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa

jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya”

Muslimin yang dikasihi Allah Taala sekalian,

Zakat fitrah menurut pandangan syara‟ ialah mengeluarkan kadar tertentu daripada

makanan asasi dengan sebab tenggelamnya matahari di akhir Ramadhan. Wajib dike-

luarkan bagi setiap individu muslim lelaki dan perempuan tidak kira usia tua atau

muda yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan bermula dari awal

bulan Ramadhan hingga selesai solat Aidilfitri.

ه ٩٣٤١خطبة مجػة جباتن حال إحوال أڬام إسالم نڬري قدح

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

Page 5: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

5

Firman Allah Taala dalam surah al-„Aala ayat 14 & 15:

ڃ ڃ ڃ چ چ

چی جئ حئ مئ ىئ يئ جب حب خب مب چ

“Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan diri (iaitu mengeluarkan

zakat fitrah) dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta

mengerjakan solat”

Untuk makluman tuan-tuan sekalian, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menetapkan

kadar bayaran zakat fitrah yang diwajibkan kepada umat islam di Negeri Kedah bagi

tahun 1439 Hijriah adalah dengan kadar minimum RM7.00 seorang.

Penetapan tersebut adalah mengikut harga bagi satu gantang Baghdad bersamaan 2.6

kilogram beras sebagai makanan asasi kepada penduduk awam di Malaysia. Manakala,

bagi golongan yang berkemampuan dan ingin melebihkan zakat fitrahnya bolehlah

membayar secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan seperti kadar berikut :

Pertama : Beras jenis Super Import iaitu RM14.00 seorang dan

Kedua : Beras jenis Basmathi iaitu RM21.00 seorang

Bayaran zakat melebihi RM 7.00 adalah sunat dengan tiada paksaan kepada pembayar.

Hal ini melihat kepada maslahah keperluan fakir miskin dan mengambil kelebihan pahala

yang berlipat ganda apabila kita melebihkan bayaran zakat fitrah kita.

Sepertimana yang dijelaskan dalam hadis riwayat Imam Baihaki dan Darulqutni, dari-

pada Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW :

م ذا ال ى ف غ أ

“Cukupkanlah keperluan mereka (golongan miskin) pada hari raya ini..”

Ayuhlah kita berlumba-lumba melakukan kebaikan, mudah-mudahan kita ditempatkan

bersama golongan solihin di dalam syurga di akhirat kelak. Tunaikanlah zakat fitrah se-

bagai memenuhi tanggungjawab dan amanah kita kepada Allah SWT dan terhadap

sesama manusia.

ه ٩٣٤١خطبة مجػة جباتن حال إحوال أڬام إسالم نڬري قدح

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

Page 6: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

6

Hadirin yang dirahmati Allah Taala sekalian,

Bermula 31 Januari 2007, Almarhum Maulana Al-Sultan Tuanku Al-Haj Abdul Halim

Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah memberi perkenan bahawa

pembayaran zakat fitrah dalam negeri Kedah hendaklah ditunaikan kepada amil yang

dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Pada tarikh 17 April 2018 baru-baru ini pula, Tuanku Sultan Negeri Kedah yang kita

kasihi, Sultan Sallehuddin ibni al-Marhum Sultan Badlishah sekali lagi menitahkan

supaya seluruh rakyat Negeri Kedah menunaikan kewajipan Zakat Fitrah dan Zakat

Harta mengikut taksiran yang betul kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah sebagai

amil rasmi yang dilantik mewakili Baginda selaku ulil amri. Selain itu, baginda juga

melarang keras mana-mana individu, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan atau

sebagainya yang mengutip zakat tanpa kebenaran Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Oleh itu, khatib ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian, bersegeralah melunas-

kan kewajipan zakat fitrah dan zakat harta demi beroleh ganjaran pahala yang besar

disisi Allah SWT. Bahkan golongan asnaf di negeri ini juga akan dapat menikmati za-

kat yang tuan-tuan tunaikan.

Sidang Jemaah yang dikasihi Allah sekalian,

Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada 8 golongan

asnaf hasil daripada kutipan zakat tuan-tuan sekalian. Antaranya ialah :

*Bantuan kewangan fakir & miskin secara bulanan, rawatan bulanan, pusat dialysis

percuma, bantuan bina rumah, baiki rumah, biasiswa pengajian luar dan dalam negara,

guru agama kampung, elaun imam, set kelengkapan pengurusan jenazah di semua

masjid dan banyak lagi.

Untuk makluman juga, Zakat Kedah telah mengambil alih pengurusan kompleks pen-

didikan Maahad Ad-Dini di Alor Setar dan dijadikan sekolah zakat pertama untuk me-

nempatkan anak-anak asnaf yang akan dibantu sepenuhnya daripada hasil kutipan za-

kat. Selain itu, sekolah Pondok Moden di Kuala Muda juga telah ditubuhkan bagi

memberikan pendidikan turath dan kontemporari kepada pelajar-pelajar cemerlang

yang terpilih. Manakala, pusat agihan makanan secara percuma juga telah beroperasi

pada peringkat awal di daerah Sik dan Baling.

ه ٩٣٤١خطبة مجػة جباتن حال إحوال أڬام إسالم نڬري قدح

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

Page 7: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

7

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Mengakhiri khutbah hari ini, khatib menyeru kepada seluruh umat Islam, hendaklah

mengambil langkah-langkah seperti berikut :

Pertama Umat Islam hendaklah melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang

lain di bulan Ramadhan dengan cara terbaik dan sempurna.

Kedua Umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah dan zakat harta kepada ulil

amri, iaitu Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman melalui Lembaga Za-

kat Negeri Kedah dengan seikhlas hati kerana Allah SWT.

Bayaran zakat juga boleh diserahkan kepada pihak masjid di kariah tuan-

tuan yang telah dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah menjadi ejen za-

kat bagi semua jenis zakat.

Ketiga Umat Islam digalakkan melebihkan bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras

yang dimakan sepertimana yang ditetapkan Lembaga Zakat Negeri Kedah

sebagai mengambil fadhilat kelebihan memperbanyakkan amal ibadat di bu-

lan Ramadhan mengikut kemampuan masing-masing.

Keempat Umat Islam hendaklah membayar zakat fitrah dengan lebih awal untuk me-

mudahkan Lembaga Zakat Negeri Kedah mengagihkan kepada asnaf sebagai

persiapan mereka menyambut Aidilfitri dengan lebih sempurna.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڄ ڄ ڃ ڄڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄچ

(7 :سرة إبرايى ) چڃ ڃ ڃ

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

ه ٩٣٤١خطبة مجػة

Page 8: اترِ ناد ةرطف ةكاز - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Zakat Fitrah Dan Harta.pdf · sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu

8

ي ا ػي بارك اهلل ل وهكى ىف اهقرآن اهػظيى ، ونفػن وإياكى بيع الس إ ويكى تلوت لر الميى ، وتقبن ين يات واذل

األ

ستغفر اهلل اهػظيى ل وهكى ولسائر . اهػويى ذا وأ قل قل

أ

ز ؤيات، فاستغفروه، ػيا ف ي وال ؤي ات وال سو ي وال سو ال ويا ناة اتلائبي ستغفري .ال

01 Jun 2018/16 Ramadan 1439

ه ٩٣٤١خطبة مجػة