11
1 NYANYIAN PENGENALAN Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik KBSR, pada peringkat aw al persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada beberapa bahagian seperti berikut: a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari. b) Fizikal - pengaw alan pernafasan dan mekanis ma vokal. c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa. d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula. e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat. f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan. g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian.

02nyanyian1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 02nyanyian1

1

Pengenalan Rekoder

NYANYIAN

PENGENALAN

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik

KBSR, pada peringkat aw al persekolahan.

Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam

menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada

beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang

dipelajari.

b) Fizikal - pengaw alan pernafasan dan mekanisma vokal.

c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan

penguasaan bahasa.

d) Daya ingatan

muzikal

- kebolehan mengingat bunyi muzik dan

menghasilkannya semula. e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan

peka dan tepat.

f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam

kumpulan.

g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan f ikiran melalui

nyanyian.

Page 2: 02nyanyian1

2

Pengenalan Rekoder

1. TEKNIK NYANYIAN

1.1 SEBUTAN

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam

menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu

sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk

mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang

baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.

Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui lat ihan yang konsisten.

Bentuk mulut bagi bunyi vokal:

AH (a) A E (e) OO (u) EE (i) OH (o)

Page 3: 02nyanyian1

3

Pengenalan Rekoder

1.2 POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang

bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran

suara semasa menyanyi.

1.2.1 Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika

menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.

Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.

Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.

Dada - dinaikkan.

Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.

Dagu - selari dengan lantai.

Tangan - di sisi.

1.2.2 Postur Duduk Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika

menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar.

Punggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.

Tangan - diletak di atas paha.

Page 4: 02nyanyian1

4

Pengenalan Rekoder 1.3 PERNA FASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan

ton yang berkualit i, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di

samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.

Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen

dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui

latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktivit i warm-up atau

latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh

dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Menghembus dan menarik nafas

Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda

diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

b) Bernafas secara cepat

Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.

Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c) Pernafasan staccato

Latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang

sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat

dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot

tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.

d) Hiss/Hoo

Sambil menar ik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke

atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

Contoh latihan:

hiss ss ss ss hiss hoo hoo hoo hoo hoo

Page 5: 02nyanyian1

5

Pengenalan Rekoder 1.4 PENGHASILA N TON

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ

vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).

b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.

c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur

dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong

terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.

b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.

c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.

d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:

“Hee hee hee ! Apa khabar ?”

2. KAEDAH M ENGAJAR LAGU

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-

kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote

learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara

mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural

memory) murid.

Page 6: 02nyanyian1

6

Pengenalan Rekoder Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:

a) Kaedah keseluruhan lagu

b) Kaedah baris demi baris

c) Kaedah solfege

2.1 Kaedah keseluruhan lagu

Sesuai untuk mengajar lagu pendek.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.

b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.

c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau

sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.

d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.

e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.2 Kaedah baris demi baris

Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran

lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi

keseluruhan lagu.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar keseluruhan lagu.

b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara

humming.

c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris

demi baris.

d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.

e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.

f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Page 7: 02nyanyian1

7

Pengenalan Rekoder 2.3 Kaedah Solfege dengan isyarat tangan

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan

bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan

sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak

(movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.

Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi

nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.

Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu

pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat

tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi

muzik.

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:

• s m

• l s m

• l s m r

• l s m r d

• l s m r d l

• l s m r d l s

• l s f m r d

• t l s f m r d

• d` t l s f m r d

• d r m f s l t d`

Page 8: 02nyanyian1

8

Pengenalan Rekoder

3. SOLFA ISYARAT TANGAN

Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari ‘do’ baw ah yang berada

di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’

atas yang terletak di paras kepala.

Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

do re mi

Fa So La

Ti Do’

Page 9: 02nyanyian1

9

Pengenalan Rekoder Contoh Latihan Solfa

Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan. a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu.

b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan

secara baris demi baris.

4. PANDUAN M ENGAJAR NYANYIAN

Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa

perkara seperti berikut:

a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara (range) vokal murid.

b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi

dan lirik lagu. c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul

sew aktu menyanyi.

d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama,

melodi, ekspresi dan sistem notasi ).

e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. (Rujuk

perkara 2.1; 2.2; 2.3)

Page 10: 02nyanyian1

10

Pengenalan Rekoder

5. NOTA TAMBAHAN 5.1 Lagu Pusingan

Lagu pusingan merupakan pengajukan melodi yang dinyanyikan 1 , 2 atau

4 bar kemudian, nyanyian lagu pusingan membantu kefahaman konsep

harmoni.

Langkah-langkah mengajar lagu pusingan: a) Menyanyikan melodi lagu dengan betul dan tepat. b) Mengiringi nyanyian murid dengan alat muzik. c) Membahagikan kelas kepada dua kumpulan.

- Kumpulan 1 menyanyikan lagu yang dipelajari.

- Kumpulan 2 menyanyikan lagu yang sama apabila kumpulan 1

selesai menyanyikan *frasa yang pertama. Aktiviti ini diteruskan

secara berulang-ulang hingga guru memberi arahan berhenti.

Contoh lagu:

Anak Itik Tok Wi

Kumpulan 1 Kumpulan 2

Anak It ik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Sakit Apa Tok Wi Sakit Sendi Tulang ……………………… (hingga akhir lagu)

( rehat ) Anak It ik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Sakit Apa Tok Wi Sakit Sendi Tulang …………………… (hingga akhir lagu)

* Bergantung kepada kesesuaian lagu sekiranya boleh berlaku pada frasa 2 atau 3.

Page 11: 02nyanyian1

11

Pengenalan Rekoder 5.2 Ostinato Melodi Ostinato bermelodi adalah satu corak irama melodi yang diulang-ulang menjadi

bahan harmoni untuk mengir ingi sesebuah lagu.

Langkah-langkah mengajar ostinato melodi: a) Murid-mur id menyanyi lagu yang pernah dipelajari. b) Guru mengir ingi nyanyian murid-murid. c) Guru melakukan aktivit i sebutan ostinato bermelodi dan murid mengajuk. d) Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan:

Kumpulan 1 - menyanyi lagu Kumpulan 2 - menyanyi ostinato

(Corak irama ostinato bermelodi ini boleh juga dimainkan dengan alat muzik

yang bermelodi, seperti glokenspiel, tone-block, melodian dan rekoder).