Upload
phungkhuong
View
235
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
1
SISTEM iDENGUE UNTUK KOMUNITI
Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
dan Bahagian Kawalan Penyakit (BKP),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
1. PENGENALAN
a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatan
Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) bersama Bahagian Kawalan Penyakit (BKP),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kerjasama Strategi
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah berjaya membangun dan
mengoperasikan Sistem iDengue untuk Komuniti semenjak tahun 2013.
Sistem ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam,
Menteri Kesihatan Malaysia pada 15 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah
bersempena Hari Denggi ASEAN 2013.
Sistem iDengue untuk Komuniti atau dikenali sebagai iDengue merupakan
satu medium bagi menyalurkan maklumat denggi yang tepat dan terkini
secara atas talian kepada orang awam. Berbanding dengan kaedah
sebelum ini yang hanya dibuat dalam bentuk laporan di media cetak (surat
khabar, majalah) dan media massa (tv dan radio) sahaja. Maklumat yang
dipaparkan dalam sistem iDengue adalah dalam bentuk laporan dan
pemetaan kawasan wabak denggi yang dikemaskini secara harian.
Maklumat ini amat penting bagi meningkat kesedaran orang awam untuk
bersama-sama dalam memastikan kawasan mereka bebas daripada
wabak denggi. Pelbagai langkah pencegahan boleh dilakukan oleh
individu dan masyarakat setempat sekiranya mereka mengetahui kawasan
mereka berada dalam kawasan wabak denggi untuk memastikan tiada
jangkitan dan berlaku wabak berpanjangan.
2
Transaksi penggunaan sistem iDengue semenjak 15 Jun 2013 sehingga
30 Julai 2015 adalah sebanyak 70,513. Daripada jumlah ini, 89% adalah
terdiri daripada pengguna Malaysia, manakala selebihnya adalah
pengguna luar negara.
2. LAPORAN INOVASI
a. Tujuan Projek
i. Menyebarkan maklumat denggi di seluruh Malaysia yang tepat dan
terkini secara harian melalui iDengue.
ii. Meningkatkan kesedaran dan kesediaan masyarakat melalui
penggunaan maklumat iDengue bagi membolehkan orang awam
mengambil tindakan dan menghapuskan tempat pembiakan
nyamuk Aedes.
b. Proses Pelaksanaan Inovasi
i. Sebaran maklumat denggi harian secara online.
ii. Pemetaan lokaliti wabak secara automatik, analisis dan integrasi
data KKM dan ARSM.
iii. Carian lokaliti wabak dan status denggi secara interaktif.
c. Proses Sebelum dan Selepas
Senarai maklumat berkaitan sebelum dan selepas proses pelaksanaan
inovasi adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Proses sebelum dan selepas pelaksanaan inovasi.
BIL. SEBELUM SELEPAS
1. Data denggi (bilangan kes, jumlah kes kematian) hanya disimpan dalam bentuk tabular.
Data denggi diintegrasi dengan data spatial seperti lokasi wabak, hotspot dan Indeks Aedes, dalam satu pangkalan data bersepadu.
2. Maklumat status denggi dikemas kini setiap minggu.
Maklumat status denggi dikemas kini setiap hari.
3. Maklumat denggi diterbitkan dalam bentuk teks.
Maklumat denggi yang lebih komprehensif dan dalam
3
BIL. SEBELUM SELEPAS
bentuk interaktif seperti peta senarai lokaliti wabak denggi.
4. Hebahan maklumat denggi kepada orang awam melalui media massa dan media cetak sahaja.
Capaian maklumat denggi pada bila-bila masa secara atas talian melalui iDengue.
5. Maklumat bilangan kes mengikut negeri.
Maklumat bilangan kes mengikut negeri dan daerah.
d. Elemen Penurunan Kuasa (jika ada)
Tidak berkenaan.
e. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan/
Agensi/ Negara:
i. Elemen Inovatif/Kreativiti
1. Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik
1.1. Data denggi diintegrasi dengan data spatial seperti lokasi
wabak, hotspot dan Indeks Aedes, dalam satu pangkalan
data bersepadu.
1.2. Penghasilan model bagi penentuan kawasan wabak
secara automatic.
1.3. Mekanisma penyebaran maklumat denggi secara
interaktif melalui online.
2. Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
2.1 Maklumat denggi boleh diakses oleh pengguna melalui
komputer, tablet dan telefon pintar menggunakan talian
internet.
2.2 Carian dan paparan maklumat denggi secara interaktif.
2.3 iDengue dibangunkan oleh tenaga kepakaran dalaman
ARSM dan KKM maka penyelenggaraan dan
penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan mudah dan
secara berterusan bagi memastikan sistem dapat
beroperasi dengan optimum.
4
3. Lain-lain berkaitan
Capaian sistem ini sedang diperluaskan melalui Mobile
Apps dan bagi pengurusan penyakit bawaan vektor
seperti Malaria (Sistem MaGic) dan lain-lain (Sistem
myEntopest).
ii. Elemen Keberkesanan
1. Gambaran faedah yang nyata diperolehi
1.1. Permohonan daripada komuniti dan swasta untuk
memberi taklimat dan pameran berkaitan iDengue.
2. Peningkatan produktiviti/kepuasan
2.1 Pelancaran iDengue oleh Menteri Kesihatan Malaysia
pada 5 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah bersempena
Hari Denggi ASEAN 2013.
2.2 Maklumbalas positif daripada pengguna (individu,
komuniti, swasta).
3. Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)
Tidak berkaitan
iii. Elemen Signifikan
1. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
1.1. Capaian mudah dan efisien secara online dan Mobile
Apps.
1.2. Paparan maklumat yang mudah difahami - dalam bentuk
grafik dan interaktif.
1.3. Pengguna boleh memberi maklum balas melalui sistem
yang diterima secara terus oleh KKM bagi membolehkan
tindakan diambil dengan cepat.
5
2. Penjimatan masa/kos/sumber manusia
2.1 Di peringkat kerajaan:
Sistem iDengue telah dibangunkan secara in-house
menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan
infrastruktur ICT sedia ada di ARSM dan KKM tanpa
peruntukan kos yang tinggi. Penyelenggaraan dan
penambahbaikan fungsi pada Sistem iDengue juga dapat
dilakukan pada bila-bila masa dan tidak memberi
implikasi kos tambahan kepada kerajaan.
2.2 Di peringkat pengguna:
Pengguna boleh menggunakan mana-mana peralatan
yang boleh mengakses internet (komputer, tablet, smart
phone dan lain-lain) untuk capaian maklumat dalam
iDengue.
3. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
Penggunaan Sistem iDengue telah memberi impak positif
kepada kerajaan melalui peningkatan kecekapan dan mutu
perkhidmatan pengurusan denggi khususnya dalam
penyampaian maklumat denggi yang lebih tepat dan terkini
secara harian.
Manakala impak yang positif turut dapat dinikmati oleh rakyat
melalui capaian kepada maklumat denggi terkini yang lebih
mudah, cepat tepat dan berinteraktif pada bila-bila masa melalui
komputer, tablet dan telefon pintar menggunakan talian internet.
Maklumat sebegini dapat mendorong orang awam untuk
mengambil tindakan secara lebih proaktif untuk turut serta
membantu pihak penguatkuasa dalam mencari dan
memusnahkan tempat pembiakan sebagai langkah kawalan dan
pencegahan.
6
Selain itu maklumat dalam sistem iDengue ini turut digunapakai
oleh pihak media tempatan bagi tujuan penyebaran maklumat
denggi melalui media massa bagi meningkatkan kesedaran
berkenaan bahaya denggi serta mempromosikan aktiviti
mencari serta memusnahkan tempat pembiakan.
iv. Elemen Relevan
Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
Demam denggi telah menjadi salah satu masalah kesihatan yang
serius di negara ini dan boleh menyebabkan kematian. Kerajaan
komited dalam pencegahan dan kawalan denggi yang mana
agenda denggi telah dibincangkan sebagai agenda tetap dalam
Jawatankuasa Kabinet bagi Kebersihan dan Kesihatan Nasional.
Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009-2013)
menyatakan kemunculan denggi selain daripada kaitan akibat
perubahan iklim, juga mempunyai kaitan dengan tahap kebersihan
persekitaran yang tidak baik di kawasan bandar yang mempunyai
kepadatan penduduk tinggi. Kejadian wabak denggi yang tidak
terkawal ini juga boleh menunjukkan kegagalan sistem kesihatan
awam memberi respon yang cekap dan berkesan kepada ancaman
kemunculan penyakit berjangkit.
Penularan denggi melibatkan banyak faktor seperti pergerakan
pesakit, tabiat pesakit mendapatkan rawatan, keadaan kebersihan
persekitaran dan komitmen agensi berkaitan memastikan
persekitaran yang bersih termasuk sistem pembuangan sampah.
Oleh yang demikian, tanggungjawab pencegahan dan kawalan
denggi adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak termasuk
orang awam sendiri.
Menurut maklumat daripada World Health Organisation (WHO)
berkaitan ‘best pratices’ mendapati bahawa kawalan vektor melalui
7
pemantauan larva, pengurangan punca pembiakan, amalan baik
dalam penjagaan kebersihan persekitaran merupakan pilihan yang
baik untuk pencegahan denggi. Justeru itu penglibatan orang
awam dan pelbagai pihak berkaitan adalah sangat penting dalam
mengurangkan punca pembiakan dan juga penjagaan kebersihan.
iDengue telah dibangunkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan
untuk mendapatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk orang
awam. Maklumat yang tepat dan terkini dalam iDengue membantu
pihak berkaitan termasuk Persatuan Penduduk/Persatuan
Komuniti, syarikat swasta, kontraktor, pemaju perumahan, Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain organisasi, untuk turut
serta menjayakan hasrat kerajaan dalam mengawal wabak denggi.
Maklumat iDengue yang tepat dan terkini membantu pengguna
untuk membuat tindakan individu atau ‘self reliant actions’. Ini
termasuklah meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan
mengambil tindakan pencegahan ‘active respond’ terutamanya
yang berkaitan dengan mencari dan memusnah tempat
pembiakan.
iDengue dibangunkan hasil kerjasama aktif Agensi Remote
Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan
Inovasi (MOSTI), dengan Bahagian Kawalan Penyakit (BKP),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerjasama ini telah
dimeterai melalui satu Nota Kerjasama yang ditandatangani pada
14 Jun 2012. Melalui kerjasama ini, ARSM berperanan
membangun, menyelenggara dan menambahbaik sistem aplikasi
pengurusan penyakit bawaan vektor termasuk iDengue dari
semasa ke semasa.
8
f. Pengiktirafan Diterima
Pengiktirafan oleh KKM melalui pelancaran Sistem iDengue untuk
Komuniti oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan
Malaysia pada 15 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah bersempena
Hari Denggi ASEAN 2013.
g. Gambar-gambar berkaitan
Gambar 1: Majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Agensi
Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) dan Bahagian Kawalan Vektor (BKP), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) pada 14 Jun 2012.
9
Gambar 2: Sesi Pelancaran iDengue untuk Komuniti oleh YB Datuk Seri
Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia. Pada 15 Jun 2013,
di Sungai Petani Kedah Bersempena Hari Denggi ASEAN 2013.
Gambar 3: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam),
YBhg Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman, sedang menguji dan
menggunakan sistem.
10
Gambar 4: Sesi taklimat dan pameran iDengue bersama komuniti,
anjuran Hospital Columbia Asia, Setapak, Kuala Lumpur di Dataran Desa
Rejang, Setapak pada 30 November 2014.
11
Gambar 5: Lawatan ke kawasan tapak pembinaan untuk tujuan
pemeriksaan larva nyamuk aedes.
h. Implikasi Kewangan (jika ada)
Tiada implikasi kewangan yang besar kerana iDengue telah dibangunkan
secara in-house menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan
infrastruktur ICT sedia ada di ARSM, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan KKM.
3. PENUTUP
iDengue telah berjaya membantu KKM merealisasikan hasrat untuk
meningkatkan kesedaran denggi di kalangan orang awam di kawasan terlibat
denggi untuk mengambil tindakan proaktif dalam mencari dan memusnah
tempat pembiakan aedes. Maklum balas yang diterima daripada pengguna
atau orang awam melalui, telefon dan emel telah membuktikan iDengue
berjaya memainkan peranan sebagai medium penyebaran maklumat denggi
di Malaysia.
Kejayaan pembangunan dan pengoperasian sistem iDengue ini adalah hasil
kerjasama Strategi Lautan Biru antara ARSM, MOSTI dan BKP, KKM
semenjak tahun 2013. Pembangunan secara in-house telah berjaya
menjimatkan kos pembangunan dan operasi kerana menggunakan
infrastruktur dan fasiliti sedia ada di ARSM dan KKM. Penyelenggaraan dan
12
penambahbaikan sistem dari semasa ke semasa boleh dilakukan secara
berterusan dan tidak melibatkan kos tambahan.
Sistem iDengue ini telah berjaya mengautomasikan penyebaran maklumat
denggi harian yang komprehensif dan interaktif secara atas talian.