Upload
lamkhuong
View
237
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
DI MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA-SAMA
WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SARAWAK
12 FEBRUARI 2015
2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wa
barakatuh, salam sejahtera dan salam
1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi
Tan Sri (Dr) Hj. Adenan Bin Hj. Satem
Ketua Menteri Sarawak
dan YBhg. Datin Patinggi
Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah
Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita
& Pembangunan Keluarga (Pendidikan)
Sarawak
3
YB Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad
Morshidi Bin Abdul Ghani
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
YBhg. Datuk Hj Md. Yahaya Bin Basimin
Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak
YBhg. Tan Sri Dr. Madinah bt Mohamad
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
4
YBhg. Dato' Sri Dr. Khair Bin Mohamad
Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YBhg. Dato' Prof. Dr. Asma Binti Ismail
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Pn. Hjh Serina Binti Sauni
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia,
Ketua-ketua Pengarah dan Rektor IPGM,
5
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian
Pelajaran Malaysia,
Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah,
Pengetua-Pengetua, Guru Besar- Guru
Besar
YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti dan Naib Canselor,
YBhg. Tan Sri-Tan Sri/ Dato' Seri-
Dato'Seri/ Datuk-Datuk/ Dato'-Dato'/
Datin-Datin tuan-tuan/ puan-puan dan
hadirin yang dihormati sekalian.
6
PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke
hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah izin dan kurniaNya jua kita
dapat bersama-sama dalam Majlis
Perjumpaan Khas Bersama-sama
Warga Institusi Pendidikan Negeri
Sarawak pada petang ini sempena
lawatan saya ke negeri sarawak pada
hari ini dan esok. Perjumpaan di awal
tahun dengan warga institusi
pendidikan di negeri Sarawak ini
adalah satu peluang yang amat baik
untuk saya berkongsi beberapa
perkara penting mengenai hala tuju
7
dan misi Kementerian Pendidikan
pada tahun ini.
PPPM DAN PPPM (PENGAJIAN TINGGI)
2. Sepanjang tahun lalu, Kementerian
telah meneruskan usaha
melaksanakan inisiatif-inisiatif utama
yang telah ditetapkan untuk mencapai
matlamat Gelombang Pertama Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Kementerian juga sedang
giat menyediakan sebuah lagi pelan
pendidikan yang dikenali sebagai
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-
2025, untuk menggantikan Pelan
8
Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN). Baru-baru ini sesi town hall
PPPM (PT) telah diadakan di empat
lokasi termasuk di Universiti Malaysia
Sarawak yang bertujuan untuk
berkongsi pandangan dengan
masyarakat awam tentang aspirasi
Kementerian untuk Pendidikan Tinggi.
3. Kedua-dua pelan ini mempunyai
matlamat yang jelas iaitu
menyediakan sistem pendidikan yang
terbaik untuk melahirkan pelajar yang
berpengetahuan, berkemahiran
berfikir, berkebolehan untuk
memimpin dan berkomunikasi dengan
baik, serta memiliki nilai kerohanian
9
dan beridentiti nasional seperti yang
dinyatakan dalam enam aspirasi murid
dalam PPPM 2013-2025. Kesemua
aspirasi ini kemudiannya disambut
oleh aspirasi PPPM (Pengajian Tinggi)
yang bermatlamat untuk
menghasilkan Bakat Terpelajar
Dipancu Nilai (Learned Values-Driven
Talent) yang seimbang dan holistik
serta mempunyai minda
keusahawanan dan jatidiri nasional.
Warga Pendidikan Mendokong Dasar
Negara
4. Satu daripada peranan penting
yang dipertanggungjawabkan kepada
10
Kementerian Pendidikan bagi kedua-
dua Sektor Pelajaran dan Pendidikan
Tinggi dalam RMK-11 nanti ialah
memastikan negara "Memanfaatkan
Bakat" iaitu menghasilkan Modal
Insan Minda Kelas Pertama yang
mampu menggunakan pengetahuan
secara proaktif, kreatif dan inovatif.
Modal insan atau bakat yang perlu
dibangunkan melalui sistem
pendidikan negara bukan sahaja boleh
memenuhi tuntutan pembangunan
ekonomi tetapi juga perlu disertai
dengan pengamalan dan penghayatan
nilai yang tinggi. Pembangunan
modal insan ini diperkukuh lagi
menerusi institusi pendidikan,
11
bermula dengan pengambilan guru
baru yang berkualiti. Untuk itu, pihak
Kementerian melalui Institut
Pendidikan Guru sentiasa berusaha
mempromosi kerjaya guru kepada
pelajar cemerlang lepasan SPM
termasuk di Sarawak agar memilih
bidang perguruan sebagai kerjaya
pilihan.
5. Pada tahun 2014, sebanyak 5,293
permohonan untuk melanjutkan
pengajian ke IPGM diterima daripada
pemohon di negeri Sarawak. Seramai
1,713 pemohon melepasi tapisan awal
dan daripada jumlah tersebut 665
pemohon layak ditemuduga.
12
Akhirnya, seramai 398 calon negeri
Sarawak telah ditawarkan untuk
mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun
2014 di IPG seluruh negara. Jika
dibandingkan bilangan calon yang
dipanggil temu duga dan bilangan
calon yang berjaya, sebanyak 59.85%
calon anak Negeri Sarawak telah
berjaya ditawarkan kemasukan
mengikuti pengajian Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) 2014.
13
KEBAJIKAN GURU-GURU BERTUGAS DI
PEDALAMAN
6. Selain itu, kebajikan guru-guru
yang berkhidmat dengan penuh setia
dan dedikasi terutamanya di kawasan-
kawasan pedalaman tidak pernah
dipandang ringan. Kementerian
sentiasa merancang untuk
menambahbaik keperluan guru-guru
di kawasan berkenaan seperti
menyediakan kuarters yang selesa
dan kemudahan pengajaran yang
kondusif. Untuk itu, pihak
Kementerian telahpun mengambil
langkah untuk menyelesaikan isu
penyelenggaraan kuarters yang
14
kurang memuaskan. Pada tahun 2014,
peruntukan sebanyak RM5.4 juta telah
diturunkan kepada JPN Sarawak
untuk kerja-kerja penyelenggaraan
Institusi Pendidikan dan Kuarters
Guru di negeri ini.
7. Kementerian juga amat mengambil
berat kebajikan semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
di bawah KPM terutamanya yang
berkhidmat di sekolah-sekolah
pedalaman. Sejak tahun 2007, PPP
dan AKP di 872 buah sekolah di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak
telah menerima Elaun Khas Mengikut
15
Lokasi dan Tahap Kesusahan dan
pada tahun 2015, sebanyak 403 buah
sekolah merupakan sekolah di negeri
Sarawak.
Saudara dan saudari yang saya hormati
sekalian,
8. Antara isu yang sering menjadi
perhatian dalam kalangan guru dan
pegawai-pegawai pendidikan ialah
tentang kenaikan pangkat. Saya suka
untuk menyatakan di sini bahawa di
bawah syarat baharu Pengetua dan
Guru Besar, selaras dengan Anjakan
16
ke 5 PPPM, kita telah melaksanakan
flexi grade di mana bagi jawatan Guru
Besar telah dijadikan fleksibel
daripada gred minima jawatan asal
sehingga Gred DG48 (Khas Untuk
Penyandang) manakala untuk
Pengetua daripada gred minima
jawatan asal sehingga PPP Gred DG54
(KUP).
9. Ini bermakna bahawa guru-guru
yang berkelayakan dengan gred DG41,
44 atau 48 boleh memohon untuk
jawatan Guru Besar dan untuk jawatan
Pengetua sehingga DG54. Dengan
pelaksanaan flexi grade ini, besar
harapan kita agar kualiti pendidik di
17
negeri ini akan dapat dipertingkatkan
lagi, demi memastikan anak-anak kita
mendapat pendidikan yang terbaik
selaras dengan aspirasi Negara kita.
Merapatkan Jurang Pendidikan
10. Kerajaan juga sentiasa
berusaha untuk berlaku adil dalam
menyalurkan peruntukan belanja
mengurus, pembangunan dan
penyelenggaraan kepada semua jenis
sekolah termasuk di kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak. Untuk
itu, 25 jenis bantuan persekolahan
kepada murid telah disalurkan
meliputi Bantuan Geran Per kapita
18
(PCG), Bantuan Kokurikulum, Bantuan
Sukan Sekolah, Bantuan Makanan dan
Yuran Khas Sekolah dan lain-lain
dengan bajet melebihi RM3.7 juta
setiap tahun.
11. Kementerian bukan sahaja
prihatin dari segi peruntukan
kewangan, malah sentiasa
memberikan perhatian khusus kepada
pendidikan di sekolah luar bandar dan
pedalaman melalui Pelan
Transformasi Pendidikan Sekolah
Pedalaman Sabah dan Sarawak yang
dilancarkan pada tahun 2013. Pelan ini
merupakan satu strategi untuk
merapatkan jurang pendidikan dalam
19
kalangan masyarakat pelbagai etnik,
budaya dan sosio-ekonomi khusus
bagi negeri-negeri ini.
12. Pada tahun 2014, transisi
murid Iban, Kayan dan Kenyah ke
Tingkatan Satu mencatatkan kadar
yang tinggi iaitu antara 91 peratus
hingga 100 peratus, manakala bagi
kumpulan etnik seperti Kelabit,
Melanau, Murut dan Bumiputera Lain
di Sarawak ini adalah di antara 81
peratus hingga 89 peratus. Ini jelas
menunjukkan KPM sentiasa
menyediakan pendidikan yang
berkualiti kepada semua murid tanpa
mengira lokasi dan latar belakang
20
ekonomi selaras dengan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
Pembangunan Infrastruktur
13. Sarawak merupakan antara
negeri yang sentiasa mendapat
peruntukan pembangunan yang tinggi
setiap tahun di bawah Rancangan
Malaysia Ke-10. Pada tahun 2014
sebanyak 22 buah projek merangkumi
projek pembinaan baharu, gantian
penuh dan ubah suai naik taraf
bangunan sekolah-sekolah telah
diluluskan oleh Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Di
21
bawah RMKe-10, sehingga kini,
sebanyak 650 projek pembangunan
fizikal institusi pelajaran di Sarawak
telah disiapkan manakala sebanyak 83
buah projek pula sedang dalam
pembinaan. Bagi tahun 2015,
peruntukan pembangunan (DE) bagi
tahun 2015 khususnya bagi negeri
Sarawak ialah sejumlah RM235.2 juta.
14. Selain daripada peruntukan
yang telah diturunkan bagi
melaksanakan projek-projek fizikal di
bawah Belanja Pembangunan, KPM
juga turut menyediakan peruntukan
bagi pembinaan sekolah baharu,
terutama di kawasan pedalaman. Di
22
bawah Pelan Transformasi Luar
Bandar, tiga sekolah baharu dibina
iaitu dua sekolah K9 iaitu Sekolah
Kebangsaan Tegulang, Belaga dan
Sekolah Kebangsaan Long Banga,
Baram; serta Sekolah Menengah
Kebangsaan Song. Kesemua sekolah
dilengkapi dengan kemudahan asrama
dan rumah guru. Jelas sekali,
kerajaan amat prihatin tentang
keperluan pendidikan di negeri
Sarawak dan akan meneruskan
komitmen untuk menjalankan
tanggungjawab seperti yang telah
dijanjikan.
23
Saudara dan saudari yang saya hormati
sekalian,
Pasca Menengah dan Pendidikan Tinggi
15. Menjelang tahun 2020
permintaan terhadap tenaga mahir
adalah amat tinggi. Untuk itu, langkah-
langkah untuk mengarus perdana
bidang Pendidikan dan Latihan Teknik
dan Vokasional sedang giat
dilaksanakan oleh KPM. Pada tahun
2014, sebanyak RM2.1 bilion telah
diagihkan oleh kerajaan kepada
institusi awam untuk menawarkan
bidang TVET berbanding RM1.8 bilion
pada 2010. Di Negeri Sarawak,
24
kerajaan sudahpun membina
beberapa institusi pendidikan dan
latihan teknik dan vokasional dan
institusi latihan kemahiran seperti
Politeknik, Kolej Komuniti, Institut
Latihan Kemahiran MARA, Pusat Giat
MARA dan Institut Latihan
Perindustrian. Kesemua institusi ini
bertujuan untuk memenuhi keperluan
akses kepada penduduk negeri
Sarawak bagi memenuhi keperluan
industri berkaitan.
16. Selain itu, agenda
memperkasakan kecemerlangan bakat
terus diperkukuhkan dengan
pelaksanaan autonomi di IPTA kerana
25
autonomi merupakan elemen yang
amat penting untuk menjadikan
pengurusan IPTA lebih berdaya saing,
kreatif dan fleksibel, disamping
menggalakkan IPTA untuk terus
mebudayakan amalan-amalan terbaik.
PERPADUAN
17. Seperkara lagi yang penting ialah
perpaduan. Sistem pendidikan
memainkan peranan penting untuk
memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat di negara kita,
terutamanya generasi muda. Untuk
mencapai hasrat murni ini, Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan
26
(RIMUP) telah diberikan nafas baharu.
Pada tahun 2014 seramai 2904 Guru
Besar, Pengetua dan Guru Penolong
Kanan Kokurikulum di negeri ini
menghadiri taklimat mengenai dasar dan
strategi pelaksanaan RIMUP yang
baharu. Sebanyak 432 sekolah di
Sarawak telah melaksanakan aktiviti
integrasi dan perpaduan di bawah RIMUP
di peringkat masing-masing dengan
menggabungkan SK, SJKC dan SJKT
dengan jumlah peruntukan sebanyak
RM861,779.00. Usaha ini adalah penting
untuk memastikan perpaduan dapat
dipupuk dalam kalangan rakyat berbilang
kaum di Negara ini.
27
Saudara dan saudari yang saya hormati
sekalian,
Hala Tuju 2015
18. Pelancaran RMK 11 pada tahun
2015 dengan penekanan tema "capital
economy dan people economy" boleh
dijadikan sandaran sebagai tiang
sandaran utama dalam pelaksanaan
dasar, program dan aktiviti KPM.
Memandangkan KPM terdiri daripada
Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan
Tinggi, dan mempunyai pegawai-pegawai
berkepakaran tinggi dalam bidang
28
kebitaraan yang berlainan. Maka,
langkah- langkah meningkatkan
hubungan kolaboratif dan perkongsian
bersama mesti dilaksanakan secara
lebih agresif untuk menghasilkan output
yang bernilai tinggi. Dalam usaha
menghasilkan output terbaik, SP dan
SPT boleh memastikan akauntabiliti
bersama dengan menyediakan satu
kerangka kerja yang "seamless" antara
kedua-dua belah pihak.
19. Bagi memperluas dan
mempertingkatkan hubungan kolaboratif
dan perkongsian sumber, universiti,
politeknik, kolej komuniti dan kolej
vokasional boleh berkongsi kemudahan
29
latihan praktikal yang terdapat di
institusi masing-masing terutama jika
lokasi mereka berdekatan. Di samping
itu, untuk memenuhi keperluan makmal
latihan sains amali di sekolah menengah,
disarankan agar pihak universiti atau
politeknik membenarkan penggunaan
makmal mereka kepada sekolah
menengah yang berdekatan semasa cuti
semester universiti.
PENUTUP
20. Saya menyeru warga pendidikan di
Sarawak untuk terus melipatganda usaha
bagi memastikan prestasi ini
ditingkatkan bagi menjulang
30
kecemerlangan pendidikan Sarawak.
Saya amat faham dengan kekangan dan
cabaran yang dihadapi oleh Sarawak
dalam hal ini. Dengan keadaan geografi
yang serba mencabar dan infrastruktur
yang perlu dipertingkat, peningkatan
kualiti pendidikan bukan satu usaha
yang mudah.
21. Namun dengan semangat dan
kepakaran tempatan yang ada, dengan
sokongan yang diberikan oleh kerajaan
pusat dan negeri, saya yakin Sarawak
mampu untuk membuktikan kepada
negeri-negeri lain bahawa negeri ini
mampu untuk melangkah ke hadapan
dengan lebih cemerlang lagi
31
22. Saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua anggota
perkhidmatan pendidikan, Jabatan dan
Pejabat Pendidikan, Institusi Pendidikan
Tinggi, warga pendidik, para guru dan
pensyarah di negeri Sarawak ini atas
komitmen dalam melaksanakan segala
tugas yang diamanahkan dan
pencapaian cemerlang yang dicatatkan
sepanjang tahun 2014. Saya berharap
semoga momentum ini dapat terus
dikekalkan dan dipertingkatkan serta
dapat memotivasikan kita ke arah
transformasi yang lebih gemilang pada
tahun 2015.
32
Agi Idup Agi Ngelaban,
Selagi Hidup Terus Berjuang.
Sekian terima kasih.