Upload
jemiedknys
View
107
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kelas abad ke 21
Citation preview
10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21Selasa, Januari 13, 2015 Hal Guru 5 comments
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang
dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan
dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam
kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.
Ciri pembelajaran abad ke 21
1. Berpusatkan pelajar- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan
komputer
4. Pembelajaran kendiri- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa
berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk
ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21Isnin, Januari 12, 2015 Hal Guru 9 comments
Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi
pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.
Contoh susunatur kelas abad ke 21
3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah
konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala
konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi
dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang pembelajaran individu untuk mereka
yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.
Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh dan
keperluan yang perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21. Selamat beramal! ;)