Upload
kamisiah-bolhassan
View
279
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
rph
Citation preview
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA AKTIVITI KELUARGA
TAHUN 4
TAJUK Berkhemah di Laman Idaman
MASA 0730-0830
STANDARD
PEMBELAJARAN1.2.6
Mendengar, memahami, dan menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur binaan
ayat yang betul dan tepat.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Memahami dan menyebut empat jenis ayat berdasarkan perbualan dengan
bimbingan guru.
SET INDUKSI
5 MINIT
1. Guru menyangkan video tentang perkhemahan unit beruniform.
2. Guru dan murid bersoal-jawab tentang video yang telah ditayangkan.
LANGKAH 1
15 MINIT
3. Guru mengedarkan petikan bertajuk “Wah, Seronoknya Berkhemah!”
Lampiran : 1
4. Guru meminta murid membaca petikan tersebut secara senyap dan memahami
petikan yang diberi.
5. Murid membaca petikan secara kelas dan berkumpulan.
LANGKAH 2
20 MINIT
6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan mengenalpasti jenis-jenis ayat yang
terdapat di dalam petikan tersebut.
7. Murid diminta mencatat jenis-jenis ayat tersebut di dalam peta pokok yang
diedarkan.
ABM : Kertas Mahjong, Marker
8. Ketua kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
9. Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan kumpulan
LANGKAH 3
15 MINIT
10. Murid membuat latihan pada lembaran kerja yang telah diedarkan.
Contoh soalan :
Apakah aktiviti yang dilakukan oleh murid di dalam video yang ditayangkan?
Pernahkan anda mengikuti aktiviti perkhemahan?
Apakah kebaikan menyertai aktiviti tersebut?
PemulihanMurid melengkapkan tempat kosong menggunakan perkataan yang diberikan dengan bimbingan guru.
PengayaanMurid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi mengikut 4 jenis ayat yang dipelajari.
PENUTUP
5 MINIT
11. Guru merumuskan isi pelajaran dengan nilai murni.
Murid menyanyikan lagu “Sungai” dan mengingatkan supaya menghargai alam
sekitar.
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu : TMK, DST,
Nilai : Bertanggungjawab , Berdikari
EMK : Pendidikan Alam Sekitar
KB : Menjana Idea,merumus
KP : Interpersonal
KBAT : Menganalisis
BAHAN BANTU
BELAJARPetikan, lembaran kerja, video, peta pokok (kertas mahjong)
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN /
PENTAKSIRAN
Murid-murid dapat menyebut jenis-jenis ayat dan contoh-contoh ayat yang terdapat
dalam petikan dialog.
REFLEKSI
LEMBARAN 1 : PETIKAN DIALOG