Upload
nieysa-wan
View
65
Download
13
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENGADILAN MORAL DALAM SEJARAH
Citation preview
Penulisan sejarah sudah dilakukan sejak berabad lamanya. Ahli-ahli sejarah cuba
mencorak, menstruktur dan menkontrak kembali masa lalu dengan mengembleng sumber-
sumber dan bukti yang ada bagi merakam semula serta membina siri-siri pensejarahan yang
gemilang. Pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkara-
perkara yang benar-benar terjadi. Namun ahli sejarah juga menghadapi cabaran kekurangan
sumber dan bukti dalam penulisan sejarah. Oleh itu, para sarjana juga tidak terlepas dari
melakukan pengadilan moral dalam menganalisis dan mentafsir sesuatu pensejarahan itu.
Sikap semula jadi manusia sedikit sebanyak akan mempengaruhi penulisan sejarah.
Natijahnya, pendirian ahli sejarah itu sendiri yang mencorakkan pensejarahan berdasarkan
sumber-sumber dan bahan bukti untuk menyokong atau menentang pengadilan moral dalam
penulisan sejarah. Menurut Qasim Ahmad, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan
hukuman ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa atau kepada seorang
pelaku dalam sejarah. Misalnya di dalam penulisan seorang ahli sejarah yang menyatakan
sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur,
sistem politik ini progresif dan sebagainya. Pendeknya si penulis tersebut telah 'menghukum
dan menilai'.1 Penilaian etika atau pengadilan moral dapat dikesan apabila seseorang
sejarawan dengan senjaga atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum dan menilai sesuatu.
Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji, mengkeji
dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan sebagainya.2
Adrian Oldfield menyatakan lazimnya pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang
memuji atau mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara dengan berpandukan ukuran
1 Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm.36 2 Abdul Rahman Haji Abdullah, Penghantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh,
USM, 1994, hlm. 113-114
baik dan buruk.3 Ini bermakna dalam tulisan sejarah, sejarawan itu telah menilai dan
menjatuhkan hukuman moral keatas nilai-nilai "baik buruk" sejagat.
Terdapat tiga aliran yang memberi pandangan tentang pengadilan moral iaitu
golongan yang menyokong, golongan yang menentang dan golongan pertengahan. Antara
sarjana yang menentang pengadilan moral atau dikenali sebagai golongan progresif dalam
sejarah ialah Leopold von Ranke, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce dan Hebert Butterfield.
Bagi golongan progresif, mereka mengatakan pengadilan moral tidak patut dilakukan kerana
apabila sejarawan membuat pengadilan moral mereka mungkin tidak bersikap adil kepada
orang atau masyarakat yang dikaji atau diadilinya. Hal ini kerana si pengkaji sejarah dengan
pelaku atau masyarakat yang dikaji mungkin mempunyai sistem nilai yang berbeza.4 Bagi
Ranke, sejarah harus dipaparkan seperti yang sebenar-benarnya berlaku maka unsur
pengadilan moral mahuslah diketepikan kerana ia bukanlah tugas ahli-ahli sejarah dan
penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai sekiranya ahli sejarah dipengaruhi oleh
pengaruh dan nilai sezaman. Herbert butterfield pula mengatakan pengadilan moral tidak
bersangkut paut dengan penyiasatan sejarah dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik.5
Peranan ahli sejarah hanyalah mengisahkan sesuatu peristiwa itu dengan jelas sebagaimana
adanya dan terpulang kepada pembaca untuk mengadili baik buruknya.
Manakala golongan yang penyokong pengadilan moral pula seperti Voltaire, Adrian
Oldfield dan Agnes Heller. Mereka yang menyokong pengadilan moral ini juga digelar
sebagai golongan konservatif. Bagi Lord Acton walaupun pendapat berubah-ubah, tabiat
3 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1985, hlm.
90. 4 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 54. 5 Mohd Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan
Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 290.
berubah, kepercayaan timbul dan tenggelam tetapi hukum moral telah diukirkan diatas
kepingan logam yang abadi dan menyangkal tanggapan bahawa kanun moral tidak wujud
Golongan pertengahan pula dipolopori oleh E.H.Carr. Tokoh bagi golongan
pertengahan menolak pengadilan moral tetapi pada masa yang sama dia menggalakkan moral
ke atas institusi atau dasar masa lampau. kerana baginya sejarah merupakan proses berterusan
interaksi diantara ahli sejarah dengan fakta-faktanya yang merupakan satu dialog yang tiada
kesudahan diantara masa kini dengan masa lampau. Pengadilan moral amat penting dalam
merungkai, menilai dan mentafsir sesuau peristiwa sejarah supaya sejarah itu ditulis seperti
sebenar-benarnya ia terjadi dan menjadikan pensejarahan itu tidak kaku.6
Pengkajian sejarah perlulah dirakamkan dan dipaparkan agar menjadi panduan yang
berguna untuk generasi akan datang. Pengadilan moral yang dibuat dapat mewarnai penulisan
sejarah dan mempengaruhi pemikiran pembaca dan masyarakat umumnya supaya dapat
memikirkan baik buruk kesannya kepada masa depan sesebuah peradaban. Hujahnya mudah
iaitu tanpa sejarah kita tidak mampu untuk memahami masalah-masalah sezaman dan tanpa
pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk
berhadapan dengan masa depan.7
Justeru itu, pengajaran yang diperolehi oleh generasi akan datang dijadikan panduan
agar peristiwa yang sama tidak sepatutnya berulang kembali. Penilaian etika dijadikan intipati
dalam menwujudkan kehidupan yang lebih baik serta sempadan dalam menempuh kehidupan
seharian. Manusia juga akan menggunakan masa lalu sebagai petunjuk bagi merancang masa
depan yang lebih bermakna. Sebagai contoh, jika ahli sejarah menjatuhkan hukuman moral
6 EH Carr, Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 27.
7 A. Marwick, The Nature of History, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm 17.
kepada penjenayah perang maka masyarakat akan sedar dan berupaya untuk mengambil
iktabar dan berusaha untuk menjauhi kejadian seperti itu terjadi lagi.
Ketika perang Vietnam, Amerika Syarikat telah menjatuhkan banyak bom yang
berbahaya seperti pembakar fosforus, pellet fragmentation, cluster (CBU), field-clearing
'Daisy Cutters, laser-guided ,intense-fire napalm, bom pintar dari racun kimia, gas pemedih
mata dan kesemua senjata yang digunakan adalah terlarang dan seolah-olah menjurus kepada
penggunaan bom atom.8 Menurut James P. Harrison dalam artikelnya yang bertajuk History's
Heaviest Bombing mengatakan dianggarkan Amerika Syarikat telah menggugurkan lebih dari
15 juta tan bahan letupan di indochina. Kekuatan letupan bom ini boleh dianggarkan seperti
400 bom atom Hiroshima.
Persoalan yang timbul dan salah satu aspek yang telah diabaikan oleh Amerika ialah
bagaimana komunis di Vietnam boleh mengharungi dan berhadapan dengan hujan bom ini.
Perang vietnam dijadikan tempat experimen untuk percubaan pelbagai senjata moden
Amerika. Bagi General Tran Van Tra, Rakyat Vietnam terpaksa menanggung penderitaan
dari ketidakadilan perang hanya kerana mereka mahukan sebuah negara yang aman, bebas
dan merdeka. Tentera-tentera Amerika dan sekutunya telah menumpahkan darah mereka
untuk berjuang atas kehendak telunjuk polisi white house Amerika Syarikat. Walaupun
mereka menentang rakyat yang tidak berdosa dan tidak pernah memusuhi Amerika sebelum
ini.9
Perang yang dilancarkan ke atas rakyat Vietnam adalah lebih tidak bermoral kerana ia
tidak memenuhi kepentingan bersama walaupun kedua-dua sedang berperang. Matlamat
8 J.S. Werner, The Vietnam War: Vietnam and American Perspectives, New York: M.E. Sharpe, 1993,
hlm 130. 9 J.S. Werner, The Vietnam War: Vietnam and American Perspectives, New York: M.E. Sharpe, 1993,
hlm 241.
mereka yang mahu mengenakan dominasi dari sebuah negara yang berpengaruh ke atas
negara yang lain melalui pemaksaan penerimaan ideologi yang berbeza dari masyarakat yang
dominan terhadap pengaruh komunis. Hakikatnya banyak peluang yang timbul dan alasan
untuk menamatkan perang namun Amerika Syarikat tidak mengambil peluang tersebut.
Perang Vietnam harus dikaji dan diperdebat kembali melalui kerjasama antara kedua-dua
negara supaya penjelasan sejarah dapat tererangkan sejujurnya. Pengadilan harus dilakukan
supaya menjadi tauladan dan igatan keras kepada si pelaku perang. Dari satu sudut saya
berpendapat bahawa kita tidak boleh memaksa sesuatu bangsa untuk menerima ideologi dan
budaya yang dibawa masuk dari luar walaupun dasar itu dianggap terbaik untuk
dilaksanakan. Biarlah sesuatu bangsa itu diberi peluang dan ruang untuk berfikir dan
bertindak dengan cara dan acuan mereka demi tanih air mereka sendiri.
Pengeboman atom ke atas hiroshima dan nagasaki ini wajar dipersalahkan kerana atas
perikemanusiaan atau di pihak Amerika Syarikat mereka hanya berniat mahu menghentikan
perang pasifik. Anggapan yang menyatakan kejatuhan kedua-dua bom ini juga adalah balasan
dosa-dosa lampau Jepun terhadap kematian berjuta tahanan perang di kepulauan asia pasifik
termasuk China, Indocina, dan kepulauan asia tenggara yang lain.10
Kita perlu ingat niat tidak
menghalalkan cara dan kesan kejatuhan kedua-dua bom ini amat dasyat hingga
mengorbankan nyawa yang banyak. Amerika Syarikat wajar dijatuhkan hukuman moral atas
dasar polisi pentadbiran mereka.
Rakyat Jepun beranggapan bahawa kejadian pengeboman atom itu bukan
kesinambungan dari kekejaman mereka di asia tetapi adalah malapetaka yang disengajakan
oleh Amerika Syarikat. Bendera putih yang dikibarkan oleh Jepun tidak diendahkan oleh
Amerika Syarikat, mereka mentah-mentah menolak rundingan yang dilakukan dan
10
J.W. Dower, Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II, New York: W.W.
Norton & Company, 1999, hlm 154.
mengambil jalan mudah untuk berperang. Akibatnya serangan nuklear yang dikenakan
terhadap Jepun menyebabkan kematian beratus ribu orang awam. Malahan kesan dari
pengeboman di kedua-dua negeri itu terkesan hingga berketurunan lamanya. Amerika
Syarikat wajar bertanggungjawab kerana penggunaan senjata nuklearnya itu. Peristiwa ini
menjadi pengajaran yang besar bagi warga dunia zaman persaingan senjata nuklear bahawa
tingginya risiko penggunaan senjata nuklear.
Agnes heller mengatakan bukan niat yang menjadi kayu ukur tetapi penderitaan yang
dialami dan niat yang murni tidak menghalalkan tindakan terkutuk. Sebagaimana yang kita
ketahui, kriteria yang ulung dalam menjatuhkan sesuatu hukuman ialah niat yang
mencetuskannya.11
Jika kita teliti kembali niat asal Pol Pot yang mahu melaksanakan negara
berkonsep agraria dan ingin menyelamatkan penduduknya dari kebuluran dasyat akibat
kempen pengeboman Amerika Syarikat di wilayah timur Kemboja adalah baik malah beliau
membenci penjajahan perancis seperti mana Hitler membenci kaum yahudi.12
Namun adakah
ini alasan dan motif bagi kepentingan ideologi peribadi Pol Pot semata-mata yang mahu
menjadikan negara Kemboja sebagai sebuah negara komunis. Kesimpulan bahawa dakwaan
ini telah menyerupai apa yang didakwa oleh Qasim Ahmad yang mengatakan niat suci yang
murni tidak membolehkan perbuatan salah kepada perbuatan yang benar.13
Zaman pemerintahan komunis Pol Pot pada tahun 1975 yang membentuk kerajaan
Demokratik Kampuchea telah menyebabkan rakyat menderita, dihalau keluar negeri, masalah
kebuluran berleluasa. Menurut Chandler, rejim Pol Pot tidak menunjukkan belas kasihan
terhadap musuh-musuh politik terutamanya yang berkelayakan dan aliran sosialis. Akibatnya,
11
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985,
hlm. 110. 12
D.P. Chandler, A History of Cambodia, Colorado: Westview Press, 1983, hlm 190. 13
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 55.
beribu-ribu orang telah diseksa hingga mati di pusat soal siasat di Tuol Sleng di pinggir
Phnom Penh 1976-1978.14
Malahan, bagi mencapai cita-citanya beliau perlu mendapat
sokongan rakyat iaitu merekrut golongan muda petani dengan menggunakan strategi dan
melatih golongan muda ini melalui kaedah gerila serta menyebarkan ideologi komunis
kepada rakyat.
Kekejaman Pol Pot wajar dinilai dan dijatuhkan hukuman moral kerana pembunuhan
beramai-ramai yang mencecah jutaan jiwa. Sejarah Khmer Rouge juga harus dilihat dari
sudut pandang yang berbeza supaya pensejarahan ini ditulis dengan seadil-adilnya tanpa
memihak oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Oleh itu, akibat perubahan yang
berlaku dalam pensejarahan kemboja, sarjana tempatan perlu kehadapan dan tidak harus
bergantung kepada orientalis semata-mata. keobjektifan sejarah yang dihasilkan oleh
orientalis harus dinilai kembali malah ia menjadi subjek dalam sejarah dan mampu mengubah
dan menentukan masa depan negara bangsa kemboja.15
Berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam Khmer Rouge ini, saya dapat tafsirkan
bahawa pengadilan moral yang dibuat keatas regim Pol Pot ini bukanlah untuk memburuk-
burukkan mana-mana pihak tetapi segala perlakuan yang telah dilakukan haruslah dipaparkan
dengan sewajarnya. Segala gerak geri dan kejadian yang dilakukan oleh beliau patut
dijadikan pengajaran dan iktibar bagi masyarakat dan rakyat kemboja amnya.
Dapatan dalam ketiga-tiga kajian kes ini menunjukkan kita perlu membuat pengadilan
moral namun terdapat cabaran dan halangan yang perlu di tempuh. "kita tidak boleh
menyalahkan tugas pengadilan moral kepada pembaca sahaja. memang tidak dapat dinafikan
14
D.P. Chandler, A History of Cambodia, Colorado: Westview Press, 1983, hlm 191. 15
D.P. Chandler, A History of Cambodia, Colorado: Westview Press, 1983, hlm 195.
terdapat pembaca yang boleh menilai. namun harus diingat, kita tidak boleh menjangkakan
semua pembaca arif untuk membuat penilaian dan pengadilan moral".
Kita perlu memegang prinsip bahawa tidak boleh sewenang-wenangnya ahli sejarah
untuk menjatuhkan pengadilan moral melainkan terdapat bukti dan sumber yang diyakini.
Tujuan utama pengadilan moral dibuat bukanlah untuk dihakimi sebaliknya untuk
memaparkan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Pada saya kayu ukur dalam membuat
penilaian etika terhadap pensejarahan atau tokoh masa lalu itu haruslah berlandaskan kepada
bukti dan sumber yang benar-benar dipercayai.
Kesimpulannya, pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam penulisan
sejarah yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar pada generasi akan datang.
Oleh itu, sejarah merupakan medium dan alat pengajaran moral kepada masyarakat hari ini
agar tidak mengulangi peristiwa pada masa lalu. Pengadilan moral wajar digunakan sejujur-
jujurnya dan tidak harus diketepikan oleh sarjana dalam penulisan sejarah. Jika pengadilan
moral ditolak dalam suatu penulisan sejarah, Oldfield berpendapat bahawa sejarah tinggal
tidak lebih dari sebuah cerita.
Pengadilan moral bukanlah digunakan untuk mendedahkan kesalahan dan keaiban
tokoh masa lampau atau menutup kesalahan sendiri sebaliknya penilaian etika ini dibuat atas
dasar memberi kesedaran dan menjelaskan sesuatu peristiwa dengan lebih tepat. Walaupun
pahit untuk ditelan, pensejarahan yang sebenarnya harus digali dan dibongkar lalu dijelaskan
kepada umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang. Jalan terbaik
kepada permasalahan ini adalah bukan mengelakkan diri dari menjatuhkan hukuman moral
tetapi melengkapkan lagi para ahli sejarah dengan kemahiran yang berkaitan.16
Justeru itu,
16
Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm.143.
jika pengadilan moral ditolak dalam pemaparan sesebuah pensejarahan maka penulisan itu
tidak menarik dan nampak kaku, sebaliknya kita haruslah mencorakkan sejarah itu dengan
unsur pedoman dan pengajaran. Oleh itu, aspek pengadilan moral ini sangat penting dalam
menghidupkan kembali sejarah masa lalu.
BIBLIOGRAFI
Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad. 1985. Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Penghantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak
Jauh, USM.
E. H. Carr. 1984. Apakah Sejarah?. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
David P. Chandler. 1983. A History of Cambodia. Boulder, Colorado: Westview Press.
J. S.Werner and Luu Doan Huynh.1993. The Vietnam War: Vietnamese and American
Perspectives. New York: M.E. Sharpe, Inc.
A. Marwick.1989. The Nature of History. London: Macmillan Education Ltd.
J.W. Dower.1999. Embracing Defeat: Japan in the Wake of World War II. New York: W.W.
Norton & Company.