2
ESITI AISYAH NORDIN [email protected] APABILA menjangkau 70-an tahun, ramai orang memutuskan bersara dan berehat di rumah bersama keluarga. Namun, Encik Yusoff Mohamed, 72 tahun, memilih terus aktif bekerja se- bagai seorang medik ambulans kanan bersama Hospital Mount Elizabeth No- vena. Beliau menetapkan untuk dirinya matlamat mengekalkan kesihatan dan kecergasannya supaya dapat terus menyumbang dalam bidang itu. Encik Yusoff medik ambulans paling tua di hospital di bawah kumpulan Park- way Pantai, yang termasuk hospital Mount Elizabeth, Mount Elizabeth No- vena, Gleneagles dan Parkway East. Beliau, yang telah menceburi bidang itu selama sembilan tahun selepas persa- raannya, dianugerahkan pengiktirafan Parkway Pantai Golden Years baru-ba- ru ini. Semasa dihubungi Berita Harian, En- cik Yusoff berkata beliau gembira dapat berkhidmat walaupun pada usia lanjut. “Saya gembira dapat menjalankan tu- gas dengan baik, walaupun pada usia be- gini. Oleh itu, saya berusaha menjaga kesihatan saya supaya bertenaga dan boleh terus berkhidmat,” katanya. Sebagai seorang medik ambulans, tu- gas beliau bukan memandu ambulans sa- haja, malah membantu memindahkan pesakit dari rumah mereka ke ambu- lans. “Kadang-kadang kami juga perlu mengangkat pesakit yang berat badannya. Ramai orang hairan bagaima- na saya masih ada tenaga untuk angkat pesakit,” katanya. Encik Yusoff berkata beliau mengam- bil langkah-langkah untuk menjaga kesi- hatan dan pemakanannya setiap hari. Sokongan dan dorongan keluarga ju- ga memberi beliau semangat untuk terus bekerja, ujar Encik Yusoff. “Bukan apa, duduk di rumah saja bosan rasanya. Kalau di tempat kerja, da- patlah saya berbual dengan pesakit dan kawan sekerja,” ujarnya. Namun, dalam menjalankan tugas, sudah tentu tidak semua berjalan lancar. Antara kejadian yang tidak dapat di- lupakannya ialah apabila seorang pesak- it tidak sempat ke hospital dan terpaksa melahirkan di dalam ambulans. “Memang matlamat kami ialah me- mandu dengan pantas dan selamat su- paya pesakit boleh mendapatkan rawa- tan di hospital secepat mungkin. “Namun ada masanya tidak sempat juga, dan kami harus melakukan apa yang wajar bagi membantu mereka,” ujar beliau. Encik Yusoff juga menghargai pelu- ang menimba ilmu pada usia lanjut. “Pada pendapat saya, menimba ilmu baru penting supaya minda kita terus kekal aktif. Dilengkapkan dengan kegia- tan yang dapat menjaga kesihatan tubuh kita, kita dapat menjalankan gaya hidup aktif.” Semakin ramai warga emas seperti Encik Yusoff, bekerja selepas umur per- sarawan, malah sehingga usia 80 atau 90 tahun. Mereka melakukannya sama asda un- tuk menyara hidup atau kekal aktif se- cara mental dan fizikal. Menurut Kementerian Tenaga Manu- sia (MOM), bilangan penduduk berumur 70 tahun ke atas yang masih bekerja meningkat daripada sekitar 16,000 tahun 2006 kepada sekitar 43,000 tahun lalu. Buat masa kini, usia persaraan ialah 62 tahun, tetapi majikan harus menawar- kan kakitangan berusia 62 tahun yang la- yak untuk bekerja semula hingga beru- sia 65 tahun. Mulai Julai, umur bekerja semula akan dinaikkan kepada 67 tahun, lantas menyediakan banyak peluang kepada pekerja yang mahu terus bekerja selagi sihat. Jaga kesihatan agar dapat terus kerja pada usia senja TERUS BERKHIDMAT: Encik Yusoff tidak setakat memandu ambulans, malah membantu memindahkan pesakit ke dalam ambulans. – Foto PARKWAY PANTAI “Saya gembira dapat menjalankan tugas dengan baik, walaupun pada usia begini. Oleh itu, saya berusaha menjaga kesihatan saya supaya bertenaga dan boleh terus berkhidmat.” – Encik Yusoff Mohamed. 16 Berita Harian | Jumaat, 19 Mei 2017 Berita SETEMPAT Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.

16 Berita Harian Jaga kesihatan agar dapat terus kerja

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 16 Berita Harian Jaga kesihatan agar dapat terus kerja

ESITI AISYAH [email protected]

APABILA menjangkau 70-an tahun, ramai orang memutuskan bersara dan berehat di rumah bersama keluarga.

Namun, Encik Yusoff Mohamed, 72 tahun, memilih terus aktif bekerja se-bagai seorang medik ambulans kanan bersama Hospital Mount Elizabeth No-vena.

Beliau menetapkan untuk dirinya matlamat mengekalkan kesihatan dan kecergasannya supaya dapat terus menyumbang dalam bidang itu.

Encik Yusoff medik ambulans paling tua di hospital di bawah kumpulan Park-way Pantai, yang termasuk hospital Mount Elizabeth, Mount Elizabeth No-vena, Gleneagles dan Parkway East.

Beliau, yang telah menceburi bidang itu selama sembilan tahun selepas persa-raannya, dianugerahkan pengiktirafan Parkway Pantai Golden Years baru-ba-ru ini.

Semasa dihubungi Berita Harian, En-cik Yusoff berkata beliau gembira dapat berkhidmat walaupun pada usia lanjut.

“Saya gembira dapat menjalankan tu-gas dengan baik, walaupun pada usia be-gini. Oleh itu, saya berusaha menjaga kesihatan saya supaya bertenaga dan boleh terus berkhidmat,” katanya.

Sebagai seorang medik ambulans, tu-gas beliau bukan memandu ambulans sa-haja, malah membantu memindahkan pesakit dari rumah mereka ke ambu-lans.

“Kadang-kadang kami juga perlu mengangkat pesakit yang berat badannya. Ramai orang hairan bagaima-

na saya masih ada tenaga untuk angkat pesakit,” katanya.

Encik Yusoff berkata beliau mengam-bil langkah-langkah untuk menjaga kesi-hatan dan pemakanannya setiap hari.

Sokongan dan dorongan keluarga ju-ga memberi beliau semangat untuk terus bekerja, ujar Encik Yusoff.

“Bukan apa, duduk di rumah saja bosan rasanya. Kalau di tempat kerja, da-patlah saya berbual dengan pesakit dan kawan sekerja,” ujarnya.

Namun, dalam menjalankan tugas, sudah tentu tidak semua berjalan lancar.

Antara kejadian yang tidak dapat di-lupakannya ialah apabila seorang pesak-it tidak sempat ke hospital dan terpaksa melahirkan di dalam ambulans.

“Memang matlamat kami ialah me-mandu dengan pantas dan selamat su-paya pesakit boleh mendapatkan rawa-tan di hospital secepat mungkin.

“Namun ada masanya tidak sempat juga, dan kami harus melakukan apa yang wajar bagi membantu mereka,” ujar beliau.

Encik Yusoff juga menghargai pelu-ang menimba ilmu pada usia lanjut.

“Pada pendapat saya, menimba ilmu baru penting supaya minda kita terus kekal aktif. Dilengkapkan dengan kegia-tan yang dapat menjaga kesihatan tubuh kita, kita dapat menjalankan gaya hidup aktif.”

Semakin ramai warga emas seperti Encik Yusoff, bekerja selepas umur per-sarawan, malah sehingga usia 80 atau 90 tahun.

Mereka melakukannya sama asda un-tuk menyara hidup atau kekal aktif se-cara mental dan fizikal.

Menurut Kementerian Tenaga Manu-sia (MOM), bilangan penduduk berumur 70 tahun ke atas yang masih bekerja meningkat daripada sekitar 16,000 tahun 2006 kepada sekitar 43,000 tahun lalu.

Buat masa kini, usia persaraan ialah 62 tahun, tetapi majikan harus menawar-kan kakitangan berusia 62 tahun yang la-yak untuk bekerja semula hingga beru-sia 65 tahun.

Mulai Julai, umur bekerja semula akan dinaikkan kepada 67 tahun, lantas menyediakan banyak peluang kepada pekerja yang mahu terus bekerja selagi sihat.

Jaga kesihatanagar dapat terus

kerja pada usia senja

TERUS BERKHIDMAT: Encik Yusoff tidak setakat memandu ambulans, malah membantu memindahkan pesakit ke dalam ambulans. – Foto PARKWAY PANTAI

No.1, Maritime Square, HarbourFront Centre, #09-23, Singapore 099253Tel: 6271 9497 / 6271 9467 • Fax: 6273 9067HP: 9127 0099 (Sdr. Hassan Othman) / 9641 4881 (Sdri Fauziah Sulaiman)

AL-QASWA TRAVEL & TOURS (S) PTE LTD

TA02222

Dengan sokongan Masjid Jamiyah Ar-RabitahUmrah + Aqsa bersama Ustaz Muhammad NuzhanBkt: 3 – 17 Dec & 6 – 17 Dec**TERMA & SYARAT DI KENAKAN. TERTAKLUK PADA VISA (JIKA ADA) & PERUBAHAN PADA JADUAL PENERBANGAN.

UMRAH 2017 dr. $3450** (2 sebilik)

12H Bkt 15 – 26 Nov & 22 Nov – 3 Dec12H Bkt 6 – 17 Dec & 20 – 31 DecUMRAH + BAITULMAKDIS 15H Bkt 3 – 17 Dec

KEMBARA IMAN8H Baitulmakdis + Amman dr. $2,800**Bkt: 12 – 19 Aug, 9 – 16 Sept, 10 – 17 Nov,1 – 8 Dec

9H Istanbul + Baitulmakdis dr. $2,350**Bkt: 4 – 12 Aug, 8 – 16 Sept, 13 – 21 Oct,9 – 17 Nov, 30 Nov – 8 Dec

4Want access to

BBQ pits?

If you're looking for your dream condo complete with facilities, turn to the Print Classified Properties section.

To advertise, callthe Print Classified Hotline: 1800-289 9988.

“Saya gembira dapat menjalankan tugas dengan baik, walaupun pada usia begini. Oleh itu, saya berusaha menjaga kesihatan saya supaya bertenaga dan boleh terus berkhidmat.”

– Encik Yusoff Mohamed.

✆ 6735 1544#03-46 Golden Landmarkwww.travelways.com.sg

WISATA9H JORDAN /AMMAN/AQSA - 12 Dec Hotel 4* & 5* dr $3199*Bas Berhawa Dingin, Lawatan dan menginap di Bandar Amman dan Petra, Masjid Biru di Amman, 3 Mlm di Baitulmaqdis, Hebron, Tembok Boraq, Jaffa,Mt.Olives, Dead Sea, Jericho, Qa’lat ar Rabat, Masjid Hassan Bek

8H NEW ZEALAND SELATAN - 2 Sep dr $2999*Christchurch, Bombay Hills, Sumner, Moeraki Boulders, Dunedin, Lanarch Castle, Old Railway Station, Lookout Point, Te Anau, Queenstown, Kebun Buah-Buahan, Milford Sound Cruise, Gondola Ride, Lake Tekapo

7H KOREA MUSIM AUTUMN - 2 Sep dr $1599*Gapyeong, Nami Island, Everland Theme Park, Paju, Kimchi Making, Hanbok Wearing, Love Lock Place, Dongdaemun Market, Masjid Seoul, Hanok Village,Deoksugung Palace, Myeongdong, Makanan Halal, Fullboard

UMRAH HUJUNGTAHUN 2017

16H UMRAH / BAITULMAQDIS 12 Dec - Baki 10 Tempat

12H UMRAH / MAKKAH / MADINAH 2 Dec - Baki 10 Tempat

12H UMRAH / MAKKAH / MADINAH 17 Dec - Tambahan 5 TempatPESAWAT ETIHAD LANGSUNG KE MADINAH *KELAS UMRAH AKAN DI BIMBING DAN UMRAH BERSAMA USTAZ SALLIM JASMAN

16 Berita Harian | Jumaat, 19 Mei 2017

Berita SETEMPAT

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.

Page 2: 16 Berita Harian Jaga kesihatan agar dapat terus kerja

BELIAU berazam menjaga kesiha-tan dan kekal aktif dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang medik ambu-lans kanan.

Walaupun sudah mencecah usia 72 tahun, Encik Yusoff Mohamed masih bersemangat berkhidmat dan memban-tu pesakit di Hospital Mount Elizabeth Novena.

Baru-baru ini, beliau menerima anugerah pengiktirafan Parkway Pan-tai Golden Years selepas kekal bekerja selama sembilan tahun selepas usia per-saraan.

“Kalau duduk di rumah saja, bosan juga.

“Kalau di tempat kerja dapat ber-bual dengan pesakit dan juga kawan kerja,” katanya.

Mulai Julai, umur bekerja semula akan dinaikkan daripada 65 tahun ke-pada 67 tahun bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pekerja yang mahu terus bekerja selagi mereka si-hat.

Seperti Encik Yusoff, ramai warga emas yang lain juga bekerja selepas usia persaraan.

Ada antara mereka bekerja untuk menyara hidup tetapi ada juga yang bekerja agar dapat kekal aktif secara mental dan juga fizikal.

Laporan lanjut di Muka 16.

ENUR ADILAH [email protected]

LEMBAGA Perumahan dan Pembangun-an (HDB) semalam melancarkan sebanyak 8,748 flat di 25 bandar atau estet serata Si-ngapura.

Ini merangkumi sebanyak 4,802 unit Bi-na Ikut Tempahan (BTO), dan sebanyak 3,946 unit Penjualan Baki Flat (SBF).

Di bawah pelancaran BTO kedua pada tahun ini, enam projek ditawarkan – Marsi-

ling Grove dan Woodlands Spring di Wood-lands, Forest Spring di Yishun, Woodleigh Hillside di Bidadari (Toa Payoh) serta Dako-ta Breeze dan Pine Vista di Geylang.

Flat BTO yang ditawarkan termasuk Flek-si dua bilik hingga flat Tiga Generasi (3Gen), yang kali ini ditawarkan di Marsiling Grove dan Woodleigh Hillside.

Harganya bermula daripada $73,000 ba-gi flat Fleksi dua bilik di Woodlands, dan daripada $622,000 bagi flat 3Gen di Toa Payoh.

Keluarga pembeli kali pertama boleh me-nerima geran perumahan sehingga $80,000.

Setelah ditolak geran, mereka membayar bermula $4,000 bagi flat Fleksi dua bilik, $70,000 (tiga bilik), $176,000 (empat bilik), atau $307,000 (lima bilik).

Unit SBF pula ditawarkan di 11 estet bu-kan matang dan 14 estet matang.

Pelancaran SBF kali ini terdiri daripada Fleksi dua bilik (harga bermula $73,000 di estet bukan matang) hingga flat eksekutif (harga bermula $480,000 di estet matang).

Kebanyakan flat yang ditawarkan di bawah penjualan baki flat ini dikhaskan bagi keluarga pembeli kali pertama.

Sehingga 48 peratus daripada flat ini

sudah pun siap dan yang lain masih dibina.Permohonan bagi flat baru boleh dihan-

tar dalam talian di laman HDB InfoWEB dari semalam hingga 24 Mei.

Pelancaran BTO terbaru ini membawa jumlah flat BTO yang ditawarkan HDB tahun ini kepada sebanyak 8,858.

Secara keseluruhannya, HDB telah melancarkan 12,804 flat termasuk unit pen-jualan baki flat.

Pada Ogos ini, HDB akan menawarkan sekitar 3,850 flat di Bukit Batok dan Seng-kang. HDB akan melaksanakan Skim Pe-nangguhan Bayaran Pendahuluan (DDS) dalam BTO dan SBF kali ini.

Di bawah skim itu, pemilik flat berusia 55

tahun dan ke atas yang memohon flat Fleksi dua bilik atau flat tiga bilik yang belum siap boleh menangguhkan pembayaran wang pendahuluan bagi flat baru sehingga mereka mendapat kunci.

Skim itu ditawarkan secara automatik ke-pada pembeli flat yang layak dan akan mem-bantu aliran wang tunai bagi pembeli warga emas.

Pembeli flat juga boleh memanfaatkan Skim Pinjaman Sementara (TLS) yang baru. Skim itu disasarkan kepada pembeli yang tidak perlu mengambil pinjaman perumahan bagi flat baru kerana hasil daripada penjua-lan flat sedia ada mencukupi untuk membeli flat baru.

SOLAT Subuh 5.34 Syuruk 6.56 Zuhur 1.03 Asar 4.26 Maghrib 7.07 Isyak 8.20

MCI (P) 082/09/2016 70 senSebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini

BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di

BeritaHarian.sg

Medik, 72 tahun,

belum terfikir mahu bersara

Lebih 8,700 flat baru dilancar

JUMAAT, 19 MEI 2017 (22 SYAABAN 1438)

Keluaran khas

RamadanMuka 18-24

Undian FAS langkah penting:

FifaMuka 32

– Foto PARKWAY PANTAI

Muzik pengubat jiwa Izat

Muka 27

Rangkumi BTO dan penjualan baki flat di 25 estet

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.