16
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 1 TAJUK : Awan dan Cuaca TUJUAN : Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca PENGENALAN/TEORI: Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.awan terjadi apabila cahaya matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang telah panas tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin panas udara, semakin banyak wap air terkandung di dalam uadara kerana air lebih cepat menyejat. Udara yang panas dan sarat dengan air ini akan naik tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah., wap air itu akan mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang tidak terhingga banyaknya yang dipanggil awan Apabila Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. LAPORAN AMALI 2 Gambar 1: pembentukan awan

160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dvd

Citation preview

Page 1: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 1

TAJUK : Awan dan Cuaca

TUJUAN : Memahami kaitan antara jenis-jenis awan dalam peramalan cuaca

PENGENALAN/TEORI:

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan

seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.awan terjadi apabila cahaya

matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang telah panas

tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara mengandungi wap air. Apabila

wap air ini mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin

panas udara, semakin banyak wap air terkandung di dalam uadara kerana air

lebih cepat menyejat. Udara yang panas dan sarat dengan air ini akan naik

tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah., wap air itu

akan mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang tidak terhingga

banyaknya yang dipanggil awan Apabila Apabila awan telah terbentuk, titik-titik

air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi

semakin berat. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke

bawah dan turunlah hujan.

LAPORAN AMALI 2

Gambar 1: pembentukan awan

Page 2: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 2

Jenis-jenis awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan

iaitu kumpulan awan tinggi, kumpulan awan pertegahan dan kumpulan awan

rendah. Kumpulan Awan Tinggi adalah awan yang berada pada ketianggian

yang melebihi 6,000m. Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan Awan tinggi ini

termasuklah Awan Sirus, Awan Sirostratus dan awan Sirokumulus. Kumpulan

awan yang kedua adalah kumpulan awan pertengahan. Kumpulan awan

pertengahan berada pada ketinggian 2,00 hingga 5,000 meter. Terdapat tiga

jenis awan pertengahan iaitu Altrostratus, Altrokumulus dan Nimbostratus.

Kumpulan awan yang ketiga adalah kumpulan Awan Rendah. Kumpulan

awan rendah berada pada ketinggian kurang daripada 2,000 meter. Antara jenis

awan rendah ialah awan stratus, kolumbus dan komulunimbus.

Contoh-contoh awan :

komulunimbus

stratus nitrostratus

Altrostratus

Page 3: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 3

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak

dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan ini, seperti awan kumulus dan

kumulonimbus dimana lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan

oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu

mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan

sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah

mengikut keadaan cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa

berubah setiap hari . Bentuk dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk

meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya.

Oleh itu amali ini telah dilaksanakan untuk melihat keadaan cuaca

dengan pembentukan awan dalam satu tempoh masa empat belas hari iaitu

bermula pada 18 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013. Lokasi yang telah saya pilih

adalah di kampong Parit Jawa Bagan serai arah Timur sekitar jam 3:00 hingga

4:00 petang.

RADAS:

1. Sebuah Kamera Nikon DSLR 3100 untuk mengambil gambar

2. Sebuah termometer

3. Jadual pemerhatian

PROSEDUR:

1. Maklumat berkenaan awan dicari daripada buku dan internet.

2. Lokasi yang sesuai dipilih dan jenis-jenis awan yang hadir di kawasan tersebut

diperhatikan dalam jangka masa dua minggu. Pemerhatian dilakukan dalam

sekitar tempoh masaselama sejam setiap hari pada lokasi yang dikaji.

3. Gambar awan yang muncul diambil menggunakan kamera

4. Pemerhatian direkodkan termasuklah perubahan cuaca sama ada berlaku

hujan atau pun tidak dalam tempoh masa kajian

5. Data yang diperolehi dianalisa dan ditafsir

6. Laporan ditulis dengan beserta gambar yang diambil, jadual dan graf.

Page 4: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 4

HARI/

TARIKH

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

HARI PERTAMA

18.07.2013

3:00 petang

Jenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus

Suhu : 29⁰C

Cuaca : cerah

Kelembapan : 50%

Keadaan awan: berkepul-kepul seperti lembaran –

Lembaran denan lapisan yang tebal, warna

kelabu dan gelap.

HARI KE 2

19.07.2013

3:40 petang

Jenis : Awan Rendah

Nama : Stratus

Suhu : Cuaca : cerah

Kelembapan : 50%

Keadaan awan: membentuk lapisan awan seragam

yang rendah dan menyerupai kabut, tetapi tidak jejak ke

permukaan bumi

Jadual 1: JADUAL PEMERHATIAN TERHADAP AWAN MENGIKUT HARI

Page 5: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 5

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

HARI KE 3

20.07.2013

3:45 petang

Jenis : Awan Pertengahan

Nama : Altrostratus

Suhu : 31⁰C

Cuaca : cerah

Kelembapan : 40%

Keadaan awan: Awan ini kecil-kecil tetapi banyak,

biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau

bergulung-gulung melingkar seperti makaroni,

berwarna putih atau kelabu.

HARI KE 4

21.07.2013

Jenis : Awan rendah

Nama : kumulunimbus

Suhu : 25⁰C

Cuaca : hujan

Kelembapan : 80%

Keadaan awan: awan yang sungguh tebal dengan

perkembangan tegak yang amat jelas di mana

kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun

menara.

Page 6: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 6

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

HARI KE 5

22.07.2013

Jenis : Awan Pertengahan

Nama : Altostratus

Suhu : 27⁰C

Cuaca : mendung

Kelembapan : 60%

Keadaan awan: awan kelihatan lebih padat dan berwarna

lebih gelap atau kelabu, Nampak seperti air dan melitupi

hampir seleluruhan langit.awan ini akan menghasilkan hujan

apabila ia menjadi cukup.

HARI KE 6

23.07.2013

Jenis : Awan Tinggi

Nama : Sirus

Suhu : 31⁰C

Cuaca : cerah

Kelembapan : 40%

Keadaan awan: Awan ini halus, struktur berserat, tampak

seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai pita yang

melengkung, berwarna putih, tidak menimbulkan hujan.

Page 7: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 7

HARI/TARIKH

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

HARI KE 7

24.7.2013

3:45 petang

Jenis : Awan Tinggi

Nama : Sirustratus

Suhu :28C⁰

Cuaca : mendung

Kelembapan : 60%

Keadaan awan: Tampak seperti kelambu putih halus, luas

menutupi langit sehingga tampak cerah, mempunyai

struktur serat dan kadang terlihat seperti anyaman yang

tidak teratur

HARI KE 8

25. 7.2013

3:30 petang

Jenis : Awan Tinggi

Nama : sirus

Suhu :30C⁰

Cuaca : panas

Kelembapan : tinggi

Keadaan awan: kurang berawan.langit cerah,awan pada

kedudukan yang rendah Awan ini halus, struktur berserat,

tidak menimbulkan hujan

Page 8: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 8

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

HARI KE 9

26.7.2013

3:45

Jenis : Awan rendah

Nama : Kumulus

Suhu :28C⁰

Cuaca : mendung

Kelembapan : 60%

Keadaan awan: Letaknya rendah, terpisah-pisah, bagian

dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk

kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul.

awan ini biasanya menghasilkan hujan.

HARI KE10

27.7.2013

3:30

Jenis : awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus

Suhu :28C⁰

Cuaca : mendung

Kelembapan : tinggi

Keadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak

menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal,

berwarna putih kegelapan,.

Page 9: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 9

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

DATA DAN MAKLUMAT

HARI KE 11

28.7.2013

3:15 petang

Jenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus

suhu :30⁰C

Cuaca : cerah

Kelembapan : 40%

Keadaan awan: Awan ini memiliki bentuk yang tidak

menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal,

berwarna putih kegelapan.

Jenis : Awan rendah

Nama : stratus

Suhu :28C⁰

Cuaca : cerah

Kelembapan : 40%

Keadaan awan: Stratus terletak di bahagian langit rendah,

tebal dan berwarna kelabu.awan

berkumpul di bahagian bawah seperti

berada di kaki langit

HARI KE 12

29.7.2013

3:40 Petang

Page 10: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 10

HARI/TARIKH/MASA

GAMBAR AWAN

MAKLUMAT/DATA

HARI KE13

30.7.2013

3:10 petang

Jenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus

Suhu : 30⁰C

Cuaca : cerah

Kelembapan : 28C⁰ tinggi

Keadaan awan: 50%

Berwarna putih dan berkedudukan rendah dari

permukaan bumi.

HARI KE14

31.7.2013

3:30 petang

Jenis : Awan Pertengahan

Nama : Nimbostratus

Suhu : 29C⁰

Cuaca : mendung

Kelembapan : 50%

Keadaan awan: Nimbostratus berwarna putih dan

berkedudukan rendah dari permukaan bumi.

Page 11: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 11

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

Jadual2 : kekerapan kejadian jenis-jenis awan mengikut hari

HARI

JENIS AWAN NAMA

AWAN TINGGI PERTENGAHAN RENDAH

PERTAMA √ Nimbostratus

KEDUA √ stratus

KETIGA √ altostratus

KEEMPAT √ komulunimbus

KELIMA √ altostratus

KEENAM √ sirus

KETUJUH √ Sirustratus

KE LAPAN √ sirus

KESEMBILAN √ Kumulus

KESEPULUH √ Nimbostratus

KESEBELAS √ Nimbostratus

KEDUABELAS √ stratus

KETIGABELAS √ Nimbostratus

KEEMPAT

BELAS

Nimbostratus

Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat

belas hari berturut-turut di dapati jenis awan pertengahan mempunyai kekerapan

yang lebih tinggi berlaku diikuti dengan awan rendah dan tinggi.Awan pertengahan

terjadi pada hari pertama kajian, ketiga, kelima, kesepuluh, ketiga belas, dan hari

keempat belas. Awan yang terjadi adalah awan Nimbostratus dan juga awan

altostratus. Awan Altrostratus merupakan awan yang seolah-oleh kepingan seragam

kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian.Kemunculan

awan altrostratus telah menunjukkan kejadian hujan akan berlaku. Pada sekitar

pukul 4:00 hujan pon telah turun dengan meluas dan berterusan selama hampir 3

Nimbostratus pula adalah awan tumpat yang yang rendah yang tidak mempunyai

apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan. Suhu

pada ketika ini adalah rendah dalam 25⁰C hingga 27⁰C. Kelembapan juga tinggi lebih

50%C.

Page 12: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 12

Awan rendah pula terbentuk pada hari kedua, keempat, Sembilan dan dua

belas. Awannynya adalah awan cumulus, kumulunimbus dan stratus. Awan

kumulus adalah merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. Awan ini

merupakan awan yang tebal dan tumpat. Mempunyai perkembangan tegak

keatas. Awan kumulus menunjukkan cuaca baik pada ketika kajian

dijalankan walaupun kadangkala awan kumulus yang tinggi akan berkembang

menjadi awan kumulonimbus iaitu awan yang menegak. Awan kumulunimbus

terbentuk asalnya daripada awan-awan kumulus dan disertai dengan ribut

petir yang teruk dengan ciri-ciri istimewanya. Awan kumulunimbus pula

adalah awan yang dikaitkan dengan terjadinya hujan lebat dan rebut petir.

Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat

Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan

kadangkala hujan batu. Berdasarkan kajian yang dilakukan, hujan telah turun

dengan lebat dikuti dengan petir yang sederhana. Cuaca adalah mendung

dengan kelembapan yang sangat tinggi.

Pembentukan awan tinggi paling rendah , yang berlaku pada hari keenam,

tujuh dan lapan. Awan yang terbentuk adalah awan sirus dan sirustratus. Awan Sirus

yang telah diperhatikan adalah kelihatan halus, dan berstruktur seperti serat dan

bentuknya. Awan ini juga seringtersusun seperti pita yang melengkung di langit,

sehingga seakan. Kelihatan seperti surtera. Awan sirus berbentuk seperti kapas

yang tipis dan lembut. .Cuaca cerah pada ketika ini. Ini menunjukkan bahawa

dengan adanya awan ini, hujan tidak mungkin berlaku dalam tempoh yang lama.

Awan ini tidak menimbulkan hujan. Apabila keadaannnnya tidak tersusun ia dapat

menunjukkan bahawa cuaca baik akan tiba. Sekiranya ia tersusun rapad bersama

awan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri

daripada hablur ais. Ia menunjukkan cuaca yang baik, serta meunjukkan cuaca yang

baik pada hari berikutnya.. Awan Sirostratus yang terbentuk pula keadaannya

seperti kelambu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga tampak

cerah, Berbeza dengan awan sirus yang memberi maklumat tidak berlaku hujan,

awan sirus pula biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.apabila awan tersebut

tipis dan berkeping-keping apabila memenuhi ruang langit.

Page 13: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 13

LANGKAH BERJAGA-JAGA

1. Dalam pemerhatian awan, kesukaran untuk menentukan jenis awan adalah

masalah yang sukar dihadapi kerana bentuk awan adalah berbeza dan

maklumat mengenai awan adalah sangat sedikit.

2. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.

3. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang

4. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.

5. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih

tajam.

KESIMPULAN:

Awan sangat Setelah kajian dijalankan dilokasi tertentu selama empat

belas hari, ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setaipa hari.

Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau

pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Pada kajian

ini didapati jenis awan Rendah memberikan bacaan suhu yang paling rendah

berbanding penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan

untuk:menghasilkan hujan. Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan

kitaran hujan. Air hujan sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala

hidupan di muka bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi

dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan

untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi. Awan

membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan

cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan

membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub. Awan

diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam

kitaranhidrologi.Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang

berlaku. Contohnyaawan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan

pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari

katulistiwa ke kutub

.

Page 14: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 14

LAMPIRAN:

Gambar : Lokasi kajian

Page 15: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 15

BUKU :

Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York:

The McGraw-Hill Companies, Inc

Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah,

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti

RUJUKAN

Page 16: 160119786 SCE3110 Amali Awan Dan Cuaca

BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca Muka Surat 16

Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit

Fajar Bakti

JURNAL:

Journal Keadaan Cuaca dan pengaruh awan, Kajian palak, Mahruzaman Misrah ,

(2007) http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-Weather-

Principles.html.

Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal.

Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for

various weathering grade,

LAMAN SESAWANG

http://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-dan-

faktor-cuaca-dan-iklim

http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Cuaca

http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html

http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126

http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan

http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html

http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html