16
P E R M U L A A N Y A N G K U K U H !

16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

PERMULAAN YANG KUKUH!

Page 2: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Di Tadika MOE (MOE Kindergarten),

kami percaya bahawa kanak-kanak adalah pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu, aktif dan cekap.

Pegangankami

2

Kanak-kanak adalah pelajar yang sentiasa ingin tahu. Perasaan semulajadi ini harus dipupuk. Mereka sering berasa kagum dan bertanya soalan serta ingin meneroka demi memahami dunia sekeliling mereka. Berdasarkan sifat ingin tahu ini, mereka menjumpai dan mempelajari lebih banyak perkara secara berterusan.

Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Mereka

belajar apabila melakukan sesuatu. Mereka juga lebih cenderung untuk memahami dan mengingati kemahiran dan konsep yang dipelajari melalui penyertaan, penerokaan dan eksperimentasi yang melibatkan objek dan pengalaman sebenar.

Kanak-kanak adalah pelajar yang cekap. Kemahiran berfikir dan taakulan mereka berkembang dari masa ke semasa sambil mereka membina pengetahuan baru di atas pengetahuan dan pengalaman yang telah sedia ada. Melalui pemikiran dan proses renungan yang berterusan, kanak-kanak mendalami pemahaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi.

Page 3: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Kami memupuk kanak-kanak secara holistik supaya mereka berkeyakinan, memaparkan kemahiran sosial yang kuat dan memperoleh asas yang baik dalam membaca dan mengira.

Kurikulum kami dibina oleh pakar-pakar kurikulum MOE yang membentuk Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal (Nurturing Early Learners Framework). Kurikulum ini membimbing pembangunan program-program tadika di sektor pendidikan prasekolah di Singapura.

Anak anda akan memulakan suatu pengembaraan ilmu yang menarik di bawah dua program utama Tadika MOE – Program HI-Light dan Program Literasi Starlight.

Visi kami adalah untuk menyediakan permulaan yang kukuh untuk setiap kanak-kanak. Kami berusaha untuk berbuat demikian dengan menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti yang berpatutan kepada rakyat Singapura dan menjadi pemangkin peningkatan kualiti dalam sektor ini.

3

Page 4: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

ProgramHI-Light

Pembangunan secara holistik

melalui pendekatan

pembelajaran bersepadu

4

Program HI-Light membentuk teras kurikulum Tadika-tadika MOE.

Program HI-Light dibina untuk menyokong pembangunan holistik kanak-kanak melalui pendekatan bersepadu kepada pembelajaran dan menimbulkan keseronokan dan minat untuk belajar dalam diri kanak-kanak.

Oleh kerana kanak-kanak belajar secara holistik daripada pengalaman mereka dan tidak mengasingkan apa yang mereka pelajari, pengalaman pembelajaran dalam Program HI-Light dirancang secara menyeluruh untuk membantu kanak-kanak memahami dunia sekeliling mereka.

Melalui Program HI-Light, kanak-kanak akan dipupuk secara holistik dalam enam bidang pelajaran:

Luahan Estetik dan Ekspresi Penerokaan Dunia Bahasa dan Literasi

Pembangunan Kemahiran MotorNumerasiPembangunan Sosial dan Emosi

Page 5: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Program Literasi Starlight bertujuan untuk memupuk keupayaan awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati Bahasa Inggerisdan Bahasa Ibunda mereka, berkomunikasi dengan yakin dan menyedari tentang adat dan budaya tempatan.

Pembelajaran bahasa dibuat seronok untuk kanak-kanak melalui pelbagai sumber seperti Buku Besar, lagu dan permainan yang ditetapkan dalam konteks tempatan. Ahli keluarga turut terlibat dalam pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang kanak-kanak dapat lakukan bersama ahli keluarga.

Melalui program ini, kanak-kanak akan membina kemahiran mendengar, bertutur dan literasi awal yang akan membina asas yang kukuh dalam pembelajaran bahasa untuk masa hadapan.

Memupuk keupayaan awal

kanak-kanak berdwibahasa

ProgramLiterasi

Starlight

5

Page 6: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

PerbezaanTadikaMOE

6

Belajar melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan empat tema Di tadika MOE, anak anda akan mempelajari dan maju melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan tema-tema berikut:

Siapakah saya?

Siapakah orang-orang dan apakah tempat-tempat di sekeliling saya?

Dengan siapakah saya berkongsi dunia ini?

Bagaimana sesuatu benda atau perkara berfungsi?

Setiap tema merangkumi topik-topik yang diketahui oleh kanak-kanak dan ini memberikan peluang kepada mereka untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu, sebelum mereka belajar tentang kawan-kawan mereka, orang-orang lain, dan tempat-tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia.

Pembelajaran menerusi bermain secara terarah dan interaksi yang berkualitiMelalui aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang dirancang bagi mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, anak anda akan terlibat dalam perbincangan bersama guru-guru dan rakan-rakan mereka untuk membina idea dan konsep bersama-sama.

Page 7: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

7

Pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan yang mempunyai cita rasa Singapura yang unikAnak anda akan belajar tentang orang, tempat-tempat dan perkara-perkara di sekelilingnya seperti perayaan, tradisi dan makanan tempatan. Ini akan menjadikan pembelajaran anak anda lebih autentik, relevan dan nyata.

Mendalami pembelajaran melalui Projek Minggu untuk Meneroka (MuM)Untuk mendalami pembelajaran kanak-kanak, setiap penggal berakhir dengan suatu projek MuM. Kanak-kanak bekerja bersama-sama rakan-rakan dan guru-guru mereka untuk mengetahui topik-topik yang menarik perhatian mereka dengan lebih mendalam. Melalui projek-projek MuM, kanak-kanak akan seronok mempelajari secara kendiri dan mencari jawapan kepada soalan-soalan mereka. Pengalaman-pengalaman ini akan membina keyakinan anak anda dan memupuk kecenderungannya terhadap pembelajaran.

Page 8: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

8

Kerjasama yang kukuh bersama keluarga dan kommuniti

Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar mendidik anak anda. Kami berusaha untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dengan kerjasama yang kukuh bersama keluarga dan komuniti. Kami melibatkan keluarga dalam proses pembelajaran kanak-kanak melalui bengkel dan aktiviti kekeluargaan.

Melalui komunikasi yang berkesan, penglibatan yang aktif dan kerjasama yang bermakna, kami ingin bekerja rapat dengan anda untuk menyokong pembangunan anak anda secara holistik dan memastikan dia mempunyai permulaan yang kukuh.

Page 9: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

distinctive Singapore flavourdistinctive Singapore flavour

Kerjasama yang rapat dengan sekolah rendah untuk melicinkan peralihan ke Darjah 1

Kerjasama kami yang rapat dengan sekolah rendah memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan menyokong peralihan mereka ke Darjah 1. Anak anda akan berinteraksi dengan murid-murid sekolah rendah melalui aktiviti gabungan dan belajar daripada rakan-rakan seusianya menerusi proses ini.

Untuk menggalakkan kesinambungan pembelajaran dari prasekolah ke sekolah rendah, kurikulum kami merangkumi tempoh percubaan selama lima minggu, di mana anak anda akan mengetahui kehidupan sebagai seorang murid sekolah rendah dan bersiap sedia untuk perubahan yang bakal dihadapinya di Darjah 1.

Kami juga bekerjasama dengan para pendidik sekolah rendah untuk memastikan pemahaman yang sama mengenai pembelajaran dan perkembangaan kanak-kanak supaya mereka dapat menyokong pembelajaran anak anda dengan lebih baik apabila dia melangkah ke Darjah 1.

9

Page 10: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Tadika MOE menyediakan program empat jam. Ibu bapa yang memerlukan program sepanjang hari untuk anak-anak mereka boleh memilih kemudahan Kindergarten Care (KCare) yang disediakan oleh penyedia khidmat yang dilantik MOE dan berdasarkan panduan MOE.

KCare menyediakan masa dan tempat untuk kanak-kanak bermain dan meneroka dalam persekitaran yang kondusif yang dapat memenuhi keperluan-keperluan pembangunan kanak-kanak kecil.

Anak anda akan didedahkan kepada pelbagai jenis pengalaman menerusi kaedah permainan dalam bidang-bidang yang menarik.

Kemudahan KCare menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk:

Bermain di dalam dan luar bilik darjah Bermain dengan kawan-kawan dan berinteraksi dengan anggota masyarakat yang lain Meneroka dunia di sekeliling mereka

10

Kemudahan Kindergarten

Care

Page 11: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guruJensson. Mereka memberikan tipyang praktikal untuk membantu

pembelajaran dan pembangunan anakkami. Guru-guru Jensson juga berkongsi

dengan kami portfolio pembelajarannya yang meliputi pengalaman dan perkembangan Jensson. Terbukti sah bahawa aktiviti pembelajaran di MOE Kindergarten bertumpu pada kanak-kanak. Kami

yakin bahawa Jensson dalam jagaan yang baik oleh sekumpulan pendidik yang berdedikasi di MOE Kindergarten dan berharap dia akan membesar

sebagai murid yang aktif dan yakin!

Ibu bapa Jensson Lim, MOE Kindergarten @

Sengkang Green

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan atas dedikasi dan

komitmen mereka terhadap kanak-kanak. Terima kasih juga atas usaha memupuk rasa cinta Hasanur

terhadap Bahasa Tamil. Dia telah membina hubungan yang rapat dengan semua orang di MOE Kindergarten @ Blangah Rise dan akan membawa kenangan dan pengalaman indah ini ke lembaran

baru di sekolah rendah!

Ibu bapa Hasanur Rahmaan Bin Mohd Ali,

MOE Kindergarten @ Blangah Rise

Terima kasih atas bimbingan dankesabaran anda dalam mendidik Ke Le.

Lagu-lagu, cerita-cerita dan pengetahuanyang Ke Le berkongsi dengan kami

membuktikan yang dia berasa seronokdan telah belajar dengan banyak di sekolah.

Ke Le amat menggemari darmawisata-darmawisata yang disertainya

dan akan berkongsi pengalamannya itudengan saya selama beberapa hari.

Terima kasih!

Ibu bapa Quek Ke Le, MOE Kindergarten @

Punggol View

Terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan MOE Kindergarten @ Punggol

Green! Dalam tempoh singkat selama 2 tahun, Athena telah berubah daripada

seorang yang pendiam, pemalu dan tidak bertutur dalam Bahasa Cina kepada

seorang yang ramah-tamah, berani dan bersikap ingin tahu. Sekarang, Athena suka belajar Bahasa Cina dan dia boleh bertutur dalam Bahasa Cina dengan yakin. Terima

kasih atas didikan anda yang baik!

Ibu bapa Athena Lee, MOE Kindergarten @

Punggol Green

Penghargaandan Perakuan

Ibu Bapa

11

Page 12: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

12

Penggal dan cuti Tadika MOE mengikuti kalendar persekolahan MOE.

Jadual ProgramK1 dan K2 (Program MK 4 Jam)

Sesi Pagi

Sesi Petang

8pg - 12tgh

1ptg - 5ptg

Pusat-pusat KCare beroperasi dari 7pg - 7mlm, Isnin hingga Jumaat, termasuk cuti sekolah. Ia ditutup untuk 6 hari setiap tahun, selain daripada cuti umum yang diwartakan. Tarikh penutupan Tadika MOE dan pusat-pusat KCare akan diselaraskan agar tarikh-tarikh ini sepadan sejauh mungkin.

Untuk maklumat tentang yuran dan bantuan kewangan, sila layari www.moe.gov.sg/moekindergarten.

Kelayakan ProgramProgram

Tadika 1 (K1)

Tadika 2 (K2)

Kindergarten Care (KCare)

KelayakanKanak-kanak berumur 5 tahun padatahun kemasukanKanak-kanak berumur 6 tahun padatahun kemasukanKanak-kanak berdaftar di Tadika MOE

Kanak-kanak K1 dan K2 yangmenghadiri Sesi Pagi Tadika MOE

Kanak-kanak K1 dan K2 yangmenghadiri Sesi Petang Tadika MOE

K1 dan K2 (Program sepanjang hari MK & KCare)7pg - 8pg (KCare)8pg - 12tgh (MK)12tgh - 7mlm (KCare)

7pg - 1tgh (KCare)1tgh - 5ptg (MK)5ptg - 7mlm (KCare)

Page 13: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

Jurong WestMOE Kindergarten @ FrontierMOE Kindergarten @ Westwood

PunggolMOE Kindergarten @ Oasis*MOE Kindergarten @ Punggol Cove*MOE Kindergarten @ Waterway*

SengkangMOE Kindergarten @ Springdale

Telok BlangahMOE Kindergarten @ Blangah Rise

WoodlandsMOE Kindergarten @ Riverside

13

Rumah Terbuka: 8 April 2017, 9pg - 2ptgPendaftaran: 8 dan 10 April 2017, 9pg - 2ptg

Rumah Terbuka: 1 April 2017, 9pg - 2ptgPendaftaran: 1 dan 3 April 2017, 9pg - 2ptg

Kemasukan Tadika 1 pada 2018Kunjungi kami di Rumah Terbuka kami pada April 2017! Sila mendaftar untuk Rumah

Terbuka di www.moe.gov.sg/moekindergarten.Pendaftaran untuk kemasukan Tadika 1 pada 2018 akan diterima pada hari

Rumah Terbuka dan hari Isnin seterusnya.

Bukit BatokMOE Kindergarten @ Dazhong

Bukit PanjangMOE Kindergarten @ West Spring

Farrer ParkMOE Kindergarten @ Farrer Park

PunggolMOE Kindergarten @ Punggol GreenMOE Kindergarten @ Punggol View

SembawangMOE Kindergarten @ Northoaks

SengkangMOE Kindergarten @ Fernvale LinkMOE Kindergarten @ Sengkang Green

TampinesMOE Kindergarten @ Tampines

YishunMOE Kindergarten @ Yishun

Pendaftaran ini terbuka kepada semua kanak-kanak Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap yang dilahirkan antara 2 Januari 2013 dan 1 Januari 2014 (termasuk kededua tarikh ini). Sila kunjungi lelaman web kami untuk maklumat tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran.

*Tadika baru MOE yang akan dibuka pada 2018. Rumah Terbuka dan Pendaftaran untuk tadika-tadika MOE ini akan dianjurkan serentak di MOE Kindergarten @ Punggol View and MOE Kindergarten @ Punggol Green.

Page 14: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

1

13

16

17

14

15

2

1

3

10 9

7 45

86

18

11

12

1

14 17

BARAT

BUKIT BATOKMK@Dazhong

Dazhong Primary School35 Bukit Batok St 31Singapore 6594416896 [email protected]

16JURONG WESTMK@Frontier*

Frontier Primary School 20 Jurong West St 61 Singapore 6482006686 [email protected]

MK@Westwood*Westwood Primary School1 Jurong West St 73Singapore 6491886316 [email protected]

15BUKIT PANJANGMK@West Spring*

West Spring Primary School60 Bukit Panjang Ring Road Singapore 6799466892 [email protected]

UTARA

SEMBAWANGMK@Northoaks*

Northoaks Primary School61 Sembawang DriveSingapore 7576226481 [email protected]

3

YISHUNMK@Yishun*

Blk 318A Yishun Avenue 9#01-126 Singapore 7613186710 [email protected]

14

LokasiKami

2WOODLANDSMK@Riverside*

Riverside Primary School110 Woodlands CrescentSingapore 7378036362 [email protected]

Page 15: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

7

9 11

18

TIMUR

TAMPINESMK@Tampines

Blk 489C Tampines St 45#01-171 Singapore 5224896782 [email protected]

1312TELOK BLANGAHMK@Blangah Rise*

Blangah Rise Primary School91 Telok Blangah HeightsSingapore 1091006274 [email protected]

SELATAN

FARRER PARKMK@Farrer Park

Farrer Park Primary School2 Farrer Park RoadSingapore 2175676341 [email protected]

TIMUR LAUT

PUNGGOL6 MK@Punggol Green*

Punggol Green Primary School98 Punggol WalkSingapore 8287726443 [email protected]

MK@Punggol View*Punggol View Primary School9 Punggol PlaceSingapore 8288456659 [email protected]

SENGKANGMK@Fernvale Link*

Blk 470A Fernvale Link#01-410 Singapore 7914706241 [email protected]

8

10

5 MK@Punggol Cove* Punggol Cove Primary School 52 Sumang WalkSingapore 8286746872 [email protected]

MK@Waterway*Waterway Primary School 70 Punggol DriveSingapore 8288026872 [email protected]

Sengkang Green Primary School15 Fernvale RoadSingapore 7976366241 [email protected]

MK@Sengkang Green* MK@Springdale*Springdale Primary School71 Anchorvale LinkSingapore 5447996384 [email protected]

4 MK@Oasis* Oasis Primary School 71 Edgefield Plains Singapore 828716 6872 2220 [email protected]

15

*Kemudahan Kindergarten Care disediakan

Page 16: 16059 MOE A5 Brochure(Malay) · PDF fileprasekolah di Singapura. ... awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan

6872 [email protected]/moekindergarten

Kementerian Pendidikan

Dicetak pada tahun 2017 Feb