8
257 Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS BUNGA TANAH RENDAH DI BAWAH STRUKTUR PELINDUNG HUJAN BERKOS RENDAH (SEPARA TERTUTUP- HALFMOON) Rasmuna Mazwan Muhammad 1 , Ahmad Zairy Zainol Abidin 1 , Rahayu Anang 2 , Norfadzilah Ahmad Fadzil 2 , Siti Zahrah Ponari 1 dan Nur Hayati Suratmam 1 1 Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes 2 Pusat Penyelidikan Hortikultur 17.1. PENGENALAN Sektor sayur-sayuran merupakan salah satu sektor utama dalam industri agromakanan negara. Merujuk kepada Statistik Tanaman (Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia), sektor sayur-sayuran telah meningkat nilai jualan keseluruhan daripada RM2,139 juta (2010) kepada RM2,231 juta (2019). Permintaan terhadap sayur-sayuran juga meningkat yang mana penggunaan per kapita daripada 54.7 kg/orang setahun (2010) kepada 83.37 kg/orang setahun (2019). Dengan unjuran peningkatan jualan dan pengambilan yang semakin tinggi terhadap sayur-sayuran negara, pelbagai strategi telah dirangka untuk mengimbangi permintaan ini dengan usaha untuk meningkatkan produktiviti dan keluasan kawasan bertanam, menambah baik kaedah lepas tuai dan logistik pemasaran dan mengukuhkan sektor sayuran organik. Fokus utama perancangan ini adalah lebih terarah kepada jenis-jenis sayuran utama dalam negara seperti sawi, bayam, timun, kangkung dan lain-lain seperti yang direncanakan dalam Dasar Agromakanan Negara 2011 – 2020. Namun begitu, dalam masyarakat Malaysia, pelbagai pilihan sayuran menjadi pilihan selain daripada jenis sayuran utama menjadi pilihan antaranya kubis bunga, brokoli, asparagus dan lain-lain lagi. Terdapat usaha para petani untuk menanam sayur-sayuran ini dalam negara tetapi terdapat beberapa masalah seperti kesesuaian suhu, kesesuaian tanah dan daya tahan sayuran tersebut untuk tahan lama bagi tujuan pemasaran. Bagi masalah kesesuaian suhu, kawasan bertanam di tanah tinggi menjadi pilihan seperti di Cameron Highlands, Pahang dan Ranau, Sabah. Walau bagaimanapun, kini kawasan- kawasan ini semakin terhad untuk dijadikan kawasan bertanam kerana faktor persaingan dengan sektor pelancongan. Oleh itu perlunya ada satu alternatif untuk membolehkan tanaman sayuran ini ditanam di kawasan tanah rendah untuk meningkatkan tahap pengeluaran yang diperlukan dalam negara.

17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

257

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020 Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes

17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS BUNGA TANAH RENDAH DI BAWAH STRUKTUR PELINDUNG HUJAN BERKOS RENDAH (SEPARA TERTUTUP- HALFMOON)Rasmuna Mazwan Muhammad1, Ahmad Zairy Zainol Abidin1, Rahayu Anang2,

Norfadzilah Ahmad Fadzil2, Siti Zahrah Ponari1 dan Nur Hayati Suratmam1

1Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes2Pusat Penyelidikan Hortikultur

17.1. PENGENALANSektor sayur-sayuran merupakan salah satu sektor utama dalam industri

agromakanan negara. Merujuk kepada Statistik Tanaman (Sub-sektor Tanaman

Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia), sektor sayur-sayuran telah meningkat

nilai jualan keseluruhan daripada RM2,139 juta (2010) kepada RM2,231

juta (2019). Permintaan terhadap sayur-sayuran juga meningkat yang mana

penggunaan per kapita daripada 54.7 kg/orang setahun (2010) kepada 83.37

kg/orang setahun (2019). Dengan unjuran peningkatan jualan dan pengambilan

yang semakin tinggi terhadap sayur-sayuran negara, pelbagai strategi telah

dirangka untuk mengimbangi permintaan ini dengan usaha untuk meningkatkan

produktiviti dan keluasan kawasan bertanam, menambah baik kaedah lepas

tuai dan logistik pemasaran dan mengukuhkan sektor sayuran organik. Fokus

utama perancangan ini adalah lebih terarah kepada jenis-jenis sayuran utama

dalam negara seperti sawi, bayam, timun, kangkung dan lain-lain seperti yang

direncanakan dalam Dasar Agromakanan Negara 2011 – 2020.

Namun begitu, dalam masyarakat Malaysia, pelbagai pilihan sayuran

menjadi pilihan selain daripada jenis sayuran utama menjadi pilihan antaranya

kubis bunga, brokoli, asparagus dan lain-lain lagi. Terdapat usaha para petani

untuk menanam sayur-sayuran ini dalam negara tetapi terdapat beberapa

masalah seperti kesesuaian suhu, kesesuaian tanah dan daya tahan sayuran

tersebut untuk tahan lama bagi tujuan pemasaran. Bagi masalah kesesuaian

suhu, kawasan bertanam di tanah tinggi menjadi pilihan seperti di Cameron

Highlands, Pahang dan Ranau, Sabah. Walau bagaimanapun, kini kawasan-

kawasan ini semakin terhad untuk dijadikan kawasan bertanam kerana faktor

persaingan dengan sektor pelancongan. Oleh itu perlunya ada satu alternatif

untuk membolehkan tanaman sayuran ini ditanam di kawasan tanah rendah

untuk meningkatkan tahap pengeluaran yang diperlukan dalam negara.

Page 2: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

258

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020

Antara alternatif yang dicadangkan adalah dengan menggunakan pendekatan

struktur pelindung hujan (SPH) yang membolehkan tanaman ditanam di

kawasan bukan habitat utama dan juga bagi membantu pengawalan suhu dan

perosak sekiranya ditanam di kawasan luar habitat utamanya. Antara sayuran

yang telah dipindahkan daripada habitat tanaman yang lazim seperti tomato,

kubis bulat dan strawberi. Satu lagi prospek tanaman yang dilihat boleh

diketengahkan untuk ditanam di tanah rendah ialah kubis bunga. Kubis bunga

merupakan sayuran yang sensitif terhadap panas dan sejuk yang melampau,

berbanding dengan kubis bulat. Suhu percambahan tanah optimum bagi kubis

bunga adalah pada 25 °C. Namun begitu, kubis bunga ini mempunyai prospek

dan sangat popular dalam kalangan pengguna terutama dari kultivar putih.

17.2. LATAR BELAKANGKubis bunga (Brassica olerace) merupakan sayur iklim hawa sederhana yang

popular di Malaysia. Hasil tinjauan, hanya sebilangan kecil pengusaha

yang menanam kubis bunga. Kebanyakan penanaman kubis bunga yang

dijalankan oleh pengusaha di Tanah Tinggi Cameron Highlands adalah secara

organik. Pemilihan praktis penanaman adalah bergantung kepada keperluan

merangkumi, permintaan pasaran semasa, infrastruktur, kemudahan dan jenis

tanah. Negara China dan India merupakan pengeluar terbesar kubis bunga

dengan jumlah pengeluaran 25.2 juta tan metrik; bersamaan 72.9% daripada

jumlah pengeluaran keseluruhan dunia. Berdasarkan Statistik Tanaman Sayur-

sayuran dan Tanaman Ladang, kubis bunga adalah antara jenis sayuran

utama yang tersenarai dalam senarai import negara (Jabatan Pertanian 2018).

Penanaman kubis bunga di Malaysia banyak tertumpu di kawasan tanah tinggi

iaitu Cameron Highlands, Pahang (137.9 ha) dan Ranau, Sabah (392.8 ha)

(Jadual 17.1).

Jadual 17.1: Keluasan bertanam, luas berhasil pengeluaran mengikut kawasan

Kawasan Luas Bertanam (ha) Luas Berhasil (ha) Pengeluaran (t)

Cameron Highlands 137.90 128.20 1,957.50

Ranau 392.80 392.80 2674.30

Jempol (Negeri Sembilan) 3.40 3.40 18.51

Kinta (Perak) 1.38 1.38 5.81

Keseluruhan 535.48 525.78 4,656.12

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, 2018

Page 3: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

259

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020 Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes

Pengeluaran kubis bunga di Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak

4,656 tan metrik pada tahun 2018 berbanding 6,586 tan metrik pada tahun

2014. Antara faktor yang mempengaruhi penurunan adalah luas kawasan

bertanam yang berkurangan dan seterusnya mendatar bermula dari tahun

2016 – 2018 (Rajah 17.1).

Sumber: Perangkaan tanaman sayur-sayuran dan tanaman ladang 2018, DOA.

Rajah 17.1: Keluasan bertanam dan pengeluaran bagi kubis bunga di Malaysia

Produk kubis bunga yang diimport daripada negara China merupakan

saingan kepada produk kubis bunga tempatan. Nilai import kubis bunga dari

negara China adalah berjumlah USD66.13 juta bagi tahun 2018. Manakala nilai

eksport kubis bunga tempatan ke negara Singapura adalah sebanyak USD1.97

juta. Harga purata semasa bagi peringkat ladang kubis bunga ialah RM5/kg.

Manakala harga purata borong ialah RM6/kg dan harga purata runcit sejumlah

RM7.50/kg. Walau bagaimanapun harga pasaran ini berbeza mengikut varieti

dan pasaran semasa (FAMA 2018 survei 2020). Secara amnya, penggunaan per

kapita kubis bunga di Malaysia ialah 1.95 kg/tahun. Pengeluaran dalam negara

didapati tidak mencukupi untuk menampung permintaan pasaran tempatan

yang tinggi. Berdasarkan daripada beberapa situasi yang telah dinyatakan

telah membawa kepada kepentingan kajian ini dilaksanakan. Kajian penilaian

ekonomi daya maju pengeluaran ini sekali gus memberi panduan dan rujukan

kepada petani dan pengusaha yang ingin memulakan penanaman kubis bunga

di kawasan tanah rendah.

Maklumat sokongan pasaran dan ekonomi yang dikongsi dalam

laporan ini juga merupakan hasil kajian yang telah dijalankan dalam Projek

Pembangunan Sayur-sayuran dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Page 4: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

260

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020

17.3. METODOLOGI KAJIAN

17.3.1. Pengumpulan dataInstrumen utama untuk kajian ini terdiri daripada data yang diperoleh melalui

temu bual dan set soal selidik secara bersemuka. Bagi mendapatkan gambaran

awal, melibatkan eksplorasi dengan lawatan ke plot tanaman. Seterusnya kajian

kes dilaksanakan ke atas tiga orang petani yang aktif dalam penanaman kubis

bunga iaitu di sekitar Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang. Fasa seterusnya

melibatkan pengumpulan data kos-kos dengan merujuk pasukan kajian dari

Pusat Hortikultur, MARDI. Pengumpulan data bermula pada Februari – Julai

2020.

17.3.2. Analisis data: Penilaian daya maju dan ekonomi pengeluaranAnalisis penilaian daya maju dan ekonomi pengeluaran dilaksanakan untuk

mengukur margin keuntungan yang dijangka akan diperoleh oleh petani dalam

aktiviti penanaman melibatkan penanaman kubis bunga di bawah teknologi

pengeluaran kubis bunga tanah rendah di bawah struktur pelindung hujan berkos

rendah (separa tertutup - half moon). Sama ada ia mampu untuk menampung

semula jumlah pelaburan dalam tempoh yang ditetapkan. Secara umumnya

penilaian daya maju dan ekonomi pengeluaran ditentukan oleh persekitaran

semula jadi, dasar sokongan, produktiviti buruh, produktiviti tanah dan lain-

lain. Petunjuk kewangan adalah yang paling penting kerana ia kaedah termudah

untuk membuktikan daya maju ekonomi sesuatu teknologi pengeluaran dalam

pertanian (Slavickiene dan Savickiene 2014).

17.4. DAPATAN KAJIANPemindahan teknologi disasarkan dengan memberi tumpuan kepada

pengeluaran kubis bunga dari varieti Hibrid C2 (1360: Green Eagle) tanah

rendah berskala komersial melibatkan keluasan 1 ha. Projek adalah berdaya

maju dengan kepadatan maksimum 22,000 batang pokok dengan prestasi purata

hasil sepokok mencapai 0.5 kg. Analisis ekonomi ini adalah berdasarkan pakej

struktur pelindung hujan berkos rendah (separa tertutup). Pada anggaran purata

harga ladang RM5/kg yang dianggap menjana kepada 10,450 kg pengeluaran

setiap musim (dengan andaian 5% kehilangan lepas tuai). Maklumat item

analisis ekonomi pengeluaran yang terlibat bagi kubis bunga adalah seperti

dalam Jadual 17.2.

Page 5: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

261

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020 Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes

Nilai Kini Bersih (Net Present Value, NPV), Kadar Pulangan Dalaman

(Internal Rate Return, IRR), nisbah kos faedah (Benefit Cost Ratio, BCR) dan

tempoh pulang modal merupakan indikator utama yang menjadi penentu bagi

analisis penilaian daya maju sesuatu projek. Nilai Kini Bersih (Net Present

Value, NPV) bagi teknologi pengeluaran kubis bunga di tanah rendah yang

dibangunkan oleh MARDI menunjukkan nilai positif sebanyak RM30,622.00.

NPV secara amnya menunjukkan nilai pulangan untuk masa depan. Semakin

besar nilai, semakin berdaya maju projek tersebut.

Jadual 17.2: Maklumat asas penanaman kubis bunga bulat tanah rendah di bawah struktur pelindung hujan (berkos rendah)

PERKARA

Varieti Kubis bunga Hibrid C2 (1360: Green Eagle)

Jarak Penanaman 50 cm x 50 cm

Tempoh Pusingan (semusim) 120

Kepadatan Pokok (1 ha) 22,000

Purata Hasil Sepokok (kg) 0.5

Hasil Bersih Per kg/Musim (Sehektar) 10,450

Purata Harga Ladang RM5

Jadual 17.3: Analisa daya maju pengeluaran teknologi penanaman kubis bunga tanah rendah di bawah struktur pelindung hujan berkos rendah (separa tertutup-halfmoon)

ANALISIS EKONOMI PENGELUARAN

Margin/Untung bersih semusim (3 bulan) RM15,519.75

Keuntungan Bersih/kg (RM/kg sebulan) RM3,879.94

Kos Pengeluaran 1 kg RM3.51

Titik Pulang Modal (kg/bulan) 1,798 kg

Nilai kini bersih (NPV) @ 10% RM30,622

Kadar pulangan dalaman (IRR) @ 10% 16%

Nisbah faedah kos (BCR) 1.06

Tempoh pulang modal 4 tahun

Nota kaki:- Pengiraan tersebut adalah berdasarkan anggaran dan mengikut harga semasa pasaran- Harga ladang merujuk kepada harga purata pasaran terkini merujuk data harga FAMA (2018)

dan survei (2020)- Tarif bagi air dan elektrik pada kadar komersial

Hasil daripada pengiraan kos pengeluaran mendapati bahawa keuntungan

bersih yang diterima petani adalah dalam julat RM3,879.94 sebulan bersamaan

RM15,519.75 bagi semusim dengan anggaran kos pengeluaran bagi 1 kg kubis

bunga ialah RM3.51 (Jadual 17.3).

Page 6: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

262

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020

Manakala Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate Return, IRR) kira-

kira 16% yang mana nilai kadar pulangan dalaman yang melebihi 12%

sesungguhnya dianggap ekonomik. IRR merupakan indikator penentuan bagi

keberuntungan sesuatu projek yang dilaksanakan. Merujuk kepada kadar

pulangan projek serta kos modal yang telah dilaburkan, dalam bentuk peratus.

Kadar tempoh pulangan modal ialah mengambil masa empat tahun (bersamaan

pusingan ke-12). Tempoh pulang modal pula menunjukkan masa yang diambil

bagi mendapatkan semula modal pelaburan asal yang telah dikeluarkan oleh

pengusaha dengan nisbah kos faedah (Benefit Cost Ratio, BCR) sekurang-

kurangnya RM1.06. Setiap RM1.00 yang dilaburkan akan mendapat pulangan

sejumlah RM0.06 (Rujuk Jadual 17.3).

17.5. RUMUSAN DAN SARANANi. Secara keseluruhannya, analisis daya maju ekonomi membuktikan

teknologi pengeluaran kubis bunga di bawah pakej struktur pelindung

hujan berkos rendah ialah berdaya maju. Kajian penilaian ekonomi daya

maju pengeluaran ini sekali gus memberi panduan dan rujukan kepada

petani dan pengusaha yang ingin memulakan penanaman kubis bunga di

kawasan tanah rendah.

ii. Untuk pelaksanaan lebih kompetitif, beberapa aspek perlu diberi tumpuan

dengan mengurangkan kos operasi dan kos infrastruktur, menambahkan

pusingan dan kepadatan tanaman.

iii. Bagi menjana pendapatan tambahan, pengusaha juga boleh menjadikan

kubis bunga dan daun kubis bunga sebagai produk hiliran, terutama bagi

yang tidak menepati gred jualan.

17.6. RUJUKANJabatan Pertanian Malaysia (2013). Booklet Statistik Tanaman (Sub-Sektor Tanaman

Makanan)

Jabatan Pertanian Malaysia (2018). Perangkaan tanaman sayur-sayuran dan tanaman

ladang 2018

Jabatan Pertanian Malaysia (2020). Booklet Statistik Tanaman (Sub-Sektor Tanaman

Makanan)

Ronald, D.K. dan William, M.E. (1999). Farm Management. The Mc Graw Hill, Inc.

Singh, B.K., Singh, B. dan Singh, P.M. (2018). Breeding Cauliflower: A Review.

International Journal of Vegetable Science, 24(1): 58 – 84

Slavickiene, A. dan Savickiene, J. (2014). Comparative Analysis Of Farm Economic

Viability Assessment Methodologies European Scientific Journal, ISSN: 1857 –

7881. 10(7)

Tridge (2019). Cauliflower in Malaysia. Diakses pada 10 Januari 2020 dari https://www.

tridge.com/products/cauliflower/MY?q=cauliflower%20malaysia

Page 7: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

263

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020 Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes

17.7. LAMPIRAN

Lampiran 17.1: Penanaman di bawah SPH (plot percubaan MARDI)

Lampiran 17.2: Penanaman di bawah Struktur Pelindung Hujan plot percubaan MARDI

Page 8: 17. PENILAIAN EKONOMI BAGI TEKNOLOGI PENGELUARAN …

264

Laporan Kajian Sosioekonomi 2020

Lampiran 17.3: Varieti hibrid C2 (1360: Green Eagle)

Lampiran 17.4: Prestasi purata hasil sepokok mencapai 400 – 500 g