17520045 Teori Behaviorisme 1707

  • Upload
    geetha

  • View
    239

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pendidikan kanak-kanak

Citation preview

  • TEORI TINGKAH LAKU PENDEKATAN DOMAIN TERHADKUMPULAN 3Nama Ahli Kumpulan :

    Nor Aimi Hj Harun M20082000543Nurul Rofishah M. Saad M20082000420 Santhi A/P Vinayagam M20082000564Norhamiza Zakaria M20082000419Nor Zainiah Yahiya M20082000418

  • MAKSUD TINGKAH LAKU

    Tingkah laku bersandarkan dari perkataan KEPERIBADIAN.KEPERBADIAN merujuk dari perkataan personality dari Bahasa Inggeris .Perkataan personality tersebut berasal dari perkataan Latin-Persona, yang bermaksud topeng.

    -Maksud dari penggunaan istilah ini adalah untuk menggambarkan perilaku, watak atau peribadi seseorang yang dalam manifestasi kehidupan sehari-hari membawa sifat dirinya yang sebenar.

  • TEORI-TEORI TINGKAH LAKUWhiterington (dalam Rumini,1988:140) menggambarkan tingkahlaku sebagai sesuatu yang diintegrasikan. Ianya merupakan hasil dari suatu pertumbuhan yang lama dalam suatu lingkungan kultural (budaya). Hall dan Lindzey (1993:5-6) ,sebuah teori tingkahlaku sebaiknya mampu memberikan jawapan atau pertanyaan sekitar apa, bagaimana, dan mengapa tentang tingkah laku manusia. Guthrie(Sarwono:1996) juga mengemukakan bahawa tingkah laku manusia itu secara keseluruhan dapat dipandang sebagai deretan-deretan tingkah laku yang terdiri dari unitunit. Unitunit tingkah laku ini merupakan reaksi atau respons dari perangsang atau stimulus sebelumnya, dan kemudian unit tersebut menjadi pula stimulus yang kemudian menimbulkan response bagi unit tingkah laku yang berikutnya.

  • *Teori Tingkah lakuPsikologis tingkah laku -perubahan dalam tingkahlaku bukan keupayaan mental.Pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu-kemahiran fizikal- pendekatan domain psikomotor bukan kognitif.Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia.Sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi secara kerap.Pembelajaran perlakuan baru berdasarkan persekitaran dan bukan disebabkan keupayaan mental.Diasaskan oleh Ivan PavlovDiperkembangkan oleh J.B.Watson, B.F.Skinner dan E.L.Thorndike.

  • *Teori tingkah laku Dalam proses pembelajaran mazhab ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindakbalas.Peranan otak tidak diambilkira.Penguasaan sesuatu aspek pembelajaran memerlukan banyak latihan untuk mewujudkan kebiasaan @ tabiat.Penggunaan bahan sokongan,contoh jelas, rancanan pembelajaran yang menarik dan berkesan disediakan untuk mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna.

  • Sebuah teori tingkahlaku biasanya memiliki dimensi-dimensi berikutPerbahasan tentang struktur- yakni aspek-aspek keperibadian yang bersifat relatif stabil dan tetap, dan merupakan unsur-unsur pembentukan keperibadian.Perbahasan tentang proses-yakni konsep-konsep tentang motivasi untuk menjelaskan dinamika tingkahlaku atau keperibadian.Perbahasan tentang pertumbuhan dan perkembangan -yakni aneka perubahan pada struktur sejak bayi sampai mencapai kematangan, perubahan-perubahan pada proses yang menyertainya serta berbagai faktor yang menentukannya.Perbahasan tentang Psikopatologi-yakni hakikat gangguan keperibadian dan tingkah laku beserta asal-usul dan proses perkembangan.Perbahasan tentang perubahan tingkahlaku -yakni konsep tentang bagaimana tingkah laku boleh dimodifikasikan atau diubah. Berdasarkan konsep ini, sebuah teori keperibadian selanjutnya mengemukakan suatu model psikoterapi atau cara-cara membantu mengubah bentuk-bentuk tingkahlakunya yang menganggu atau menyimpang.Pervin (Hall dan Lindzey :5-6)

  • Mahzab Behaviorisme ( Tingkah laku)

    Bidang ilmu yang mengkaji tentang tingkah laku manusia. Teori yang bersifat umum ini dirumuskan oleh John B. Watson (1878-1958) Behaviorisme biasanya digunakan untuk melukiskan isi sejumlah teori yang saling berhubungan di bidang psikologi, sosiologi dan ilmuilmu tingkah laku.Behaviorisme wujud dari gabungan empirisme (gejala psikologi),Hedonisme( falsafah etika) dan utilitarianisme( segala t/l tunduk pada prinsip ganjaran & hukuman).

    Behaviorisme lahir sebagai reaksi terhadap introspeksionisme (yang menganalisis jiwa manusia berdasarkan laporanlaporan subjektif) dan juga psikoanalisis (yang berbicara tentang alam bawah sedar yang tidak nampak). Behaviorisme ingin menganalisis hanya perilaku yang nampak saja, yang dapat diukur, dilukiskan, dan diramalkan . Dikenali juga sebagai teori belajar.Menurut mereka,perilaku manusia kecuali instinct adalah hasil belajar. Belajar ertinya perubahan perilaku organisme sebagai pengaruh lingkungan kultur.

  • *Teori Tingkahlaku

  • *IVAN PAVLOVFahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviorisme. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviorisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dog-salivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat.

    Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu.

  • *TEORI PELAZIMAN KLASIKPendekatan ini menerap prinsip pelaziman klasik dan penghapusan yang mula diasas oleh Ivan Pavlov. Prinsipnya menggunakan paradigma pembolehubah perantara bagi menghasilkan perubahan tingkahlaku. RANGSANGANGERAK BALASPENEGUHAN

  • *samb. Teori Pelaziman KlasikDalam teori ini, tingkahlaku (GB) terhasil dari rangsangan. Tingkahlaku tersebut diperkukuh dengan wujudnya peneguhan (P) selepas terhasil tingkahlaku yang baru.

    Contohnya, seorang pelajar selepas tamat sekolah terdengar bunyi loceng penjaja di luar kawasan sekolah. Pelajar mendekati penjaja tersebut dan mendapati penjaja menjual ais krim. Pelajar membeli ais krim dan menikmati kelazatan ais krim.

    Perkara ini berulang setiap hari. Akibatnya, setiap kali loceng berbunyi, pelajar akan mengingati kelazatan ais krim dan keinginan membeli dan mendapatkan ais krim akan menjadi satu desakan dalam diri.

  • *Pada mulanya bunyi loceng merupakan rangsangan tidak terlazim. Pelajar membeli ais krim dan menghirup ais krim merupakan gerak balas. Pelajar dapat merasa kelazatan ais krim merupakan peneguhan ke atas gerak balasnya membeli ais krim.

    Pelajar tetap akan mengingati serta gambaran imej pengalamannya dapat menikmati kelazatan ais krim. Pada masa yang lain, bunyi loceng yang sama sudah mencukupi bagi pelajar mengingati ais krim. Bunyi loceng sudah berubah menjadi rangsangan terlazim. Pelajar akan sentiasa tergerak membeli ais krim selepas tamat waktu sekolah. samb. Teori Pelaziman Klasik

  • *GERAK BALAS EMOSIDua rangsangan dikemukakan serentak menyebabkan rangsangan pertama menerbitkan gerak balas. Apabila memasangkan kedua-dua rangsangan, rangsangan kedua mula menerbitkan gerak balas yang sama.

    Manusia kadang-kadang bergerak balas secara emosi terhadap rangsangan neutral.

    Contohnya bila rangsangan dikaitkan dengan sesuatu yang buat kita tenteram dan gembira, akan menerbitkan perasaan tenteram dan gembira.

    Bila sesuatu rangsangan yang merangsang kita takut dan bimbang, maka perasaan takut dan bimbang terus timbul.

  • *BOLEH DIGENERALISASIKANApabila manusia belajar sesuatu gerak balas terlazim kepada rangsangan baru, mereka juga boleh bergerak balas dengan cara yang sama kepada rangsangan yang seakan-akan serupa dikenali sebagai Generalisasi.

    Contohnya : Seorang budak bimbang dengan latihan Matematik tajuk Pecahan, mungkin mengeneralisasikan perasaan bimbang tersebut pada tajuk Matematik yang lain.

  • *PROSES PENGHAPUSANPemerhatian Pavlov menunjukkan bahawa gerak balas terlazim tidak semestinya kekal berterusan.

    Contoh : Dengan menggandingkan bunyi loceng dengan daging, beliau telah melazimkan anjing untuk keluar air liur apabila loceng berbunyi sahaja.

    Apabila loceng dibunyikan berulang kali tanpa daging, anjing kurang mengeluarkan air liur. Akhirnya anjing tidak lagi mengeluarkan air liur walaupun loceng dibunyikan.

  • *samb. Proses PenghapusanMaka rangsangan terlazim (loceng) dikemukakan berulang kali tanpa rangsangan tidak terlazim (daging), gerak balas terlazim mungkin akan berkurangan dan akhirnya terhapus.

    Pengurangan secara beransur-ansur pada gerak balas terlazim ini, kerana tidak lagi berlaku serentak dengan rangsangan tidak terlazim dinamakan Penghapusan.

  • *Thorndike

    Edward Lee Thorndike (1874-1949)Seorang pendidik & psikologi berkebangsaan Amerika, mengemukakan bahawa belajar merupakan peristiwa terbentuknya asosiasi asosiasi antara peristiwa- peristiwa yang disebut stimulus (S) dengan respon (R). Stimulus adalah suatu perubahan dari lingkungan eksternal yang menjadi tanda untuk mengaktifkan organisma untuk beraksi \ berbuat, sedang respon adalah sebarang tingkah laku yang dimunculkan kerana adanya perangsang. Teori belajar yang dikemukakan Thorndike sering disebut dengan teori asosiasi. Thorndike mengemukakan bahawa terjadinya asosiasi antara stimulus & respon mengikuti hukum- hukum yang telah ditentukan

  • *Teori tingkah laku ThorndikeSeorang paderi & pengasas psikologi di A.Syarikat.Popular pelaziman operan.kajian-kajian terhadap haiwan- proses cuba jaya membentuk kebiasaan.Menjalankan beberapa eksperimen kucing,ikan, anjin dan monyet.

  • *Percubaan terkenal

    Eksperimen terhadap kucingKucing dikurung dalam kotak yang ada penekan.Penekan ditekan pintu akan terbuka-kucing dapat melepaskan diri.Letakkan makanan di luar kotak, kucing dibiarkan berlapar beberapa hari.Kucing melakukan pelbagai tindakan untuk melepaskan diri-tertekan penekanMasa untuk melepaskan diri semakin berkurangan.

  • *Kesimpulan kajianHubungan rangsangan dan tindak balas berlaku tanpa sebarang proses media pemikiran cuba jayaProses pembelajaran manusia juga sama.Walaupun manusia mempunyai keupayaan belajar lebih baik, mereka juga boleh belajar dengan cara yang mudah dan mekanikal seperti yang dilakukan oleh haiwan.

  • *Proses pembelajaranAspek penting- motivasi,ganjaran dan deraan- penghasilan tingkah laku yang baik.Singkatan teori ini S-R(stimulus & response)S-R dihasilkan melalui beberapa hukum utama iaitu:

  • *Hukum S-RHukum kesediaan persiapan yang terdapat dalam diri individu sebelum ia dapat bertindak.Hukum latihan S-R akan bertambah kukuh jika terdapat latihan.Hukum kesan- S-R kukuh bila terdapat kesan yang memuaskan selepas sesuatu gerakbalas. Hubungan S-R akan lemah jika tindak balas dilakukan oleh sesuatu yang menyakitkan.

  • *Ciri-ciri mazhab behaviurismePembelajaran adalah satu tabiatPengukuhan adalah satu syarat penting dalam pembelajaran.Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.Mengutamakan model terbaik.Mewujudkan operasi rangsangan dan tindakbalas dalam pengajaran Pembelajaran hendaklah berdasarkan persekitaran yang konkrit dan nyata.

  • *TOKOH TEORI TINGKAH LAKU

    B.F. SKINNER

  • *Skinner memiliki tiga pandangan dasar dalam membangun teorinya: i) Behavior is lawful (perilaku memiliki hukum tertentu) ii) Behavior can be predicted (perilaku dapat diramalkan) iii) Behavior can be controlled (perilaku dapat dikawal)

  • *Skinner juga menekankan mengenai functional analysis of behavior. Hal ini dapat menjelaskan bahawa sebagian besar perilaku dalam kejadian sebelumnya berlaku atau bertempat pada lingkungan. Kawalan atas perstiwa ini membuat kita dapat mengawal tingkah laku.

  • *Skinner memperkenalkan dua jenis dasar tingkah laku: operants dan respondents.Operant adalah sesuatu yang dihasilkan, untuk menghilangkan stimulus yang mendorong ianya berlaku.Respondent adalah sesuatu yang diwujudkan, iaitu organism menghasilkan sebuah respondent sebagai hasil langsung dari stimulus spesifik.

  • *Menurut Skinner, cara efektif untuk meramal dan merubah tingkah laku adalah dengan peneguhan (reinforce). Pendekatan Skinner telah diaplikasikan dalam berbagai masalah-masalah praktikal, seperti dalam pendidikan, industri, profesional dan pelatihan binatang.

  • *John B Watson

    Beliau menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran

    Beliau telah mengemukakan teori pelaziman klasik

    Karyanya yang paling dikenal adalah Psychology as the Behaviourist view it (1913).

    Kajian telah dijalankan bagi membuktikan emosi manusia boleh dilazimkan secara klasik

    Psikologi Pendidikan(RamlahJantan, Mahani Razali)

  • *Kajian dilaksanakan ke atas Albert( 11 tahun) dan seekor tikus putih

    Kesimpulannya, tingkah laku seseorang boleh dipengaruhi oleh rangsangan yang diterima

    Berikan kepada saya sepuluh orang anak, maka saya akan jadikan ke sepuluh anak itu sesuai dengan kehendak saya.

  • *Pendekatan Domain -TerhadThe Need For AchivementSensation SeekingLearned Helplessness

  • *David McClelland Beliau (1917-1998), bergabung bersama Harvard University; telah membimbing program intensif untuk menyelidik berkaitan keperluan untuk pencapaian(The Need for Achievement)Membangunkan teknik bagi menunjukkan perlunya keperluan untuk pencapaian ini & menunjukkan bagaimana pelbagai tingkah laku wujud dalam pelbagai situasi Beliau menjangkakan manusia yang memilih keperluan untuk pencapaian tinggi akan melihat kehidupan dan kerjaya perlu untuk memenuhi keperluannya.(McClelland,Koestner &Weeinberger,1989)Persaingan dikatakan dapat meningkatkan minat dalaman bagi yang perlukan keperluan pencapaian tinggi.

    Back

  • *Marvin Zuckerman Beliau telah menerangkan berkaitan sensation seeking iaitu (varied, novel dan complex sensation & experience) sensation seeking dikatakan mempengaruhi dalam perubahan tingkah lakuBagi sensation seeking tinggi; cenderung melakukan aktiviti memanjat gunung, skuba dan aktiviti berbahaya yang lain. Selain itu, mereka juga gemar menghisap rokok, minum minuman berakhohol dan memandu laju hingga menyebabkan kemalanganKesimpulannya, sensation seeking tinggi akan mempengaruhi manusia bertingkah laku agresif dan negatif berbanding sensation seeking rendah.Back

  • *Martin E.P. Seligman Beliau telah membimbing kajian berkaitan domain-terhad yang dikenali learned helplessness.(mid-1960s)Kebolehan menguruskan perasaan dan stress adalah salah satu aspek lain dalam EQ yang telah dikesan mempunyai pengaruh kuat di atas kejayaan seseorangSikap seseorang yang optimis cenderung untuk bersikap spesifikSikap pesimis cenderung menganggap sesuatu itu bersifat lebih spesifikKesimpulannya, sikap optimis ke atas tingkah laku individuBack

    **