Document19

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sej stpm sem1

Citation preview

19. Huraikan sistem ekonomi kapitalisme Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga 19. (20m)

Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang Amerika Syarikat dengan Britain (1812) dan Perang Saudara (1861-1865). Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal dalam sektor perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai (1860-an hingga 1914) Pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam Sektor perindustrian. Antaranya KEKAYAAN SUMBER ASLI. Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan Pennslyvania. Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai. Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara. Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat. Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan kedatangan buruh Amerika Syarikat.Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan bandar.Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti New York , Chicago , dan Boston. Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di Amerika Syarikat. Antara pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang mencipta Telegraf , Graham Bell yang mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry Ford yang mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Kapal Terbang. Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran. Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.Dimajukan kerana kemajuan Sistem pos dan landasan kereta api. Barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan luar bandar. Seteleah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung, Antara gedung yang terkenal ialah Macy (New York), Filene (boston), Marshall Field (Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia). Pada masa yang sama, sistem pengiklanan juga wujud. Mengadakan Ekspo Perdagangan untuk memasarkan barangan yang di hasilkan oleh kilang,sebagai contoh Ekspo Antarabangsa Columbia yang diadakan di Chicago pada tahun 1893 menarik 27 juta pengunjung. Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan kapal Wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun 1807, kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap. Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya. Antara Terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu panjang. Terusan ini mengurangkan kos untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 hari kepada enam hari.Menjadi sebuah pelabuhan terkemuka di Amerika Syarikat. Negeri-negeri lain seperti Pennslyvania, Ohio, dan Indiana juga melabur dalam pembiaan terusan. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di negara tersebut.