20
   PENGENALAN  Jika disebut kraftangan, apakah yang dapat anda gambarkan? Di fikiran anda pastinya terbayang batik, tenunan, tembikar, ukiran ataupun anyaman. Dari segi etimologi, kraftangan datang dari bahasa Jerman yang bererti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Tidak dapat dinafikan, kraftangan merupakan hasil seni yang bersifat kegunaan. Kraftangan telah diterima sebagai hasil asas daripada masyarakat di Malaysia. Tukang-tukang yang mahir dalam bidang tertentu akan menghasilkan karya seni mengikut kreativiti tersendiri. Setiap kraftangan yang terhasil akan dihiasi dengan ragam hias yang unik berdasarkan alam sekitar. Namun, setiap ragam hias berbeza-beza antara satu dengan yang lain. T T o o p p i i k k  5 5   Kraf Tempatan dan Apresiasi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:  1. Membincangkan aka n nil ai-nil ai da n apr esiasi dal am karya se ni kr af tempatan; 2. Mengenal i j enis -jenis kr af te mpatan; d an 3. Me nghuraik an me ngenai motif kra f tempa tan.

20140724035539_09 HBAE4303 topik 5

Embed Size (px)

Citation preview

  • PENGENALAN Jika disebut kraftangan, apakah yang dapat anda gambarkan? Di fikiran anda pastinya terbayang batik, tenunan, tembikar, ukiran ataupun anyaman. Dari segi etimologi, kraftangan datang dari bahasa Jerman yang bererti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Tidak dapat dinafikan, kraftangan merupakan hasil seni yang bersifat kegunaan. Kraftangan telah diterima sebagai hasil asas daripada masyarakat di Malaysia. Tukang-tukang yang mahir dalam bidang tertentu akan menghasilkan karya seni mengikut kreativiti tersendiri. Setiap kraftangan yang terhasil akan dihiasi dengan ragam hias yang unik berdasarkan alam sekitar. Namun, setiap ragam hias berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

    TTooppiikk55 Kraf Tempatan dan Apresiasi

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan akan nilai-nilai dan apresiasi dalam karya seni kraf

    tempatan; 2. Mengenali jenis-jenis kraf tempatan; dan 3. Menghuraikan mengenai motif kraf tempatan.

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 61

    Rajah 5.1: Kompleks Kraf Kuala Lumpur Sumber: www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=91

    5.1 KRAF BATIK (a) BBudaya/ Kegunaan

    Kain batik dan proses penghasilannya dikatakan telah wujud sejak 2000 tahun dahulu di negeri Mesir dan Parsi. Batik juga telah digunakan sejak abad ke-7 di Jepun dan China. Manakala batik dipercayai diperkenalkan pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik dikatakan berasal dari Indonesia dan terbit daripada perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Mubin Sheppard berpendapat bahawa perusahaan batik berkembang pesat di Indonesia terutama sekali Pulau Jawa sebelum Perang Dunia Kedua dan

    Tuliskan satu esei pendek mengenai apresiasi kraf tempatan mengikut persepsi anda sendiri.

    AKTIVITI 5.1

  • 62 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    kemudiannya tersebar ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat perbezaan antara batik Malaysia dengan batik Jawa Indonesia dari aspek motif, ragam hias dan pengolahan warna. Teknik terap hitam digunakan untuk mengecap kain. Blok kain yang berukir dengan gaya ukiran timbulan akan dicelup dengan pewarna sebelum diterapkan pada kain putih pada tahun 1920an. Pada tahun 1926, pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan di Tanah Melayu.

    Rajah 5.2: Proses menghasilkan blok batik. Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur (b) MMOTIF

    Perkembangan ragamhias batik Melayu mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan ragam hias Indonesia. Menurut Mubin Sheppard:

    Kelantan designers have abandoned the traditional foliated patterns of Java and have replaced them with large flowers and leaves. The Terengganu designers use colours and patterns are nearer to the Javanese, but their composition are original.

    Sumber : Petikan dari buku Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi

    Bentuk motif dicipta dalam dua gaya iaitu gaya organik dan gaya geometrik.

    (i) MMotif Organik Motif yang berciri alam seperti awan, tumbuhan, bunga, ranting,

    pucuk, kuntum dan sebagainya.

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 63

    Bentuknya disusun secara tunggal (sekuntum) yang sering menghiasi batik ela. Terdapat juga bunga disusun dan berdahan tegak yang selalu menghiasi bahagian batik sarung. Rajah 5.3: Motif Organik - tumbuhan

    Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

    Unsur fauna seperti unggas, serangga dan haiwan yang disusun secara

    beriringan dengan motif tumbuhan. Motif dilukis dengan gaya organik tetapi dibentuk dalam seni abstrak. Terdapat juga ragam hias batik yang dilukis secara simbolik. Simbol yang dimaksudkan ialah bentuk burung garuda dengan menonjolkan bahagian sayap, kepak dan ekor dan melihatkan bahagian kepala dan kaki.

    Rajah 5.4: Motif Organik - fauna Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur Unsur benda buatan manusia seperti wayang kulit, wau, jaring ikan dan

    sebagainya juga turut dijadikan motif.

  • 64 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    Rajah 5.5: Motif Organik buatan manusia Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

    (ii) MMotif Geometrik

    Motif geometrik asli terdapat dalam susunan garis-garis halus yang terdapat bahagian kaki kain yang disebut gigi. Motif geometrik Dong-son begitu ketara dalam bentuk S yang disusun berpintal dikenali sebagai pilin berganda dan parang rosak.

    Rajah 5.6: Motif Geometrik Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 65

    (c) AALAT MEDIA DAN TEKNIK

    (i) BBATIK BLOK Dalam menghasilkan batik blok beberapa peralatan diperlukan diantaranya: Alat Blok bunga / Sarang - Untuk menerap lilin di atas kain dasar Kuali Leper - Untuk memasak campuran lilin Meja Terap - Meja yang dilapisi sekam padi, guni dan kelopak pisang

    untuk menyejukkan lilin yang diterapkan Dapur - Untuk memasak dan memanaskan lilin yang akan diterapkan

    Bahan Kain Putih - Kain dasar untuk membatik Campuran Lilin - Bahan yang terdiri daripada damar,lilin putih parafin,

    lilin lebah dan minyak kelapa yang akan diterap pada kain dan bertindak sebagai penahan warna

    Pewarna - Bahan pencelup jenis naftol Debu soda - Bahan kimia iaitu soda karbonat untuk menanggalkan dan

    membersihkan lilin semasa kain direbus Kanji - Untuk mengilatkan permukaan kain

    Proses 1) Lilin dan damar dipanaskan sehingga cair dalam kuali leper dan

    permukaan blok akan dicelupkan dalam lilin 2) Lilin diterapkan pada permukaan kain 3) Kain yang telah diterapkan dengan lilin akan dicelup ke dalam

    pewarna 4) Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untuk

    menghasilkan kain batik yang pelbagai warna 5) Lilin akan direnyuk atau dipukul dengan kayu sehingga lilin retak. 6) Kain kemudiannya direbus dengan air yang dicampur dengan bahan debu

    soda 7) Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemus sehingga kering 8) Kanji akan diletakkan supaya kelihatan berkilat dan berseri.

    Mari kita lihat rajah 5.7 bagi lebih memahami proses batik blok.

  • 66 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    Rajah 5.7: Proses Penghasilan batik blok Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur

    (ii) BBATIK CANTING Dalam menghasilkan batik canting beberapa peralatan diperlukan di antaranya: ALAT, MEDIA DAN TEKNIK Alat Canting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan untuk

    melukis corak pada kain. Pemidang - Alat yang diperbuat daripada kayu untuk meregangkan kain

    dasar untuk mencanting Berus - Alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna terdiri

    daripada pelbagai saiz Periuk - Bahan untuk memasak campuran lilin Kuali dan bekas - Untuk merebus kain Dapur - Tempat meletakkan kuali untuk memasak dan memanaskan

    campuran lilin Pemati warna - Cecair sodium silikat mengekalkan corak serta warna Debu soda - Untuk menanggalkan lilin Bahan Kain putih - Jenis sutera,kapas,rayon dan sebagainya. Campuran lilin - Terdiri daripada campuran lilin putih (parafin), lilin

    lebah damar dan minyak kelapa.

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 67

    Bahan Pewarna - Pencelup aktif seperti remazol atau primazin.

    Proses 1) Kain dasar perlu dibersihkan terlebih dahulu; 2) Kain dasar yang sudah bersih dan kering diregangkan pada pemidang kain; 3) Motif dilakarkan dengan menggunakan pensil; 4) Bahan lilin dicairkan; 5) Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melakar corak; 6) Bahan pewarna disapukan pada motif atau corak yang sudah siap

    dicanting mengikut kreativiti; 7) Kain dibiarkan kering; 8) Setelah kering, kain perlu direndamkan dalam sodium silikat selama lapan

    hingga duabelas jam untuk mematikan warna; 9) Kemudiannya kain akan direbus dalam air panas yang dicampur dengan

    bahan debu soda; 10) Kain dicuci dan dibilas dengan air biasa, dijemur pada kawasan redup

    hingga kering.

    Rajah 5.8: Batik canting Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

    5.2 KRAF TENUNAN Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat dengan sejarah perdagangan. Di Asia, seni tekstil dikatakan berkembang dengan pesat setelah perhubungan dagangan dengan negara luar terjalin. Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil kedatangan pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneo dan Bugis. Menurut sejarah, kain tenun telah ditemui di Langgar, Kedah. Kain tenun pada waktu itu tidak menggunakan motif emas atau songket. Selain daripada itu, kain tenun juga ditemui ketika zaman Che Siti Wan Kembang (1610-1677).

  • 68 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    Perkembangan kain tenun di Kelantan juga telah ditemui di Kota Kubang Labu ketika zaman pemerintahan Long Pandak, manakala tenunan songket bermula di perkampungan Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus pembuatannya. JENIS-JENIS KAIN TENUNAN o Kain tenunan Kain tenun yang telah diselit benang emas secara melintang dalam proses

    menenun. Kain ini juga dikenali sebagai hujan emas atau beras patah. o Kain cindai Dihasilkan secara teknik ikat celup daripada sutera sederhana kasar,

    biasanya berwarna coklat kehitaman. Dikatakan berasal dari India. o Kain limar Ditenun daripada benang sutera halus yang telah diikat dan dicelup

    dengan motif emas. Kebiasaannya kain ini berwarna kuning, jingga dan merah tua.

    Mari kita rujuk rajah 5.9 untuk jenis-jenis kain tenunan.

    Rajah 5.9: Menunjukan jenis-jenis kain tenunan Sumber: Buku Inspirasi Pendekatan Kontemporari Reka corak Tekstil Melayu

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 69

    (a) MMotif

    Motif yang terdapat dalam kain tenunan dipengaruhi elemen alam. Namun begitu, dalam penghasilan tenunan ini telah menyebabkan semua bentuk motif dilahirkan dalam gaya geometrik. Motif tumbuhan songket meliputi bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang disebut sebagai tampuk. Motif bunga yang disusun adalah dalam motif pucuk rebung.Manakala motif bunga yang dijadikan susunan corak bertabur adalah seperti motif bunga pecah lapan, bunga tanjung atau bunga berembang. Motif burung merak dan ayam adalah di antara motif menarik dan biasanya besar. Pada susunan corak bunga bertabur, motif ini sering ditempatkan pada bahagian kaki kain. Motif siku keluang menjadi hiasan untuk songket corak melintang sama ada mengikut kelebaran kain atau bahagian kaki kain.

    Rajah 5.10: Motif kain tenunan Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

  • 70 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    (b) AALAT, MEDIA DAN TEKNIK Alat Dalam menghasilkan kain tenunan beberapa peralatan diperlukan diantaranya: Kek Tenunan Pemidang untuk tenunan yang diperbuat daripada kayu

    yang sangat keras dan diletakkan pada tanah di bawah rumah. Ia juga dikenali sebagai kek berkaki dan rahak daun

    Rahak Terdapat dua jenis rahak iaitu rahak piring dan rahak daun Pelenting buluh dengan benang Buluh plastik untuk menggulung benang Pelenting buluh dengan benang Buluh plastik untuk menggulung benang Papan gulung Bahan yang digunakan untuk menggulung benang loseng Belira Bahagian badan kek berupa kayu panjang nipis untuk membilang

    benang loseng, mengangkat benang butang dan menguak benang loseng supaya tegang

    Sikat/ gentera Menyerupai sikat yang berfungsi sebagai laluan benang loseng dan merapatkan benang pakan

    Bahan Benang Sama ada benang kapas, sutera atau emas/ perak Pewarna Terdiri daripada warna asli dan warna nimia

    Contoh warna asli: Daun Selasih hijau, Sabut kelapa muda hitam Contoh warna kimia : berbentuk serbuk

    Proses a) Celupan benang Benang dibersihkan dan dicelupkan dalam warna dan

    dikeringkan b) Melerai atau menerai Benang yang sudah kering dimasukkan dalam

    rahak untuk diputarkan pada pelenting c) Menganing Benang dimasukkan dalam alat menganing untuk

    menentukan ukuran panjang benang untuk ditenun d) Mengepoh Benang loseng dimasukkan ke dalam gigi jentera atau sikat e) Mengarak Benang asing atau benang karak dililit pada kau karat f) Menyongket benang Proses membuat motif atau bunga songket.

    Merupakan proses paling rumit

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 71

    Menenun Proses terakhir untuk menghasilkan kain tenun. Mari kita lihat Rajah 5.11 bagi proses menenun kain.

    Rajah 5.11: Proses Penghasilan Kain Tenunan Sumber: Siti Zainon Ismail (1986).

    Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

    Hasilkan satu esei perbandingan mengenai kain tenun Melayu dan kain tenun Indonesia dari sudut latar belakang, motif dan warnanya

    AKTIVITI 5.2 2

  • 72 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    5.3 KRAF ANYAMAN Kraf anyaman dipercayai mula berkembang tanpa unsur pengaruh luar. Siti Zainon Ismail dalam buku beliau yang bertajuk Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (DBP,1986) menyatakan bahawa, menganyam merupakan satu proses menjaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusup antara satu sama lain. Anyaman yang berasal dari tumbuhan pandarus (pandan dan mengkuang) hanya boleh didapati dengan banyak di kawasan Asia. Di Malaysia, negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan menjalankan usaha anyaman tradisi menggunakan daun pandan. Manakala di Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka pula menghasilkan anyaman menggunakan daun mengkuang.

    Rajah 5.12: Tumbuhan pandan dan mengkuang yang sesuai dijadikan kraf anyaman. Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa

    dan Pustaka Kuala Lumpur. (a) MMotif

    Penciptaan kelarai (motif) dan corak merupakan aspek penting dalam seni anyaman. Kelarai bermaksud, motif unsur alam yang dikhususkan dalam ragam hias anyaman; manakala, corak pula bermaksud susunan warna tanpa memperlihatkan bentuk motif.

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 73

    Siti Zainon Ismail turut menyatakan bahawa terdapat empat bentuk ragam hias yang terhasil secara tertentu seperti dicatat Rajah 5.2. Mari kita lihat:

    Rajah 5.13: Teori Siti Zainon Ismail mengenai 4 bentuk ragam hias anyaman

    Anda perlu tahu bahawa kelarai dan corak merupakan bentuk ragam hias anyaman yang biasa digunakan.

    (b) KKelarai

    Tahukah anda bahawa istilah kelarai berbeza-beza mengikut negeri? Di Perlis, kelarai bermaksud anyaman yang diperbuat dari buluh dan digunakan sebagai dinding dan penyekat rumah. Di Perak pula, kelarai diperbuat daripada daun bertam dan dipanggil sebagai tupas. Manakala di Kelantan, kelarai bermaksud buluh yang dipipihkan dengan cara memukulnya sebelum dianyam dan disebut pelupuh. Perbezaan ini dirumuskan di dalam Rajah 5.3.

    4BENTUKRAGAMHIASANYAMANTRADISIONAL

    Corak BungaBersulam

    BungaKerawang

    Kelarai

  • 74 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    Jadual 5.1: Istilah kelarai mengikut negeri-negeri di Malaysia.

    (c) JJenis Kelarai

    Semua jenis kelarai terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, unggas dan gambaran hidupan alam yang lain. Kelarai dihasilkan dalam gaya geometrik.

    (d) CCorak

    Berbeza dengan konsep kelarai, corak anyaman lebih menjurus kepada susunan warna dalam petak atau ruang-ruang dalam bentuk geometrik. Corak yang dimaksudkan adalah latar belakang bagi anyaman iaitu seperti anyaman berdiri atau melintang. Mari kita rujuk Rajah 5.16 untuk mengenali jenis-jenis corak anyaman.

    Perlis - Diperbuat dari buluh. - Digunakan sebagai dinding dan penyekat rumah.

    Perak

    - Diperbuat dari daun bertam. - Dipanggil tupas.

    Kelantan

    - Buluh yang dipipih dengan cara memukul. - Dipanggil pelupuh.

    Rajah 5.15: Jenis-jenis kelaraiSumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu

    Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

    KelaraiBentukTampuk,PucukdanAkar

    KelaraiUnsurBinatang

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 75

    (e) BBunga Bersulam

    Dalam kebanyakan teknik anyaman, semestinya kita sudah terbiasa dengan teknik anyaman bakul. Motif yang digunakan lazimnya berkaitan bunga-bungaan. Beberapa bentuk bunga yang dihasilkan dalam teknik anyaman adalah seperti bunga pecah empat, pecah lapan, pecah dua belas, bunga cengkih dan bunga tanjung. Selain itu, terdapat juga motif geometrik seperti potong wajik, susunan pecah empat dan sebagainya. Sila rujuk Rajah 5.6 yang memaparkan jenis-jenis bunga bersulam.

    Rajah 5.16: Jenis corakSumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan

    Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

    Selangseli Dam Catur

    Rajah 5.17: Jenis-jenis Bunga BersulamSumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.

    Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

    BungaPecahEmpat BungaPecahLapan BungaPecahDuaBalas

  • 76 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    (f) BBunga Kerawang

    Teknik bunga kerawang kebiasaannya digunakan dalam anyaman tikar. Teknik ini, dikatakan lebih halus berbanding kelarai dan corak. Bentuk-bentuk bunga dan motif yang lain dibuat berlubang-lubang tetapi tidak memisahkan dari rupa bentuk tikar.

    Antara asas lubang dalam bunga kerawang adalah seperti: i. Lubang persegi ii. Lubang bersiku iii. Lubang zigzag

    (g) AAlat, media dan teknik

    Seni anyaman yang halus, merupakan hasil tangan penganyam yang mempunyai teknik dan kemahiran yang luarbiasa. Seni menganyam memerlukan seseorang yang mempunyai sifat kesabaran yang amat tinggi. Dibantu pula dengan alat-alatan dan media tambahan, maka terciptalah karya seni anyaman yang berestetika.

    (h) AAlat

    Antara alat-alatan yang digunakan dalam seni menganyam adalah seperti:

    Parang Untuk memotong daun; Pisau Untuk membuang empulur dan duri di kiri dan kanan daun; Pelurut Dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun; Tempayan Untuk merendam daun; Bekas besar Untuk mencuci daun; Periuk Untuk merebus daun; Jangka Buluh tajam untuk melerai daun menjadi helaian kecil mengikut

    kelebaran yang dikehendaki; Ampaian Menjemur daun yang direndam dan yang telah diwarnakan; Penyisip Untuk menyisip helaian daun ketika menganyam agar tidak

    terburai; dan Pisau kecil yang tajam Untuk memotong lebihan anyaman agar lebih

    kemas.

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 77

    Rajah 5.18: Contoh AnyamanSumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk

    Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka

    Bincangkan perbezaan antara anyaman Melayu dan anyaman Bali berdasarkan daripada motif yang digunakan, warna, corak dan estetika penghasilannya.

    SEMAK KENDIRI 5.1

  • 78 TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

    Kraftangan wujud semenjak zaman perdagangan lagi. Pertukaran budaya

    telah membentuk satu lembaran baru dalam dunia kraf tempatan. Beberapa jenis kraf yang berasal dari benua yang berlainan diolah dan disuntik acuan nilai-nilai etnik tempatan. Batik misalannya yang berasal dari Indonesia, telah digubah mengikut identiti budaya kita. Coraknya dan warnanya diolah dengan cita rasa yang lebih lembut. Cara pembuatannya juga telah melalui pelbagai proses inovasi. Kraf tempatan kini menjadi antara sumber pendapatan pelancongan yang tinggi.

    Batik, tenunan, anyaman, tembikar dan ukiran merupakan beberapa jenis

    kraftangan yang terkenal di Malaysia. Jenis-jenis ini turut dipecahkan kepada batik tekap, batik lukis, songket, bakul, tikar, labu sayong dan bermacam-macam lagi. Kraf tempatan diolah oleh tenaga-tenaga yang mahir dan teliti. Seni kraf pula kebanyakannya dipengaruhi alam semulajadi. Idea yang diterapkan pada corak seni kraf, berunsur tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, haiwan, juga benda buatan manusia (corak wayang kulit). Secara tidak langsung, seni kraf menarik kita semua untuk menghargai kewujudan alam.

    Seperti yang kita ketahui, motif dan corak yang terdapat pada seni kraf

    tempatan dipengaruhi oleh unsur-unsur alam, flora, fauna, haiwan, dan juga benda-benda yang berada disekeliling kita. Motif dan corak kadangkala direalisasikan seolah-olah kelihatan hidup, namun kebanyakannya telah digubah berbentuk geomatrik. Motif batik terbahagi kepada motif tekap dan motif canting. Manakala, motif kain tenunan antaranya terdiri daripada motif bunga cengkih, bunga cempaka, bunga bintang, bunga mawar dan sebagainya. Motif pada anyaman pula terbahagi kepada kelarai, corak geomatrik, bunga bersulam dan bunga kerawang. Proses menghidupkan motif dan corak pula memerlukan kehadiran alat-alatan tertentu dan bahan media untuk dicorakkan. Teknik penghasilan sesuatu seni kraf itu pula agak remeh dan memakan masa, namun di situlah terletaknya nilai estetik sesebuah seni kraf itu.

    RUMUSAN

  • TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI 79

    Kraftangan Batik Tenunan Anyaman Kelarai Motif

    Songket Alam Flora Fauna

    Mohd Johari Ab.Hamid (2004).Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

    Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan

    Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).

    Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran

    Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd. Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.

    Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Zaharah Ahmad Osman , Zaliha Shaari (Jabatan Senireka Tekstil,

    Intitut Teknologi Mara, Shah Alam) & Oriental Bank Berhad (1995). Inspirasi Pendekatan Kontemporari Reka corak Tekstil Melayu.Universiti Pertanian Malaysia Press.

    RUJUKAN