Upload
isma-mesir
View
230
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Â
Citation preview
Ramadhan Mubarak merupakan bulan yang disambut setiap tahun oleh semua umat Islam.
Allah menyediakan bermacam bentuk kurniaan dan hadiah kepada hambaNya, untuk diberikan
kepada sesiapa yang berpuasa, mendirikan malam dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan
pahala.
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan mengharapkan
pahala, diampunkan dosanya yang telah lalu.” — Hadith
Kemuliaan bulan Ramadhan diraikan dengan meriah sejak zaman Rasulullah SAW. Para
salafussoleh telah berdoa selama enam bulan untuk disampaikan padanya bulan Ramadhan, dan
berdoa selama enam bulan selepas itu untuk diterima amalannya di bulan Ramadhan. Ia
menunjukkan betapa tingginya martabat bulan ini di sisi mereka.
Peperangan di Bulan Sabar
Peristiwa-peristiwa besar yang
berlaku dalam sejarah umat Islam
banyak tercatat pada bulan yang
mulia ini. Ia bermula dengan Badar
Kubra, kemudian penggalian parit
sebelum perang Khandaq (Ahzab),
diikuti dengan Fathu Makkah,
pembukaan kota Andalus, dan
banyak lagi peristiwa-peristiwa yang
telah melakar sejarah umat telah
berlaku pada bulan ini.
Bagi umat kini, Ramadhan adalah
bulan tarbiyyah yang akan membantu
mereka memperbaiki diri,
mengkoreksi segala kecuaian dan
kesalahan, serta memuhasabah diri
sebagai seorang hamba Allah dan
khalifahNya yang sejati. Tetapi bagi
umat terdahulu, Ramadhan adalah
bulan tarbiyyah yang mentarbiyah
diri dan melakar kemenangan umat.
Ini kerana peperangan adalah satu
tarbiyyah yang paling berkesan, dari
segi individu dan kesinambungan
risalah Islam.
Badar titik tolak kegemilangan
umat
Perang Badar Kubra yang berlaku
pada 17 Ramadhan tahun kedua
hijrah, telah menjadi satu titik
transisi umat Islam, daripada
kehinaan kepada kegemilangan. Titik
permulaan yang menjadi qudwah dan
contoh umat sepanjang zaman untuk
dicontohi generasi yang akan datang.
Titik permulaan yang menetapkan
pertimbangan umat Islam pada kayu
ukur yang betul dan tepat.
Ia sebagai suatu permulaan kepada
sebuah kisah tamadun kemanusiaan
agung yang tidak pernah didahului
keagungannya oleh tamadun-
tamadun sebelumnya. Ia adalah titik
penentu kesinambungan risalah
Islam ini ke seluruh pelusuk dunia,
hinggakan Rasulullah SAW berdoa ;
“Ya Allah sekiranya golongan
(tentera muslimin) ini kalah, sudah
pasti Engkau tidak akan disembah
selepas ini selama-lamanya”
Penghayatan terhadap Badar Kubra
ini akan mampu mengembalikan
umat Islam yang mundur kini kepada
kegemilangannya yang silam.
Badar perbetul kayu ukur umat
Ketika Rasulullah SAW dan para
sahabat bertolak ke Badar, mereka
hanya berjumlah 313 orang, termasuk
dua tentera berkuda. Ini kerana
mereka menyangka mereka akan
menyekat kafilah dagangan Abu
Sufyan dari Syam. Tetapi Allah lebih
mengetahui apa yang lebih baik
untuk hambaNya, dan perancangan
Allah mengatasi segalanya. Abu Jahal
telah mempersiapkan tenteranya
seramai di antara 900 ke 1000 orang
tentera untuk bertemu dengan
tentera muslimin.
“ ... dan Allah mahu memenangkan
kebenaran dengan kalimahNya, dan
memotong akar umbi orang kafir,
untuk Allah membenarkan
kebenaran dan mengalahkan
kebatilan walaupun orang-orang
yang berdosa membencinya.” —
Surah Al-Anfal
Setelah bertempur lebih kurang dua
jam, kemenangan berpihak kepada
tentera muslimin dengan bantuan
daripada Allah. Kisah yang agung ini
juga pernah berlaku kepada tentera
Talut, pada zaman Daud AS. Kisah
yang membetulkan kayu ukur umat
Islam.
“... telah berkata orang-orang yang
berharap mereka akan bertemu
Allah (dari tentera Talut); berapa
banyak tentera yang sikit
bilangannya telah memenangi
tentera yang lebih ramai dengan izin
Allah ? Dan Allah itu bersama-sama
orang yang sabar.” — Surah Al-
Baqarah
Ia memberitahu kita bahawa
ukuran kemenangan bukanlah pada
bilangan yang ramai, tetapi pada
kekuatan iman dan kebenaran
risalah. Tentera Islam menang kerana
iman mereka dan pergantungan
mereka kepada Allah, bukan semata-
mata kekuatan kebendaan. Bahkan
setiap kemenangan Islam dalam
sejarahnya, bilangan tenteranya pasti
lebih sedikit daripada bilangan
tentera lawan.
Iman yang komprehensif
Umat Islam yang kekurangan
peralatan dan persediaan telah
memenangi peperangan dengan izin
Allah, tetapi iman mereka tidak
menjadikan diri mereka berserah diri
segalanya pada takdir. Tidak sama
sekali, tetapi mereka berhempas
pulas dan berusaha sepenuh tenaga
untuk menggarap kemenangan
tersebut.
“Bukanlah kamu (sebenarnya) yang
melempar ketika kamu melempar,
tetapi sebenarnya Allah yang
melempar, dan ia adalah untuk
menguji orang mukminin suatu ujian
yang baik, dan sesungguhnya Allah
bersama orang mukminin.” — Surah
Al-Anfal
Sekiranya mereka tak memulakan
usaha, sudah pasti tiadalah
pertolongan Allah itu yang datang.
Kefahaman mereka terhadap iman itu
benar, akhirnya menjadikan iman itu
sebagai suatu daya tolak yang
komprehensif. Menolak mereka
untuk mencari segala faktor
kemenangan. Ia adalah suatu rahsia
yang terkandung dalam surah Al-
Ankabut;
“Dan sesiapa yang berusaha
bersungguh-sungguh di jalan Kami,
maka Kami pasti akan menunjukkan
padanya jalan-jalan Kami, dan
sesungguhnya Allah bersama orang
yang melakukan kebaikan.”
Ia adalah suatu bentuk keterikatan
antara usaha manusia dan
pertolongan Allah. Ia bukan sekadar
berserah pada takdir Allah dan tidak
melakukan sebarang usaha dan
kesungguhan daripada manusia.
Bahkan ia adalah suatu usaha yang
tidak mengenal sebarang putus asa
dan sikap malas.
Bukankah agama ini untuk
manusia, kerana manusia dan
dibangkitkan dengan usaha manusia
itu sendiri?
Antara Iman dan Dunia
Surah Al-Anfal merupakan surah
yang khusus diturunkan untuk
perang Badar. Surah yang
menceritakan perjalanan perang
Badar dari mula hingga penghujung
kisah. Dari persediaan muslimin
hingga ke pengagihan harta rampasan
dan urusan tawanan perang.
Allah telah memulakan surah ini
dengan suatu tempelakan yang tegas
kepada mukminin. Ketika pengagihan
harta rampasan perang, orang
mukminin berselisih terhadap
golongan yang patut menerima lebih
banyak harta dan siapa yang patut
menerima lebih sedikit. Allah lantas
memberi jawapan ringkas dan tegas
menyelesaikan perselisihan mereka;
“Mereka bertanya kepadamu
mengenai harta rampasan perang,
katakanlah: Harta rampasan itu
adalah untuk Allah dan RasulNya
(bukan urusan kamu yang
membincangkan pengagihannya),
maka takutlah kamu pada Allah dan
perbaikilah hubungan sesama kamu,
dan patuhilah Allah dan RasulNya
sekiranya kamu orang yang
beriman.” — Surah Al-Anfal
Walaupun tentera Islam telah
menang dalam perang Badar dan
telah mengharungi tarbiyyah yang
kental sehingga dikurniakan
keampunan dosa yang telah lalu dan
yang akan datang, namun sisa
kecintaan terhadap dunia masih ada
dalam jiwa sesetengah para sahabat.
Allah sangat mengetahui
kebahayaan ciri-ciri ini lantas
menempelak mereka dengan jawapan
yang tegas, dan meletakkannya pada
ayat pertama surah Al-Anfal, agar
dapat menutup segala pintu-pintu
kecintaan kepada dunia. Ini kerana
kecintaan kepada dunia boleh
membawa kita kepada bala bencana
dan malapetaka yang dahsyat, lebih-
lebih lagi kepada pembawa risalah.
Peristiwa Uhud telah merakamkan
kebahayaan isu ini, lantas ia mengajar
umat seribu satu pengajaran. Dengan
Uhudlah, umat Islam mampu
memenangi siri-siri peperangan yang
mendatang, seperti Khandaq, Tabuk,
Hunain, Fathu Makkah dan
sebagainya.
Kesimpulan
Sejarah umat Islam terdahulu
banyak mengajar kita sunnah alam
yang berlaku. Ia akan sentiasa
berulang, mahu ataupun tidak.
Perkara seperti perang Badar adalah
ulangan kepada Talut dan Jalut
secara tak langsung. Sudah pasti
peristiwa agung ini akan berulang
sehingga hari Kiamat. Benarlah kata-
kata Allah;
“Dan itulah hari-hari yang akan
kami pergilirkannya di kalangan
manusia, agar Allah mengetahui
siapakah yang benar-benar beriman
dan Dia akan mengambil daripada
mereka sebagai saksi (syuhada‟),
dan Allah tidak sukakan orang yang
zalim.” — Surah Ali Imran
Dengan sebab inilah kita kaji
sejarah, agar kita boleh selamat dan
mengambil pengajaran daripadanya.
Allah memberikan kita seribu satu
kisah untuk dipelajari dan diteladani,
khusus untuk umat akhir zaman,
daripada kisah-kisah umat terdahulu.
Persoalannya, adakah kita akan terus
meningkatkan iman atau kita tidak
mengendahkan putaran roda yang
azali itu ?
A ssalamualaikum Suri
ucapkan kepada
semua pembaca.
Bagaimana ibadah
puasa kita setakat ini? Moga-
moga kita semua dapat mencapai
objektif utama puasa
disyariatkan, „la‟llakum tattaqun‟,
agar kita semua bertaqwa.
Pembaca semua tahu tak dalam
bulan Ramadhan ini kita akan
menerima tetamu yang sangat
istimewa. Kalau Ramadhan kita
semua dapat merasai
kunjungannya, tapi tetamu yang
lebih istimewa ini bukan semua
orang diziarahinya, hanya orang-
orang tertentu yang terpilih
sahaja. Siapakah tetamu agung
ini? Dia datang dalam 10 malam
terakhir Ramadhan.
Rasulullah SAW pernah
bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya bulan ini
(Ramadhan) datang
kepada kamu, di
dalamnya ada satu
malam. Amal ibadah
yang dilakukan pada
malam itu lebih baik dan lebih
besar ganjarannya daripada
seribu bulan. Sesiapa yang
kehilangan malam itu
sesungguhnya dia telah
kehilangan semua kebaikan. Dan
tidak akan hilang semua perkara
tersebut kecuali orang yang
diharamkan (tidak mendapat
petunjuk) daripada Allah.” —
H.R. Ibnu Majah.
Dialah Lailatulqadr.
Bayangkan, mereka yang
mendapat lailatulqadar
dikurniakan ganjaran amalan
selama seribu bulan, iaitu lebih
kurang 83 tahun. Secara purata
umur manusia ialah 63 tahun,
kalau terlebih, Alhamdulillah
dapat umur subsidi. Moga-moga
kita gunakan umur tersebut
untuk berkorban di jalan Allah.
Tapi selama 63 tahun kita dapat
hidup, bolehkah kita jamin kita
telah gunakan setiap detik
daripadanya untuk mendapatkan
keredhaan Allah? Suri sendiri tak
mampu jamin. Jadi, Suri harap
setelah 20 hari Ramadan kita
lalui, momentum dan kesedaran
kita dalam meningkatkan amalan
sudah tahap gear 5, agar kita
betul-betul bersedia untuk
menerima kedatangan tetamu
istimewa ini.
Allah juga menceritakan
tentang tetamu kita ini dalam Al-
Quran, Surah Al-Qadr. Secara
istilahnya, Al-qadr membawa tiga
maksud; iaitu ketetapan, pada
malam tersebut Allah telah
menetapkan jalan hidup manusia
melalui seruan dakwah nabi kita
Muhammad SAW. Maka sebagai
ummat Rasulullah SAW, menjadi
tanggungjawab kita untuk
meneruskan perjuangan baginda
agar manusia di sekeliling kita
hidup berlandaskan ketetapan
yang Allah SWT mahu. Maksud
kedua ialah kemuliaan,
sebagaimana yang kita tahu kitab
panduan hidup kita iaitu Al-
Quran diturunkan pada malam Al
-Qadr. Maksud yang ketiga pula
ialah penyempitan. Dunia ini
menjadi sesak dan sempit kerana
banyaknya malaikat yang hadir
membawa rahmat dan
keampunan Allah untuk kita.
Mesti pembaca tertanya-tanya
apa yang perlu dibuat ketika
malam Al-Qadar. Selain
membaca Al-Quran, qiyamullail
dan beriktikaf, Rasulullah SAW
mengajar kita agar mengamalkan
sebuah doa, “Allahumma innaka
„afuwwun karim, tuhibbul „afwa,
fa‟fu‟anni (Ya Allah
sesungguhnya Engkau Maha
pemberi ampunan yang mulia,
suka memberi pengampunan,
maka ampunilah diriku ini).”
Maka, harap-harap kita tidak
disibukkan dengan persiapan
untuk menyambut Aidilfitri,
sebaliknya sibukkanlah diri kita
untuk menyambut dan meraikan
kehadiran tetamu-tetamu VIP
kita, Ramadan dan Lailatul Qadr.
Mari bersama tingkatkan darjat
ketaqwaan kita! Jumpa lagi!
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir Secara peribadi,
apakah nilai pada Badar Kubra yang paling mengesani diri anda?
Prof. Dr. Zainur Rashid 1) Menginsafi bahawa haq akan
menang ke atas batil. 2) Kekuatan itu bukan hanya pada
bilangan tetapi pada kualiti generasi insan pendokong. 3)
Kemenangan Allah hanya akan tiba apabila kita mempunyai kualiti
generasi yang layak untuk menang. 4) Tanpa pengorbanan mereka,
siapalah kita hari ini. 5) Keyakinan mereka kepada Allah, subhanallah,
jauh sekali daripada kita hari ini. (Seremban, Malaysia)
Zakwan Yahya Nilai aqidah yang ditunjukkan umat Islam masa
itu amat tinggi walaupun peperangan pertama dan bilangan
tentera yang kecil, dengan aqidah yang begitu tinggi, mereka
tetap yakin dan tetap mempertahankan agama suci kita. (Kaherah,
Mesir)
Amalina Abd Rahman Tentera Islam yang hanya berjumlah
313 dapat mengalahkan 1000 tentera musyrikin berbekalkan
kekuatan iman dan ketaatan kepada Allah dan Rasul. Tambahan
pula peristiwa hebat ini berlaku di bulan Ramadhan. (Tanta, Mesir)
Atiqah Abd Rahman Peristiwa pembuka sejarah Islam yang
sangat penting. Begitu banyak contoh dan peristiwa
dalam Badar yang boleh dijadikan sandaran kita pada hari
ini. Antaranya, jumlah sedikit menumpaskan jumlah yang
ramai, musyawarah, kepatuhan pada pemimpin, iman menentang batil,
strategi dan sebagainya. (Kaherah, Mesir)
Nadwa Kasim Sejarah telah membuktikan mukmin sebenarnya
kuat di bulan Ramadhan. Saya juga merasakan tingginya nilai
munajat dan doa Rasulullah SAW ketika itu yang akhirnya kita
dapat melihat wujudnya sebuah negara dan pemerintahan Islam. Tanpa
munajat itu, pasti tiada manusia yang akan menyembah Allah.
(Mansurah, Mesir)
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir Apa praktikal yang
anda lakukan untuk mengingati peristiwa Badar Kubra?
Prof. Dr. Zainur Rashid 1) Keluar untuk solat berjamaah
fardhu Zohor di kala matahari panas di bulan puasa. 2)
Mengadakan jaulah dalam keadaan berpuasa bersama rakan-
rakan dan berbuka sekadarnya. (Seremban, Malaysia)
Zakwan Yahya Saya cuba untuk mengaktifkan diri ini
sepertimana mereka aktif berjuang untuk Islam di bulan puasa
iaitu bulan Ramadhan. (Kaherah, Mesir)
Amalina Abd Rahman Melaksanakan aktiviti yang melibatkan
kekuatan fizikal dan mental antaranya merentasi perjalanan
sejauh beberapa kilometer untuk mendapatkan gambaran
bagaimana situasi yang dihadapi oleh tentera Badar. (Tanta, Mesir)
Atiqah Abd Rahman Cuba untuk kaitkan apa yang berlaku
dalam realiti kehidupan hari ini dengan peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam Badar dan menghafal dengan baik kisah Badar
serta menceritakannya pada masyarakat sekeliling. (Kaherah, Mesir)
Nadwa Kasim Kena kuat hadapi musuh dalam perang. Tapi
dalam realiti sekarang, mujahadah nafsu yang utama.
Praktikkan apa yang Rasulullah SAW dan para sahabat buat
ketika Badar seperti qiamullail dan munajat. Juga mencontohi
ketabahan Rasulullah SAW dan para sahabat yang tak terjejas pun
puasa mereka walau keluar berperang. (Mansurah, Mesir)
Sejarah Penting
Umat Islam Di
Bulan Ramadhan
Nuzul Quran — 24
Ramadhan
Badar Kubra — 17
Ramadhan 2H
Fath Makkah — 20
Ramadhan 8H
Perang Yarmuk —
Ramadhan 13H
Pembukaan Raudas
(Greece) — Ramadhan
53H
Pembukaan Daerah
Umuriah (Turki) — 17
Ramadhan 223H
Perang Hittin —
Ramadhan 583H
Ain Jalut — 25
Ramadhan 658H
Pembukaan Arminia
Sughra (Syria dan
Jordan) — Ramadhan
673H
Pembukaan Busana
dan Harsaka (Kosovo)
— Awal Ramadhan
791H
Perang 6 Oktober
1973M — 10
Ramadhan 1393H
Sumber:
1. Min Maarik Muslimin
fi Ramadhan, Dr.
Abdul Aziz bin Rashid
Abidi
2. Tarikh Islami, Dr.
Rajab Sarjani
3. Rahiq Makhtum,
Saifur Rahman Al-
Mubarakpuri
Buletin ini diterbitkan
oleh Biro Media ISMA-
Mesir. Sebarang
maklumbalas boleh
diajukan kepada:
ismamesirmedia
@gmail.com.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir Layari laman web
rasmi ISMA-Mesir di ismamesir.com dan laman Facebook ISMA-
Mesir di facebook.com/ismamesir untuk berita terkini tentang
ISMA-Mesir dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Jumpa di sana!
Nafsu, Roh dan Bulan
Ramadhan
Nafsu yang
terdidik ialah
nafsu yang
tunduk kepada
pandangan roh, pandangan
ilmu dan dapat menjuruskan
kepuasan dan kelazatan
mengikut panduan roh
dengan memperdekatkan
kenikmatan al-jinan (syurga)
dan azab jahanam,
menyaksikan kehebatan
rahmat, keredhaan,
keampuanan dan kurniaan.
Sentiasa berada dalam
syuhud (menyaksikan)
hidayah, imtinan serta
belaian yang tidak
berhabisan yang melahirkan
rasa malu untuk menyalahi
peraturan Tuhan. — Ustaz
Abdullah Zaik, Presiden
ISMA
Selamat Menjalani
Ibadah Ramadhan
Ramadhan
mengajar erti
berkorban
kesenangan dan
keseronokan makan minum
dan nafsu syahwat. Tidak
ada Dakwah yang tiada
pengorbanan di dalamnya.
Mereka yang memahami
tabiat jalan Dakwah ini akan
tahu bahawa Islam tidak
rela pengorbanan dari
pejuangnya lebih kecil dari
jiwa dan darah. Mereka yang
sukar memahami hakikat ini
dari ayat-ayat Al-Quran dan
nas-nas Al-Hadith, boleh
cuba memahaminya dari
petunjuk Seerah Nabawiyah
yang terang dan nyata. —
Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I ISMA