19
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro serta Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah. 2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep : strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat. 3. Mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. 4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di dalam bilik darjah. 5. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari. 6. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid. 1.2 Objektif Kerja Kursus 1. Menjelaskan dengan pemikiran yang kreatif dan kritis impak teknik didik hibur dalam pembelajaran dan pengajaran murid- murid di dalam bilik darjah 2. Menghuraikan dengan terperinci cara-cara asperiasi bahasa dalam didik hibur dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. 1

3 DIDIK HIBUR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bmm3107

Citation preview

Page 1: 3 DIDIK HIBUR

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-

makro serta Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik

darjah.

2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat

membandingbezakan konsep : strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran dengan tepat.

3. Mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah.

4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan

kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di dalam bilik

darjah.

5. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan

rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari.

6. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam

bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

1.2 Objektif Kerja Kursus

1. Menjelaskan dengan pemikiran yang kreatif dan kritis impak teknik didik hibur

dalam pembelajaran dan pengajaran murid-murid di dalam bilik darjah

2. Menghuraikan dengan terperinci cara-cara asperiasi bahasa dalam didik hibur

dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

3. Menjustifikasikan perkaitan antara pendekatan didik hibur dengan teori

pemerolehan bahasa dengan mengemukakan hujah-hujah yang tepat, padat dan

mantap.

4. Menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH), selama 60 minit yang

berkaitan dengan teori pemerolehan bahasa seta menerapkan teknik didik hibur

secara maksimum untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.

1

Page 2: 3 DIDIK HIBUR

2.0 PENGENALAN

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-

murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat

dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran

agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. 

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan

didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud

menyenangkan atau menggirangkan hati.

Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR

pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti

didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi

P&P. 

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan

dan puisi secara sistematik dan terancang.

2

Page 3: 3 DIDIK HIBUR

3.0 IMPAK DIDIK HIBUR

Didik hibur sudah semestinya memberikan impak yang bagus dan mampu mengubah suasana

pengajaran dan pembelajaran murid supaya lebih kondusif dan berkeinginan untuk belajar.

Impak yang bakal terhasil ini akan menunjukkan kejayaaan bahawa Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu perubahan yang memang patut dilakukan bagi

memastikan prestasi murid dalam kurikulum dapat mencapai tahap yang optimum.

Salah satu impak didik hibur kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

ialah sesi pembelajaran akan menjadi seronok dan menghiburkan. Ini kerana dalam didik hibur

terkandungnya unsur kelakar, kecindan, estetik, permainan muzik, lakonan, dan sebagainya.

Unsur-unsur ini mampu menarik minat murid untuk menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menumpukan perhatian sebaiknya. Jelas di sini bahawa didik hibur

mampu memberikan impak yang begitu memberangsangkan untuk menarik minat murid supaya

lebih menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selain itu, didik hibur juga mampu mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan

murid terhadap guru. Dari persepsi murid biasanya, guru merupakan seorang insane yang agak

tegas dalam mendidik anak murid. Tambahan pula pelbagai kes yang agak berbahaya

sekarang ini melibatkan guru disiarkan di kaca-kaca televisyen. Antara kesnya ialah guru

merogol anak murid, murid menampar murid sehingga pekak, guru ditembak mati kerana

hutang dan sebagainya. Jadi dengan adanya didik hibur, ia mampu memberikan impak yang

baik kepada murid tentang guru sebagai pendidik mereka dan sekali gus mengurangkan tahap

kebimbangan dan ketakutan mereka terhadap guru.

Di samping itu, impak didik hibur ialah murid-murid akan sentiasa berada dalam

keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi

pembelajaran pada hari berikutnya. Ini kerana didik hibur membuatkan murid berasa gembira

semasa menimba ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan ini, didik

hibur mampu memberikan impak yang positif dan baik dalam memastikan murid belajar dengan

keadaan yang kondusif dan gembira.

3

Page 4: 3 DIDIK HIBUR

Antara impak didik hibur yang lain ialah penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik

dan pelbagai semasa sesi pembelajaran. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya,

murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang

penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk

menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, didik hibur juga memberikan impak yang lain iaitu, mempelbagaikan cara

penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau

menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, tidak akan timbul rasa tidak puas hati di

antara murid-murid malahan akan menambahkan lagi keseronokan kepada murid-murid kerana

ia mampu mengembirakan hati mereka semua. Lagipun, salah atau tidak bukan matlamat

aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan

aktivitinya bersahaja dan santai.

Di samping itu, impak didik hibur juga ialah mewujudkan semangat kerja berpasukan,

kerjasama dan toleransi. Ini kerana aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti

berkumpulan atau berpasangan untuk menjalankan didik hibur ini. Impak ini akan membawa

murid ke arah perpaduan selaras dengan hasrat wawasan 2020 yang ingin dicapai. Dalam didik

hibur, murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan

terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. Ini secara tidak langsung akan

memberikan impak positif iaitu murid akan menjana idea dan membuka minda mereka untuk

berfikiran lebih jauh.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Ini

memberikan impak yang sangat berguna untuk murid kerana bahasa tubuh tidak dapat

dipelajari melalui pembelajaran biasa tetapi memerlukan didik hibur untuk mendalaminya

dengan lebih baik. Secara tidak langsung murid dapat mempelajari sesuatu yang sangat

berguna dalam kehidupan mereka kerana bahasa tubuh merupakan bahasa yang sering diguna

pakai oleh murid-murid untuk memberitahu sesuatu sesame mereka.

Kesimpulannya, didik hibur memberikan impak positif yang begitu bermakna dan

menyeluruh kepada seseorang murid. Jadi tidak hairanlah kenapa didik hibur seharusnya

diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4

Page 5: 3 DIDIK HIBUR

4.0 APLIKASI APRESIASI BAHASA DALAM DIDIK HIBUR

Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan

guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai

guru, apresiasi bahasa merupakan perkara yang perlu diambil tahu bagi memastikan ia dapat

diaplikasikan dalam didik hibur.

Antara apresiasi bahasa dalam didik hibur ialah perwatakan guru yang menarik,

kecindan, tidak menakut atau meggerunkan murid. Ini kerana didik hibur itu sendiri merujuk

kepada belajar dalam keadaan yang menggembirakan. Apa yang dimaksudkan dengan

perwatakan menarik ialah guru pandai memainkan peranan dengan menggunakan nada suara

yang betul dan laras bahasa yang sesuai di samping menyelitkan unsur-unsur jenaka yang

sesuai dengan tahap murid. Guru tidak boleh membuatkan murid menjadi takut kerana didik

hibur tidak dapat dijalankan dengan baik dan secara langsung menunjukkan guru itu tidak

pandai dalam mengapresiasikan bahasa dalam didik hibur.

Dalam mengapresiasikan bahasa dalam didik hibur bagi proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku secara baik, bahasa yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap dan

aras murid. Ini bagi memastikan murid dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan

melalui laras bahasa yang disampaikan oleh guru. Jika guru mengajar murid tahun 2 tentang

gurindam sudah semestinya ia tidak dapat menarik minat murid untuk belajar kerana laras

bahasa yang digunakan di dalam gurindam tidak sesuai dengan pemikiran murid dan murid

belum mengetahui cara untuk bergurindam. Akan tetapi jika guru mengajar murid tahun 6

tentang pantun enam kerat sudah semestinya mereka dapat menguasai dan rasa terhibur

kerana laras bahasa dan cara berpantun sudah mereka kuasai sepenuhnya.

Selain itu, dalam didik hibur guru tidak sepatutnya menjatuhkan air muka atau

memalukan murid di khalayak. Ini bagi memastikan murid tidak terasa rendah diri dan

mengelakkan murid daripada menyisihkan diri dari terlibat secara langsung dalam aktiviti didik

hibur. Guru seharunya memberikan dorongan dan motivasi kepada murid dalam menjalankan

aktiviti didik hibur dengan menggunakan apresiasi bahasa yang baik supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

5

Page 6: 3 DIDIK HIBUR

Dalam menjadi seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik, seorang guru haruslah

pandai dalam mengapresiasikan bahasa semasa menjalankan aktiviti didik hibur. Ini kerana

untuk memastikan murid memahami dan mematuhi segala arahan yang diarahkan oleh guru.

Guru tidak boleh menggunakan nada suara yang lembut dalam menangani murid yang agak

nakal kerana arahan tidak akan dihiraukan oleh mereka. Guru harus pandai dalam bermain

kata-kata dan menggunakan intonasi nada yang sesuai supaya murid dapat memahami dengan

baik setiap arahan yang diberikan.

Di samping itu, apresiasi bahasa dalam didik hibur juga membolehkan guru melakonkan

pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. Dengan ini, murid tidak akan mudah jemu dan selalu

terhibur kerana gurunya tidak menggunakan satu perwatakan yang biasa mereka lihat pada

setiap hari. Ini merupakan cara yang perlu diaplikasikan oleh guru untuk menarik minat murid

untuk belajar di dalam bilik darjah.

Selain guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti, guru juga perlu

boleh membuat pelbagai suara semasa mengajar murid-murid. Guru sedikit sebanyak perlu

mengetahui suara-suara watak kartun mahupun drama atau telemovie yang disukai dan

digemari kebanyakkan murid sebagai pengetahuan am. Ini kerana jika guru menggunakan

suara watak yang tidak diketahui oleh murid, murid tidak akan terhibur malah akan lebih suram

kerana ketidaksampaian mesej yang hendak disampaikan. Lagipun, ini untuk menarik minat

murid dan membuatkan murid terhibur di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan.

Dalam memberikan arahan juga apresiasi bahasa perlu. Ini kerana arahan yang tepat

dan menarik akan membuat murid berasa ingin belajar dan seterusnya menarik minat mereka

untuk belajar. Jika kita biasa memberikan arahan seperti “murid-murid, sila buka buku muka

surat 51” maka kita ubahnya kepada “murid-murid, cuba cari muka surat yang mengandungi

pantun dua kerat”. Dengan ini, murid-murid akan lebih bertindak lebih aktif dan mereka lebih

bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru juga perlu berkebolehan dalam menukar atau melakukan penysuaian

secara mendadak. Ini memerlukan apresiasi bahasa kerana setiap laras bahasa yang

digunakan akan berubah mengikut kesesuaian. Jika guru tidak dapat mengapresiasikan bahasa

6

Page 7: 3 DIDIK HIBUR

secara optimum, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas dan terganggu jika

berlaku perubahan secara mendadak.

Dalam menjadi guru atau fasilitator, dia perlulah seorang yang fleksibel terutamanya

dalam apresiasi bahasa. Ini kerana penggunaan bahasa memainkan peranan penting dalam

memastikan kawalan murid atau arahan yang diberikan dapat diikuti oleh semua murid.

Kesimpulannya, apresiasi bahasa dalam didik hibur dapat diaplikasikan dalam pembelajaran

dan pengajaran di dalam bilik darjah mengikut cara-cara yang telah diterangkan secara

terperinci. Jadi di sini menunjukkan apresiasi bahasa diperlukan di dalam melaksanakan

didikhibur agar murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan mereka dapat melibatkan

diri secara aktif.

7

Page 8: 3 DIDIK HIBUR

5.0 JUSTIFIKASI TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Terdapat teori-teori yang memberi pengkhususan kepada pemerolehan bahasa yang

dikemukakan oleh Teori Behaviourisme, Teori Mentalis, Teori Kognitif dan Teori

Fungsionalis. Pendapat-pendapat ahli psikologi yang terdiri daripada Skinner, Pavlov, Jean

Piaget, Thorndike dalam teori –teori bahasa mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur.

Teori pemerolehan bahasa yang mempunyai kaitan rapat dengan teknik didik hibur ialah

teori behaviourisme. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield. Teori behaviourisme ini menganggap

bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan melalui rangsangan dan gerak balas.

Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar. 

Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi

sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini

bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-

ulang. Ini menunjukkan teori ini mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur di mana teknik

didik hibur memberikan rangsangan kepada murid untuk melibatkan diri dengan membuatkan

aktiviti yang akan disertai murid adalah seronok.

Apabila murid mendapat rangsangan daripada teknik didik hibur ini, murid akan secara

semula jadi bergerak balas terhadap rangsangan dengan melibatkan diri secara aktif di dalam

aktiviti kelas. Murid diberikan ganjaran dengan dapat melibatkan diri secara aktif dalam teknik

didik hibur dan ini akan meneruskan keinginan murid untuk terus belajar.

Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah latihan

yang dikukuhkan. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari

luar. Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan teknik didik

hibur, guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan

bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik.  Bahan bantu mengajar yang

menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan tidak bosan dan ini membolehkan latih

tubi dilakukan dalam keadaan bermakna. Jadi jelas di sini keberkaitan antara teori pemerolehan

bahasa behaviourisme dengan teknik didik hibur.

8

Page 9: 3 DIDIK HIBUR

Selain itu, teori pemerolehan bahasa yang lain iaitu teori mentalis juga mempunyai

kaitan dengan teknik didik hibur. Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam

Chomsky berasaskan fungsi mental seseorang manusia.  Menurut Chomsky , kanak-kanak

akan mengalami beberapa peringkat perkembangan bermula dari peringkat yang melibatkan

deria motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.  Ini bermakna, dalam

pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum

mereka bertutur.

Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid.  Murid terlibat secara

langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara.  Murid mengambil bahagian secara aktif

dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar.  Teori Mentalis ini

amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa melalui teknik didik hibur.  Menurut

Chomsky juga, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu

huraian bahasa. Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang betul dari

segi  tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dengan

masyarakat sekeliling.  

Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan

berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai struktur bahasa yang terdapat dalam

sistem bahasa dengan baik. Ini mempunyai kaitan dengan didik hibur di mana murid-murid akan

menjalankan aktiviti yang melibatkan komunikasi di dalam kelas dan penglibatan murid adalah

secara aktif di mana ia berpusatkan murid itu sendiri.

Menurut Chomsky juga, kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tan

tatabahasa disamapikan secara formal dalam pengajaran dan pembelajaran.  Ini bermakna,

seseorang guru perlu memulakan sesuatu pengajaran tatabahasa dengan memberi terus

rumus-rumus dan konsep tatabahasa kemudian diikuti dengan contoh-contoh. Dalam teknik

hibur juga begini, contohnya di mana guru mengajar murid tentang pantun dahulu kemudian

barulah murid diminta untuk menyediakan pantun mereka sendiri dan berpantun di dalam kelas.

9

Page 10: 3 DIDIK HIBUR

Teori kognitif juga merupakan teori pemerolehan bahasa yang mempunyai hubungan

rapat dengan teknik diidk hibur. Teori kognitif ini dipelopori oleh jean piaget. Menurut Jean

Piaget, ia menekankan fungsi otak dalam proses pembelajaran bahasa.  Seseorang kanak-

kanak sejak lahir lagi mempunyai satu alat di dalam otak yang membolehkan mereka

memahami bahasa yang didengar.  Jean Piaget meletakkan empat faktor untuk membezakan

penguasaan bahasa kanak-kanak.

Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor ( sejak lahir – 2 tahun).  Pada

peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui bunyi-bunyi

di persekitaran.  Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi.

Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 – 7 tahun ). Pada peringkat ini murid-

murid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk

berinteraksi dengan persekitaran.  Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan tuntutan untuk

menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisan iaitu mendengar dan

bertutur.  Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik yang menjurus kepada

kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi.  Aktiviti lisan membolehkan murid-murid

bertutur dengan fasih di samping memperkayakan kosa kata. Aktiviti lisan di sini merujuk

kepada teknik didik hibur di mana murid akan belajar sambil berhibur kerana ia melibatkan

murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik,

warna dan memahami konsep pembalikan.  Murid-murid juga sudah boleh bertutur dengan

fasih.  Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu bertutur, membaca dan

menulis.  Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang menjurus kepada

kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Dengan menggunakan teknik didik hibur

teori pemerolehan bahasa kognitif ini jelas kelihatan semasa murid menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran.

10

Page 11: 3 DIDIK HIBUR

Di samping itu, teori interaksionalisme juga ada kaitan dengan teknik didik hibur. Teori

Interaksionalisme menekankan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat komunikasi dan satu

proses melibatkan mental dan linguistik. Menurut Halliday, pemerolehan bahasa melibatkan

proses kognitif dan proses interaksi bahasa.  Dalam pembelajaran bahasa, teori ini

menghendaki guru memberikan banyak latihan kepada murid kerana pembelajaran bahasa

bukan hanya mempelajari struktur tetapi yang penting ialah mempelajari makna untuk belajar

berinteraksi.  Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang bermakna dan dengan ini

murid boleh menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar. Apa yang dimaksudkan dengan

aktiviti yang bermakna ialah dengan menggunakan teknik didik hibur di mama murid akan

melibatkan diri secara aktif dan aktiviti itu mampu mengoptimumkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang diikuti murid.

Teori pemerolehan bahasa yang membicarakan tentang bagaimana bahasa diperolehi

ialah Teori Interaksionalisme.  Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran bahasa adalah

sebagai alat interaksi  di mana melibatkan mental dan linguistik.  Makna dan struktur bahasa

adalah penting untuk membolehkan murid-murid berkomunikasi.  Berlandaskan teori ini, guru

bukan sahaja mengajar struktur bahasa tetapi mengajar cara untuk murid berinteraksi.  Guru

perlulah bijak memilih teknik yang sesuai seperti lakonan, simulasi, bercerita dan sebagainya

untuk melatih murid menguasai bahasa dalam berinteraksi dengan rakan, guru dan masyarakat.

Dan ini semua merujuk kepada teknik didik hibur.

11

Page 12: 3 DIDIK HIBUR

6.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 2 Bestari

Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tema : Pertanian

Tajuk : Buah-Buahan Tempatan

Standard Kandungan : 4.1- Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian

secara didik hibur.

Standard : 4.1.1- Menyebut suku kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat :-

1.       Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian.

2.       Menamakan buah-buahan tempatan.

Langkah Isi pelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan

Set induksi

( 5 Minit )

Buah-buahan

Tempatan

-          Rambutan

-          Cempedak

-          Ciku

-          Manggis

1)Guru berlakon sebagai

penjual buah-buahan.

2)Murid tampil membeli buah

yang dibawa guru.

3) Murid diminta menyebut

BBB

-buah-buahan asli

atau tiruan.

12

Page 13: 3 DIDIK HIBUR

-          Langsat

-          Rambutan

-          pulasan

nama  buah-buahan yang ingin

dibeli oleh mereka.

TKP

Interpersonal

Langkah 1

( 10 minit)

Lagu buah-buahan

tempatan

1)Murid menonton video lagu

tentang buah-buahan tempatan.

2)Murid melihat senikata lagu

yang dipaparkan pada skrin.

3)Murid menyebut senikata lagu

dengan jelas secara kelas.

BBB

-carta lagu

-skrin

-LCD

Langkah 2

( 15 minit )

Senikata lagu dan

muzik

1)Murid manyanyikan lagu

dengan bimbingan guru.

2)Murid diminta menyanyi

berdasarkan senikata lagu

dengan jelas secara kelas,

kumpulan dan individu.

BBB

-carta lagu

-skrin

-LCD

TKP

-Verbal Linguistik

-Kecerdasan Muzikal

13

Page 14: 3 DIDIK HIBUR

Langkah 3

( 15 minit )

Lakonan jual beli

mengikut

kumpulan.

1)Murid dibahagikan kepada 4

kumpulan.

2)Setiap kumpulan dikehendaki

menjalankan aktiviti jual beli

sambil menyanyi lirik lagu

melalui lakonan.

BBB

-Buahan tiruan/asli

-kad gambar

TKP

-Interpersonal

Langkah 4

( 10 minit )

Nama

buah-buahan

Latihan pengayaan:

1)Murid diminta klik pada

gambar atau perkataan yang

betul dalam latihan yang

dipaparkan pada slaid.

Latihan pemulihan:

2)Murid diminta menyatakan

jenis buah-buahan yang

terdapat dalam senikata lagu

berdasarkan jawapan diberi.

3)Murid diminta lengkapkan

senikata lagu buah-buahan

tempatan.

BBB

-slaid

-lembaran kerja

Kemahiran berfikir

-menjana idea

Penutup Nyanyian dan 1)Murid diminta menyanyi BBB

14

Page 15: 3 DIDIK HIBUR

( 5 minit ) gerakan bebas. semula lagu “Buah-Buahan

tempatan” sambil bergerak

bebas. -senikata lagu

TKP

-Muzikal

-kinestetik

Refleksi : ____________________________________________________________________

15