11
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBPE3203 PENDIDIKAN LUAR SEMESTER SEPTEMBER 2014 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb – 23hb November 2014. Serahan selepas 23hb November 2014 TIDAK akan diterima.

30484.docx

  • Upload
    zusma

  • View
    147

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 30484.docx

TUGASAN ________________________________________________________________________

HBPE3203PENDIDIKAN LUAR

SEMESTER SEPTEMBER 2014 ________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb – 23hb November 2014. Serahan selepas 23hb November 2014 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: 30484.docx

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik pemarkahan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: 30484.docx

SOALAN TUGASAN

Pendidikan Konservasi merupakan satu strategi yang berkesan untuk memberikan kesedaran

kepada pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan menyebatikan

nilai-nilai murni yang diterapkan dalam Pendidikan Luar. Melalui Pendidikan Konservasi,

warganegara yang lebih bertanggungjawab dan komited terhadap alam sekitar dapat dibentuk

untuk memelihara penghidupan yang seimbang. Secara tidak langsung, penyerapan

Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar membolehkan para pelajar memperoleh

pengetahuan, kemahiran, pemupukan nilai murni serta usaha untuk bertindak secara individu

atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan alam semula jadi.

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk

memastikan konservasi alam sekitar dapat dikekalkan bagi menjamin hidup yang lebih ceria

dan bermakna melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, anda dikehendaki :

1. Mengenal pasti sekurang-kurangnya LIMA isu, punca dan kesannya terhadap alam

semula jadi ke atas kanak-kanak akibat daripada kejahilan manusia dan pembangunan

di Malaysia. Cadangkan aktiviti atau program Pendidikan Jasmani yang boleh

dijalankan oleh pihak sekolah untuk mengatasi isu yang dinyatakan di atas.

(20 markah)

2. Merangka satu bentuk penilaian yang boleh dilakukan oleh guru untuk memastikan

keberkesanan dan pencapaian objektif setiap program yang dirancang dengan

menyertakan senarai semak yang lengkap dan relevan.

(20 markah)

[Jumlah : 40 markah]

Page 4: 30484.docx

PANDUAN PELAJAR

Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan berdasarkan panduan di bawah ini :

1 a. membincangkan dari segi punca dan kesan ke atas kanak-kanak sekurang-kurangnya

LIMA isu alam sekitar yang berpunca daripada kejahilan manusia atau program

pembangunan seperti:

i. pembuangan sampah

ii. pencemaran

iii. pembakaran terbuka

iv. pertanian

v. sisa toksik

b. Mencadangkan sekurang-kurangnya SATU aktiviti atau program Pendidikan Luar yang

dapat dilakukan untuk mengatasai SETIAP isu yang dikemukakan dalam usaha

memelihara alam semula jadi serta justifikasinya.

2. Mencadang dan merangka bentuk penilaian untuk menilai keberkesanan semua objektif serta

pelaksanaan sebelum, semasa dan selepas SETIAP aktiviti atau program yang dijalankan

untuk mengatasi isu alam semula jadi seperti yang dikemukakan di atas dalam bentuk senarai

semak yang lengkap.

3. Anda digalakkan menyertakan gambar-gambar, foto atau rajah untuk menyokong tugasan

anda.

Catatan

1. Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan mengikut format APA. Perlu

berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul.

Antara rujukan yang dicadangkan ialah :

i. OUM (2009). HBPE 3203 : Pendidikan Luar.

ii. BPG, KPM. (2000). Modul Bina Insan Guru.

iii. Jurnal Pendidikan Persekitaran

iv. Jurnal JOHPERD, AAHPERD

Page 5: 30484.docx
Page 6: 30484.docx

RUBRIK TUGASAN

HBPE3203 : PENDIDIKAN LUAR / SEMESTER SEPTEMBER 2014

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4

1. a. Isu, punca dan kesan alam semula jadi (5 atau lebih) dengan gambar yang berkaitan.

2.5

Tiada huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi

Tiada penjelasan punca kewujudan semua isu alam semula jadi dan kesannya ke atas kanak-kanak

Tidak menyertakan sebarang gambar yang berkaitan dengan isu

Kebanyakan huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi tidak lengkap dan tidak jelas.

Kebanyakan penjelasan punca isu alam semula jadi dan kesannya ke atas kanak-kanak sangat ringkas.

Kebanyakan gambar tidak berkaitan dengan isu alam semula jadi dan kebanyakannya tidak relevan.

Beberapa huraian berkaitan dengan alam semula jadi lengkap dan jelas.

Beberapa penjelasan punca isu alam semula jadi dan kesannya ke atas kanak-kanak komprehensif.

Beberapa gambar berkaitan dengan isu alam semula jadi dan sebahagiannya relevan.

Kebanyakan huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi jelas.

Kebanyakan penjelasan punca isu alam semula jadi yang dinyatakan di atas dan kesannya ke atas kanak-kanak komprehensif.

Kebanyakan gambar berkaitan dengan isu alam semula jadi dan kebanyakannya relevan.

Semua huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi yang sangat lengkap dan sangat jelas.

Semua penjelasan punca isu alam semula jadi dinyatakan di atas dan kesannya ke atas kanak-kanak sangat komprehensif dan menarik.

Semua gambar berkaitan dengan isu alam semula jadi dan semuanya relevaan serta sangat menarik.

10

b. Cadangan aktiviti / program PL untuk mengatasi isu (5 atau lebih

2.5

Tiada cadangan aktiviti / program PL.

Tiada huraian berkaitan

Kebanyakan cadangan aktiviti / program PL tidak sesuai dan tidak relevan.

Kebanyakan huraian

Beberapa cadangan aktiviti / program PL sesuai dan sebahagiannya relevan

Kebanyakan cadangan aktiviti / program PL sesuai dan kebanyakannya relevan.

Kebanyakan huraian

Semua cadangan 5 aktiviti / program PL sangat sesuai dan sangat relevan.

Semua huraian sangat

10

Page 7: 30484.docx

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4cadangan) dengan

aktiviti / program.

tidak lengkap dan tidak terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

Beberapa huraian lengkap dan sebahagiannya terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

lengkap dan kebanyakannya terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

lengkap dan sangat terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

2. Cadangan penilaian keberkesanan aktiviti / program

4 Tiada senarai

semak dihasilkan aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti.

Kebanyakan penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti terlalu ringkas dan tidak sistematik.

Beberapa penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti agak komprehensif dan agak sistematik.

Kebanyakan penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti komprehensif dan sistematik

Semua penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti komprehensif dan sangat sistematik.

20

JUMLAH MARKAH 40