36
1.0 PENGENALAN Penulisan ilmiah ini adalah merupakan tugasan projek bagi BMM3112 iaitu Sejarah Bahasa Melayu , Penterjemahan dan Pengkamusan. Penulisan ilmiah ini mempunyai beberapa fasa. Fasa 2.0 akan membincangkan mengenai sejarah kedatangan tulisan Jawi dan transkripsi petikan teks Sejarah Melayu. Manakala fasa 3.0 pula akan membicarakan tentang kajian teks bahasa Melayu Klasik dan peralihan. Dalam fasa 4.0 pula akan mengupas mengenai bahasa Melayu pramerdeka dan pascamerdeka serta huraian kritis mengenai perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara Malaysia. 2.0 SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DAN TULISAN JAWI Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1). Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yang menyatakan bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada penempatan orang Islam di Sumatera Timur.Beliau menyatakan sedemikian kerana kemungkinan perpindahan orang Islam yang sudah bermastautin di negeri China sejak abad pertama akibat daripada kekacauan politik yang berlaku di China pada zaman Raja Hi- Tsung. Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. al Attass (1969 :11) orang Islam yang berpindah dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan di Kalah Kedah pada sekitar tahun 878 Masihi dan di Palembang.Penempatan yang sama berlaku di tempat lain seperti yang dibuktikan oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di Champa,Kampuchea bertarikh 431 Hijrah 1039 Masihi . 1

(4) HASIL KAJIAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hasil

Citation preview

1.0PENGENALANPenulisan ilmiah ini adalah merupakan tugasan projek bagi BMM3112 iaitu Sejarah Bahasa Melayu , Penterjemahan dan Pengkamusan. Penulisan ilmiah ini mempunyai beberapa fasa. Fasa 2.0 akan membincangkan mengenai sejarah kedatangan tulisan Jawi dan transkripsi petikan teks Sejarah Melayu. Manakala fasa 3.0 pula akan membicarakan tentang kajian teks bahasa Melayu Klasik dan peralihan. Dalam fasa 4.0 pula akan mengupas mengenai bahasa Melayu pramerdeka dan pascamerdeka serta huraian kritis mengenai perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara Malaysia.

2.0SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DAN TULISAN JAWIHubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan 1999: 1).Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yang menyatakan bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada penempatan orang Islam di Sumatera Timur.Beliau menyatakan sedemikian kerana kemungkinan perpindahan orang Islam yang sudah bermastautin di negeri China sejak abad pertama akibat daripada kekacauan politik yang berlaku di China pada zaman Raja Hi-Tsung.Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. alAttass (1969 :11) orang Islam yang berpindah dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan di Kalah Kedah pada sekitar tahun 878 Masihi dan di Palembang.Penempatan yang sama berlaku di tempat lain seperti yang dibuktikan oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di Champa,Kampuchea bertarikh 431 Hijrah 1039 Masihi .Othman Mohd.Yatim dan Abdul Halim Nasir (1990:12-16) juga telah menyatakan terdapat penemuan inskripsi bertarikh 419 Hijarah 1020 Masihi di Permatang Pasir Pekan Pahang dan 440 Hijrah 1048 Masihi di Brunei.Sehubugan itu Omar Bin Awang (1985:189) juga bersetuju tentang kehadiran orang Islam di Asia Tenggara pada abad kelapan Masihi lagi dengan memetik G.R Tibbets (1957: 37) yang mengatakan bahawa kehadiran pedagang-pedagang Islam di pelabuhan-pelabuhan China,tentu sekali menunjukkan bahawa mereka juga telah melawat dan berdagang di Asia Tenggara.Selain itu ialah bukti kedatangan Islam ialah penemuan tiga duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil di Kedah,membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di Kepulauan Melayu, ( Omar Awang, ibid:190)Menurut Wan Azmi ( 1980 : 144) di Kelantan telah ditemui wang emas yang tertulis tarikh 577 H/116 M dan tulisan Arab al-julus Kelantan yang bermaksud menduduki Kelantan dan tertulis al-Mutawakkil pada satu muka lagi iaitu gelaran rajanya yang bermaksud yang bertawakal kepada Allah, menunjukkan sudah tertubuh satu kerajaan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan yang kedua abad ke-12 M.Secara ringkasnya,kedatangan Islam bukan sahaja agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu berubah,tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Implikasi yang amat besar dalam perkembangan bahasa Melayu akibat daripada proses pengislaman ialah penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga menjadi skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu.

2.1Asal Usul Kata JawiTulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam. Nama Jawi itu berasal daripada kata nama bahasa Arab Jawah. Apabila dijadikan kata kata adjektif Jawah menjadi Jawi.Perkataan Jawah atau Jawi itu besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab bahagian kata Java sahaja yang diambil, sedangkan dwipanya ditinggalkan. Kata Jawa ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata itu juga, atau dalam bentuk kata adjektifnya menjadi Jawi. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang lain. Oleh sebab inilah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh nama al-Jawi sebagai laqab, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al- Fatani al-Jawi dan lain-lain. Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17).

2.2Kemunculan Skrip dan Istilah JawiIstilah tulisan Jawi hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Negara Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama tulisan Melayu Huruf Arab atau tulisan Melayu Arab. Penggunaan jawi digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain. Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).Manakala menurut Russels Jones ( 1983:125) skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat selepas abad ke-7 H. Buktinya ialah berdasarkan kajian Fatimi (1963:50) yang membuktikan penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks bahasa melayu terdapat pada batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H/1303 M.Mengikut Omar Awang (1985:190), skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenal dengan nama skrip jawi.Tidak diketahui siapa yang memberikan nama jawi kepada skrip itu, namun Omar Awang telah memetik keterangan dalam kamus R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras pulut serta makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau. Ringkasnya pendapat ini langsung tidak menyebut perkaitan nama Jawi dengan tulisannya.Omar Awang seterusnya menegaskan kemungkinan perkataan Jawi berasal daripada perkataan Arab al-Jawah. Beliau mengatakan sedemikian kerana kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14 M untuk menamakan Sumatera. Contohnya ialah Yaqut dalam Mujam al-Buldan, Abu al-Fida dalam Taqwin al-Buldan dan Ibn Batutah dalam Rihlat Ibn Batutah. Fakta ini mempunyai perkaitan iaitu menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahawa skrip ejaan yang digunakan oleh orang Sumatera, iaitu penduduk al-Jawah yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.Pendapat yang terakhir ialah Jawi itu bermakna Melayu, misalnya dalam ungkapan Jawikannya yang bermaksud terjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu tentunya dalam tulisan jawi, Wilkinson.

2.3Penggunaan Tulisan JawiMenurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan.Tulisan jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan.Manakala bagi batu nisan pula terdapat di berbagai-bagai tempat bekas beridirnya kerajaan kerajaan Islam pada zaman silam.Penggunaan tulisan semakin meluas. Buktinya ialah pada mata wang. Tulisan jawi yang digunakan pada mata wang terutamanya wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,Mansur Shah dan lain-lain.Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi digunakan dalam penulisan surat rasmi.Contohnya ialah surat kiriman antara raja. Kaedah ini bukan sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja lain.Penggunaan tulisan jawi termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya ialah kewujudan kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bentuk manuskrip yang bertulis tangan dan cap batu.Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke tanah Melayu.Bagi urusan perniagaan dan perdagangan ini bahasa dan tulisan yang digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi. Bukti ialah beberapa catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan.Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di tanah Melayu. Antara ialah kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke tanah Melayu.Contohnya ialah pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi mencetak.Dengan mengaplikasikan teknologi ini maka berkembanglah bahasa dan tulisan.Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.2.4Transkripsi Teks Sejarah Melayu

3.0KAJIAN TEKS BAHASA MELAYU KLASIK DAN PERALIHANMenurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya.

3.1Definisi Bahasa Melayu KlasikTerdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

3.2Sejarah Bahasa Melayu KlasikDoktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa . Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.

3.3Permulaan Zaman Bahasa Melayu KlasikMengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab.Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

3.4Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

3.5Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu KlasikBerdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.Prosa dalam Bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun pada tahun 1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre Melayu, iaitu pantun, syair puisi, gurindam dan seloka. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad atau Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa atau Gowa, India. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana karya ini memberikan perincian tentang adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China. Dikatakan bahawa pada setiap pertukaran dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

3.6Ciri-Ciri Bahasa Melayu KlasikDari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa Melayu Klasik. Namun demikian ciri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang. Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa.Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pun dan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah, dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya dalam Sejarah Melayu.Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam. Contoh penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahuala dan takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa, pahala, dan raja . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat dan syarat.Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering. Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Bahasa Melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

3.7Analisis Petikan Teks Sejarah MelayuBerdasarkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang telah dijelaskan di atas, berikut adalah analisis yang dapat diterangkan. Antara ciri yang telah dinyatakan ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan". Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang. Contoh ayat yang dapat dilihat dalam petikan teks Sejarah Melayu ialah seperti berikut, barangkuasanya dan berbagai-bagai permata peninggalan dan neneknya sekalian itu dikenakan akan pakaian anaknya....Ciri bahasa Melayu Klasik lain yang dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu ialah penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Kata ini digunakan dalam ayat awal dan dalam penulisan bahasa Melayu moden, kata ini sudah tidak digunakan. Contoh pangkal ayat usang yang dapat dilihat dalam petikan teks Sejarah Melayu adalah seperti ayat berikut maka hairanlah hati raja Iskandar melihat rupa Puteri Shahrulbariah itu....Selain itu, ciri lain yang dapat dilihat dalam petikan teks ini ialah perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang digunakan dalam teks ini banyak memperlihatkan bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti, pada keesokan harinya maka dipersalin oleh Raja Iskandar akan tuan Puteri Shahrulbariah dengan selengkapnya pakaian kerajaan dan dianugerahi harta yang tiada terpenai....Teks Sejarah Melayu ini juga menunjukkan ciri bahasa Melayu klasik yang menggunakan partikel pun dan lah. Contoh perkataan yang menggunakan partikel tersebut adalah seperti Raja Iskandar pun, mempelailah dan hairanlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula adalah seperti berikut maka pada malam itu naik mempelailah Raja Iskandar dan maka Raja Iskandar pun menganugerahkan persalinan akan segala raja-raja.Di samping itu, teks Sejarah Melayu juga terdapat ciri yang menunjukkan teks tersebut mempunyai pengaruh daripada bahasa lain iaitu bahasa Sanskrit. Contoh perkataan Sanskrit yang dapat dilihat dalam teks ini ialah raja. Contoh ayat pula adalah seperti berikut pada keesokan harinya maka dipersalin oleh Raja Iskandar akan tuan Puteri Shahrulbariah dengan selengkapnya pakaian kerajaan dan dianugerahi harta yang tiada terpenai.... Ciri terakhir yang dapat dilihat berdasarkan analisis teks Sejarah Melayu ini ialah sifat bahasanya yang menunjukkan bahasa istana. Penggunaan ini adalah disebabkan bentuk karya sastera dalam petikan teks ini menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Contoh ayat yang dapat dilihat menggunakan bahasa istana ini adalah seperti berikut pada keesokan harinya maka dipersalin oleh Raja Iskandar akan tuan Puteri Shahrulbariah dengan selengkapnya pakaian kerajaan dan dianugerahi harta yang tiada terpenai....

4.0BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKABahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Zaba dalam bentuk tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).

4.1Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:i. Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayuii. Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cinaiii. Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaaniv. Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

4.1.1 Laporan Barnes 1951Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah: Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris. Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian. Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

4.1.2 Laporan Fenn-Wu 1951Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.

4.1.3 Ordinan Pelajaran 1952Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran yang baharu diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata tersebut ialah : Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua. Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).

4.1.4 Laporan Razak 1956Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008): Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.

4.2Zaman Pascamerdeka (1957-1970)Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

4.2.1Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 Zaman Kemas KiniJawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah : 1. Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi,2. Menteri Kehakiman, Tun Leong Yew Koh,3. Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Mohd. Khir Johari,4. Penolong Menteri Pelajaran, Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan,5. Penolong Menteri Buruh, Encik V. Manickavasagam,6. Senator Koh Kim Leong,7. Encik Mohd. Dahari Ali,8. Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Wong Pow Nee 9. Encik Abdul Ghani bin Ishak.Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956; mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992

4.3Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah: Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar.

4.4Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Sistem PendidikanPerkembangan Bahasa Melayu Moden dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap Bahasa Melayu Pramerdeka dan Tahap Bahasa Melayu Pascamerdeka. Sebelum kedatangan inggeris ke Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan. Bahasa Melayu berada dalam kedudukan yang tinggi dan berfungsi sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar di institut Pendidikan.Pada peringkat awal pemerintahan inggeris, Bahasa Melayu masih lagi digunakan dalam urusan pentadbiran atau urusan rasmi. Malah pegawai British yang bertugas dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan sebelum disahkan jawatan.Sebahagian daripada pegawai British tersebut seperti R.O winstedt, R.J. Wilkinson, O.T.Dussek, J.Crawfurd, A.M Skinner, C.C Brown, W.E. Maxwell dan William Marsden berminat dalam bidang bahasa dan telah menghasilkan buku-buku tentang Bahasa Melayu. Antaranya ialah: The Malay Grammar,Simple Malay,Kitab Loghat Melayu, An English-Malay Dictionary (karya Winstedt), A Malay-English Dictionary, A Bridge-Malay Dictionary, Malay Grammar (karya R.J Wilkinson).Kedudukan Bahasa Melayu mula terpinggir selepas perang dunia kedua, kekalahan British kepada Jepun telah menyedarkan pegawai British bahawa Bahasa Melayu tidak boleh dibiarkan berkembang. Hal ini disebabkan pihak British tidak mahu orang Melayu bersatu dan menentang mereka. Oleh itu, bahasa Inggeris digunakan secara meluas.Pihak British menukarkan dasar Pendidikan dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah. Sekolah Inggeris mula dibina dan pelajar lepasan sekolah Inggeris menyandang jawatan-jawatan professional dan mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Bahasa Melayu hanya diajar di sekolah rendah.Keadaan tersebut menyebabkan masyarakat terdorong untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan akibatnya, Bahasa Melayu menjadi terpinggir. Pada awal abad ke-20 timbul kesedaran dalam kalangan sasterawan, budayawan, guru-guru dan ahli politik terhadap kedudukan Bahasa Melayu. Oleh itu, mereka berusaha memperkembang Bahasa Melayu secara perseorangan atau berkumpulan melalui penulisan dalam majalah dan akhbar tempatan. Maka lahirlah tokoh-tokoh dan insitut bahasa pramerdeka.Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan Bahasa Melayu juga ditubuhkan seperti Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (PBMPB), Pejabat Karang Mengarang, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) dan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Pertubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan dan memperkembang Bahasa Melayu.Zaman Bahasa Melayu Moden bermula dengan karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau dikenali sebagai Abdullah Munsyi pada abad Ke-19. Pembaharuan dari segi bahasa yang digunakan oleh Abdullah dalam karyanya mempengaruhi corak perkembangan Bahasa Melayu selepas itu.Pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah ialah hasil daripada pertembungan kebudayaan antara timur dengan barat. Namun begitu, tahap Bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-20. Zaman Abdullah merupakan zaman peralihan antara Bahasa Melayu Klasik dengan Bahasa Melayu Moden.Pada zaman penjajahan, Bahasa Melayu tidak dapat berkembang dengan baik kerana penjajah lebih memberi keutamaan kepada bahasa mereka. Oleh itu,pada zaman itu usaha perkembangan bahasa dilakukan secara persendirian. Hanya pada tahun 1888 baru bermula usaha memajukan Bahasa Melayu secara berkumpulan.Perkembangan Bahasa Melayu Moden mula pesat sejak tahun 1945, apabila Indonesia mencapai kemerdekaan dan usaha-usaha meningkatkan taraf Bahasa Melayu moden semakin rancak selepas kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada tahun 1957.Terdapat beberapa proses yang melibatkan perkembangan bahasa Melayu moden sehingga abad ke-20, antaranya melalui tokoh dan melalui beberapa pertubuhan. Melalui tokoh, antara yang terlibat ialah Munsyi Abdullah, Raja Ali dan Zaba (Zainal Abidin bin Ahmad). Manakala dalam pertubuhan pula terdapat beberapa pertubuhan yang bergiat aktif dalam mengembangkan bahasa Melayu sehingga abad ke-20, antara pertubuhan itu adalah Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (PBMPB), Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Pejabat Karang Mengarang dan Angkatan Sastera (ASAS 50).Pada zaman Munsyi Abdullah perkembangan bahasa Melayu moden telah berkembang. Beliau dilahirkan di Masjid Tanah Melaka. Beliau mendapat gelaran Munsyi pada usia sebelas tahun selepas mengajarkan Pendidikan Agama Islam kepada askar-askar Melayu di Melaka yang lebih tua daripadanya.Berpendidikan Inggeris dan pergaulan yang luas dengan pegawai dan paderi berbangsa Inggeris telah mempengaruhi corak pemikiran dan cara penulisannnya. Menurut Zaba, kesasteraan Melayu moden bermula pada zaman Munsyi Abdullah. Beliau telah mencipta perkataan-perkataan baharu dan mengungkapkan perkara-perkara baharu dalam karyanya. Antara karya agung beliau ialah: Syair Singapura Terbakar (1830), Hikayat Kalilah dan Daminah (terjemahan daripada Hikayat Panca Tanderan yang berbahasa Hindu), serta Kisah Pelayaran Abdullah (1838).Hasil karya Abdullah memperlihatkan perbezaan dengan karya terdahulu. Hal ini dapat dilihat daripada ciri-ciri karyanya iaitu, gaya bahasa yang tersendiri dan tidak terikat dengan gaya penulisan klasik serta tiada unsur khayalan. Bahasa yang digunakan lebih mudah difahami tetapi masih terikat dengan penggunaan bahasa lama. Isi kandungan karya Abdullah merupakan satu isi baharu berdasarkan pengalaman dan pengamatan. Antaranya kritikan terhadap orang Melayu yang kurang mengambil berat terhadap bahasa ibunda dan terhadap golongan raja dan pembesar yang menindas rakyat. Abdullah munsyi digelar Bapa Bahasa dan Kesasteraan Melayu Moden.Selain itu, Raja Ali juga merupakan salah seorang tokoh dalam mengembangkan bahasa Melayu moden sehingga abad ke-20. beliau dilahirkan di Pulau Penyengat Riau. Raja Ali Haji merupakan salah seorang tokoh yang berperanan meningkatkan Pulau Penyengat sebagai pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan Islam di Kepulauan Melayu. Beliau mendapat Pendidikan Arab dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam agama Islam serta banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti Agama, bahasa, sejarah, undang-undang dan sastera. Antara hasil karya sastera beliau ialah Kitab Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi (kitab Pekebunan Jurutulis bagi kanak-kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia). Dihasilkan pada tahun 1857. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama penulisan tentang bahasa Melayu dan bahagian kedua tentang tatabahasa bahasa arab. Seterusnya tokoh cendikiawan yang terkenal iaitu Zaba ( Zainal Abidin bin Ahmad). Beliau dilahirkan di Batu Kikir Negeri Sembilan. Beliau menggunakan empat nama samaran iaitu Anak Melayu Jati, Patriot, Zai Penjelmaan dan yang paling terkenal iaitu Zaba.Zaba merupakan seorang sarjana dan cendekiawan Melayu yang aktif dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, keagamaan, bahasa, kebudayaan dan sastera. Sumbangan beliau yang paling menonjol adalah dalam bidang bahasa khususnya aspek tatabahasa Melayu. Antara karya Zaba yang penting ialah, Pelita Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan Rumi-1930, dan Ilmu Mengarang Melayu-1934. Buku Pelita Bahasa Melayu menjadi rujukan utama tatabahasa bahasa Melayu di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan. Selain menulis buku Zaba juga berusaha memartabatkan Bahasa Melayu melalui jawatannya sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah kanan, Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris-MPSI (sekarang dikenali dengan gelaran Universiti Perguruan Sultan Idris-UPSI) Tanjung Malim 1924-1939.Zaba turut memperjuangkan penubuhan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan telah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh penting dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).Selain itu, terdapat juga pertubuhan yang telah mengembangkan bahasa Melayu sehingga abad ke -20 iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku (PBMPB). Institusi yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru ini merupakan badan pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu yang pertama. Pengasas penubuhan ialah DatoSeri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan DatoMuhammad Ibrahim Munsyi. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengendalikan perbincangan dan ceramah tentang permasalahan Bahasa Melayu seperti aspek ejaan dan perkataan serta mewujudkan perpustakaan. Pada abad ke-19, aktiviti Pakatan menjadi semakin lembap kerana menghadapi masalah kewangan dan kurang mendapat sambutan. Namun begitu, pada tahun 1934, Pakatan telah diaktifkan semula oleh Dato Abdullah Abdul Rahman, Dato Awang Omar dan Mejar Musa Yusof.Nama Pakatan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBMPBD) setelah dikurniakan gelaran Diraja oleh Sultan Johor pada 14 April 1935. Matlamat Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBMPBD) ialah, mencipta perkataan baru, menyediakan daftar kata, mengeluarkan jurnal Peredar, mengadakan perpustakaan, mengembangkan perkataan melalui ceramah-ceramah dan penyelidikan, memelihara, memperlengkap, dan mempermoden Bahasa Melayu dan memelihara tulisan jawi. Kegiatan utama pertubuhan ini adalah menghasilkan buku, membentuk istilah dan menganjurkan ceramah-ceramah bahasa. Sebanyak 34 buah buku telah berjaya diterbitkan. Antara istilah baru yang dicipta oleh pertubuhan ini adalah setiausaha, pejabat, kerja raya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.Seterusnya, pertubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM). PASPAM ditubuhkan pada April 1934 oleh Mohd Al-Khatib dan Ariffin Ishak melalui ruangan Sahabat Pena. Perkembangan positif ruangan tersebut telah menarik minat Syed Sheikh Ahmad al-Hadi untuk mengembangkan kegiatan Sahabat Pena atau Persekutuan Pena dan akhirnya namanya ditukar kepada Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM).Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan sesama ahli, menggalakkan penulisan dan pembacaan dalam Bahasa Melayu dan mendirikan Perpustakaan. Pada 11 November 1934 buat pertama kalinya PASPAM telah menganjurkan persidangan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1938 pula PASPAM telah menubuhkan Lembaga Bahasa yang berpusat di Batu Pahat. Antara kegiatan mereka ialah, mengeluarkan buku-buku adaptasi Melayu, mengeluarkan kamus Melayu, mengadakan panduan karang mengarang, mengeluarkan buku tahunan, menentukan ejaan yang tetap bagi ahli PASPAM dan mereka perkataan baharu berdasarkan Bahasa Inggeris.Selain itu, dalam perkembangan bahasa Melayu moden juga, pertubuhan Pejabat Karang Mengarang turut bergiat aktif. Institusi ini ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Pengasasnya ialah pengetua maktab tersebut iaitu O.T Dussek dan Zaba dilantik sebagai ketua pengarang dan penterjemah kanan manakala R.O Winstedt dan O.T Dussek bertindak sebagai penasihat di Pejabat Karang Mengarang ini.Institusi ini ditubuhkan bagi mengatasi masalah kekurangan buku dalam Bahasa Melayu bagi bahan bacaan di sekolah-sekolah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu, menerbitkan jurnal bergambar, mengeluarkan bahan bacaan untuk orang Melayu dan mengadakan perpustakaan bergerak ke kawasan luar Bandar. Hasil penerbitannya adalah seperti, Siri buku teks sekolah, menerbitkan buku-buku pengetahuan bahasa karya Zaba, menterjemah karya bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu seperti The Malay Home Library Series (Siri Perpustakaan Sekolah dan Umum). Antara sumbangan institusi ini ialah, membina asas pengetahuan dan perkembangan Bahasa Melayu dan membantu meningkatkan kemajuan dalam Pendidikan Sekolah Peranan institusi ini kemudiannya telah diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setelah dibubarkan.Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) telah ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950 oleh beberapa tokoh penting dalam perkembangan bahasa. Antara tokoh tersebut ialah Usman Awang, Rosmera, Jaafar Mohamad, Muhammad Arif Ahmad dan Asraf. Tujuan penubuhannya adalah bertujuan mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu, menjaga kebajikan dan kepentingan penulis dengan melindungi hak pengarang, dan mengadakan pembaharuan dalam bidang penulisan. ASAS 50 telah mengadakan kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) dan memutuskan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan manakala Kongres Bahasa dan Perpustakaan Melayu Ketiga telah diadakan dan mereka mencadangkan penubuhan Balai Pustaka yang kini dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Dalam kongres tersebut juga dicadangkan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan penyatuan bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia. ASAS 50 telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan aspek ejaan dan peristilahan bahasa Melayu.Kesimpulannya,pertubuhan ini telah berjaya mengembangkan bahasa Melayu moden sehingga abad ke-20. Hal ini telah menyebabkan bahasa Melayu telah menjadi bahasa Kebangsaan bagi Malaysia. Dengan adanya beberapa orang tokoh dan pertubuhan, bahasa Melayu akhirnya berjaya dikembangkan walaupun pada mulanya tidak begitu aktif dalam perkembangannya.

4. 5Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Negara Masa KiniBahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh manusia. Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Bahasa menurut Kamus Dewan ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan atau fikiran ( Kamus Dewan 1998 : 37 ). Melayu pula didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu ( Kamus Dewan 1998 : 440 ).Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi sesama manusia sama ada dalam bentuk lisan mahu pun tulisan. Bahasa Melayu ialah bahasa yang dituturkan sebagai alat komunikasi masyarakat atau asal bangsa yang menduduki Kepulauan Melayu. Menurut Ismail Hussien (1948:5), bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam 200 bahasa yang terdapat dalam Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu ini juga menjadi bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan bahasa Melayu dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Faktor yang pertama ialah peratusan penutur bahasa Melayu di semenanjung Malaysia pada masa itu. Peratusan sebanyak 49.78 bagi masyarakat Melayu menjadikan masyarakat melayu merupakan penutur bahasa yang paling banyak di Malaysia berbanding dengan masyrakat Cina 37.1 dan masyarakat India 11.0.Selain itu, bahasa Melayu merupakan bersifat pribumi. Sifat ini menjadi faktor yang membolehkan bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Bersifat pribumi nii dapat melahirkan jati diri yang tinggi ke dalam setiap rakyat Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di Malaysia telah digunakan sejak sekian lama, ia digunakan dalam pelbagai situasi sama ada menyampaikan maklumat, memberi nasihat, malahan untuk urusan perdagangan juga telah menggunakan bahasa melayu. Faktor yang terakhir bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu telah menjadi bahasa pentadbiran sejak di Zaman Melayu Melaka lagi. Semasa ini bahasa Melayu menjadi Lingua Franca yang menjadi bahasa perdagangan di antara Kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan negara luar.Bahasa Melayu mempunyai pelbagai peranan dan fungsi kepada diri dan masyarakat Malaysia. Pelbagai fungsi yang dapat kita lihat dalam penggunaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan. Setiap negara perlulah mempunyai bahasa negara itu sendiri bagi menunjukkan identiti negara tersebut. Bahasa Melayu telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan yang menunjukkan identiti Malaysia sendiri kepada seluruh dunia. Peratusan penutur bahasa Melayu yang banyak menyebabkan bahasa ini dpilih sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah digunakan oleh semua masyarakat dan menunjukkan keseragaman rakyat Malaysia.Bahasa melayu juga menjadi asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat. Asas pembinaan negara berlandaskan perlembagaan negara Malaysia dalam perkara 152 yang mengatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Satu bahasa yang difahami oleh semua lapisan masyarakat dapat diselaras dan diseragamkan dan menjadi asas pembangunan sesuatu masyarakat. Dengan termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat di masa akan datang.Sudah sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian yang unik antaranya ialah masyarakat Malaysia hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Kaum majoriti yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Kaum ini dapat bersatu melalui bahasa, kerana satu bahasa difahami oleh semua kaum di Malaysia. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan yang dapat digunakan dan difahami oleh semua kaum di Malaysia. Inilah keunikan yang terdapat di Malaysia di mana satu bahasa mengabungkan satu negara. Difahami dan diwarisi sejak zaman nenek moyang kita yang mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Malaysia.Selain itu, bahasa melayu juga menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan di Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan di institusi-institusi pendidikan. Bahasa Melayu telah digunakan sejak 90-an lagi sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu digunakan oelh guru-guru di sekolah semasa menyampaikan ilmu. Bahsa Melayu digunakan adalah bagi menyelaraskan penggunaan bahasa yang digunakan sekolah dan mudah difahami oleh semua kaum. Bahasa Melayu ini juga memudahkan guru untuk berkomunikasi dengan murid dan dapat mencapai objektif pengajaran dengan baik.Bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Oleh sebab itu, bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadi bahasa rasmi kepada Malaysia. Bahasa rasmi ini bukanlah ingin menunjukkan mengenai semangat negara, tetapi fungsi bahasa rasmi itu sendiri untuk mempermudahkan sesuatu urusan untuk dijalankan dalam pelbagai situasi.Kedudukan dan taraf bahasa Melayu ini telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia dalam Perkara 152, Akta Bahasa kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961. Perkara 152 (1) telah termaktub mengatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen. Terdapat syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 152 ini bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan ( bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain. Walaupun dalam memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri, perlembagaan juga ingin menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan memberi keistimewaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi tidak menghalang penggunaan bahasa kaum lain.Selain dalam Perkara 152, dalam Akta Bahasa kebangsaan juga telah mengatakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan mestilah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, dan berhubungan dengan negara luar. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar awal di sekolah bermula di sekolah rendah, diikuti 1958 di sekolah menengah dan 1983 di universiti-universiti yang menjadikan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan.Akta Pendidikan 1961 juga mengatakan bahawa bahasa kebangsaan digunakan di semua sekolah iaitu bahasa Melayu. Keputusan ini dibuat laksanakan atas pelaksanaan bahasa Kebangsaan yang mengatakan bahawa peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.Dapatlah kita lihat, bahawa kedudukan bahasa Melayu di Malaysia amat ditiitikberatkan. Bahasa Melayu menjadi bahasa pertama di Malaysia yang menjadi kebanggan kita sebagai satu identiti yang tidak boleh dilupuskan. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan identiti negara kita sendiri dengan memartabatkan bahasa kita. Bahasa kita merupakan bahasa yang unik yang tidak akan dapat difahami oleh orang luar tapi dapat difahami oleh pelbaga bangsa di Malaysia.

REFLEKSISaya ingin memanjat kesyukuran kepada-Nya kerana akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan Sejarah Bahasa Melayu , Penterjemahan dan Pengkamusan ini dengan jayanya dan menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Dalam penghasilan tugasan ini, pelbagai input baharu saya dapat pelajari. Saya mula menitik beratkan mencari bahan-bahan membuat tugasan ini seperti daripada sumber internet, buku-buku rujukan dan meminta penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing subjek BMM3112 ini iaitu Dr. Ismail Bin Abd Rahman. Pelbagai hasil pembelajaran yang telah saya peroleh dalam menyelesaikan tugasan ini.Tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kajian transkripsi jawi, kajian bahasa Melayu klasik dan menyatakan pendapat mengenai isu bahasa Melayu yang menjadi polimik. Untuk bahagian pertama, cabaran yang saya hadapi ialah untuk memahami teks jawi Sejarah Melayu yang telah diberikan. Ini adalah kerana tulisan jawi tersebut adalah tidak sama seperti tulisan jawi moden. Teks tersebut sukar untuk diterjemahkan kerana banyak kekeliruan yang saya hadapi. Saya dapati tulisan jawi klasik tidak mempunyai abjad untuk sesuatu suku kata. Oleh itu, pentafsir perlu benar-benar mahir untuk menterjemahkannya. Untuk menterjemahkannya, saya telah memohon pertolongan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan. Setelah teks tersebut telah diterjemah, saya perlu menulis semula teks tersebut kepada tulisan jawi moden. Di sin saya juga menghadapi cabaran kerana saya kurang mahir dalam menulis dan mengeja perkataan jawi. Ini adalah kerana sudah bertahun-tahun saya tidak menulis dan membaca perkataan jawi semenjak dari sekolah menengah. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya merujuk kepada alat transliterasi rumi ke jawi atas di talian melalui laman web http://www.jawi.ukm.my. Namun, tidak semua transliterasi adalah betul. Jadi saya juga merujuk kepada rakan yang lain untuk memastikan transliterasi yang saya laksanakan adalah betul.Untuk bahagian kedua, perkara utama yang menyukarkan saya ialah dalam memahami makna teks Sejarah Melayu ini. Teks ini ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu klasik yang sangat mengelirukan. Ini adalah kerana di dalam ciri-ciri bahasa Melayu klasik, struktur ayatnya adalah panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Saya perlu mengaitkan ciri-ciri bahasa Melayu klasik ini dengan teks Sejarah Melayu dan terdapat banyak ciri-ciri yang saya dapati. Antaranya ialah teks tersebut terdapat unsur bahasa pinjaman daripada bahasa Arab dan Sanskrit. Ciri yang lain pula ialah teks tersebut juga menggunakan unsur bahasa istana kerana teks tersebut menceritakan hikayat tentang seorang raja. Hasil dapatan kajian ini dapat saya lakukan melalui rujukan daripada buku dan juga internet. Pensyarah dan rakan-rakan juga amat banyak membantu dalam hasilan kajian ini.Cabaran dalam bahagian ketiga pula ialah untuk menyatakan pendapat mengenai isu bahasa Melayu yang sering menjadi polimik. Perkara ini amat subjektif dan hujah yang dinyatakan perlulah dinyakan dengan bukti yang kukuh dan benar. Secara ringkasnya boleh dikatakan bahasa Melayu sering menjadi polimik akibat dari tiga perkara iaitu aspek politik, aspek perlembagaan serta aspek kaum dan etnik. Di dalam perlembagaan telah dinyatakan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita, namun bahasa lain dibenarkan untuk berkembang. Perkara ini telah mengakibatkan bahasa lain seperti bahasa Cina dan India boleh dikembangkan dan dipelajari tanpa sebarang halangan dan ini mewujudkan persaingan dengan bahasa Melayu. Pelbagai lagi huraian lain yang dapat dinyatakan dan semua hasil kajian ini saya rujuk melalui buku Etnik, Politik dan Pendidikan yang ditulis oleh Haris Md. Jadi. Buku ini saya peroleh daripada pensyarah pembimbing subjek ini dan saya juga membuat sedikit rujukan daripada internet.Selain itu, cabaran lain yang saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini ialah cabaran pembahagian masa. Pada semester ini, tugasan ini perlu dihantar ketika program praktikum kali kedua dilaksanakan. Faktor masa yang amat terhad sangat memberikan tekanan pada diri saya untuk membahagikan masa dalam melaksanakan tugasan ini. Namun, atas usaha dan pengorbanan masa, saya berjaya melaksanakannya. Akhir kata, sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Dr. Ismail Bin Abd Rahman serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Saya berharap kerja ini dapat memberi impak dan faedah yang sangat berguna terhadap diri saya yang bakal menjadi salah seorang warga pendidik.Sekian, terima kasih.BIBLIOGRAFIRujukan BukuSiti Hajar Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Noresah Baharom et al. (Ed). (2005), Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaRustam A. Sani (1993). Politik Dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Haris Md. Jadi (1990). Etnik, Politik Dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan InternetSejarah Tulisan Jawi (2011). Dicapai pada 30 Ogos 2013 daripada : http://zierainovasi.blogspot.comBahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan (2010). Dicapai pada 30 Ogos 2013 daripada : http://bahasamelayudnisenu.blogspot.comSejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu (2008). Dicapai pada 30 Ogos 2013 daripada : http://bmstpm.blogspot.com36