Upload
muhammad-safuan
View
221
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
PERMAINAN TRADISIONAL
(PERMAINAN BATAK LAMPUNG)
TEMPAT :
DEWAN SRI SAMARAHAN
TARIKH :
26 FEBUARI 2011
ANJURAN:
PISMP 1109 PJ
PENSAYRAH PEMBIMBING :
PN CANDRAWATI BT IBRAHIM
KERTAS KERJA PERMAINAN TRADISIONAL ANJURAN PISMP AMBILAN
JANUARI 2009
1.0 PENGENALAN
Projek Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM
3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kami telah
memilih untuk melaksanakan Permainan Tradisional ini di bawah anjuran PISMP
ambilan Januari 2009 dengan gabungan tiga buah opsyen iaitu opsyen Sains, Sains
Sosial dan Pendidikan Jasmani kerana kami sedar bahawa program ini merupakan
salah satu kesempatan buat kami untuk membimbing kami dalam pengurusan dan
pentadbiran yang lebih baik, tersusun dan sistematik pada masa kelak.
Selain itu, permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting
yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja.
Oleh itu, amat penting bagi kami menganjurkan Permainan Tradisional ini untuk
mengenali permaianan tradisional kita dengan lebih dekat dan mungkin yang hampir
dilupakan oleh masyarakat. Kami berharap ajuran Permainan Tradisional ini dapat
membentuk keperibadian kami untuk menjadi bakal tenaga pengajar yang lebih
berkaliber , sistematik dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
2.0 OBJEKTIF
1. Permainan tradisional merupakan medium untuk memupuk semangat
perpaduan, pelbagai tenik dan kaum dalam kelompok masyarakat seperti yang
disarankan dalam konsep 1 Malaysia.
2. Menggunakan masa senggang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
menjauhkan diri terjebak dengan anasir-anasir negatif.
3. Permainan tradisional alat bagi masyarakat sekeliling untuk mengenali budaya
kaum lain dengan lebih jelas kerana permainan tradisional itu setiap kaum
merupakan salah satu kegiatan harian masyarakat tersebut.
4. Permainan tradisional adalah satu kebanggaan masyarakat kerana ia
mempunyai nilai tradisi yang mampu memperkenalkan kembali permainan yang
dimaninkan pada masa dahulu.
3.0 MATLAMAT
Kejayaan projek ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan subjek seperti yang
terkandung di dalam pro forma tetapi dapat memberi satu situasi pembelajaran iaitu
bermain sambil belajar. Ia amat berguna bagi kami sebagai guru pelatih,dimana
setiap kemahiran dan pengetahuan dalam proses merancang dan melaksanakan
sesuatu projek dapat kami aplikasikan semasa berkhidmat di sekolah kelak.
4.0 MAKLUMAT PROJEK
Tajuk Projek : Permainan Tradisional
Tempat : Dewan Sri Samarahan.
Tarikh : 26 Febuari 2011
Masa :
Anjuran : Guru Pelatih PISMP PJ1109,PISMP SS1109, dan
PISMP SN1109.
5.0MAKLUMAT PERMAINAN
5.1 SEJARAH
Dikatakan permainan ‘batak lampung’ ini tidak berapa jelas asal-usul dan ia juga
adalah salah satu permainan tradisional yang popular dalam masyarakat iban
pada zaman dahulu. Permainan ini sering dijadikan sebagai acara selingan
dalam satu-satu majlis keramaian contohnya pada hari gawai dayak. ‘Batak
lampung’ ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki dimana mereka beradu
kekuatan untuk menguji siapa di antara mereka yang lebih kuat. Pemenang
biasanya akan diberikan pelbagai jenis ganjaran. Permainan ini mengunakan
sebatang kayu yang panjang lebih kurang 50-70 cm panjang dan berbentuk
bulat. Kedua-dua peserta akan menarik kayu tersebut mengunakan segala
kekuatan yang mereka ada.
5.2TAPAK PERMAINAN
KEDUDUKAN PERMAIN SIMPANAN ATAU PEMAINAN
5 METER
5meter
Penerangan :
1. Tapak kawasan permainan 5 X 5 meter2. Hanya 2 orang permainan sahaja dibenarkan masuk dalam
tapak permianan dalam satu masa.3. Permain yang menanti giliran hendaklah duduk dan
mengunggu di tempat yang disediakan4. Pemain hendaklah menurut setiap arahan pengadil bagi
tujuan keselamatan
Kedudukan PemainKEDUDUKAN PERMAIN
Sempadan Permulaan
Kedudukan Pengadil
5.3 SKEMA PERMAKAHAN
1. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang
bagi pusingan pertama dan diberi satu mata.
2. Sekiranya peserta tersebut berjaya mengekalkan kedudukan pada pusingan
kedua dan akan dikira sebagai pemenang keseluruhan.
3. Sekiranya kedua-dua peserta tersebut mendapat mata yang sama, maka
pusingan ketiga akan dibuka untuk menentukan pemenang keseluruhan.
5.4SYARAT PERMAINAN
1) Kedua-dua peserta hendaklah berada dalam keadaan yang selesa dan sedia.
2) Sebaik sahaja permainan dimulakan peserta haruslah berusaha
mempertahankan kedudukan asalnya.
3) Sekira salah seorang dari perserta berganjak, terangkat dari kedudukan asal
atau menyerah kalah peserta tersebut dikira kalah dan yang berjaya
mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.
5.5 PERATURAN PERMAINAN
1. Setiap peserta haruslah bersedia dan berani untuk menerima cabaran.
2. Apabila permainan dimulakan setiap peserta haruslah bertahan selama yang
mungkin untuk mempertahankan kedudukannya.
3. Mana-mana peserta yang terangkat dari kedudukan asal atau berganjak atau
menyerah kalah akan dikira kalah.
4. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.
6.0 AHLI JAWATANKUASA
KETUA
James Wong Huang Chiew
AJK PERSIAPAN GELANGGANG AJK PERALATAN
Alvintino Jamit ak Bernard Gasop Michael Beti Tuang
Alexzanda Ngu Sadit ak Limbai
Clarence ak Nicholas Ngalang
URUS SETIA PERMAINAN
PENGADIL PEMBANTU PENGADIL
James Wong Huang Chiew Clarence ak Nicholas Ngalang
Sadit ak Limbai
PENCATAT MARKAH
Michael Beti Tuang
Alvintino Jamit ak Bernard Gasop
7.0SENARAI PERALATAN
Bil Perkara Kuantiti
1. Floormate 1
2. Wisel 1
3. Bendera 2
4. Kayu 1
5. Bangku 1
8.0 BORANG PEMARKAHAN
BIL NAMA PESERTA PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 MARKAH
1
2
BIL NAMA PESERTA PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3 MARKAH
1
2
9.0CONTOH JADUAL PERLAWANAN BATAK LAMPUNG
10.0 PENUTUP
Diharap semua aktiviti dan program yang dirancangkan dalam projek ini dapat
dijalankan dengan keadaan yang baik dan lancar serta dapat mendapat kerjasama
daripada semua pihak terutamanya di kalangan guru pelatih yang menjayakan projek
ini.
Disediakan oleh,
..................................................
JAMES WONG HUANG CHIEW