Click here to load reader

5 Cara Ini untuk Bangkitkan Semangat Kerjarakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Mac-Apr...kita tidak merasakan masa ... Watak orang seperti ini sangat sesuai untuk

  • Upload
    ngohanh

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BULETIN PEMBIMBING ANDA

ISU KELUARAN

5 Cara Ini untuk Bangkitkan Semangat Kerja

1) 5 CARA INI UN-TUK BANGKIT-KAN SEMAN-GAT KERJA

2) 7 CARA MENGENALI SESEORANG DARI GAYA BERJALANNYA

3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI

4) PENGURUSAN WAKTU TIDUR MENGIKUT SUN-NAH

5) GALERI GAM-BAR PROGRAM

BULETIN BIL. 153/ MAC-APR 2016

Sumber : Internet.

Bekerja memerlukan semangat serta fokus yang tajam untuk mendapatkan hasil yang maksi-mum. Namun, ada kalanya seseorang kehilangan motivasi yang membuatnya kehilangan se-mangat untuk melakukannya.

Sekiranya perkara ini terjadi pada kita, kita perlu kembalikan semula semangat bekerja dengan baik.

1. Tetapkan tujuan

Apabila kita melakukan sesuatu, di mana kita akan kehilangan motivasi dan semangat semasa bekerja. Untuk mendapatkan semangat bekerja, tetapkan satu matlamat yang kita ingin capai. Cara ini cukup untuk memberi motivasi kepada diri sendiri dan mendapatkan semula semangat semasa bekerja.

2. Luangkan 10 minit tiap jam untuk rehat

Memberikan ruang pada otak untuk berehat sejenak akan membuatnya bekerja dengan lebih baik. Cara ini akan lebih berkesan berbanding kita memaksa otak dan diri untuk terus bekerja. Langkah ini juga akan mengurangkan rasa letih, bosan dan stres.

3. Luangkan waktu bersama rakan sekerja

Menjalin keakraban dengan rakan sekerja akan membuat kita lebih bersemangat untuk bekerja. Contoh seperti mewujudkan keselesaan rumah dalam ruang kerja kita.

Berkomunikasi dan menjalin hubungan yang akrab dengan rakan sekerja, membuatkan kita tidak merasakan masa selama lapan jam berkerja.

4. Mencari inspirasi pencetus kegembiraan waktu berkerja

Minum secawan kopi sambil berbual hal-hal kecil dengan rakan di pagi hari boleh men-jadi salah satu inspirasi kecil yang membuat kita lebih bersemangat. Meraikan sebuah kenangan atau kemenangan juga akan membantu kita menjadi lebih bermotivasi untuk bekerja. Kegembiraan sewaktu berkerja adalah sangat penting bagi menjamin kualiti ker-ja yang dilaksanakan.

5. Meluangkan waktu untuk hal positif di luar pekerjaan

Motivasi adalah dari hidup yang seimbang dan baik di dalam atau di luar pejabat. Satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan keseimbangan ini adalah dengan melu-angkan masa melakukan perkara positif di luar pejabat.

Contoh seperti sukan, riadah atau melakukan hobi lain yang kita suka. Cara ini, kita dapat mengurangkan sedikit tekanan kerja yang dirasai.

BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016 Mukasurat 2

7 Cara Mengenali Seseorang Dari Gaya Berjalannya

Setiap langkah kaki mencerminkan karakter manusia. Ada beberapa jenis cara berjalan yang boleh

anda kenali. Mungkin ini dapat membantu anda mengenali watak anda atau orang-orang terdekat.

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk membaca karakter seseorang, salah satunya adalah

melihat caranya berjalan. Pakar bahasa tubuh dan penulis buku Snap "Making the Most of First

Impressions" Patti Wood berkata, "Keperibadian tak selalu boleh dinilai dari luar. Ada beberapa

perkara yang menunjukkan keperibadian seseorang, salah satunya adalah gaya berjalan."

Setiap langkah kaki mencerminkan karakter manusia. Ada beberapa jenis cara berjalan yang boleh

anda kenali. Mungkin ini dapat membantu anda mengenali watak anda atau orang-orang terdekat.

1. Berjalan lambat Orang yang berjalan lambat adalah seorang yang tenang, selalu santai dan tidak pernah mengam-bil risiko dalam hidupnya. Watak seperti ini biasanya bukan seorang yang bersemangat tinggi. Ka-dang-kadang sikap santai membuatnya sukar maju dalam apa jua perkara.

2. Berjalan menunduk Ia adalah orang yang lebih sering menutup diri, tetapi bukan bererti tidak percaya diri atau sukar bergaul. Wataknya cenderung misteri, bersikap acuh tidak acuh dan dingin. Tetapi jangan salah sangka, dia sebenarnya cukup dikagumi kerana tidak hanya kerap membuat orang tertanya-tanya, dia juga seorang yang sangat setia pada pasangan.

3. Berjalan sambil menoleh ke kiri dan kanan Maksudnya dia adalah seorang yang mengambil tahu tentang orang lain. Kebiasaannya menoleh ke kiri dan kanan menandakan dia sangat mengambil berat dan selalu memperhatikan keadaan sekitarnya. Watak orang seperti ini sangat sesuai untuk dijadikan sahabat atau kekasih. Dia juga boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia dan akan selalu ada untuk orang-orang yang dicin-tainya.

BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016 Mukasurat 3

Sambungan

4. Berjalan lurus

Orang yang berjalan lurus mempunyai karakter yang tegas dan berprinsip. Watak seperti ini biasanya

berpotensi menjadi seorang pemimpin atau tokoh yang hebat. Dia juga sangat bijaksana dalam mengam-

bil keputusan dan selalu berfikir panjang sebelum bertindak.

5. Berjalan tidak lurus

Sebaliknya, orang yang berjalan tidak lurus mempunyai watak yang tidak tegas atau tidak mempunyai

prinsip. Biasanya dia hanya menikmati hidup tanpa mempunyai rancangan untuk masa depan. Orang

seperti ini juga biasanya hanya suka bermain-main dan cenderung tidak serius.

6. Berjalan seperti menjinjit

Dia adalah orang yang berhati-hati. Biasanya orang yang sering berjalan menjinjit sukar percaya pada

orang lain dan juga sukar dipercayai kerana dia akan selalu berhati-hati untuk dirinya sendiri, sehingga

cenderung egois.

7. Berjalan cepat

Orang yang berjalan dengan cepat mempunyai watak yang percaya diri, penuh semangat dan bertenaga

tinggi. Watak seperti ini biasanya penuh perjuangan dan pantang menyerah. Dia selalu berusaha

melampaui batas kemampuannya sehingga berjaya. Kerana itu, dia mempunyai peluang besar untuk ber-

jaya.

Mukasurat 4 BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016

Menghubungi Rakan Pembimbing Anda

ENCIK SULAIMAN B. HJ MOHAMAD

(APMM)

[email protected]

TUAN HJ RAMLI B. ISMAIL

(APMM)

[email protected]

ENCIK SAIDUNKARNAEN B. BAKHO-

RI

(Bah.Hal Ehwal Penguatkuasaan

Maritim Malaysia)

[email protected]

ENCIK NORHISAM B. MISTAR

(BHEUU)

[email protected]

ENCIK MUHAMAD ASRI B. REMELI

(BHEUU)

[email protected]

ENCIK MOHD SAID B. OMAR

(Jab. Bantuan Guaman)

[email protected]

ENCIK YUSMAN B. ABD RASJID

(Jab. Bantuan Guaman)

[email protected]

PUAN AIDA BT. ABDUL WAHAB

(ILIM)

[email protected]

PUAN NORALIFAH BT. ISMAIL

(ILIM)

[email protected]

PUAN AZIAN BT. MOHAMED KAS-

SIM

(Jab. Insolvensi Malaysia)

[email protected]

PUAN AMSEVEANI A/P SUBRAMA-

NIAM

(Jab. Insolvensi Malaysia)

amseveani.subramaniam@ insolven-si.gov.my

ENCIK KHAIROLNIZAM B. HASSAN

(Jab. Perangkaan Malaysia)

[email protected]

ENCIK SIDEK BIN AHMAD

(BHEUU)

[email protected]

PUAN ERMA MARLINA BT. HAMSAN

(JAWHAR)

[email protected]

PUAN MUZAZILA BT. MUSTARI

(JAWHAR)

[email protected]

ENCIK MOHAMAD ZAKKUAN BIN

TALIB

(JPM)

[email protected]

PUAN FATIMAH BINTI MOHAMAD @

YOUSOF

(JPM)

[email protected]

PUAN ZARINA BINTI MOHAMED

(JPM)

[email protected]

ENCIK SALLEH B. HASSAN

(Jabatan Peguam Negara)

[email protected]

PUAN FARIDAH BT KHATIB

(Jabatan Peguam Negara)

[email protected]

ENCIK MOHD SAZALI B. MOHD SAAD

(Jabatan Audit Negara)

[email protected]

PUAN NORIZAH BT. ABD. GHANI

(Jabatan Audit Negara)

[email protected]

PUAN AZZIANA BT AZMAN

(Jab. Kemajuan Islam Malaysia)

[email protected]

PUAN SITI NORHAFIDZANARIAH BT

AZIZAN

(Jab. Kemajuan Islam Malaysia)

[email protected]

ENCIK AMARENDRAN A/L RAJA-

RATNAM

(BPH)

[email protected]

ENCIK MOHD AZIMIN BIN CHE WIL

(ICU N.Sembilan)

[email protected]

PUAN FAUZIYAH BT AWANG

(ICU)

[email protected]

PUAN HAMIMA MADONA BT.

HUSSAIN

(ICU Pahang)

[email protected]

ENCIK MOHD AZIZAN B. MOHD FAUZI

(Unit Perancangan Ekonomi)

[email protected]

PUAN ZALIHA BINTI YUSOFF

(Unit Perancang Ekonomi)

[email protected]

PUAN LATIFAH BINTI ZAKRIA

(BPH)

[email protected]

PUAN SAMSIAH BT SHARIF

(BPH)

[email protected]

PUAN AIDAH BINTI MARUSIN

(MAMPU Sabah)

[email protected]

ENCIK KALIBASKARAN A/L MUNI-

ANDY

(MAMPU)

[email protected]

PUAN SITI HAJAR BT. SULAIMAN

(Majlis Keselamatan Negara)

[email protected]

ENCIK INDRA KHAIRIL B. BAHRAIN

(Bah. Kabinet, Perlembagaan dan

Perhubungan antara Kerajaan)

[email protected]

ENCIK REDZUAN B. RUZALI

(Parlimen)

[email protected].

ENCIK MOHAMED ZAINUL ARIFFIN

B. MOHAMED KASSIM

(Parlimen)

[email protected]

ENCIK ASRUL NIZWAN B. MOHAM-

AD

(Biro Pengaduan Awam)

[email protected]

ENCIK AZMI B. MUHAMAD

(Biro Pengaduan Awam)

[email protected]

Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan

Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-

Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff

(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )

03-8872 3488 03-8872 1906

[email protected] [email protected]

Haji Ahmad Azam Bin Hj. Hassan (Pegawai Psikologi Kanan) 03-8872 5673 KOSONG

[email protected]

Nor Kamaliati Binti Khamis (Pegawai Psikologi) Suhainiza Binti Saibani (Pen. Peg. Psikologi)

03-8872 3499 03-8872 3496

[email protected] [email protected]

Nalia Mariana Binti Ab. Rahman (Pen. Peg. Psikologi) Siti Norayu Binti Zakariah (Pembantu Tadbir)

03-8872 1907 03-8872 3498

[email protected] [email protected]

BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016 Mukasurat 5

PUAN ZARIENA BT. ABDULLAH

(Bah. Penyelidikan JPM)

[email protected]

PUAN MASLINDA SHERLIZA BT

ABDUL KARIM

(Bah. Penyelidikan JPM)

[email protected]

ENCIK MOHD FAIZAL B. OMAR BAKRI

(Pejabat Perdana Menteri)

[email protected]

DATIN ANIDA BINTI AHMED

(Pejabat Perdana Menteri)

[email protected]

PUAN NURUL AKMALINA BT.

SHAMSUDDIN

(JPNIN)

[email protected]

PUAN SUHAIRA BT. RAMLI

(JPNIN)

[email protected]

PUAN RAJA NURUL HAFLIZA BT.

RAJA MOHAMED

(Jab. Kehakiman Syariah Malaysia)

[email protected]

ENCIK AZMI B. IBRAHIM

(Jab. Agama Islam Melaka)

[email protected]

PUAN SITI ZALEHA BT. ISMAIL

(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)

[email protected]

PUAN NORHAKIMAH BT. MD NOR

(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelaja-

ran)

[email protected]

ENCIK ARFIAN B. JULIAN

(Pej. SUP Sabah)

[email protected]

PUAN CLARE NELLY UNGAH

(Pej. SUP Sabah)

[email protected]

PUAN ROHAIZAN BT. MOHD YUSUF

(Pej. Mufti Wilayah Persekutuan)

[email protected]

PUAN RODIAH BT. JAMALUDIN

(Mahkamah)

[email protected]

PUAN NORYATI BT. AHMAD

(Mahkamah)

[email protected]

PUAN MERIAH BINTI IDRIS

(LPKP Sarawak)

[email protected]

ENCIK MOHAMED NORDIN B. AB

RAUF

(ILKAP)

[email protected]

ENCIK MATHEW ANYAN ANAK

JAWA

(Pej. SUP Sarawak)

[email protected]

PUAN FARIDAH BT. MOHAMAD OTH-

MAN

(Pej. SUP Sarawak)

faridah.mohamad@

supsrwk.gov.my

PUAN MAHEDA BT. SALEHUDDIN

(Lembaga Perlesenan Kenderaan

Perdagangan)

[email protected]

PUAN SUHAIDA BT. SUTIM

(Lembaga Perlesenan Kenderaan

Perdagangan)

[email protected]

ENCIK RIKHAN B. AHMAT

(JAWI)

[email protected]

PUAN KARTINI BT. MOHD ZAIN

(JAWI)

[email protected]

PUAN SHAREENA IZZATUL BT.

RAHIM

(PERMATA)

[email protected]

PUAN ZUBAIDAH BINTI. IDRIS

(Pej. Pengarah Tanah dan Galian WP)

[email protected]

PUAN NORMAH BT. ZAKARIA

(Pej. Pengarah Tanah dan Galian

WP)

[email protected]

PUAN SITI ZALEHA BT. MOHD

FATHILLAH

(Unit Kerjasama Awam Swasta)

[email protected]

PUAN NORSIDAH BT. MANSOR

(Biro Tatanegara Sarawak)

[email protected]

BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016 Mukasurat 6

Pengurusan Waktu Tidur

Mengikut Sunnah

Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh. Susunan waktu tidur juga dapat diambil daripada ayat-ayat dan hadis-hadis. Sebelum Solat Isyak, kita dilarang tidur. Ini supaya tidak terlepas Solat Isyak. Nabi s.a.w. melarang kita daripada berbual-bual tanpa keperluan. Abu Barzah berkata, maksudnya: Rasulullah S.A.W. benci tidur sebelum Isyak dan berbicara selepas Isyak. (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 568 dan Muslim, No. 647).

Pengurusan waktu tidur yang terbaik di waktu malam adalah seperti yang Nabi S.A.W. nyatakan dalam hadis ini, maksudnya: Solat yang paling Allah suka adalah solat Daud a.s. dan puasa yang paling Allah suka adalah puasa Daud. Baginda sering kali tidur setengah malam, bangun sepertiga malam dan tidur seperenam malam. Baginda puasa satu hari dan tidak puasa satu hari (hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 1131). Aisyah berkata, maksudnya kebiasaannya Rasulullah dirumahku, baginda tidur apabila datangnya waktu sahur.

Al-Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari menjelaskan bahawa cara ini lebih lembut kerana tidur selepas bangun solat malam akan menghilangkan kesan dan kelesuan berjaga malam berbeza dengan berjaga malam hingga Subuh. Cara ini akan mengembangkan kesegaran untuk melaksanakan Solat Subuh dan menjauhkan perasaan riak kerana orang yang tidur kembali sebelum waktu Subuh akan nampak segar tanpa kesan berjaga malam.

Seterusnya kehidupan kita sebagai umat Islam dan hamba-hamba Allah diteruskan dengan mencari rezeki dan berbuat baik. Kita melaksanakan Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, sehingga ajal menjemput kita.

Begitulah telah jelas kepada kita bahawa malam adalah satu tempoh masa yang cukup hebat dan is-timewa. Orang yang beriman dan bertakwa akan memanfaatkan detik-detik yang berlalu dalam hidup-nya di waktu malam. Tidur di awal malam dan bangun di akhir malam; kedua-duanya merupakan iba-dah jika diniatkan hanya kerana Allah dan diuruskan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

RINGKASNYA

Jika waktu Maghrib masuk pada pukul 7.30 dan Subuh bermula pukul 6.00 maka 1/3 malam yang tera-khir bermula dari pukul 2.30 pagi. Dan 1/6 malam akan bermula pada pukul 4.15 pagi.

Selepas solat subuh, kita digalakkan berzikir sehingga terbit matahari. Setelah lebih kurang 15 minit ter-bitnya matahari, kita digalakkan solat sunat 2 rakaat. Seterusnya, bermulalah kerja harian kita.

TIDUR QAILULAH

Bila tiba waktu Zuhur, kita digalakkan untuk tidur sekitar 1 jam. Tidur ini dinamakan Qailulah, iaitu tidur tengahari.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya: tidurlah di waktu tengahari (qailulah) kerana sesungguhnya syai-tan-syaitan tidak tidur di waktu itu.

(Hadis ini dinyatakan oleh al-Albani dalam sahih al-Jami, No. 4431 dan dinilai Hasan.)

Tidur Qailulah ini boleh dibuat sebelum atau selepas solat Zuhur. Namun pada hari Jumaat, sunnahnya ada-lah dilaksanakan tidur Qailulah ini selepas Solat Jumaat. Sahl radiyallahuanhu berkata, maksudnya: Dahulu, kami tidak tidur Qailulah mahupun makan tengahari kecuali selepas solat Jumaat. (Hadis riwayat Muslim, No. 859)

BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016 Mukasurat 7

Program Pembangunan Rakan Pembimbing (Pra AKRAB) Tahap 1 Jabatan Perdana Menteri

5 hingga 7 April 2016 Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya.

BULET IN BIL. 153/ MAC -APR 2016 Mukasurat 8

Mesyuarat Rakan Pembimbing (AKRAB) Jabatan Perdana Menteri Bil.2/ 2016

08 April 2016 Bilik Mesyuarat, Aras 3, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya.