8
5 Panduan Makanan Selamat Pengenalan Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yangamat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan. Keracunan makanan berlaku disebakan oleh beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh anda a. Keracunan makanan berpunca daripada kuman yang mencemari makanan melalui; najis tanah air makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas haiwan ternakan, dan manusia, terutamanya melalui tangan. b. Kuman boleh tersebar dan membiak dengan cepat apabila makanan dicemari. Untuk membiak, kuman memerlukan ; makanan air masa, dan suhu yang sesuai. c. Tangan anda merupakan sumber yang utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan penyebaran kuman kepada makanan. leh itu, keracunan makananboleh dielakkan dengan mengamalkan 5 panduan makanan selamat bagi menjamin kesihatan anda. Gejala / Simptom !ekiranya anda mengalami ; sakit perut muntah"muntah cirit"birit, ia adalah simptom kejadian keracunan makanan. !imptom boleh berlaku serta"merta apabila anda memakan makanan yang tercemar, atau kebiasaannya ia mengambil masa di antara 24-72 jam daripada tempoh anda makan. Penyakit bawaan makanan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti ; kanser arthritis, atau penyakit saraf,

5 Panduan Makanan Selamat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qqq

Citation preview

5Panduan Makanan SelamatPengenalanPenyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yangamat pentinguntuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.Keracunan makananberlaku disebakan oleh beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh anda :a. Keracunan makananberpunca daripada kumanyang mencemari makanan melalui; najis tanah air makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas haiwan ternakan, dan manusia, terutamanya melalui tangan.b. Kumanbolehtersebar dan membiak dengan cepatapabila makanan dicemari. Untuk membiak, kuman memerlukan ; makanan air masa, dan suhu yang sesuai.c. Tangan anda merupakan sumber yang utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan penyebaran kuman kepada makanan.Oleh itu, keracunan makananboleh dielakkandengan mengamalkan5 panduan makanan selamatbagi menjamin kesihatan anda.Gejala / SimptomSekiranya anda mengalami ; sakit perut muntah-muntah cirit-birit,ia adalah simptom kejadian keracunan makanan.Simptom boleh berlaku serta-merta apabila anda memakan makanan yang tercemar, atau kebiasaannya ia mengambil masa di antara24-72 jamdaripada tempoh anda makan.Penyakit bawaan makanan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti ; kanser arthritis, atau penyakit saraf,sekiranya rawatan awal tidak diterima.Anda juga tidak boleh memandang ringan terhadap penyakit ini memandangkan iaboleh membawa maut.PANDUAN1. Jaga KebersihanAmalkan perkara berikut : Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan. Basuh tangan anda selepas keluar dari tandas. Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih. Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.

7 Langkah Membasuh TanganAnda perlu bertindak, mengapa?Kebanyakan kuman tidak menyebabkan penyakit, namun begitukuman berbahaya tersebar luasdalam : tanah air haiwan manusia.Kuman tersebut boleh disebarkan melalui ; tangan kain pengelap perkakas dapur terutamanya pada papan pemotong.Jika makanan dan kuman bersentuhan, ia boleh menyebabkanmakanan tercemardanmengakibatkan keracunan makanan.2. Asingkan Makanan Mentah Daripada Makanan Yang Sudah DimasakAmalkan perkara berikut : Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak atau makanan yang dimakan terus seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong. Guna perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan makanan yang mentah. Simpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.Anda perlu bertindak, mengapa?Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannyamengandungi kuman berbahayayang bolehmencemarkan makanan lainsemasa penyediaan dan penyimpanan makanan.3. Masak Dengan Cara Yang BetulAmalkan perkara berikut : Masak makanan dengan sempurnasepenuhnya terutama daging, hasil ayam, telur dan makanan laut. Masak makanan berkuah dan supsehingga mendidih. Bagi daging dan hasil ayam, pastikan air rebusannya kelihatanjernihdan bukan berwarna merah jambu. Masak makanan yang hendak dipanaskan semula dengan sempurna. Masak makanan seperti burger, daging kisar, ayam panggang dan bahagian tertentu daging sepenuhnya sebelum dimakan.Anda perlu bertindak, mengapa? Memasak makanan dengansempurnadapatmembunuh semua bakteria berbahaya.4. Simpan Makanan Pada Suhu Yang SelamatAmalkan perkara berikut : Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhudi bawah 5C). Kekalkan suhu makanan yang telah dimasaklebih daripada 60Csebelum dihidangkan. Tidak membiarkan makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik. Tidak menyimpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hari. Tidak menyimpan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.Mengapa? Pada suhu bilik,kuman boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau terhenti pada suhu di bawah 5C atau atas 60C. Namun begitu,terdapat beberapa jenis bakteriayang masih boleh hidup di bawah suhu 5C.5. Gunakan Air dan Bahan Mentah yang SelamatAmalkan perkara berikut : Gunaairyangbersihatau yangtelah dirawat. Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan. Basuh sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah. Basuh dan kupas kulit buah-buahan bagi mengurangkan pencemaran makanan. Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.Mengapa? Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya. Bahan toksikboleh terhasil pada makanan yangberkulat dan rosak.

5 Panduan Untuk Makanan Yang SelamatRujukan :1. Lima Panduan Makanan Yang Selamat, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011.2. Five keys to safer foods. 2006. Department of food safety, zoonoses and foodborne diseases. World Health Organization.3. J. Schlundt(1), H. Toyofuku (2), J. Jansen (2) & S.A. Herbst(3)Emerging food borne zoonoses. Journal of Revision Science and Technology of Epidemiology. 2004. 513-533.4. Ana Marui.Food safety and security: what were favourite topics for research in the last decade?. Journal of Global Health. 2011.72-78.Semakan akhir:22 Januari 2014

Penulis:En. Mohd Nurul Haryadie bin Mazuki