50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    1/55

    erapi Seni (Art Therapy)T E R A P I S E N I ( A R T T H E R A P Y ) B U A T T I M B A L A N D E K A N U P S I D R A B D U LH A L I M H U S A I N , D R A H M A D S U H A I M I M O H D N O O R A M N , D R M O H D N A S I R I B R A H I M , R O S K A N G J A I L A N I , A Z A M D U N G U N D A N S E M U A Y A N GM E N G H A R G A I I L M U .

    W E D N E S D A Y , A P R I L 8 , 2 0 0 9

    Teori-teori dan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan dankaedah dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni.

    Seni dan sains adalah satu polariti yang ekstrim dari subjektif kepada objektiviti. Ia menjadi

    dimensi yang menterjemahkan perusahaan kemanusiaan. Mengambil persektif subjektif

    kehidupan di dalam kontras pengajaran dan pembelajaran akan memberi penghargaan dan

    fokus kepada aspek objektif. Keduanya sentiasa hadir dan mencipta dinamik walau apapun

    yang diambil kira.

    Herbert read (1956) menyarankan bahawa seni sepatutnya menjadi asas kepada pelajaran.

    Menempatkan seni visual sebagai asas kepada pembelajaran beliau telah mencadangkan

    suatu integrasi keseluruhan fakulti biologi di dalam satu aktiviti organik. Seni sebagai

    perwakilan dan sains sebagai penjelasan- suatu realiti yang sama.

    Pendidikan seni visual juga tidak terlepas bertanggungjawab sebagai agen sosial kepada

    masyarakat. Memandangkan kepentingan disiplinnya boleh merubah keseluruhan struktur

    sains kemanusiaan, teori pembelajaran sosial merupakan aliran yang sesuai dan

    mempunyai hiraki aras pembelajaran yang memupuk matlamat dan objektif pendidikan

    seni visual sebagai asas pelajaran.

    Teori Pembelajaran Sosial Rotter ( 1971)

    Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh Rotter (1971) untuk memenuhi keperluan

    psikologi. Dalam teori pembelajaran sosial, perlakuan manusia ditentukan oleh matlamat

    perlakuannya. Dalam diri setiap individu terdapat satu aliran yang membezakan niat atau

    keperluan. Aliran berkenaan adalah berbeza-beza dari sangat khusus kepada sangat umum.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    2/55

    Beliau menyatakan kategori perlakuan dan matlamat adalah termasuk dalam keperluan

    yang lebih khusus dan berkemungkinan dapat meramalkan kekuatan seseorang dengan

    lebih tepat. Manakala niat atau keperluan yang lebih umum atau luas pula menyebabkan

    ramalan perlakuan seseorang itu menjadi kurang tepat.

    Daripada pandangan yang dinyatakan terdapat tiga komponen penting iaitu :

    Terdapat aliran tingkah laku yang terarah ke arah matlamat yang sama. Contohnya,

    seseorang itu melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan perhatian orang lain agar

    mengambil berat terhadap dirinya. Perlakuan berkenaan dikenali sebagai keperluan

    berkemungkinan. Istilah ini merujuk kepada kekuatan potensi, oleh itu kemungkinan

    mereka akan menggunakannya dalam situasi tertentu.

    Jangkaan perlakuan tertentu akan memandu ke arah kepuasan atau matlamat nilai

    seseorang. Individu mungkin belajar banyak cara untuk mendapatkan perhatian orang lain

    kepada dirinya. Kanak kanak mungkin mempunyai jangkaan yang kecil bahawa mereka

    akan mencapai kearah kepuasan seperti bayi menangis maka ia

    diberi perhatian dan pertolongan. Pada keadaan biasa dalam jangkaan perlakuannya

    seseorang itu belajar untuk mencapai kepuasan tertentu dan akan memandunya ke arah

    mencapai kepuasan yang di kenali sebagai freedom of movement.

    Keperluan nilai yang dihubungkan dengan matlamat dirinya. Oleh itu, peringkat di mana

    seseorang individu mengutamakan satu aliran kepuasan kepada sesuatu yang lain.

    Contohnya, melakukan sesuatu kerana untuk mendapatkan penghargaan atau kerana

    memerlukan cinta dan kasih sayang. Satu aspek lagi yang penting dalam teori pembelajaran

    sosial ini ialah pemberatan yang di beri kepada situasi psikologi individu iaitu dalam

    memahami dan meramalkan perlakuannya. Reaksi individu terhadap sesuatu situasi itu

    berbeza bergantung kepada pengalamannya masa lalu.

    Rotter (1971) mengemukakan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial

    dalam meramalkan perlakuan individu iaitu :

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    3/55

    Perhargaan kedudukan ( recognition status )

    Keperluan membuat sesuatu dengan baik untuk menimbangkan kebolehan, baik atau lebih

    baik daripada orang lain di sekolah, pekerjaan, profesyen, sukan, kedudukan sosial,

    keserlahan fizikal, atau bermain iaitu keperluan untuk mendapat jawatan yang tinggi dalam

    nilai sosial yang bersaing.

    Kekuasaan ( dominance)

    Keperluan kepada mengawal gerakan orang lain, termasuk keluarga dan rakan rakan.

    Memerlukan kepada keadaan berkuasa untuk membolehkan orang lain mengikut idea dan

    kehendak seorang.

    Merdeka ( independence)

    Keperluan kepada membuat keputusannya seorang, bergantung kepada diri seorang,

    mengembangkan kemahiran yang perlu untuk mendapatkan kepuasan dan mencapai

    matlamat tanpa bantuan orang lain.

    Perlindungan dari dijajahi ( rotection dependency)

    Keperluan kepada orang lain untuk melindungi kekecewaannya, menyediakan

    perlindungan dan keselamatan dan membantu mendapatkan matlamat matlamat lain.

    Cinta dan kasih sayang ( love and affection )

    Keperluan bagi dirinya diterima dan disukai oleh orang lain dengan menyampaikan

    salamnya yang mesra, minat, perhatian dan doa.

    Keselesaan fizikal ( physical comfort)

    Keperluan kepada kepuasan fizikal yang menjadi hubungan dengan keselamatan dan

    kebaikan, mengelakkan kesakitan dan perlu kepada keselesaan tubuh badan.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    4/55

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    5/55

    Peringkat awal kanak-kanak

    Peringkat awal kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun. Kanak-

    kanak yang melalui peringkat ini, berkeinginan mempunyai kuasa membuat keputusan

    yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan

    mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka

    sendiri tanpa bantuan orang lain.

    Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila

    tidak dibei kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada diri sendiri

    tetapi juga malu kepada individu yang berada disekeliling mereka. Mereka juga bimbang

    dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain. Konflik yang berlaku

    pada peringkat ini dikenali sebagai konflik Autonomi Lawan Malu/Ragu.

    Peringkat awal kanak-kanak tadika

    Peringkat awal kanak-kanak tadika ini berlaku dalam lingkunagn umur 3 hingga 6 tahun.

    Konflik yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Inisiatif Lawan serba salah.

    Antara ciri-ciri perkembangan emosi yang ada secara lansung atau tidak lansung. Oleh itu

    kanak-kanak pada peringkat ini amat peka kepada fakta-fakta yang tepat atau yang salah.

    Sebaliknya, mereka akan cepat berasa serba salah apabila diketawakan ketika mereka

    melakukan sesuatu yang salah atau memberi jawapan yang menyimpang. Kesannya,

    mereka akan membina dengan sendirinya sikap negative apabila mereka berasa serba salah.

    Peringkat kanak-kanak

    Peringkat kanak-kanak ini berlaku dalam lingkungan 6 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini

    keinginan terhadap sesuatu dan menguasainya adalah sebahagian daripada matlamat

    kehidupan seharian. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan membuktikan kejayaan

    dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini juga mereka sebenarnya sudah

    menguasai kemahiran asas yang diperlukan bagi mengendalikan diri mereka. Begitu juga

    kemahiran asas dalam aktiviti bersosial.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    6/55

    Namun begitu, kanak-kanak amat memerlukan kepelbagaian bentuk peneguhan positif

    sebagai peransang kepada mereka bagi membuktikan kejayaan mereka. Antara bentuk

    peneguhan positif yang diperlukan adalah puji-pujian dan penghargaan terhadap tugasan

    yang sudah disempurnakan.

    Apabila mereka dikritik atas sebarang sebab yang tidak dapat difikirkan secara munasabah

    oleh kanak-kanak tersebut maka terbentuklah rasa rendah diri yang akan mewarnai diri

    mereka kelak. Konflik emosi pada peringkat ini dikenali sebagai Konflik Kerajinan Lawan

    Rendah Diri.

    Peringkat remaja

    Peringkat perkembangan emosi remaja ini berlaku antara umur 12 hingga 20 tahun. Konflik

    emosi yang berlaku pada peringkat ini dikenali sebagai konflik identiti lawan kekeliruan

    identiti. Sebagai remaja mereka akan sentiasa berusaha memahami dan menilai diri sendiri.

    Dalam melalui proses ini, mereka cenderung berdepan dengan situasi-situasi yang

    bertentangan dengan identitinya. Kesannya, mereka akan menghadapi krisis identiti. Krisis

    identiti juga berlaku kerana para remaja begitu sensitif dengan perubahan fizikal badan

    mereka. Tubuh badan mereka adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang membentuk

    imej kendiri seseorang remaja. Ditahap ini para remaja akan membentuk konsep kendiri

    yang positif dan konsep kendiri yang negatif.

    Kecerdasan emosi

    Kecerdasan emosi adalah berteraskan konsep kecerdasan sosial. Ia mula dikenal pasti oleh

    E.L.Thorndike ( 1920 ). Ahli psikologi ini menghuraikan kecerdasan yang lain dan

    mengumpulkan mereka dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan abstrak iaitu kebolehan

    memahami dan memanipulasi dengan perkataan dan simbol matematik, kecerdasan

    konkrit iaitu kebolehan memahami dan memanipulasi objek dan kecerdasan sosial iaitu

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    7/55

    kebolehan memahami dan mengaitkan dengan orang lain.

    Thorndike (1920) mendefinisikan kecerdasan sosial sebagai kebolehan memahami dan

    mengurus orang lain sama ada dewasa ataupun kanak kanak supaya berperanan dengan

    baik dalam perhubungan sesama manusia. Dalam kajian Gardner (1983) beliau

    memasukkan unsur unsur kecerdasan interpersonal dan intrapersonal dalam teori pelbagai

    kecerdasannya.kedua dua kecerdasan terkandung di bawah kecerdasan sosial. Beliau

    mendefinisikan kedua duanya sebagai kecerdasan interpersonal. Kecerdasan interpersonal

    adalah kemampuan memahami orang lain.

    Antara persoalan yang berkaitan adalah apa yang memotivasikan mereka, bagaimana

    mereka berkerja dan bagaimana hendak berkerjasama dengan mereka.jurujual, ahli politik,

    guru, pegawai pegawai kesihatan dan ketua ketua agama yang berjaya, semuanya ini adalah

    individu yang mempunyai tahap kecerdasan interpersonal yang tinggi. Kecerdasan

    intrapersonal pula berkaitan dengan kemampuan dalaman. Ia adalah keupayaan membina

    dan membentuk model kendiri yang jelas dan menggunakannya bagi menjalani kehidupan

    yang berkesan. Kecerdasan emosi menggolongkan kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan

    interpersonal Gardner (1983) ke dalam lima domain utama iaitu :

    a. mengenali emosi sendiri melalui kesedaran kendiri, seseorang mengetahui dan

    memahami emosinya, sedar emosi apa yang sedang merayap di minda akibat sesuatu

    rangsangan dan cuba kuasai emosi tersebut.

    b. Mengurus emosi sendiri. Mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai

    diri. Emosi datang tanpa di undang, tetapi kita yang menentukan berapa lama emosi itu

    menguasai diri kita.

    c. Memotivasikan emosi negatif. Jadikan emosi sebagai alat meningkatkan keupayaan

    berfikir, merancang dan menyelesaikan masalah.

    d. Mengenali emosi orang lain. Penting bagi kita kenali perasaan sendiri dahulu kemudian

    baru cuba menjelajahi dan memasuki emosi orang lain (empati). Ini bagi menggelakkan

    kekeliruan emosi terutamanya apabila orang lain (pelanggan) mencurahkan emosi mereka.

    e. Mengendali perhubungan. Selepas mengenali emosi orang lain dan kita berupaya

    mengurus diri sendiri serta berempati, maka perhubungan yang positif dan akrab dapat di

    bentuk.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    8/55

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    9/55

    hidupnya berbanding individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ hanya alat mengukur

    kecerdasan kognitif manusia sahaja.EQ pula dapat menjana proses pendidikan yang

    sempurna bagi kanak kanak sehingga mereka mencapai usia 18 tahun bagi membentuk

    insan yang lebih berjaya kerana kecerdasan emosi merangkumi lima domain yang saling

    berhubung kait, seperti mengenali emosi sendiri, mengurus emosi sendiri, memotivasikan

    emosi negatif, mengenali emosi orang lain dan mengendalikan hubungan.

    EQ memberi ruang kepada individu meneroka potensi diri sendiri di samping memberi

    peluang kepada individu menyesuaikan diri dengan emosi diri dan membentuk emosi yang

    sesuai demi kepentingan diri dan orang lain.individu yang mempunyai kecerdasan emosi

    yang tinggi dapat mengendalikan emosi yang menguasai dirinya.individu yang mempunyai

    IQ yang tinggi sahaja gagal membendung emosi yang menguasai dirinya dan menyebabkan

    individu tersebut mudah mendapat tekanan. EQ bukan sekadar emosi yang dididik oleh

    kognisi tetapi juga diperkaya dengan unsur kerohanianyang mampu mendidik manusia

    menjadi insan yang lebih seimbang.EQ dapat menyumbang ke arah pendidikan yang lebih

    sempurna, sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

    Kajian kajian lepas berkaitan kecerdasan emosi

    Penyelidik penyelidik sudah mengkaji dimensi kecerdasan emosi dengan mengukur

    konsepnya.contohnya kemahiran sosial, kebolehan interpersonal, kematangan psikologikal

    dan kesedaran emosi lama dahulu sebelum istilah kecerdasan emosi digunakan.Antara

    kajian kajian yang mempunyai perkaitan antara kecerdasan emosi dengan fenomena lain

    adalah seperti kajian yang dilakukan mengenai kepimpinan,pencapaian kumpulan,

    pencapaian individu, perubahan sosial atau interpersonal serta perubahan pengurusan.

    Pendapat Mayer & Salovey (1997), emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan

    kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi

    kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar,

    dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan

    dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk

    memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai

    penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek .

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    10/55

    Menurut Goleman (1994) kecerdasan emosi adalah kemahiran yang membantu masyarakat

    hidup berharmoni adalah semakin dihargai sebagai suatu asset di tempat kerja.Ini kerana

    kecerdasan emosi ini akan dapat membentuk perhubungan secara berkesan, empati dan

    menghormati perasaan dan pandangan orang lain, pencapaian penilaian kendiri dan

    perhubungan yang jelas dan menguruskan konflik dengan kaedah mendengar yang aktif

    dan empati.

    Carso, S.M. (2000) mengkaji perhubungan antara kecerdasan emosi dan kebolehan

    istimewa remaja. Kajian di buat terhadap 100 orang pelajar berumur antara 12 hingga 16

    tahun. Keputusan menunjukkan remaja yang cerdik mencapai skor yang lebih tinggi

    berbanding pelajar yang tidak cemerlang yang sama umur pada skor EQ, kebolehsuaian dan

    pengurusan tekanan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecerdasan emosi kanak kanak

    mempengaruhi tahap sosial mereka.

    Barling,J. dan rakan rakan (2000) menyelidiki perhubungan antara kecerdasan emosi dan

    perubahan kepimpinan. Ditunjukkan kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan 3 aspek

    perubahan kepiminan iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi dan pertimbangan individu

    serta ganjaran kontinjen. Pengurusan yang aktif dan pasif dikecualikan dan pengurusan

    bebas atau laissez faire tidak dikaitkan dengan kecerdasan emosi.

    Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan

    deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi

    kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan

    dan pentafsiran.

    Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang

    pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik

    minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif,

    aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap.

    Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka

    dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    11/55

    Kategori stail belajar Gregore (1979)

    1) pelajar concrete sequential

    pelajar kategori ini suka kepada kerja kerja praktikal di dalam kelas. Mereka lebih

    berkebolehan menggunakan kemahiran tangan dalam mendapatkan pengalaman belajar.

    Mereka juga menyukai lawatan dan kerja kerja projek dan suka untuk melihat hasil

    kejayaan atas usaha mereka. Oleh kerana mereka mengambil berat terhadap tugas dan

    tanggungjawab, mereka berkebolehan dalam kerja berbentuk struktur misalnya menyusun

    jadual dengan kemas.

    Bagi kumpulan ini, guru perlu merancang lebih banyak latihan amali, projek yang

    memerlukan penyelidikan luar, lawatan dan aktiviti aktiviti lain yang memberi peluang

    kepada pelajar untuk belajar dan mengalami . Guru boleh juga mengarahkan pelajar

    merancang sendiri program mereka serta menyusun jadual untuk seluruh kursus.

    2) Pelajar abstract sequential

    Pelajar kategori ini suka kepada penggunaan simbol, idea dan konsep dalam pembelajaran.

    Mereka berkebolehan menganalisis, menilai dan memberikan bukti bukti yang bernas

    dalam jawapan mereka. Berkebolehan membuat penyelidikan sendiri melalui pembacaan

    persekitaran.

    Teknik penyampaian yang sesuai ialah dengan memberikan soalan soalan yang mencabar

    pemikiran mereka. Perbanyakkan latihan latihan penyelidikan melalui pembacaan dan

    perpustakaan. Biasanya pelajar kategori ini mempunyai pengetahuan am yang luas. Oleh

    itu, beri mereka rangsangan melalui aktiviti debat dan perbincangan.

    3) Pelajar abstract random

    Pelajar kategori ini suka kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan aktiviti kumpulan. Mereka

    juga suka melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dalam kelas dan membantu guru serta

    kawan kawan. Sesuai dengan kehalusan jiwa yang mereka perolehi, oleh itu mereka

    berkebolehan dalam bidang seni dan hal hal kemanusiaan.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    12/55

    Gerakerja kumpulan sangat sesuai untuk pelajar dalam kategori ini. Guru mungkin boleh

    memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan bukan sahaja untuk kerja kerja dalam bilik

    engajaran dengan bantuan video , pita rakaman, gambar gambar dan carta.

    4) Pelajar concrete random

    Pelajar dalam kategori ini bersifat praktikal dan realistik tetapi menggambarkan dalam

    bentuk kreatif. Mereka adalah pelajar yang aktif dan mempunyai daya penarik,

    menyenangkan dan bersifat terbuka. Berkebolehan menyelesaikan masalah dan berminat

    membuat percubaan baru serta selalu bertanya mengapa ?

    Latihan amali dan penyelidikan luar bilik darjah merupakan aktiviti aktiviti yang sesuai

    untuk kategori ini. Pelbagai teknik mengajar, penggunaan alat alat bantu mengajar dan

    hidupkan suasana kelas dengan hubungan yang mesra. Oleh kerana pelajar dalam kategori

    ini suka membuat satu satu percubaan baru, guru boleh memperbanyakkan tugasan untuk

    mereka.

    Kesimpulan

    Kesemua teori-teori seperti di atas ini berperanan membentuk pendekatan dan kaedah

    dalam amalan kurikulum Pendidikan Seni. Teori pembelajaran sosial telah dimajukan oleh

    Rotter (1971) menjelaskan enam keperluan sebagai asas dalam teori pembelajaran sosial

    dalam meramalkan perlakuan individu sebagai persediaan pendekatan guru di dalam kelas.

    Erikson pula memperkenalkan Teori Perkembangan Emosi-Fizikal Erikson. Beliau

    mengenal pasti beberapa peringkat perkembangan emosi manusia. Teori ini menolong guru

    membuat perancangan berobjektif yang sangat diperlukan untuk membimbing pelajar

    mengenali potensi diri dan mengekspresi seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka.

    Selain dari perkembangan minat dan bakat, seni juga dapat mendorong dan mendidik

    pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

    Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) Cetusan emosi

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    13/55

    boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam pewujudan

    penghasilan sesebuah karya. Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku

    akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan

    memperkayakan lagi khazanah peradaban negara kita. Kategori stail belajar Gregore (1979)

    mengenal pasti pelajar dan membolehkan guru mengatur strategi pengajaran dan

    pembelajaran mengikut kemahiran dan minat pelajar. Kekuatan pendekatan dan amalan

    stail pembelajaran Gregore ialah guru sentiasa peka dengan kebolehan pelajar. Pelajar pula

    dapat mempamerkan jati diri. Pengawalan dan pengawasan tingkah laku di kala proses

    pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan.

    Memahami tingkahlaku kemanusiaan akan membentuk persefahaman yang baik di antara

    guru dan pelajar. Guru yang cenderung dan berempati dengan pelajar akan bertambah baik

    hubungan mereka. Pelajar akan lebih menghormati guru sebagai pendidik, pembimbing

    dan penasihat mereka. Sikap suka menyusahkan tugas guru tidak terlintas difikiran mereka,

    malahan akan sentiasa membantu dan bekerjasama dalam sebarang permasalahan. Ini

    dibuktikan dengan kerajinan, membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan, sentiasa

    bekerjasama dan sentiasa menjaga tatasusila.

    Pengajaran seni visual melibatkan emosi dan nilai-nilai manusia. Ia lebih merupakan

    tindakan menghasilkan suatu lukisan, mencipta sesuatu yang baru (inovasi), memahami

    bahasa tampak, menghasilkan bahan kreatif dan pelbagai lagi, yang memerlukan

    kemantapan mental, kemahiran psikomoto berkualiti yang tidak boleh dicapai melalui teori

    atau formula sahaja. Seni adalah sesuatu yang subjektif dan infiniti, objektifnya luas,

    aktivitinya bebas tetapi terancang.

    Bibliografi

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    14/55

    Abd. Fatah Hasan, Falsafah Pendidikan PTS publication & Distribution, 2001.

    Deborah D.West, Edicational Horizon , Summer, 2000 .

    Herbert Read, Education through Art Faber and faber, 1956

    Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,

    Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan

    Kesenian, UPSI, 2000.

    Robert J.Sternberg, Human abilities Annual Review of Psychology. Annual, 1998.

    Sharifah Md Nor, Keberkesanan sekolah, satu perspektif sosiologi UPM, 2000.

    Viktor Lowenfeld , Creative and Mental Growth , Macmillan Co New York ,1947.

    P O S T E D B Y L . Y . A T 3 : 3 0 A M 0 C O M M E N T S

    T H U R S D A Y , J A N U A R Y 2 2 , 2 0 0 9

    P&P

    Masa : 320 minitEmpat kali P&P

    Sasaran : Tingkatan Dua

    Matapelajaran : Pendidikan seni visual

    Topik : Rupa

    Subtopik : figura (kadar banding)

    Kecerdasan

    Diharapkan : Kecerdasan Interpersonal

    Kecerdasan Kinestatik

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    15/55

    KecerdasanVisual/Spatial

    Kecerdasan Logik- Mate

    Dimensi

    Pembelajaran

    Sikap dan pengertian tentang pembelajaran

    Menerokai ilmu pengetahuan formalistik dan kadar banding.

    Menimba ilmu pengetahuan anatomi dan persekitaran dengan pemerhatian, taakulan,

    kiraan, ketekunan serta pemahaman secara mendalam

    Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dalam hidup

    Aktiviti : Minggu Pertama

    Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bilik Alat Pandang Dengar (APD).

    Pelajar menonton rakaman permainan bola sepak dan Iklan

    Hari Merdeka tajaan Petronas.

    (10 minit)

    Pelajar mengulas media, warna, gerakan aksi, ekspresi, budaya, ketulusan, naluri,

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    16/55

    kebijaksanaan, kecerdasan dan ilmu yang didapati hari itu.

    Guru bertindak sebagai fasilitator dengan membebaskan pelajar meluahkan perasaan.

    (10 minit)

    Guru mengulas dan menerangkan rupa figura dan kadar banding manusia kepada pelajar.

    Guru mengambil contoh model benar dan ilusi. Pelajar mendengar dengan teliti dan

    menggabung jalinkan kaedah kadar banding manusia kemudian berinteraksi mengenai

    aksi-aksi pergerakan dalam sukan dan babak-babak yang terdapat di dalam Iklan.

    (20 minit)

    Guru memberi gambar rajah kadar banding untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa,

    kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam pelbagai aksi.

    Pelajar menyalin nota.

    (20 minit)

    Pelajar melakonkan semula aksi aksi pergerakan. Guru merakam pergerakan pelajar

    dengan kamera digital.

    Soalan soalan berbentuk pemahaman diajukan kepada pelajar sebagai penilaian asas.

    (20 minit)

    Aktiviti : Minggu Kedua.

    Guru menyiarkan semula cetakan rakaman kamera minggu lepas dan memetik pandangan

    pelajar hari itu tentang figura dan kadar banding.

    Guru mengulangkaji pelajaran minggu lepas, memberi pelajar soalan-soalan informal dan

    bemberi pengayaan.

    (10 minit)

    Pelajar mengeluarkan majalah, memilih figura yang kadarbanding yang betul mengikut apa

    yang telah dipelajari. Pelajar menggunting figura dengan pelbagai aksi-aksi pergerakan.

    Pelajar diminta berhati hati dan teliti. Sekurang-kurangnya tiga bentuk figura pelbagai aksi

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    17/55

    ini di tampal di kertas lukisan.

    (15 minit)

    Figura figura ini dibuat rangkanya menggunakan marker pen atau garisan yang tebal

    pelbagai warna yang kontras. Menggunakan garisan melintang sebagai panduan, Rangka-

    rangka dipindahkan sebanyak tiga kali untuk satu figura tanpa kesilapan kadar banding.

    (40 minit)

    Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh. Penilaian

    guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.

    (15 minit)

    Aktiviti : Minggu Ketiga

    Hasil minggu lepas dipamerkan. Guru menerangkan aspek-aspek biologi, kesihatan dan

    kegiatan seharian yang sehat kepada pelajar. Guru memberi contoh contoh karya tokoh

    tokoh pelukis di dalam dan di luar negeri sebagai sejarah dan penghargaan. Aspek aspek

    formal dalam lukisan ditekankan.

    (15 minit)

    Pelajar menggunting enam (6) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%.

    Bahagian atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri.

    Kedudukannya mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah

    pelajar dapat meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua

    bahagian yang hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini salinan

    semula berbentuk rupa.

    (50 minit)

    Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh. Penilaian

    guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    18/55

    (15 minit)

    Aktiviti : Minggu Keempat

    Rakaman sukan dan iklan ditayangkan lagi kepada pelajar. Guru menerangkan aspek

    budaya dan sosial di Malaysia kepada pelajar sambil mengambil contoh contoh karya-karya

    pelukis yang berilhamkan budaya dan sosial. Aspek-aspek formal dan kadar banding diberi

    penekanan.

    (15minit)

    Pelajar menggunting dua (2) gambar figura. Gambar figura ini dipotong dua 45%. Bahagian

    atas ditampal sebelah kanan dan bahagian bawah ditampal sebelah kiri. Kedudukannya

    mesti tepat dan bertentangan. Pendekatan yang ingin disampaikan ialah pelajar dapat

    meniru semula figura menggunakan garisan melintang dari kedua dua bahagian yang

    hilang. Guru menunjukkan contoh teknik kepada pelajar. Kali ini figura dilukis secara

    terperinci dengan melukis semula pancaindera dan jari. Figura mesti berpakaian.

    (30 minit)

    Pelajar mewarnakan figura mengikut warna asal pada gambar. Pelajar harus teliti dan

    penuh kesabaran sambil menjaga kebersihan.

    (20 minit)

    Guru menolong pelajar yang lemah dan mengambil yang terbaik sebagai contoh. Penilaian

    guru mengikut kadar banding yang tepat dan aksi yang sesuai, warna yang berpadanan.

    (15 minit)

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    19/55

    Tamat

    P O S T E D B Y L . Y . A T 5 : 2 0 P M 0 C O M M E N T S

    M O N D A Y , D E C E M B E R 8 , 2 0 0 8

    Bagaimana Dapat Meningkatkan Lagi Inovasi Di dalamPembelajaran Pendidikan Seni Pengajaran Secara Individu DanBerkumpulan.

    Mengikut Warner (1981 ) dan Fullan ( 1982 ), realiti di sekolah dan bilik darjah

    memerlukan pendekatan yang lebih terbuka terhadap konsep implementasi sebagai proses

    perubahan dan bukan perubahan semata-mata Pendapat ini selari dengan arus globalisasi

    dan desakan keperluan negara, untuk melahirkan pelajar yang kendiri dan kreatif

    memerlukan paradigma baru kurikulum sesuai dengan keadaan semasa.

    Sharifah Md.Nor ( 2002 ), menyatakan Matlamat pembelajaran sekolah bestari, ialah

    supaya pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari bukan sahaja sekadar

    mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam perancangan sekolah bestari, kurikulum

    menekankan penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk pengalaman dan proses

    pengajaran dan pembelajaran yang mendorong pelajar bekerjasama antara satu sama lain

    .

    Oleh itu kurikulum, guru dan pelajar harus bersedia menongkah cabaran baru ini. Budaya

    sentiasa belajar menjadi teras di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuai dengan

    saranan penulis, pengulas mendapati ianya menuju kepada kurikulum bestari.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    20/55

    Sama ada secara individu atau kumpulan, telah dikenalpasti sebagai antara faktor-faktor

    yang dapat menguruskan penyelesaian masalah atau kreativiti personal dengan cara yang

    tersendiri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini meliputi tahap kualiti sesuatu

    kumpulan, kreativiti yang dibantu, sifat tingkah laku individu, kebolehan kognitif yang

    istimewa, motivasi kendiri, orientasi terhadap kemungkinan, kepelbagaian pengetahuan,

    pakar di dalam sesuatu bidang, kemahiran sosial, bijaksana dan kejahilan. (Theresa

    Amabile 1988)

    Walaupun faktor individu dan ikhtiar adalah penting kepada pelajar, persekitaran sosial

    juga memainkan peranan dalam meninggikan nilai inovasi terhadap proses kreativitinya.

    Persekitaran yang menggalakkan kreativiti di dalam menjana inovasi kepada para pelajar

    antaranya ialah pemberian kebebasan, pengurusan tugasan yang baik, sumber yang

    mencukupi, galakan, masa yang mencukupi, karektor organisasi yang khusus,

    pengiktirafan, keperluan cabaran dan tekanan.

    Pengajaran dan pembelajaran memerlukan satu mekanisme untuk mempertimbangkan

    idea idea baru seperti iklim di bilik darjah menerusi kerjasama dan usahasama daripada

    semua peringkat dan bahagian, di mana setiap hasil inovasi ini akan dihargai dan kegagalan

    bukan suatu takdir . Kualiti persekitaran tidak akan menyumbangkan kepada proses inovasi

    apabila ia terlalu banyak karektoristik , sekatan , desakan , kurang minat , kelemahan

    pengurusan tugas , penilaian , kekurangan sumber , iklim bilik darjah yang kurang

    mendapat kerjasama dan usahasama dari semua peringkat dan bahagian , dan terlalu

    memberi penekanan terhadap status quo .

    Di dalam aspek persekitaran, faktor sosial lebih memainkan peranan daripada karetoristik

    personal yang dipengaruhi oleh guru yang kebiasaannya menentukan karektor organisasi

    secara individu atau berkumpulan . Brown (1989) dan Harington (1990) berpendapat

    organisasi kreativiti sebagai kombinasi proses kreativiti , produk kreatif , individu kreatif ,

    suasana kreatif dan bagaimana komponen komponen ini berhubung antara satu sama lain .

    Kreativiti individu berkait rapat dengan fungsi sesuatu keadaan yang sebelumnya

    (contohnya peneguhan sejarah biografi yang berubah ) gaya kognitif dan kebolehan

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    21/55

    (pemikiran yang bercapah , pengaliran idea yang berterusan ) faktor personaliti (kepuasan

    diri, pengawalan yang tepat), pengetahuan yang relevan, motivasi, pengaruh sosial ( fasiliti

    sosial , ganjaran sosial ) dan pengaruh keadaan ( persekitaran fizikal , desakan tugas dan

    masa ) .

    Ini bermaksud bahawa guru dan pentadbir yang ingin menggalakkan inovasi tidak boleh

    menafikan pengalaman , gaya kognitif , kebolehan atau personaliti pelajar tetapi boleh

    mempengaruhi pengetahuan motivasi dan sosial . Pendidik seni perlu memikirkan dan

    memilih pelajar yang mempunyai latar belakang tertentu , kognitif , kebolehan dan profil

    personaliti mengikut kecenderungan masing masing .

    Matlamat dan objektif Pendidikan Seni lebih bersifat universal. Lebih lebih lagi,

    Penghasilan tema, falsafah, karya atau produk mempunyai rantaian komunikasi global.

    Melalui visual, satu pernyataan tidak perlukan kenyataan kerana telah wujud interaksi

    dalaman pada seseorang audien.

    Penghasilan yang berbeza, pelbagai, kesesuaian dan futuristik adalah tanda terima kasih

    pelajar yang berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan tekun

    kepada gurunya. Apabila seorang guru itu mengajar pendidikan seni, hasilnya bukan untuk

    menyediakan seorang pelajar itu menjadi pelukis tetapi beliau mengajar asas, prinsip dan

    elemen seni lukis serta pengetahuan sejarah, penghargaan dan boleh bertindak mengukur

    diri sendiri dalam menilai dan membuat keputusan.

    Menghasilkan karya sendiri memerlukan rujukan yang bersifat persekitaran. Ini

    menghasilkan pelajar yang mampu berjaya dalam kehiduan sehariannya apabila setiap yang

    dipelajari berjaya digabung jalinkan dengan kehiduan seharian secara berterusan. Proses

    pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan seni menitik beratkan ilmu kajian

    kritikal dalam seni tampak. Hasilnya ia berjaya melahirkan pelajar yang sensitif, pemikir

    dan

    menjadi inovator.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    22/55

    King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau

    menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama , perpaduan

    , ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada

    pelbagai bidang atau latar belakang .

    Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi. Pertimbangan ini

    menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan teknik

    berkumpulan seperti brainstorming dan mind mapping.

    Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit di

    dalam kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulan

    menurun di sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut

    Botter dan Yetton (1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki

    keberkesanan kumpulan mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran

    penyelesaian masalah.

    Teknik mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkan

    penyelesaian penjanaan dan penyelesaian penilaian ( Cummings dan OConnell, 1978 ).

    Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukaf idea, pengesahan pertentangan, simulasi

    penyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran ekstrinsik.

    Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila

    lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan

    mengelakkan menaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal. Para sarjana ini

    berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran berfikir

    berdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti

    output kreatif.

    Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah individu

    yang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam

    berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    23/55

    Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yang

    relevan dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau

    menyarankan setiap satu dari tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan

    yang kecil serta menjadi keperluan dalam menghasilkan inovasi.

    Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada kreativiti pelajar dan

    inovasi berkumpulan. Seseorang guru perlu mencari kemahiran dalam tugas, kemahiran

    kreativiti dan motivasi intrinsik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor

    persekitaran dapat menyokong pelajar menjadi lebih inovatif.

    Nonaka (1991) memberikan 4 asas mencipta pengetahuan : menukarkan pengetahuan tacit

    kepada pengetahuantacit(sosialisasi) , eksplisit kepada eksplisit (kombinasi) , tacit kepada

    eksplisit (luaran) dan eksplisit kepada tacit (dalaman).

    Proses mencipta bermula dengan menyatukan perkara yang kontra dan idea melalui

    metafora . Kemudian menyelesaikan kontra ini melalui analogi . Akhirnya mengilap konsep

    penciptaan membentuknya sebagai model yang menjadikan pengetahuan diwujudkan .

    Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu .

    Inovasi dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti

    kreativiti. Pengetahuan tacit bersifat personal , sukar diformalkan , subjektif , ilham dan

    bermula dari asas perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh

    dipisahkan menjadi 2 komponen kemahiran informal.

    Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi

    inovasi seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang

    memberi kesan kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan

    pembelajaran ialah ilmu , motivasi , sosial dan pengaruh keadaan . Guru sebagai penyalur

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    24/55

    maklumat kurikulum memalui pendekatan yang efektif boleh mengagihkan pelajar secara

    individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran .

    Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa

    pelajar Pendidikan Seni merentasi disiplin lain. Pendekatan yamg pelbagai dapat

    membantu proses pengajaran dan pembelajaran kepada motivasi minat. Guru pula menjadi

    pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi kepada pembelajaran

    pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif .

    Dengan cara ini, pelajar, secara individu atau berkumpulan akan mempunyai fungsi dan

    proses tersendiri di dalam menjana inovasi . Dengan ini dapat dinyatakan bahawa wujud

    kebarangkalian untuk mereka bentuk (design) struktur individu atau berkumpulan bersama

    prosesnya dalam menjana dan meningkatkan inovatif .

    Rujukan

    Abd. Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan , PTS Pub & Distributors, 2001

    Amabile , Teresa M 1988. A Model o Creativity and Innovation in Organizations, Research

    in organizational Behavior , Vol. 10:

    Basadur, M., G.B. Graen and T.A.Scandura. 1986. Training effects on Attitudes Toward

    Divergent Thinking among Manufacturing Engineers. Journal of Applied Psychology .

    Vol.71(4):

    Brown , R.T. 1989. Creativity : What Are We to Measure? In J.A.Glover, R.R.Ronning ,

    C.R.Reynolds,eds,Handbook of Creativity. New York :

    Plenum Press . \

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    25/55

    Cummings, L .1965. Organizational Climates for Creativity.Journal of the Academy of

    Management. 8\

    Nonaka, I. 1991. The Knowledge Creating Company , HBR,Nov-Dec:

    Sharifah Md. Nor, ( 2000 ) Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi Universiti

    Putra Malaysia, Selangor.

    Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,

    Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan

    Kesenian, UPSI, 2000.

    P O S T E D B Y L . Y . A T 6 : 5 5 P M 0 C O M M E N T S

    Kurikulum pendidikan seni visual di sekolah sekolah seharusnyamemfokuskan kepada pembentukkan kefahaman silang budaya bagimembina integrasi antara r

    Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah

    berasaskan laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia merupakan satu alat

    penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Dasar

    Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan menerusi fungsi dan kaedah kaedah

    berikut ;-

    1. Kurikulum yang sama

    Sekolah merupakan agen sosial yang amat penting untuk membentuk keperibadian dan

    perwatakan murid murid bagi mewujudkan perpaduan di kalangan mereka. Kurikulum

    yang berorientasikan Malaysia yang selaras telah diperkenalkan di semua sekolah tanpa

    mengira bahasa pengantarnya.

    Unsur unsur pendidikan kewarganegaraan telah di terapkan ke dalam semua mata

    pelajaran. Pendidikan ini dapat memupuk semangat kebangsaan dan taat setia kepada

    Negara di kalangan pelajar sekolah. Di samping itu, ia dapat membentuk sifat sifat

    toleransi, persefahaman dan tolak ansur bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu

    padu.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    26/55

    2. Peperiksaan yang seragam

    Kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan yang sama dan seragam untuk membentuk

    satu identiti Malaysia. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) bagi murid murid

    tingkatan tiga telah diperkenalkan di semua sekolah di Negara ini pada tahun 1956.

    seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    bagi murid murid tingkatan lima dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi semua

    murid murid tingkatan enam si semua sekolah menengah di Malaysia.

    3. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar Utama

    Mulai tahun 1970, Bahasa Malaysia telah digunakan sebagai bahasa pengantar rasmi, di

    semua sekolah di Malaysia. Ia menggantikan bahasa inggeris secara berperingkat peringkat

    di sekolah sekolah di Negara ini. Semua sekolah aliran bahasa Cina dan Tamil telah

    diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia. Penggunaan satu bahasa rasmi akan dapat

    mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan murid murid sekolah dan

    seterusnya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

    4. Aktiviti Ko-Kurikulum dan Sukan

    Kerajaan telah menggalakkan aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah sekolah. Kegiatan

    ko-kurikulum ini dibahagikan ke dalam tiga kategori iaitu persatuan, unit beruniform dan

    sukan. Murid murid diwajibkan untuk mengambil bahagian yang aktif di dalam kegiatan

    ko-kurikulum berkenaan. Matlamat kegiatan ini ialah untuk melahirkan generasi muda

    yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatupadu.

    P O S T E D B Y L . Y . A T 6 : 4 9 P M 0 C O M M E N T S

    S A T U R D A Y , J U N E 7 , 2 0 0 8

    Pendekatan Psikologi ( Emosi ) di dalam Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

    Pengenalan

    Tahun 2003 telah menggemparkan lagi masyarakat Malaysia di mana terdapat dua puluh

    orang pelajar senior telah membelasah seorang pelajar junior sehingga merosakkan buah

    pinggangnya. Tidak lama kemudian lima orang pelajar dari sekolah berasrama penuh cuba

    mencederakan guru mereka dengan senjata yang berbahaya. Tanpa kita sedari, ini hanya

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    27/55

    secubit cerita benar yang mendapat paparan umum, sedangkan banyak lagi permasalahan

    yang tidak terungkai atau disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ingin menjaga nama

    baik sesebuah sekolah. Apa yang menjadi tanda tanya ialah pelajar-pelajar semakin

    bersikap liar, keras kepala, biadap sedangkan mereka di dalam sempadan sekolah. Di

    manakah kerapuhan pendidkan yang telah kita bina kini? Adalah tidak adil sekiranya

    kepincangan ini kita letak di bahu kurikulum, guru atau mahupun pelajar sendiri.

    Walaubagaimanapun, kita mesti mencari penawar demi menyelesaikan masalah sebelum

    memusnahkan nilai hidup generasi akan datang.

    Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, kita harus meneliti kurikulum kita yang mana

    lebih mementingkan kecerdasan IQ. Keputusan kecerdasan inilah yang diambil kira dalam

    mengukur dan menilai seseorang. Pelajar hanya dilihat dari sudut kepintaran sahaja,

    sedangkan kepintaran itu boleh diasah. Jika diberi latihan dan praktikal yang banyak

    seperti latih tubi serta pendekatan penghafalan pelajar pasti mampu mendapat pencapaian

    yang baik.

    Howard Gardner di dalam temubualnya dengan NEAtoday Online ( 1999 ) berpendapat

    bahawa taraf kecerdasan seseorang itu tidak akan mempunyai nilai sekiranya ia tidak

    membawa kepada sumbangan terhadap masyarakat dan budayanya. Kini sampai masanya

    kita harus menekankan lagi aspek aspek kepercayaan, keluhuran, kesetian dan nilai-nilai

    yang baik seperti yang diikrarkan dalam Rukun Negara..

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia...

    Emosi ternyata berdiri sama tinggi dengan intelek ( meliputi hampir kesemua displin),

    rohani (keagamaan, moral dan falsafah), jasmani ( sukan, riadah dan ilmu kesihatan). Ini

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    28/55

    bermakna domain emosi harus diberi pemberatan yang sama seperti intelek, rohani dan

    jasmani.

    Hampir semua sekolah-sekolah kini mempunyai kaunselor sendiri. Tetapi, kaunselor hanya

    merupakan pihak yang bertanggung jawab menolong pelajar-pelajar menyelesaikan

    masalah sedangkan pelajar-pelajar sendiri tidak mengenal pasti masalah mereka sendiri.

    Dari aspek psikologi, emosi dapat memainkan peranan yang penting kerana emosi jualah

    yang selalu menjadi punca apabila tingkahlaku menjadi tidak terkawal.

    Definisi Kurikulum.

    Menurut kamus Oxford Advance Learners also called curricula : The subject included in a

    course of study or taught at a particular school, college...

    Kamus Times pula yang diterjemahkan oleh Awang Sudjai Hairul ; Kurikulum merupakan

    susunan matapelajaran.

    Menurut pendapat Abd. Fatah Hasan (2001) Kurikulum berhubung dengan nature

    manusia yang berkerohanian, maka kurikulum mestilah bercorak membebaskan akal dan

    membolehkan seseorang mencapai keperingkat penghabisannya. Perancang kurikulum

    mesti memilih pelajaran yang akan melatih akal seperti membaca, menulis dan mengira.

    Kurikulum juga mestilah termasuk subjek kemanusiaan, kesenian, sains dan matematik .

    Kumpulan realist memberi pandangan bahawa kurikulum mestilah sesuatu yang boleh

    diubah-ubah dan bukannya sesuatu yang tetap. Perbezaan individu mestilah ditegaskan,

    bukannya kepuasan yang sama bagi semua murid.

    Psikologi.

    Psikologi diistilahkan sebagai ilmu kejiwaan dan berasal dari dua gabungan perkatan Greek

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    29/55

    iaitu Psiko dan Logi.

    Menurut kamus oxford ; psikologi merupakan sains atau kajian terhadap minda dan

    bagaimana ia berfungsi dan melaksanakan tugas. Nota : Psikologi ialah kajian terhadap

    tabiat minda, manusia dan haiwan.

    Kecerdasan Emosi.

    Mengikut Mayer & Salovey (1997), Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan untuk

    mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan

    serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan

    menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami

    emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak

    perasaan dan pertumbuhan intelek . Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer & Salovey sejak

    tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh Goleman (1995).

    Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan

    deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi

    kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan

    dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan, 2000 )

    Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan pengertian emosi di

    dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati dan keterbukaan perasaan. Penuh

    pemusatan perbezaan dalam mengesahkan apa yang dibina.

    Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi mempunyai

    kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi diperkawal sebelum emosi yang

    mengawal diri pelajar.

    Matlamat Sukatan Pelajaran 970 STPM Seni Visual.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    30/55

    Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan

    dan kemahiran seni visual bagi membolehkan mereka

    (a) mengikuti program seni visual atau program yang berkaitan di institusi pengajian tinggi,

    (b) memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam kehidupan dan bidang

    kerjaya.

    Berpandukan matlamat yang kedua, emosi bersamaan dengan pendapat Mayer & Salovey

    (1997), emosi dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran seni visual dalam

    kehidupan dan bidang kerjaya kerana ia, merangkumi kebolehan untuk mengerti, melihat

    dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi;

    Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila

    mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan

    perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan

    intelek .

    Di dalam sukatan pelajaran ini terdapat lapan objektif yang begitu menekankan aspek

    emosi ini untuk mencapai matlamat Seni Visual antaranya ialah ;

    1. (a) memahami akan pengertian , peranan dan sumbangan seni visual dalam

    pembangunan daya kreativiti serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yang berkesan ;

    2. (b) memahami akan kepentingan seni visual dalam konteks yang lebih luas yang

    merangkumi aspek estetik dan fungsi , khususnya dalam peningkatan mutu barangan ,

    industri dan kualiti kehidupan secara menyeluruh ;

    3. (d) meneroka dan memahami pengaruh teknologi terhadap seni visual ;

    4. (e) memahami bahawa seni visual adalah satu bentuk komunikasi dan meneliti secara

    kritis pelbagai karya seni yang berbentuk komunikasi non verbal ;

    5. (h) menggunakan portfolio bagi merekod idea dan maklumat ;

    6. (i) menguji idea dan bahan , menyelesaikan masalah , membuat pilihan , mengambil

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    31/55

    risiko dan mencuba pelbagai cara untuk berkarya ;

    7. (j) menggunakan kecekapan teknikal dalam penggunaan alat , bahan dan teknologi serta

    kaedah seni dalam penyataan seni visual ;

    8. (k) menguasai kemahiran melukis dan menggunakan dalam penghasilan lukisan serta

    karya seni visual yang lain ;

    Namun di dalam kandungan sukatan pelajaran 970, kewibawaan emosi tidak dihuraikan

    terperinci dan dicabar. Emosi dihimpun di bahagian Apresiasi Seni Visual (m/s 3 Seni

    Visual Sukatan Pelajaran dan contoh soalan). Di dalam 216 waktu, hanya 28 waktu untuk

    bahagian ini dan emosi berkongsi masa 3.5 waktu dengan kreativiti, sensitiviti dan

    ekspresi.

    Emosi diharap dapat dipertimbangkan di bawah topik Terapi Seni , sesuai dengan kajian

    psikologi dan pendekatannya merentasi disiplin Pendidikan seni visual yang lain.

    Seperhubungan ini emosi dapat dijadikan kajian menyeluruh di samping menampung

    kekurangan modul-modul disiplin lain dalam membentuk peribadi dan sahsiah generasi

    akan datang.

    Menurut Prof. Madya Hj. Iberahim bin Hassan di dalam kuliahnya ( 2003 ) Cetusan emosi

    boleh menimbulkan kreativiti yang tinggi dan komponen ini sangat kuat dalam pewujudan

    penghasilan sesebuah karya.

    Sebaik-baiknya setiap cetusan yang berlaku dan akan berlaku akan menghasilkan sesuatu

    yang bermanfaat, menjadi sumbangan, berintelek dan memperkayakan lagi khazanah

    peradaban negara kita.

    EmosiDalam Pendidikan Seni Visual.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    32/55

    Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan masalah

    dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap, nilai, tabiat

    keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti kecenderungan dan

    kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir secara kritis ; Mereka dan

    menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang dan menimbulkan,

    mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan individu di dalam kumpulan

    dan masyarakat.

    Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap

    perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga

    enam tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ;

    Pada tahap ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya

    tampak yang tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang

    berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat warna

    sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.

    Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering berbeza

    pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai cita rasa yang

    sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti ketika berada di

    tasik yang tenang di waktu senja yang sepi..

    Judith Peck (2003) Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam

    memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang

    keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di dalam

    menambahkan kualiti kehidupan .

    Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang

    pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik

    minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif,

    aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap.

    Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka

    dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    33/55

    Latarbelakang Terapi Seni.

    Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan

    sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan

    lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah,

    kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori

    profesional.

    Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan

    psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan

    catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat

    berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan

    berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik

    sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran

    nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf

    dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada

    1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat

    perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

    Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya Teori Perkembangan Kanak-kanak

    menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis

    figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang

    tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada

    ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld

    mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat.

    Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni

    dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.

    Michael Samuel M. D. Dalam bukunya Art as a Healing Force pula, sentiasa menekankan

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    34/55

    kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan

    keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar

    biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah

    manusia.

    Matlamat Terapi Seni

    Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan

    dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.

    Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam

    memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck )

    Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a

    school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while

    facililitating their ability to implement change.

    Objektif Terapi Seni

    Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian

    individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan

    simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan

    di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan

    pertolongan.

    Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang

    mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau

    kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

    Fungsi Terapi Seni Di dalam Pemantapan Emosi Pelajar

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    35/55

    Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam

    menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi

    batiniah ini merawat mental melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual

    pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi

    dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan

    pembelajaran tetapi kehidupan seharian.Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian

    lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula, terapi seni masih belum ada kajian yang

    mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu menyelesaikan pemasalahan pelajar

    dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan pengetahuan, mempertingkatkan

    kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.

    Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluan

    yang tidak dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada

    dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan

    terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi

    bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan negara

    kita, bukan saja ditajai oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta

    dan berbudaya tetapi yang mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di

    samping kestabilan emosi.

    Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan nilai

    terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan sahsiah pelajar.

    Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan datang.

    Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan insan kamil yang

    berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik lebih

    mementingkan hasil kedua-duanya teori dan praktikal. Terapi seni yang sistematik dapat

    mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi

    melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.

    Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    36/55

    mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya

    pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya.

    Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderongan melukis dan

    menulis di dinding dinding yang dipanggil grafitti. Ini adalah kerana emosi insan yang

    tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja

    mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka, dapat

    menenangkan pemberontakan dalam diri.

    Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan insan seperti di atas mengawal

    karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi

    seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan ini akan menjadikan peranan para pendidik

    lebih berkesan dan efisyen dalam menyalurkan kurikulum bersepadu bagi melahirkan

    masyarakat madani di samping memartabatkan mata pelajaran Pendidikan

    Seni Visual itu sendiri. Perubahan ini dijangka akan memberi kesan yang besar terhadap

    sistem pendidikan di negara kita apabila bermula di sekolah-sekolah.

    Pendekatan Terapi seniDalam Pendidikan Seni Visual

    Rajah A : Hubungan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

    pendekatan Nilai Terapeutik.

    Rajah ini dapat dijelaskan dengan beberapa aspek yang melibatkan hubungan pelajar

    dengan proses pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan perkara-perkara berikut;

    i. Pelajar dan Nilai Terapeutik

    ii. Guru dan Pelajar

    iii. Perubahan sikap pelajar kesan Nilai Terapeutik

    iv. Pengurusan Kurikulum

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    37/55

    v. Model Terapi Seni dalam perancangan

    vi. Aplikasi Terapi seni dalam perancangan dan pengawalan

    Dalam konteks membangunkan model Kurkulum Bestari Pendidikan Seni Visual, beberapa

    keperluan asas perlu diperolehi. Antaranya ialah maklumat berhubung rancangan pelajaran

    dan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, soalselidik berhubung maklumat murid,

    persepsi guru dan penggubal kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual serta pemerhatian

    terhadap aktiviti seni yang dijalankan di dalam bilik darjah.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi nanti, satu model yang menggabungjalinkan

    Pendidikan Seni Visual akan dibentuk, seterusnya diaplikasi dalam bentuk perancangan

    mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Satu indikator untuk melihat perubahan sikap

    dalam penerimaan dan pemahaman kepentingan Terapi Seni dibentuk.

    Cadangan ini dijangkakan akan dapat meningkatkan pengalaman estetika guru-guru

    melalui, kesedaran terhadap perlunya pengetahuan Terapi Seni dalam membentuk

    kemantapan sahsiah pelajar. Ini akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan murid-murid

    tersebut dan meningkatkan kepercayan kendiri di samping sebagai panduan bagi

    pembentukan kurikulum yang lestari. Keseluruhan cadangan pendekatan ini ditunjukkan

    dalam Rajah B.

    (sori, memerlukan bantuan untuk upload gambarrajah)

    Rajah B : Cadangan Pendekatan

    Ia dijangka akan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan Pendidikan Seni

    Visual di negara kita dari segi kestabilan sahsiah. Di samping itu, cadangan ini akan terus

    memelihara dan mengekalkan kualiti kurikulum Pendidikan Seni Visual yang sedia ada.

    Atas alasan ini, mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dipilih secara khususnya kerana

    kekuatan seni itu sendiri sebagai alat komunikasi akan dapat memberikan suatu

    pengalaman estetika yang sangat berguna kepada murid-muirid dalam mewarnakan masa

    depan negara yang bersatupadu, harmonis dan progresif. Cadangan ini juga diharapkan

    dapat merintis jalan bagi pembentukan kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mapan dan

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    38/55

    dapat diterapkan di kalangan murid-murid sama ada di sekolah rendah mahupun di

    sekolah menengah.

    Rajah di atas diharap dapat menyarankan pernyataan masaalah yang utama berkaitan

    dengan :

    i. Kaedah yang bagaimanakah yang akan digunakan untuk mengenalpasti kesedaran nilai

    terapeutik dikalangan murid, guru dengan penggubal kurikulum.

    ii. Terapi Seni yang bagaimanakah sessuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan

    pembelajaran Pendidikan Seni Visual terhadap murid-murid?.

    iii. Sejauh manakah amalan guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam menerapkan

    kesedaran nilai terapeutik murid-murid sekolah rendah.

    iv. Tahap kemampuan guru-guru untuk memberikan pengalaman estetika yang bermakna

    dalam melaksanakan Terapi Seni.

    Dalam setiap pernyataan masalah tadi, penggubal kurikulum dapat melihat sejauhmana

    keberkesanan pelaksanaan nilai terpeutik dan bagaimanakah ia dapat dilakukan.

    Bentuk perancangan pengawalan unsur-unsur yang boleh dan patut diterapkan oleh guru

    juga perlu ditinjau sama ada mereka mempunyai satu mekanisme yang mapan. Dari situ,

    penggubal kurikulum akan mengutarakan kaedah melalui pendekatan Nilai Terapeutik

    sebagai langkah untuk membantu memantau

    perjalanan aktiviti yang dirancang agar selari dengan objektif Pendidikan seni Visual ini.

    Pembangunan kurikulum Pendidikan Seni Visual tanpa perancangan yang baik akan

    mendatangkan kesan yang negatif terhadap sistem pendidikan negara kita. Pelbagai

    masalah akan timbul berkaitan dengan kemantapan sahsiah rakyatnya. Semuanya

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    39/55

    memerlukan perancangan yang rapi bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang

    mampan.

    Penekanan nilai terapeutik ialah membentuk satu kaedah yang melibatkan setiap

    komponen yang berkaitan dengan akivititi-aktiviti yang dijalankan oleh guru sama ada di

    dalam ataupun luar bilik darjah. Ini digambarkan dalam rajah ( guru-murid

    kurikulum/guru-aktiviti-perkembangan murid-impak-sistem pendidikan-pengawalan-

    murid ) yang jelas terarah.

    Cadangan ini diharap dapat menambah pengetahuan guru-guru Pendidikan Seni Visual di

    sekolah mengenai terapi seni serta di kalangan murid murid melalui aktiviti seni yang

    dijalankan. Memandangkan Terapi Seni merupakan satu instrumen mengkaji dan

    mempunyai relatif untuk menyelesaikan permasalahan murid, adalah bertepatan Terapi

    Seni ini menjadi salah satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.

    Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas menekankan J.E.R.I. atau Jasmani,

    Emosi, Rohani dan Intelek sebagai suatu keutamaan. Dengan itu terapi seni merupakan

    satu keperluan dalam kurikulum Seni Pendidikan Visual yang dapat membantu demi

    mencapaikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

    Disiplin baru ini menekankan kepentingan seni sebagai satu maksud membantu pelajar

    untuk menambah atau menyembuhkan kecerdasan intelektual, emosi yang jelas

    dan stabil serta pemantapan sahsiah. Terapi seni dapat memainkan peranan dalam

    membantu pelajar yang mempunyai masalah emosi dan sahsiah. Pelajar yang bermasalah

    dari segi psikologi ini juga dapat dikesan sebelum terlambat .

    Keberkesanan Terapi Seni sebagai Pemangkin Emosi dan Sahsiah Pelajar

    Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa

    mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan

    sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    40/55

    menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam

    gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

    Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan

    perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk

    keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru

    yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).

    ( Eve C .Jarboe, 2002 )

    Art products produced by a student during treatment can be used in much the same

    manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the

    primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form an

    attachment in the context of the therapeutic relationship. ( Robins, 1987 ).

    ( Eve C .Jarboe, 2002 )

    Pembentukan sahsiah merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan dan

    memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan, cerdas,

    bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan kesedaran

    pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau kenyataan kendiri.

    Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah pelajar dan menjadikan

    nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar.

    Kesimpulan

    Sekolah kini bukan sahaja akan menghasilkan pelajar-pelajar yang berilmu, intelek dan

    pelajar kreatif yang berjaya. Malahan berkeupayaan menjadi tempat yang paling selamat.

    Pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah sering kali menjadi rendah diri atau pengacau.

    Mereka tidak diterima oleh rakan sebaya atau mungkin oleh keluarga sendiri.

    Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan terapi seni semakin

    tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau hanya berada di dalam kelas.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    41/55

    Penambahan Terapi Seni di dalam sistem sekolah lebih menguntungkan dari mengeluarkan

    belanja dari menyediakan pusat-pusat pemulihan khas.

    Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output tanpa

    melihat kepentingan Terapi seni. Hakikatnya untuk mendidik dan memperkembangkan diri

    pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang merawat sebarang permasalahan khususnya

    dalam emosi. Terapi Seni akan menjadi satu cabang disiplin yang bernilai kepada negara

    dalam melahirkan insan insan yang bersahsiah tinggi.

    Bibliografi

    Ainon dan Abd Hassan, Mendorong Diri Sendiri , PTS Pub & Distributors, 2002.

    Deborah D.West, Edicational Horizon , Summer, 2000 .

    Eve C. Jarboe, Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings New Horizons

    for Learning, 2002.

    Hj. Abd. Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan , PTS Pub & Distributors, 2001

    Howard Gardner, Interview with Howard Gardner, NEA Today Online, March 1999.

    Judith Peck, Art As Therapy , Http://orion.ramapo.edu

    Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan ,

    Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan

    Kesenian, UPSI, 2000.

    Robert J.Sternberg, Human abilities Annual Review of Psychology. Annual, 1998.

    Seni Visual Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    42/55

    Temu bual bersama En. Mohd. Nasir Hj Ibrahim. Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan

    Kesenian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

    Thomas Armstrong, Sparkling Creativity in Your Child Meredith Corp, 1993.

    Thomas Armstrong, Little geniuses Meredith Corp, 1993.

    Viktor Lowenfeld , Creative and Mental Growth , Macmillan Co New York ,1947.

    Lampiran

    Pada hari ini , generasi muda merupakan kumpulan yang akan meneruskan cita cita dan

    wawasan yang diasaskan ataupun dicetuskan oleh para pemimpin masa lalu , serta yang

    terkini. Manifestasi cita cita , dan wawasan ini ialah untuk memastikan agenda

    pembangunan serta kestabilan negara akan mempunyai kelangsungan dangan menjanjikan

    kemewahan terhadap negara dalam pelbagai aspek . Generasi muda juga adalah aset negara

    yang memerlukan kekuatan rohani, dan jasmani untuk menjadi ahli masyarakat yang

    bermaruah , berbudi bahasa serta mempunyai ketrampilan tersendiri.

    Kedua dua aspek iaitu pembangunan negara dan kekuatan rohani yang bersepadu haruslah

    seiring rentak dangan tarinya dalam usaha mencapai cita cita sebuah negara maju seperti

    yang digarapkan melalui wawasan 2020.Adalah menjadi satu tragedi apabila masyarakat

    mencapai kemewahan namun hilang sopan santun , dan nilai nilai kemanusiaan yang

    murni. Di sinilah akan lahir masyarakat yang pincang , dan menyumbang ke arah

    kemunduran sesebuah negara.

    kita perlu menjadi negara yang maju menurut acuan kita sendiri . Malaysia tidaklah harus

    menjadi negara maju dari segi ekonominya semata mata . Negara kita mestilah menjadi

    negara maju dari segala seginya. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    43/55

    perpaduan negara , dan kesepaduan sosial. Dari segi ekonomi , keadilan sosial , kestabilan

    politik , sistem pemerintahan , kualiti kehidupan , nilai nilai sosial dan kerohanian , selain

    mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.

    Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia Melangkah Ke Hadapan

    KL:DBP & ISIS. 1991. Hal. 2

    P O S T E D B Y L . Y . A T 8 : 1 7 A M 0 C O M M E N T S

    Permasalahan Dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Satu KajianAnalisis Permasalahan; Dan Cadangan Kepada PerlaksanaanPenyelesaian Masalah.

    1. Pengenalan

    Bunyi loceng, menandakan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual

    baru sahaja tamat. Tajuk hari itu ialah kajian menghasilkan corak dari pelbagai garisan dan

    warna menggunakan grid tidak formal. Objektif pengajaran berteraskan sukatan pelajaran,

    manakala aktiviti pembelajarannya sistematik serta melibatkan pelajar dalam perancangan

    pelajaran.

    2. Pengajaran dan Pembelajaran

    Di akhir pengajaran, lapan pelajar menyiapkan tugasan garisan dan mewarna dengan

    berjaya. Enam pelajar pula, sudah hampir 80 peratus siap dengan menggunakan kombinasi

    warna yang halus dan pemilihan garisan yang sesuai. Sepuluh lagi pelajar berusaha

    menyiapkan tugasan hari itu dengan memilih garisan dan warna asas, menggolongkan

    mereka di Peringkat Skematik oleh Victor Lowenfeld (1947) di dalam teorinya skema

    perkembangan tampak kanak-kanak atau peringkat perkembangam artistik. Sebelas pelajar

    merasakan tugasan itu perlu diselesaikan dan asal siap. Manakala pelajar yang selebihnya

    dari empat puluh orang ini, terkial-kial dan mencari-cari ilham mewarna atau jalan

    mudah menyelesaikan tugasan mewarna hari itu.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    44/55

    Catatan: 87.5% pelajar dapat menyiapkan tugasan.

    12.5% lagi diharap dapat menyiapkankan tugasan

    dan menghantarnya esok.

    Kaedah begini suatu klise dan memerlukan satu suntikan demi mengatasi kekangan yang

    dihadapi baik kepada guru atau pelajar, sepanjang berlakunya proses P&P.

    3. Permasalahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

    Pendidik Seni Visual kelas Tingkatan Satu ini, tersuratnya telah berjaya dalam P&P hari itu.

    Tetapi, sebenarnya hanya lapan pelajar sahaja yang mendapat ilmu dengan berkesan.

    Selebihnya merupakan pelajar pelajar yang tidak efektif, lambat menerima maklumat dan

    perlukan lagi ransangan. Sebagai penyalur maklumat, tugas pendidik bukan setakat

    mengajar, tetapi sebagai agen sosial intelektual yang inovatif.

    Apabila kita mengajar teori warna ia merupakan suatu penggabung jalinan pendidikan

    dengan kehidupan seharian pelajar sepanjang hayat. Pendidikan seni memperkembangkan

    kreativiti, tanggapan, penterjemahan dan kecerdasan analitik insan. Mengajar pendidikan

    seni adalah lebih daripada mengajar pelajar melukis dan mewarna pemandangan yang

    indah atau melahirkan kemerduan dari bunyian. (Deborah D. West,2000, pg.176-178).

    Pelajar seharusnya bergembira melalui proses kemahiran dan dapat menceritakan pula

    yang tersirat dan tersurat di dalam karyanya seperti menurut Panofsky dalam History of

    Tradition; Terdapat tiga tahap kupasan boleh mencari makna dalam sesuatu karya.

    1. Pertama Primary atau natural subject matter yang mengajak kita mengenal rupa dan

    bentuk di atas permukaan karya serta mampu menamakannya.

    2. Kedua Secondary atau conventional subject matter yang membuat kita berusaha

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    45/55

    mengenal apakah sesuatu perbuatan dan maksudnya, perbuatan atau ekspresi menerusi

    objek dan acara yang mendukung tema, konsep dan cerita..

    3. Ketiga Intrinsic meaning yang lebih dekat makna-makna dalaman, misalnya aspek

    simbolik keagamaan dan kebudayaan.

    (Mohd. Zaihidee Hj Arshad, 2000)

    Seharusnya, walaupun pelajar hanya menghasilkan corak, tdak salah menguatkan lagi aspek

    formal dan ikonografi di dalam karya tersebut. Pelajar akan lebih matang, kreatif, tekun,

    mempunyai tanggapan kendiri, dapat menterjemahkan karya dengan bahasa naluri

    tersendiri sekaligus menggalakkan proses kecerdasan yang berterusan.

    Kesan pendidikan berlaku sebaik sahaja permulaan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran era terkini perlukan pembaharuan; iaitu

    satu langkah inovasi lahir dari fikiran yang kreatif . To explain innovation, we need a new

    theory of organizational knowledge creation... the cornerstone of our epistemology is the

    distinction between tacit and explicit knowledge... the key to knowledge creation lies in the

    mobilization and conversion of tacit knowledge. Ikujiro Nonaka and Hirotaka

    Takeuchi(1995)

    Inovasi menjadi pemangkin kepada cabaran baru di dalam pengajaran dan pembelajaran

    matapelajaran pendidikan seni. Mengikut Edment Felment seni berkaitan dengan sosio

    politik. Bunyi dan visual digunakan masyarakat dunia(universal).Ia merupakan paduan isi

    dan bentuk. Mc Luhen and Fiore Seni tentukan kefahaman kemanusiaan sejagat. Ia

    dihasilkan dari nurani dan naluri sehalusnya.

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    46/55

    Seni Nilai Asas perasaan manusiamanakala manusia ialah objek seni. Mengikut persepsi

    warna warna asas ada tiga tetapi menjadi beribu warna bila dicampur. Aluyah Al Sagof.

    Bygots menyatakan setiap warna mengandungi pengaruh berbeza antara manusia.

    Contohnya Biru memberi kesan tenang. Kuning memberi kesan gembira. Merah membawa

    kesan Tidak tenang.Warna boleh berperanan sebagai imej simbol dalam

    menyokong dan menguatkan isi sesuatu isi. Garisan pula boleh berperanan seperti yang

    dijumpai Reed pada 1984- Sistem tampak manusia menyebabkan objek yang dilihat dekat

    terbayang besar dari objek yang dilihat lebih jauh. Kualiti garisan memberi kesan ilusi

    dalam seni tampak dan memberi impak yang hebat. Kepelbagaian jenis garisan juga hasil

    dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan warna boleh dijadikan ikon komunikasi yang

    cekap dan bermesej.

    Inovasi menjadi keperluan atas desakan 3 aspek ini;

    1. Keperluan disebabkan pengajaran

    2. Persekitaran dalam pembelajaran

    3. Pelajar.

    Aspek aspek ini menolong para pendidik membuat penilaian bagaimana harus memilih

    inovasi yang berasaskan tajuk, persekitaran pelajar dan latarbelakang pelajar itu sendiri.

    Pelajar merupakan klien utama dan setiap proses P & P seharusnya berpandukan informasi

    kecerdasan pelajar.

    Saya tidak menyokong ujian yang direka untuk mengukur kecerdasan manusia, kerana

    secara berterus terang saya tidak kisah kecerdasan apa atau taraf kecerdasan manusia. Saya

    mengambil berat tentang mereka boleh menyumbangkan perkara yang bernilai dalam

    budaya kita... (Howard Gardner, pg 2)

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    47/55

    Teori kecerdasan pelbagai diperkenalkan Howard Gardner ( 1983 ) mempunyai lapan

    kecerdasan yang perlu diperkembangakan di kalangan pelajar.

    1. Bahasa

    2. Logik-Matematik

    3. Ruang (spatial)

    4. Muzik

    5. Kinestatik

    6. Interpersonal

    7. Intrapersonal

    8. Naturalis

    4. Cadangan Perlaksanaan Penyelesaian.

    Sebelum memulakan proses inovasi dalam pengajajaran pendidik harus

    menerokai idea P&P berdasarkan tajuk yang sesuai bagi pembelajaran pelajar. Mengikut

    James Webb Young, Idea adalah lebih kurang satu kombinasi elemen baru dan lama. Oleh

    itu kaedah yang lama masih boleh dipraktikkan sesuai dengan pengenalan kombinasi

    kaedah P&P yang baru.

    Kombinasi baru dan lama ini menjadikan satu pertemuan yang lebih meyakinkan

    sepertimana pendapat Robert Frost: Apakah idea? Jikalau anda mengingati, hanya satu

    ingin saya sampaikan. Ingatlah! idea ialah satu pencapaian hebat sebuah persatuan.

    Proses P&P akan menjadi lebih bertenaga dan mencabar apabila idea baru ini

    diperkenalkan.

    Untuk menghasilkan satu inovasi baru, perlukah dilakukan secara bersendirian atau

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    48/55

    berkumpulan? Menurut Edward de Bono (Article: Serious Creativity, Pg 1) Brainstorming

    diasaskan oleh Alex Osborne... kumpulan ini sentiasa mencari jalan keluar, idea yang aneh

    dan sering kali tertinggal idea yang mudah dan praktikal di depan mata... saya juga ingin

    memberi pandangan bahawa kreativiti tidak semestinya berlaku dalam aktiviti

    berkumpulan. Teknik kreativiti boleh dikuasai oleh individu dengan bertindak

    bersendirian.

    5. Aspek Berfikir dan Penyelesaian Masalah.

    Metakognitif ( Monitoring Own Thinking)

    Bagaimanapun menjadi suatu yang relevan mengambil kira kecekapan inovasi yang ingin

    kita capai berpandukan teknik teknik penyelesaian masalah.

    Menurut Brown(1978) kemahiran metakognitif merupakan kemahiran eksekutif digunakan

    untuk mengawal proses pengetahuan sesaorang. Brown mengenalpasti lima proses

    metakognitif:

    1. Merancang pergerakan melaksanakan strategi

    2. Mengawasi keberkesanan setiap langkah langkah dalam suatu strategi

    3. Menguji strategi semasa melaksanakannya

    4. Menyemak semula strategi mengikut keperluan

    5. Menilai semula strategi bagi memutuskan keberkesanannya.

    Manakala Bransford dan Stein (1984) mengenalpasti lima komponen mewakili akronim

    IDEAL

    1. Identify

    2. Define

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    49/55

    3. Explore

    4. Act

    5. Look and Learn

    Geoffrey Petty menyenaraikan enam fasa proses memaksimakan kreativiti:

    1. Inspiration

    2. Clarification

    3. Distillation

    4. Perspiration

    5. Evaluation

    6. Incubation

    Teknik teknik ini diharap dapat membantu proses perkembangan inovasi berasaskan

    kreativiti, menghasilkan refleksi, pengayaan dan kesesuaian dalam proses P & P. Pendidik

    berusaha meneroka kreativiti yang membawanya melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut

    yang berbeza, mencabar yang lazim, mencari penyelesaian yang baik sehingga dapat

    membuat percubaan yang menyakinkan.

    6. Kriteria Untuk Mencapai Matlamat Inovasi.

    1. Matlamat yang jelas.

    Mencapai matlamat dan objektif .

    2. Mengenalpasti Jurang halangan.

    Mampu mengatasi kekangan dan halangan.

    3. Keutamaan.

    Menyedari keutamaan mengikut kepentingannya. Hasilnya mestilah bernilai dan bersifat

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    50/55

    mulia untuk pelajar dan masyarakat.

    4. Keperluan.

    Hasilnya mestilah melibatkan proses intelektual, kemahiran interpersonal

    Atau kemahiran intrapersonal.

    7. Cadangan inovasi.

    Kelip Kelip di Inderaloka.

    Masa : 80 minit

    (Dua kali pengajaran dan pembelajaran)

    Sasaran : Tingkatan Satu

    Matapelajaran : Pendidikan seni visual

    Topik : Warna

    Subtopik : Corak grid tidak formal

    Kecerdasan

    Diharapkan : Kecerdasan Intrapersonal

    Kecerdasan Kinestatik

    Kecerdasan Visual/Spatial

    Dimensi

    Pembelajaran : Sikap dan pengertian tentang pembelajaran

    Memperolehi cantuman ilmu pengetahuan

    Menambah ilmu pengetahuan dengan mendalam

  • 7/28/2019 50327869-erapi-seni-120119113931-phpapp02

    51/55

    Makna ilmu pengetahuan dalam hidup

    Aktiviti : Minggu Pertama

    Pelajar diperkenalkan dengan konsep Pop art

    dan seni abstrak. Guru memberi contoh karya karya

    pelukis menekankan falsafah dan tema konsep itu.

    Pelajar diminta membawa lampu suluh dan plastik warna yang pelbagai.Di dalam bilik

    gelap, dua jenis irama muzik perlahan dan moderate diperdengakkan satu persatu. Pelajar

    mereka tarian dalam kumpulan masing masing. Semasa menari lampu suluh dinyala