9
1.0 Pengenalan Melihat dari segi pengisian di dalam menghasilkan karya, kebudayaan masyarakat sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna karya tersebut. Biarpun melihat dari sudut gerakan seni barat, kebudayaan mereka sebenarnya menjadi isi utama terhadap penghasilan karya. Dengan mengambil karya – karya Pop sebagai contoh, kita dapat melihat Andy Warhol menjadikan imej – imej produk popular di negara barat ketika itu seperti ‘Campbell’s soup’ serta ‘Brillo’ didalam menghasilkan karyanya. Jelas terlihat bahawa beliau menjadikan kebudayaan masyarakat ketika itu sebagai isi didalam karyanya biarpun penceritaan sebenarnya adalah lebih kepada pemberontakkan serta pembaharuan terhadap senario seni ketika itu dengan mengangkat subjek- subjek konsumer sehingga mencapai nilai estetik. Begitu juga dengan apa yang berlaku didalam kesenian di Malaysia. Bermula dengan kewujudan kesenian kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, serta permainan tradisional, kesenian Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Seni moden di Malaysia telah mula bertapak seawal tahun 30-an dengan mendapat pengaruh dari pendekatan barat. Walaubagaimanapun, kesenian yang diterapkan masih lagi berpandukan serta berintikan kebudayaan masyarakat di negara ini biarpun pendekatan barat telah mula menjejakkan kaki ke negara ini. Hal ini demikian kerana, banyak pengkarya di negara ini telah mula mendapat pendidikan di luar negara dan beberapa individu seperti Cheong Soo Peng, Chen Wen His dan Georgette Chen dari kumpulan Pengkarya Nanyang yang merupakan imigran dari negara China, telah membawa pengaruh seni barat serta china dan seterusnya membuka Akademi Seni Nanyang di Singapura pada Tahun 1938 (Mahamod, 2007). Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila seni moden di Malaysia mula berkembang melalui kewujudan persatuan, gerakan serta kumpulan seni, sama seperti apa yang berlaku di eropah. Bermula pada tahun 1930 –an, kumpulan catan air Penang (Penang Watercolourist) memainkan peranan dengan menghasilkan karya yang merakam keindahan pemandangan di tanah air. Menurut Piyadasa, Malaysia terlibat didalam peghasilan catan easel (easel painting) bermula pada tahun 1930-an yang melibatkan sekumpulan pelukis catan air dari Penang (Penang Watercolourist), (Mahamod, 2007). Karya – karya dari kumpulan ini banyak merakamkan pemandangan indah di Malaysia ketika itu. Walaupun karya-karya tersebut hanyalah sekadar catan air yang memperlihatkan pemandangan sebagai subjek, namun ia sebenarnya mempunyai isi yang lebih besar dari itu. Karya- karya tersebut menjadi satu dokumentasi sejarah serta merakam perkara-perkara penting di Tanah Melayu contohnya kedatangan imigran cina melalui catan “Bumi Bahagia-Lombong Bijih Timah Malaya” oleh Abdullah Arif yang amat bermakna kepada generasi masa kini serta akan datang. Selain dari persatuan Penang Watercolorist dan Persatuan Pengkarya Nanyang terdapat sebuah lagi kumpulan seni yang diberi nama Wednesday Art Group yang turut memainkan peranan penting di dalam perkembangan seni tampak moden di Malaysia. Dengan menampilkan Peter Harris, seorang pengkarya barat dan pendidik seni sebagai individu yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan 1

50860824 Dzulkifli Buyong

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nmmmnm

Citation preview

Page 1: 50860824 Dzulkifli Buyong

1.0 Pengenalan

Melihat dari segi pengisian di dalam menghasilkan karya, kebudayaan masyarakat sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna karya tersebut. Biarpun melihat dari sudut gerakan seni barat, kebudayaan mereka sebenarnya menjadi isi utama terhadap penghasilan karya. Dengan mengambil karya – karya Pop sebagai contoh, kita dapat melihat Andy Warhol menjadikan imej – imej produk popular di negara barat ketika itu seperti ‘Campbell’s soup’ serta ‘Brillo’ didalam menghasilkan karyanya. Jelas terlihat bahawa beliau menjadikan kebudayaan masyarakat ketika itu sebagai isi didalam karyanya biarpun penceritaan sebenarnya adalah lebih kepada pemberontakkan serta pembaharuan terhadap senario seni ketika itu dengan mengangkat subjek-subjek konsumer sehingga mencapai nilai estetik.

Begitu juga dengan apa yang berlaku didalam kesenian di Malaysia. Bermula dengan kewujudan kesenian kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, serta permainan tradisional, kesenian Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Seni moden di Malaysia telah mula bertapak seawal tahun 30-an dengan mendapat pengaruh dari pendekatan barat. Walaubagaimanapun, kesenian yang diterapkan masih lagi berpandukan serta berintikan kebudayaan masyarakat di negara ini biarpun pendekatan barat telah mula menjejakkan kaki ke negara ini. Hal ini demikian kerana, banyak pengkarya di negara ini telah mula mendapat pendidikan di luar negara dan beberapa individu seperti Cheong Soo Peng, Chen Wen His dan Georgette Chen dari kumpulan Pengkarya Nanyang yang merupakan imigran dari negara China, telah membawa pengaruh seni barat serta china dan seterusnya membuka Akademi Seni Nanyang di Singapura pada Tahun 1938 (Mahamod, 2007). Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila seni moden di Malaysia mula berkembang melalui kewujudan persatuan, gerakan serta kumpulan seni, sama seperti apa yang berlaku di eropah. Bermula pada tahun 1930 –an, kumpulan catan air Penang (Penang Watercolourist) memainkan peranan dengan menghasilkan karya yang merakam keindahan pemandangan di tanah air. Menurut Piyadasa, Malaysia terlibat didalam peghasilan catan easel (easel painting) bermula pada tahun 1930-an yang melibatkan sekumpulan pelukis catan air dari Penang (Penang Watercolourist), (Mahamod, 2007). Karya – karya dari kumpulan ini banyak merakamkan pemandangan indah di Malaysia ketika itu. Walaupun karya-karya tersebut hanyalah sekadar catan air yang memperlihatkan pemandangan sebagai subjek, namun ia sebenarnya mempunyai isi yang lebih besar dari itu. Karya- karya tersebut menjadi satu dokumentasi sejarah serta merakam perkara-perkara penting di Tanah Melayu contohnya kedatangan imigran cina melalui catan “Bumi Bahagia-Lombong Bijih Timah Malaya” oleh Abdullah Arif yang amat bermakna kepada generasi masa kini serta akan datang.

Selain dari persatuan Penang Watercolorist dan Persatuan Pengkarya Nanyang terdapat sebuah lagi kumpulan seni yang diberi nama Wednesday Art Group yang turut memainkan peranan penting di dalam perkembangan seni tampak moden di Malaysia. Dengan menampilkan Peter Harris, seorang pengkarya barat dan pendidik seni sebagai individu yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan seni ini sekitar tahun 1950-an, Wednesday Art Group telah mengumpulkan ahli-ahli kumpulan lain seperti Ismail Mustam, Dzulkifli Buyong dan Patrick Ng Kah Onn. Dengan kewujudan kumpulan seni ini, pengaruh seni barat menjadi semakin kuat didalam arena seni Malaysia. Namun pengkarya di dalam kumpulan ini seringkali menjadikan pemandangan, tema tempatan isu sosial, serta lukisan figura sebagai subjek di dalam karya mereka. Identiti yang diwujudkan masih lagi menjadikan kebudayaan Melayu sebagai intipati yang utama. Salah seorang pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyung, seringkali menggunakan imej- imej figura didalam di dalam karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur kebudayaan melayu didalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang telah menjadi catatan sejarah seni moden Malaysia seperti “Murid sekolah”, 1962, “Kelambu”, 1964, “Kapal Kertas”, 1966, “Membakar Semut”, 1967.

1

Page 2: 50860824 Dzulkifli Buyong

“Kelambu”

Dzulkifli Buyung

1964

Pastel

2

Page 3: 50860824 Dzulkifli Buyong

2.0 Kandungan

2.1 Diskripsi

Di dalam salah satu karya beliau iaitu “Kelambu”, 1964 dapat dilihat dengan jelas bahawa beliau gemar menggunakan watak – watak figura yang naïf didalam karyanya. Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu yang menjadi subjek utama di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Empat figura didalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga.. Figura – figura didalam catan tersebut memperlihatkan pergerakan yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan tugas masing-masing. Catan tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar.

Figura-figura yang berperanan sebagai anak gadis pula menunjukkan tugas masing-masing, seorang daripada mereka sedang menutup jendela, seorang lagi sedang memasang tali kelambu, terdapat seorang yang sudah berada di dalam kelambu sambil membaca buku dan seorang lagi mendamparkan badan keatas kelambu dengan memaparkan eksperesi muka yang begitu menikmati suasana ketika itu. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton yang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul.

2.2 Analisis

Melalui karya Dzulkifli Buyung ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada kelambu dan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana kampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam . Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan (dull), masih terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada figura dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakan oleh beliau didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak.

Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakin jelas bahawa perkembang pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia semakin berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri. Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej figura yang lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif (naive art).

3

Page 4: 50860824 Dzulkifli Buyong

Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden di Malaysia walaupun Dzulkifli Buyung sebenarnya banyak menunjukkan pengaruh dari guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn. Sebagai salah seorang ahli kumpulan Wednesday Art Group (WAG), beliau amat menepati kehendak atau tujuan kumpulan tersebut untuk keluar dari apa yang telah dilakukan sebelum ini dalam dunia seni tampak Malaysia. WAG beranggapan bahawa nilai estetik melalui pendekatan Kumpulan Nanyang adalah terlalu tradisional dan mereka ingin membentuk gaya baru yang jelas memaparkan keindahan Melayu didalam karekter yang dibawa(Ahmad, 2008).

2.3 Interpretasi

Apabila melihat kepada karya Dzulkifli Buyung ini, amat jelas tergambar bahawa makna yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika hendak tidur, namun penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah keluarga. Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai pengorbanan seorang ibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu berkemungkinan tidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu tersebut. Si ibu sanggup membiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari demi memastikan keselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan dan keluarga di dalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan hidup mereka.

Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu elemen yang amat ditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat indah dan ianya seringkali diterapkan di dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara seperti didalam pepatah dan peribahasa Melayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak mempunyai kekayaan dari segi harta benda dan material, namun mereka kaya dengan kasih sayang yang cukup membuatkan hidup mereka gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung didalam menghasilkan karya jelas dimana beliau mampu untuk menggunakan metafora atau perumpamaan yang amat mudah didalam menyampaikan ideanya yang membawa makna yang mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman kanak-kanak. Karya beliau menunjukkan kegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan zaman kanak-kanak melalui aktiviti harian mereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan riang dan berjenaka didalam pesekitaran tempatan yang menggambarkan motif serantau di dalam identiti tempatan (Mahamod, 2007). Dzulkifli Buyung mungkin mendapat pengaruh yang amat besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn, namun melalui pengolahan serta stailisasi yang dilakukan oleh beliau terhadap figura mempunyai karektor kartun dan karikatur telah membentuk identitinya yang tersendiri dan lebih menampakkan kebudayaan tempatan. Didalam karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secara tersurat adalah identiti budaya tempatan melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik, bantal serta suasana bilik. Kelambu merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakat Melayu terutamaya masyarakat kampung untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktu tidur.

4

Page 5: 50860824 Dzulkifli Buyong

2.4 Penilaian (Judgement)

Perkara yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk “Kelambu” oleh Dzulkifli Buyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai keindahan kebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks penyampaiaan, iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa mengenai keindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau telah menyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan kenangan zaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah bagaimana beliau melihat situasi yang amat mudah, mempunyai elemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalam karya. Dengan menyelitkan keindahan kebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat dari segi penceritaan serta keindahan warisan kebudayaan. Secara peribadi, saya menyatakan bahawa karya Dzulkifli Buyung banyak menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkin kerana saya juga pernah mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketika berada di kampung. Setiap imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu, pakaian, suasana bilik, serta situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambil contoh bantal dan juga kelambu didalam karya tersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatu ketika dahulu memang menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka, bantal yang mempunyai sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianya hanya peralatan harian namun ianya mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan juga berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu.

Dzulkifli Buyung melihat perkara-perkara tersebut sebagai suatu saat (moment) yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau. Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1964 dan ianya masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat kini mungkin tidak mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satu peralatan di dalam kehidupan mereka walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonim terhadap kehidupan masyarakat Melayu. Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatan serta dokumentasi mengenai keindahan budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepada sejarah seni moden Malaysia dan juga masyarakat secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu kebudayaan serta keindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang. Memang sudah ternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah dokumentasi didalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa tertentu. Dan apabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya merupakan catatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya begitu peka serta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang menjadikan karya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen kasih sayang antara keluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasih sayang didalam kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti ‘air dicincang tak akan putus’ dan pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan dan perbuatan. Jika orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa bersama keluarga, masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayang mereka dengan hanya berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah dan asas iaitu tidur . Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. Beliau berjaya membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun dari pengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannya yang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya mencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi aspek formal serta makna yang terkandung.

5

Page 6: 50860824 Dzulkifli Buyong

3.0 Penutup

Sebagai penutup, dapat dijelaskan bahawa pengkarya di negara ini telah mengalami perubahan didalam pengaplikasian seni dari konteks seni moden di Malaysia. Pendekatan barat telah diterima di dalam menjalankan penghasilan karya, namun apa yang menjadikan pengkarya di negara ini memiliki identiti tersendiri adalah bagaimana elemen serta pegisian berkaitan keindahan kebudayaan serta masyarakat Melayu diterapkan didalam makna serta kandungan bagi karya mereka. Banyak perkara telah mempengaruhi diri mereka dan salah satu di antaranya adalah cara hidup dan masyarakat itu sendiri. Dzulkifli Buyung merupakan salah seorang pengkarya yang banyak memainkan peranan di dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah intipati pengisian makna didalam karya beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di dalam kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun dari ruang lingkup aktiviti yang sangat mudah serta kenangan dari zaman kanak-kanak. Kejayaan beliau serta beberapa pengkarya lain menerap masuk elemen keindahan budaya Melayu didalam karya telah mewujudkan satu titik tolak yang penting didalam mengangkat apresiasi seni moden di negara ini sebagai suatu perkara yang penting kepada masyarakat.

Dengan menganggap kebudayaan masyarakat sebagai suatu warisan yang amat berharga, beliau tidak menjadikan cabang seni moden di Malaysia sebagai suatu lapangan yang kompleks untuk dijadikan medium bagi membawa keindahan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Tidak bermakna karya yang dihasilkan oleh beliau adalah terlalu naratif atau terlalu bercerita, namun beliau sebenarnya telah membuat pernyataan yang sangat tepat melalui karyanya iaitu didalam cara hidup serta masyarakat itu sendiri, telah terpapar keindahan dan ketinggian martabat budaya masyarakat Melayu. Memang perkara tersebut menjadi suatu kenyataan dimana di dalam kehidupan masyarakat Melayu, terkandung pelabagai keindahan budaya seperti berbudi bahasa, sopan santun dan kasih sayang. Proses menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah menjadikan karya beliau mempunyai identiti tersendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih kearah mengstailisasikan karekter didalam karyanya menjadi bentuk figura naïf dan kelihatan seperti watak kartun. Gerakan yang diwakili oleh beliau iaitu Wednesday Art Group sebenarnya telah membawa perubahan terhadap dunia seni moden yang sebelum ini lebih gemar merakam pemandangan kepada pencarian media baru, teknik dan tema (Mahamod,2007). Beliau masih lagi menggambarkan didalam karyanya namun apa yang berbeza adalah subjek atau tema telah berubah kepada situasi, cara hidup serta kenangan zaman kanak-kanak. Karya yang dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi yang amat penting kepada masyarakat serta generasi kini serta dan datang kerana ianya terkandung keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan Malaysia.

Bibliography

6

Page 7: 50860824 Dzulkifli Buyong

Ahmad Izmer. (2008). Tracing the Mark of Circumcision in Modern Malay/sian Art. Victoria: University Of Victoria.

Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysia Art. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Mohamed Ali Abdul Rahman. (2004). Modern Malaysian Art: Manifestation of Malay Form and Content. Shah Alam, Selangor: University Publication Centre (UPENA), UiTM.

7