12
KARANGAN FAKTA Soalan -Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan. Nyatakan langkah-langkah bagi menghidupkan permainan tradisional tersebut . Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing- masing .Begitu juga rakyat Malaysia .Permainan tradisional seperti wau ,gasing dan congkak yang popular suatu ketika dahulu kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana .Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas . Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah dapat diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan mengadakan kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik . Lembaga Penggalak Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran mengedarkan brosur dan buku panduan tentang permainan tradisional kepada para pelancong yang menginap di hotel berkenaan . Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat untuk melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah . Dengan adanya kawasan khas tersebut , golongan remaja dapat mempersembahkan permainan tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing mempelajari kaedah permainan berkenaan . Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global , peranan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan . Sebagai contoh , MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logo korporat syarikat berkenaan . Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia . Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama daripada semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagai

6 KARANGAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh karangan pendapat, karangan fakta, karangan surat kiriman rasmi, karangan perbincangan, karangan jenis syarahan dan karangan jenis perbahasaan..

Citation preview

Page 1: 6 KARANGAN

KARANGAN FAKTA

Soalan-Permainan Tradisional semakin dilupakan dan dipinggirkan. Nyatakan langkah-

langkah bagi menghidupkan permainan tradisional tersebut .

Setiap rakyat di dunia ini ada permainan tradisional masing-masing .Begitu juga rakyat

Malaysia .Permainan tradisional seperti wau ,gasing dan congkak yang popular suatu ketika

dahulu kini semakin dipinggirkan dalam arus perdana .Pelbagai langkah telah dilakukan bagi

mengembalikan kegemilangan permainan tradisional agar tidak lapuk dek hujan dan tidak

lekang dek panas .

Bagi mendekatkan rakyat dengan permainan tradisional , pelbagai langkah dapat

diadakan . Antaranya ,Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Warisan mengadakan

kempen dan promosi melalui media cetak dan media elektronik . Lembaga Penggalak

Pelancongan termasuk pihak pengurusan hotel disaran mengedarkan brosur dan buku

panduan tentang permainan tradisional kepada para pelancong yang menginap di hotel

berkenaan .

Usaha seterusnya ialah menyediakan kawasan atau tapak khas kepada rakyat untuk

melakukan aktiviti permainan ketika hujung minggu atau semasa cuti sekolah . Dengan

adanya kawasan khas tersebut , golongan remaja dapat mempersembahkan permainan

tradisional sekali gus dapat menarik minat pelancong tempatan dan pelancong asing

mempelajari kaedah permainan berkenaan .

Untuk menyebarluaskan permainan tradisional Malaysia di peringkat global , peranan

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dapat membantu pihak kerajaan . Sebagai contoh ,

MAS telah menggunakan permainan wau sebagai logo korporat syarikat berkenaan .

Langkah ini tentulah dapat mmembantu mempromosi keunikan tradisional rakyat Malaysia .

Usaha-usaha mengetengahkan permainan tradisional memerlukan kerjasama daripada

semua pihak . Tanpa sokongan daripada pelbagai pihak , permainan tradisional ini mungkin

akan berkubur dan lupus ditelan zaman .

Page 2: 6 KARANGAN

KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

Contoh Surat Kiriman Rasmi – Surat Aduan

Nazleen Bte Ahmad

No. 3 Jalan Bunga Matahari

Singapura 443420

Pegawai Perhubungan

Kementerian Persekitaran

7. Jalan Sentosa

Singapura 112999 26 SEPTEMBER 2007

Tuan,

Aduan Tentang Pantai Yang Tercemar

Merujuk perkara di atas, saya, Nazleen Bte Ahmad, seorang pelajar dari Sekolah Menengah

Tanjung Bunga ingin mengadu tentang pantai yang terletak berdekatan sekolah saya yang

kian tercemar. Saya juga ingin memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapat

mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memajukan pantai ini sebagai destinasi

pelancongan.

2. Pantai yang saya sebutkan di atas, dahulunya merupakan sebuah pantai yang indah

dan bersih. Kebelakangan ini saya dapati terdapat sebilangan pengguna yang telah

mengubah keadaan pantai ini. Kini, pantai tersebut penuh dengan sampah sarap. Sampah

sarap ini boleh sahaja didapati di tepian pantai, tetapi juga di laut. Akibat daripada hal ini,

banyak serangga dan binatang pemusnah sudah mula kelihatan berkeliaran di sana sini,

membuat pantai tersebut tidak sesuai untuk aktiviti bersantai. Selain sampah, kerap juga air

laut dicemari minyak yang tumpah dari kapal-kapal besar.

Page 3: 6 KARANGAN

3. Saya harap denda yang lebih ketat dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah

mencemarkan kawasan pantai ini. Selain itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan satu

kempen yang boleh menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat negara ini tentang

tanggungjawab mereka menjaga kebersihan dan keindahan pantai tersebut.

4. Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan para pelancong.

Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri pelancongan, pantai

tersebut boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Selain daripada pantai yang

bersih, saya sarankan agar pantai tersebut dibangunkan. Kemudahan ataupun perkhidmatan

seperti sukan air mahupun pembinaan calet boleh difikirkan. Tentu sekali dengan adanya

kemudahan dan perkhidmatan seperti ini, pantai ini dapat dimajukan lagi.

5. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagi

mengatasi masalah pantai yang tercemar ini. Saya juga berharap cadangan-cadangan yang

telah saya berikan akan dipertimbangkan.

Yang benar,

Nazleen

(NAZLEEN BTE AHMAD)

Pelajar Sekolah Menengah Tanjung Bunga

Page 4: 6 KARANGAN

KARANGAN PENDAPAT

Soalan -Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan .

Berikan pendapat anda untuk mengurangkan kemalangan jalan raya .

Menjelang musim perayaan , jalan raya di negara kita turut menyaksikan angka korban

yang semakin meningkat dari setahun ke setahun . Peningkatan angka korban di jalan raya

ada kaitannya dengan peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki lebuh raya dan jalan-

jalan utama untuk pulang ke kampung halaman . Justeru , suatu langkah bersepadu perlu

digerakkan oleh semua pihak .

Antara langkah yang perlu diambil ialah melalui pendidikan . Dalam hal ini , para

pengguna jalan raya perlu dididik tentang langkah-langkah keselamatan seperti pemakaian

topi keledar yang betul , disiplin di jalan raya dan memupuk sikap prihatin terhadap orang

lain .

Selain itu , pengambilan lesen memandu perlu lebih ketat . Tempoh belajar memandu

perlu melepasi tahap yang lebih lama di samping pemantauan berterusan daripada tenaga

pengajar yang bertauliah . Dalam soal ini , sekolah-sekolah memandu perlu lebih

bertanggungjawab dan tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata .

Seterusnya penguatkuasaan perlu lebih tegas . Pihak penguatkuasaan tidak seharusnya

mengambil enteng terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya .

Kesalahan-kesalahan berat seperti memotong di garisan berkembar serta tidak mematuhi

lampu isyarat perlu dikenakan hukuman yang berat tanpa tolak ansur .

Namun yang lebih penting , pengguna jalan raya perlu lebih bertanggungjawab dan

sayang akan diri sendiri . Sikap mementingkan diri sendiri , tidak sabar dan menggunakan

kemudahan jalan raya dengan cara yang salah amat tidak wajar .

Kesimpulannya , kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan melalui kerjasama

semua pihak . Sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar ,

melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis agar jalan raya kita menjadi medan yang

selamat kepada semua pengguna .

Page 5: 6 KARANGAN

KARANGAN JENIS SYARAHAN

Soalan – Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Vandalisme dan Penyelesaiannya ”.

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yang bijaksana , dan

hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan .Tajuk

syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme dan Penyelesaiannya ”.

Para hadirin yang saya muliakan ,

Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? Menurut Kamus

Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan

harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak

bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang

bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialah merosakkan pondok telefon , paip

bomba serta menconteng dinding bangunan , tandas , lif , dan juga perhentian bas .

Para hadirin sekalian ,

Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Hal ini

demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak . Sebagai

jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan

tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial

yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok , mencuri , melepak , dan ponteng

sekolah .

Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat .

Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk

dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk

menggunakannya terutama ketika kecemasan .

Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah diperlukan . Masyarakat

tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata . Ibu bapa perlulah

mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada

mereka .

Page 6: 6 KARANGAN

Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak

berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam .

Hadirin yang dihormati ,

Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan

pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Dengan kerjasama semua

pihak , sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung .

Hadirin sekalian ,

Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang telah saya katakana

dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih .

Page 7: 6 KARANGAN

KARANGAN JENIS PERBAHASAN

SOALAN:

Kamu mewakili kelas kamu dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk “Belajar Komputer

Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”. Sebagai pencadang, kamu diminta

menyediakan hujah-hujah bagi menyokong tajuk yang diberi.

Sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, barisan

pembangkang dan rakan sekalian. Tajuk perbahasan saya pada kali ini ialah “Belajar Komputer

Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan”.

Hadirin sekalian,

Belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan. Hal ini kerana dengan belajar komputer,

kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Antaranya adalah kemahiran menaip, melukis,

mengarang, dan sebagainya. Hasil kerja yang dihasilkan dengan menggunakan komputer juga

tentulah lebih kemas, bersih, dan cantik.

Kita juga dapat menimba pelbagai pengetahuan dengan menggunakan komputer.

Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperoleh maklumat dan pengetahuan

berkenaan dengan pelajaran, pelancongan, kesihatan, dan sebagainya. Dengan ini, ilmu pengetahuan

kita akan bertambah luas.

Hadirin yang dihormati,

Penggunaan komputer menyebabakan dunia bagai di hujung jari. Hal ini demikian apabila

peristiwa dan berita di luar negara atau di dalam negara dapat diketahui dengan pantas melalui

internet. Justeru itu, kita tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung.

Page 8: 6 KARANGAN

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah agar tidak terjebak dalam aktiviti

yang negatif. Mempelajari komputer tidak akan merugikan seseorang kerana komputer banyak

menyumbang bakti kepada kita khususnya murid-murid dalam pelajaran.

Justeru, benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan daripada

keburukan. Sekian, terima kasih.

Page 9: 6 KARANGAN

KARANGAN PERBINCANGAN

Contoh Karangan: Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda

fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah

yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis

dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin,

kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di

negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah

harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu

negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan

merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti

menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya

yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah

Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang

melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan

dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan

dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya

mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna

kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan

telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-

langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat.

Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan

undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985)

walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu,

kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas.

Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Page 10: 6 KARANGAN

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua

golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada

pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini,

mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan,

mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka

bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat

harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh

disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka,

sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa

tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk

menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk

mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan

remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah

kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan

sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang

ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan

penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah

Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-

besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah.

Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih

baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada

sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala

sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu

bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan

sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya

bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur

nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih

Page 11: 6 KARANGAN

kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih

kepada heroin

dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis

dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan

berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan.

Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung,

AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan

berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak

diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan

berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS

yang amat digeruni.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi

dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-

sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir

di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap

masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.