5
PENYAMPAI :LILY RAHAYU MOH ZAM ZAM KATEGORI : TARIKH :14 julai 2014 HARI : AHAD MAJLIS :PROGRAM AKU JANJI TEMPAT :SK SERI SEPARAP ISU :JURUACARA TEKS UCAPAN PENUH : Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pemula bicara. Bismillahirohmanirohim….. Yang Berusaha, Pn Hajah Hashimah Binti Haji Zubir , Guru Besar, SK Seri Separap. Yang Dihormati, Tn Hj Jamhari Harun ,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Mohd Fathi b Misran Guru Penolong Kanan Kokurikulum Barisan Guru Cemerlang,En Ahmad Rukiman G.C Matematik, Pn Zuraidah Ishak GC Sains Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum DAN Salam Sejahtera , Bersyukur kita ke hadrat AllahSubhanahu Wataala kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri “Program Aku Janji Murid-murid Tahun

86692322 Teks Pengacara Aku Janji 2011

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ucapan pengacara majlis

Citation preview

Page 1: 86692322 Teks Pengacara Aku Janji 2011

PENYAMPAI : LILY RAHAYU MOH ZAM ZAM KATEGORI

:

TARIKH : 14 julai 2014 HARI : AHADMAJLIS : PROGRAM AKU JANJITEMPAT : SK SERI SEPARAPISU : JURUACARA

TEKS UCAPAN PENUH :

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pemula bicara.

Bismillahirohmanirohim…..

Yang Berusaha, Pn Hajah Hashimah Binti Haji Zubir , Guru Besar, SK Seri Separap.

Yang Dihormati, Tn Hj Jamhari Harun ,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Ustaz Mohd Fathi b Misran Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Cemerlang,En Ahmad Rukiman G.C Matematik, Pn Zuraidah Ishak GC Sains

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum DAN Salam Sejahtera ,

Bersyukur kita ke hadrat AllahSubhanahu Wataala kerana pada pagi yang mulia

ini dapat kita bersama-sama menghadiri “Program Aku Janji Murid-murid Tahun

6”, SK Seri Separap bagi tahun 2014 ini. Program ini adalah kesinambungan daripada majlis audit akademik UPSR yang mana pihak sekolah telah menjemput ibubapa datang ke sekolah bagi membincangkan pencapaian anak masing-masing.

Untuk makluman semua,majlis aku janji calon UPSR bertujuan untuk meningkatkan azam dan memastikan calon-calon memasang niat yang betul

Page 2: 86692322 Teks Pengacara Aku Janji 2011

dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Setelah banyaknya usaha seperti mengadakan kelas tambahan,kelas malam, zoom-A dan sebagainya, maka program ini adalah satu lagi inisiatif Jawatankuasa kecemerlangan UPSR dengan kerjasama unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini diharap dapat menyentuh jiwa murid-murid secara spiritual untuk memberikan mereka kesedaran dalam menghadapai peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

Dengan itu , majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Hashimah bt Haji Zubir guru besar SK Seri Separap untuk menyampaikan ucapannya seterusnya merasmikan majlis. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hashimah Hj Zubir atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Kini tibalah masa untuk penyerahan akujanji calon UPSR 2014. Dimohon calon-calon UPSR 2014 bersedia untuk mengambil akujanji dan beratur di tempat yang diarahkan. Calon-calon seterusnya diharap bersedia untuk membacakan ikrar aku janji.

Dipersilakan…………(baca nama seperti lampiran)

Sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar pula lafaz ikrar daripada ketua murid SK Seri Separap, adik Muhamad Aqil Danish b. Kamarul Bahrin. Dipersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada ketua murid, adik Muhamd Aqil Danish kerana sudi mengetuai bacaan ikrar sebentar tadi.

Tuan-tuan, puan-puan , dan anak-anak yang dikasihi sekalian

Dengan termeterainya ikrar aku janji itu,maka berakhirlah sudah Program Aku Janji Murid-murid Tahun 6 bagi tahun 2014 ini.

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Wabillahittaufiq...

Page 3: 86692322 Teks Pengacara Aku Janji 2011

SK BANDAR PUTRA

SK BANDAR PUTRA, KULAI

HARI ANUGERAH CEMERLANGSABTU, 14 NOVEMBER 2009

Page 4: 86692322 Teks Pengacara Aku Janji 2011

TEKS UCAPAN PERASMIAN TUAN HAJI ZAMRE BIN

PENGURUS BESAR ALAMTOLOGI SDN. BHD.

DISEDIAKAN OLEHPUAN MAHANI BT HANIPAH

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU,SK BANDAR PUTRA, KULAI