1
SEDANG rakan-rakannya meng- ambil enam tahun untuk meraih Di- ploma bagi Program Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) di Sekolah Se- ni Singapura (Sota) dalam bidang teater, Rashad Faizal harus menam- bah setahun lagi. Beliau kecewa tetapi tidak patah semangat. Pada tahun kelima yang terpaksa diulang itu, Rashad mengambil kepu- tusan mengubah jurusan kepada pembikinan filem. Ternyata keputusan itu mem- buahkan hasil. Di akhir tujuh tahun menuntut di Sota, beliau meraih 38 mata dalam keputusan IBDP – markah baik dari- pada 45 markah penuh. Mengimbas perjalanan pengajian- nya, Rashad, 20 tahun, berkata be- liau tidak mahu kegagalan menjadi penghalang dalam memburu ke- jayaan. “Saya sedih kerana tidak dapat melayakkan diri ke tahun keenam bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Kami rapat sejak tahun perta- ma,” ujar Rashad yang telah berke- cimpung dalam bidang teater sejak di sekolah rendah. Menurut Rashad, beliau meng- hadapi banyak cabaran sewaktu menuntut jurusan teater kerana be- ban kerja dirasa terlalu berat. Beliau bertukar jurusan kerana inginkan nafas baru dan mahu men- cuba sesuatu yang berbeza. Sejak itu, prestasinya sebagai pe- lajar seni meningkat. Antara pencapaiannya ialah filem Coney Island yang diterbitkannya di- pamerkan di bawah program anju- ran Muzium Negara. Beliau juga terlibat dalam raka- man media Body of Land (2015) sebuah pementasan meraikan ulang tahun ke-50 Singapura. Menurut Rashad, kenangan pa- ling manis sewaktu menuntut di Sota ialah lawatan ke Thailand yang mem- berinya peluang menghadiri Festival Filem Antarabangsa Bangkok yang mempamerkan filem-filem Asia dan antarabangsa. Selain pencapaian dalam bidang pembikinan filem, Rashad menge- tuai penerbitan majalah bertajuk Yuuka bagi menyumbang kepada masyarakat kreatif di sekolahnya. Rashad berkata sokongan moral yang beliau terima memainkan pe- ranan penting dalam perjalanannya mencapai kejayaan. Anak tunggal itu berkata beliau harus mengorbankan masa di rumah untuk meluangkan lebih masa di sekolah. Ibu bapa beliau yang juga bekas pelajar seni di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) sentiasa memberi- nya sokongan. “Saya beruntung kerana ibu bapa saya memahami keadaan saya. Mere- ka sentiasa memberi saya dorongan supaya terus berkecimpung dalam bidang seni,” ujar beliau. Rakan-rakan sekelas Rashad se- jak tahun pertama juga tidak lepas memberinya sokongan moral. “Walaupun saya tidak dapat melanjutkan ke tahun keenam bersa- ma mereka, mereka selalu bertanya khabar. Malah selepas mereka meraih diploma, mereka tetap mem- beri saya nasihat dan membantu di tahun akhir saya,” kata pelajar itu. Selain pembikinan filem, beliau juga mengambil Bahasa Mandarin. Rashad berkata guru-guru yang membimbingnya selama tujuh tahun banyak membantunya dalam subjek tersebut. Menurut Rashad, pengalamannya di Sota menguatkan keinginannya meneruskan kegiatan dalam pem- bikinan filem. Beliau berhasrat melanjutkan pe- lajaran dalam pembikinan filem digi- tal di Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media (ADM) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Bagi Rashad, prinsipnya ialah ja- ngan putus asa. “Jangan takut apabila menghada- pi kegagalan. Sentiasa lihat ke hada- pan dan kerja keras kerana segala yang kita semai, akan kita tuai,” ka- ta beliau. MENULIS esei sepanjang 4,000 per- kataan merupakan antara yang perlu di- lakukan Salamah Mohd Kassim yang mengikuti Program Diploma Baccalau- reate Antarabangsa di Sekolah Anglo- Chinese (ACS) – Bebas. Selama empat bulan, pelajar 18 tahun itu membuat kajian tentang topik kepelbagaian budaya dan identiti bu- daya para penduduk di London. Beliau menyelidik bagaimana pen- duduk London yang datang dari pel- bagai pelosok dunia menyesuaikan diri dengan budaya baru. Meskipun proses menulis esei pan- jang itu merupakan satu cabaran, anak kedua daripada tiga beradik itu berusa- ha menyiapkannya sebagai persiapan untuk melangkah kaki ke universiti kelak. Beliau ingin mendaftarkan diri di uni- versiti di London dalam bidang per- akaunan. “Saya difahamkan menulis esei pan- jang seperti ini merupakan sesuatu yang biasa di universiti. “Jadi mempersiap pelajar IB seperti saya untuk belajar dan buat kajian se- cara berdikari sebelum akhirnya menu- lis esei membincangkan apa yang dikaji adalah suatu pengalaman dan laluan pendidikan yang berbeza lagi bermak- na bagi saya,” kata Salamah. Semasa keputusan IB dikeluarkan baru-baru ini, Salamah yang mengam- bil subjek Matematik, Ekonomi, Bahasa Inggeris, Kimia dan Psikologi meraih 38 mata. Markah penuh ialah 45 mata. Dalam satu kenyataan yang dikeluar- kan ACS (Bebas) pada 5 Januari lalu, 48 pelajar daripada kohort terkini meraih markah penuh, iaitu 45 mata, daripada 94 pelajar yang meraih mata penuh di seluruh dunia. Ini merupakan jumlah markah penuh tertinggi pernah diraih sekolah itu sejak ia memperkenal program diplo- ma IB pada 2006, kata ACS (Bebas). Keputusan memberangsangkan itu juga menjadikan para pelajar sekolah tersebut merangkumi lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar se- luruh dunia yang meraih markah penuh semasa peperiksaan diploma IB pada November 2016. Secara purata pelajar ACS (Bebas) meraih 41.82 mata berbanding purata kebangsaan sebanyak 38.27 mata dan purata global sebanyak 29.21 mata. Lebih daripada sekadar menitik- beratkan soal akademik, pelajar IB juga digalak aktif dalam kegiatan luar dar- jah. Bagi Salamah, beliau melibatkan diri dalam kelab bola sepak wanita di sekolahnya. Menurut pemain pertahanan itu, mengimbangi antara sukan dan pelaja- ran membina keperibadian diri supaya lebih cekal dan berdisiplin dalam meng- hadapi cabaran di masa hadapan. “Mengikuti program diploma IB menjadikan saya seorang individu yang serba boleh dan ini sesuatu yang mem- buat saya tertarik dengan laluan pendi- dikan ini,” kata Salamah, anak Kapten Mohd Kassim Haja Mydin, pemilik Si- rius Marine Private Limited. MINAT adalah kunci kejayaan. Itulah yang dibuktikan Rian Asru- di Asbulla yang berjaya meraih enam mata bagi kedua-dua subjek teater dan juga Bahasa Melayu mela- lui program khas Sijil Berkaitan Ker- jaya Baccalaureate Antarabangsa (IBCC). “Saya rasa gembira dan lega de- ngan pencapaian ini,” kata beliau. Menurut Rian, cadangannya mengikuti program IBCC bukanlah satu keputusan yang mudah. IBCC adalah program yang ha- nya ditawarkan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran mereka. Apabila Rian dipilih oleh guru-gu- ru di Sekolah Seni Singapura (Sota) untuk mengambil IBCC, ibu bapa dan rakan-rakannya bertanya sama ada beliau yakin ingin bergiat dalam teater sepanjang hidupnya. Menurut pelajar kohort kedua se- jak IBCC dilancarkan itu, beliau sendiri meragui kebolehannya mengikuti program yang beliau gam- barkan sebagai mencabar. Namun, selepas enam bulan ber- muhasabah diri, beliau menerima tawaran tersebut. Rian percaya minatnya yang men- dalam dapat mengatasi segalanya. Menurut Rian, cinta terhadap bidang seni dipupuk apabila beliau didedahkan kepada pelbagai bentuk seni seperti tarian, muzikal dan pe- mentasan semasa beliau aktif di Sri- wana pada usia semuda lapan tahun. Berkat dorongan rakan-rakan di Sriwana dan sokongan ibu bapanya, Sota menjadi pilihan semula jadi Rian untuk melanjutkan pelajaran ketika mencecah umur 13 tahun. Melalui program IBCC, bakat Rian dalam bidang teater semakin berkembang. Beliau meraih pelbagai kemahi- ran khususnya dalam aspek teknikal dan terbitan melalui Projek Suitcase sewaktu beliau bekerja sambil bela- jar di Teater Ekamatra. Beliau juga berpeluang mereka bunyi bagi penerbitan Disordinary yang diarahkan mentornya sendiri. Antara kenangan paling manis Rian ialah pementasan Guardian ciptaannya sendiri yang mengisah- kan tentang datuknya yang mening- gal dunia pada pertengahan tahun le- pas. Bagi Rian, ia adalah cara beliau mengatasi perasaannya. “Seni adalah wadah yang berke- san bagi seseorang mengekspresikan dirinya tentang sesuatu hal. Ia dapat membantu mengawal emosi,” tam- bah beliau. Perjalanannya bukan mudah. Menurut Rian, beliau perlu mengim- bangi masa kerana banyak latihan yang harus dihadiri dan projek perlu diselesaikan dalam jurusan teater- nya. Mengenai usaha mencapai ke- jayaannya, Rian berkata melihat ke- baikan di sebalik apa yang berlaku adalah penting. “Saya sentiasa bersikap positif apabila berhadapan dengan apa jua masalah. Kadangkala apabila kesun- tukan masa, saya ambil nafas dan tenangkan fikiran. Dengan cara itu, barulah saya rasa bahawa masa sebe- narnya berada di samping saya,” tambahnya. Menurut anak sulung itu, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan dalam jurusan yang diceburinya, asalkan beliau pasti dan yakin dalam bidang tersebut. Rian, yang berhasrat mengasah bakatnya sebagai penggiat teater, ingin menggenggam ijazah sarjana muda dalam jurusan lakonan di Mak- tab Seni Lasalle. “Misi saya ialah membuat mere- ka yang hadir ke pementasan teater terhibur. Bagi saya, menyebarkan keceriaan adalah satu khidmat yang dapat saya sumbangkan,” kata Rian. MENJADI seorang yang fasih dalam beberapa bahasa memang sesuatu yang ingin dikecapi anak muda 18 tahun, Nur Raisah Ismail. Justeru anak bongsu tiga beradik ini tidak ber- fikir panjang mahu mempelajari bahasa Sepanyol dan menjadikannya antara subjek bagi Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas). Beliau yang telah pun lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pendidikan Menengah Am Antarabangsa (IGCSE), yang bersamaan de- ngan Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ pada usia 16 tahun, mahu mencabar dirinya dengan mempela- jari bahasa baru. “Saya mempunyai beberapa pilihan termasuk mempelajari bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun. “Bahasa Sepanyol menjadi pilihan kerana saya tertarik dengan budaya orang Sepanyol,” ujarnya yang dua kakaknya turut mengambil bahasa Sepa- nyol semasa mengikuti program diploma IB sebe- lum ini. Selama lebih setahun, Nur Raisah membuat ka- jian secara berdikari demi mempersiapkan esei yang membincangkan tentang perbezaan antara budaya warga Singapura apabila menyambut Hari Kebangsaan berbanding warga Sepanyol. “Daripada kajian yang dibuat, saya dapati kededua negara sama – sering menonjolkan kehe- batan ketenteraan masing-masing semasa sambu- tan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan mereka. “Namun dari segi semangat meraikannya di ka- langan rakyat dan penduduk kededua negara amat berbeza. “Jika penduduk Singapura lebih gemar duduk di rumah dan menyaksikan sambutan Hari Ke- bangsaan menerusi televisyen, rakyat Sepanyol pula gemar menyambutnya bersama warga Sepa- nyol lain dengan menghadiri pelbagai majlis kera- maian di seluruh negara itu. “Malah ada juga pesta jalanan,” kongsinya. Anak pengurus besar syarikat berbilang nega- ra dan suri rumah itu menambah beliau juga perlu mengasah kefasihannya dalam bahasa Sepanyol kerana ada aspek lisan dalam peperiksaan. Meraih 35 daripada 45 mata penuh, Nur Raisah yang berharap dapat melanjutkan pelaja- ran ke universiti di Canada atau Australia berkata beliau tidak pernah menyesal memilih IB sebagai laluan pendidikannya. “IB memberi peluang kepada semua pelajar meraih kecemerlangan. “Ia menitikberatkan soal kegiatan luar darjah yang menjadikan pelajar lebih serba boleh. “Ia menggarap kemahiran seseorang pelajar menjadi lebih bijak menguruskan masa dan lebih bertanggungjawab,” katanya yang juga merupa- kan pengawas sekolah dan naib kapten pasukan sorak sekolahnya. Cemerlang lepas tukar jurusan Bina disiplin menerusi esei dan bola Mahu sebar keceriaan menerusi teater Pelajari bahasa Sepanyol kerana tertarik dengan budayanya MENGEMBANG MINAT SENI: Rashad Faizal memaparkan perkembangan baik selepas tukar jurusan daripada teater kepada pembikinan filem di Sekolah Seni Singapura (Sota). – Foto M.O. SALLEH IMBANGI MASA: Salamah Mohd Kassim mampu mengimbangi masa antara melibatkan diri dalam pasukan bola sepak wanita sekolahnya dengan pelajaran, sesuatu yang diperlukan sebagai pelajar IB iaitu menjadi pelajar serba boleh. – Foto INIAZ RAHIM MAHU TERUS ASAH BAKAT: Rian Asrudi Asbulla ingin terus mengasah bakatnya sebagai penggiat teater dengan menggenggam ijazah sarjana muda dalam bidang lakonan di Maktab Seni Laselle. – Foto M.O. SALLEH BELAJAR BAHASA BARU: Mempelajari bahasa Sepanyol selama dua tahun membuka minda Nur Raisah Ismail tentang gaya hidup dan budaya orang Sepanyol, sekali gus membolehkannya membincangkan persamaan dan perbezaan orang Sepanyol dan Singapura dalam esei beliau. – Foto INIAZ RAHIM Pelajar Sota tunjuk bakat dalam pembikinan filem Selepas lebih 10 tahun Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) diperkenalkan kepada para pelajar Singapura sebagai satu lagi laluan pendidikan, beberapa pelajar Melayu melihat manfaat program ini dan bagaimana ia memenuhi minat serta citarasa mereka. SHAHIDA SARHID ([email protected]) dan NUR HUMAIRA SAJAT ([email protected]) meninjau aspirasi para pelajar program IB itu. 6 Berita Harian | Isnin, 16 Januari 2017 Berita SETEMPAT

› docs › default-source › news › 2017_01_16_bh... · SHAHIDA SARHID ([email protected]) dan Cemerlang lepas ...bakatnya sebagai penggiat teater, ingin menggenggam ijazah

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: › docs › default-source › news › 2017_01_16_bh... · SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan Cemerlang lepas ...bakatnya sebagai penggiat teater, ingin menggenggam ijazah

SEDANG rakan-rakannya meng-ambil enam tahun untuk meraih Di-ploma bagi Program Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) di Sekolah Se-ni Singapura (Sota) dalam bidang teater, Rashad Faizal harus menam-bah setahun lagi.

Beliau kecewa tetapi tidak patah semangat.

Pada tahun kelima yang terpaksa diulang itu, Rashad mengambil kepu-tusan mengubah jurusan kepada pembikinan filem.

Ternyata keputusan itu mem-buahkan hasil.

Di akhir tujuh tahun menuntut di Sota, beliau meraih 38 mata dalam keputusan IBDP – markah baik dari-pada 45 markah penuh.

Mengimbas perjalanan pengajian-nya, Rashad, 20 tahun, berkata be-liau tidak mahu kegagalan menjadi penghalang dalam memburu ke-jayaan.

“Saya sedih kerana tidak dapat melayakkan diri ke tahun keenam bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Kami rapat sejak tahun perta-ma,” ujar Rashad yang telah berke-cimpung dalam bidang teater sejak di sekolah rendah.

Menurut Rashad, beliau meng-hadapi banyak cabaran sewaktu menuntut jurusan teater kerana be-ban kerja dirasa terlalu berat.

Beliau bertukar jurusan kerana inginkan nafas baru dan mahu men-cuba sesuatu yang berbeza.

Sejak itu, prestasinya sebagai pe-lajar seni meningkat.

Antara pencapaiannya ialah filem Coney Island yang diterbitkannya di-pamerkan di bawah program anju-ran Muzium Negara.

Beliau juga terlibat dalam raka-man media Body of Land (2015) – sebuah pementasan meraikan ulang tahun ke-50 Singapura.

Menurut Rashad, kenangan pa-ling manis sewaktu menuntut di Sota ialah lawatan ke Thailand yang mem-berinya peluang menghadiri Festival Filem Antarabangsa Bangkok yang mempamerkan filem-filem Asia dan antarabangsa.

Selain pencapaian dalam bidang pembikinan filem, Rashad menge-tuai penerbitan majalah bertajuk Yuuka bagi menyumbang kepada masyarakat kreatif di sekolahnya.

Rashad berkata sokongan moral yang beliau terima memainkan pe-ranan penting dalam perjalanannya mencapai kejayaan.

Anak tunggal itu berkata beliau harus mengorbankan masa di rumah untuk meluangkan lebih masa di sekolah.

Ibu bapa beliau yang juga bekas pelajar seni di Akademi Seni Halus

Nanyang (Nafa) sentiasa memberi-nya sokongan.

“Saya beruntung kerana ibu bapa saya memahami keadaan saya. Mere-ka sentiasa memberi saya dorongan supaya terus berkecimpung dalam bidang seni,” ujar beliau.

Rakan-rakan sekelas Rashad se-jak tahun pertama juga tidak lepas memberinya sokongan moral.

“Walaupun saya tidak dapat melanjutkan ke tahun keenam bersa-ma mereka, mereka selalu bertanya khabar. Malah selepas mereka meraih diploma, mereka tetap mem-beri saya nasihat dan membantu di tahun akhir saya,” kata pelajar itu.

Selain pembikinan filem, beliau juga mengambil Bahasa Mandarin.

Rashad berkata guru-guru yang membimbingnya selama tujuh tahun banyak membantunya dalam subjek tersebut.

Menurut Rashad, pengalamannya di Sota menguatkan keinginannya meneruskan kegiatan dalam pem-bikinan filem.

Beliau berhasrat melanjutkan pe-lajaran dalam pembikinan filem digi-tal di Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media (ADM) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Bagi Rashad, prinsipnya ialah ja-ngan putus asa.

“Jangan takut apabila menghada-pi kegagalan. Sentiasa lihat ke hada-pan dan kerja keras kerana segala yang kita semai, akan kita tuai,” ka-ta beliau.

MENULIS esei sepanjang 4,000 per-kataan merupakan antara yang perlu di-lakukan Salamah Mohd Kassim yang mengikuti Program Diploma Baccalau-reate Antarabangsa di Sekolah Anglo- Chinese (ACS) – Bebas.

Selama empat bulan, pelajar 18 tahun itu membuat kajian tentang topik kepelbagaian budaya dan identiti bu-daya para penduduk di London.

Beliau menyelidik bagaimana pen-duduk London yang datang dari pel-bagai pelosok dunia menyesuaikan diri dengan budaya baru.

Meskipun proses menulis esei pan-jang itu merupakan satu cabaran, anak kedua daripada tiga beradik itu berusa-ha menyiapkannya sebagai persiapan untuk melangkah kaki ke universiti kelak.

Beliau ingin mendaftarkan diri di uni-versiti di London dalam bidang per-akaunan.

“Saya difahamkan menulis esei pan-jang seperti ini merupakan sesuatu yang biasa di universiti.

“Jadi mempersiap pelajar IB seperti saya untuk belajar dan buat kajian se-cara berdikari sebelum akhirnya menu-lis esei membincangkan apa yang dikaji adalah suatu pengalaman dan laluan pendidikan yang berbeza lagi bermak-na bagi saya,” kata Salamah.

Semasa keputusan IB dikeluarkan baru-baru ini, Salamah yang mengam-bil subjek Matematik, Ekonomi, Bahasa Inggeris, Kimia dan Psikologi meraih 38 mata. Markah penuh ialah 45 mata.

Dalam satu kenyataan yang dikeluar-

kan ACS (Bebas) pada 5 Januari lalu, 48 pelajar daripada kohort terkini meraih markah penuh, iaitu 45 mata, daripada 94 pelajar yang meraih mata penuh di seluruh dunia.

Ini merupakan jumlah markah penuh tertinggi pernah diraih sekolah itu sejak ia memperkenal program diplo-ma IB pada 2006, kata ACS (Bebas).

Keputusan memberangsangkan itu juga menjadikan para pelajar sekolah tersebut merangkumi lebih separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar se-luruh dunia yang meraih markah penuh semasa peperiksaan diploma IB pada November 2016.

Secara purata pelajar ACS (Bebas) meraih 41.82 mata berbanding purata kebangsaan sebanyak 38.27 mata dan purata global sebanyak 29.21 mata.

Lebih daripada sekadar menitik-beratkan soal akademik, pelajar IB juga digalak aktif dalam kegiatan luar dar-jah.

Bagi Salamah, beliau melibatkan diri dalam kelab bola sepak wanita di sekolahnya.

Menurut pemain pertahanan itu, mengimbangi antara sukan dan pelaja-ran membina keperibadian diri supaya lebih cekal dan berdisiplin dalam meng-hadapi cabaran di masa hadapan.

“Mengikuti program diploma IB menjadikan saya seorang individu yang serba boleh dan ini sesuatu yang mem-buat saya tertarik dengan laluan pendi-dikan ini,” kata Salamah, anak Kapten Mohd Kassim Haja Mydin, pemilik Si-rius Marine Private Limited.

MINAT adalah kunci kejayaan. Itulah yang dibuktikan Rian Asru-

di Asbulla yang berjaya meraih enam mata bagi kedua-dua subjek teater dan juga Bahasa Melayu mela-lui program khas Sijil Berkaitan Ker-jaya Baccalaureate Antarabangsa (IBCC).

“Saya rasa gembira dan lega de-ngan pencapaian ini,” kata beliau.

Menurut Rian, cadangannya mengikuti program IBCC bukanlah satu keputusan yang mudah.

IBCC adalah program yang ha-nya ditawarkan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran mereka.

Apabila Rian dipilih oleh guru-gu-ru di Sekolah Seni Singapura (Sota) untuk mengambil IBCC, ibu bapa dan rakan-rakannya bertanya sama ada beliau yakin ingin bergiat dalam teater sepanjang hidupnya.

Menurut pelajar kohort kedua se-jak IBCC dilancarkan itu, beliau sendiri meragui kebolehannya mengikuti program yang beliau gam-barkan sebagai mencabar.

Namun, selepas enam bulan ber-muhasabah diri, beliau menerima tawaran tersebut.

Rian percaya minatnya yang men-dalam dapat mengatasi segalanya.

Menurut Rian, cinta terhadap bidang seni dipupuk apabila beliau didedahkan kepada pelbagai bentuk seni seperti tarian, muzikal dan pe-mentasan semasa beliau aktif di Sri-wana pada usia semuda lapan tahun.

Berkat dorongan rakan-rakan di Sriwana dan sokongan ibu bapanya, Sota menjadi pilihan semula jadi Rian untuk melanjutkan pelajaran ketika mencecah umur 13 tahun.

Melalui program IBCC, bakat Rian dalam bidang teater semakin berkembang.

Beliau meraih pelbagai kemahi-ran khususnya dalam aspek teknikal dan terbitan melalui Projek Suitcase

sewaktu beliau bekerja sambil bela-jar di Teater Ekamatra.

Beliau juga berpeluang mereka bunyi bagi penerbitan Disordinary yang diarahkan mentornya sendiri.

Antara kenangan paling manis Rian ialah pementasan Guardian ciptaannya sendiri yang mengisah-kan tentang datuknya yang mening-gal dunia pada pertengahan tahun le-pas.

Bagi Rian, ia adalah cara beliau mengatasi perasaannya.

“Seni adalah wadah yang berke-san bagi seseorang mengekspresikan dirinya tentang sesuatu hal. Ia dapat membantu mengawal emosi,” tam-bah beliau.

Perjalanannya bukan mudah. Menurut Rian, beliau perlu mengim-bangi masa kerana banyak latihan yang harus dihadiri dan projek perlu diselesaikan dalam jurusan teater-nya.

Mengenai usaha mencapai ke-jayaannya, Rian berkata melihat ke-baikan di sebalik apa yang berlaku adalah penting.

“Saya sentiasa bersikap positif apabila berhadapan dengan apa jua masalah. Kadangkala apabila kesun-tukan masa, saya ambil nafas dan tenangkan fikiran. Dengan cara itu, barulah saya rasa bahawa masa sebe-narnya berada di samping saya,” tambahnya.

Menurut anak sulung itu, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan dalam jurusan yang diceburinya, asalkan beliau pasti dan yakin dalam bidang tersebut.

Rian, yang berhasrat mengasah bakatnya sebagai penggiat teater, ingin menggenggam ijazah sarjana muda dalam jurusan lakonan di Mak-tab Seni Lasalle.

“Misi saya ialah membuat mere-ka yang hadir ke pementasan teater terhibur. Bagi saya, menyebarkan keceriaan adalah satu khidmat yang dapat saya sumbangkan,” kata Rian.

MENJADI seorang yang fasih dalam beberapa bahasa memang sesuatu yang ingin dikecapi anak muda 18 tahun, Nur Raisah Ismail.

Justeru anak bongsu tiga beradik ini tidak ber-fikir panjang mahu mempelajari bahasa Sepanyol dan menjadikannya antara subjek bagi Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas).

Beliau yang telah pun lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pendidikan Menengah Am Antarabangsa (IGCSE), yang bersamaan de-ngan Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ pada usia 16 tahun, mahu mencabar dirinya dengan mempela-jari bahasa baru.

“Saya mempunyai beberapa pilihan termasuk mempelajari bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun.

“Bahasa Sepanyol menjadi pilihan kerana saya tertarik dengan budaya orang Sepanyol,” ujarnya yang dua kakaknya turut mengambil bahasa Sepa-nyol semasa mengikuti program diploma IB sebe-lum ini.

Selama lebih setahun, Nur Raisah membuat ka-jian secara berdikari demi mempersiapkan esei yang membincangkan tentang perbezaan antara budaya warga Singapura apabila menyambut Hari Kebangsaan berbanding warga Sepanyol.

“Daripada kajian yang dibuat, saya dapati kededua negara sama – sering menonjolkan kehe-batan ketenteraan masing-masing semasa sambu-tan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan mereka.

“Namun dari segi semangat meraikannya di ka-langan rakyat dan penduduk kededua negara amat berbeza.

“Jika penduduk Singapura lebih gemar duduk di rumah dan menyaksikan sambutan Hari Ke-bangsaan menerusi televisyen, rakyat Sepanyol pula gemar menyambutnya bersama warga Sepa-nyol lain dengan menghadiri pelbagai majlis kera-maian di seluruh negara itu.

“Malah ada juga pesta jalanan,” kongsinya.Anak pengurus besar syarikat berbilang nega-

ra dan suri rumah itu menambah beliau juga perlu mengasah kefasihannya dalam bahasa Sepanyol kerana ada aspek lisan dalam peperiksaan.

Meraih 35 daripada 45 mata penuh, Nur Raisah yang berharap dapat melanjutkan pelaja-ran ke universiti di Canada atau Australia berkata beliau tidak pernah menyesal memilih IB sebagai laluan pendidikannya.

“IB memberi peluang kepada semua pelajar meraih kecemerlangan.

“Ia menitikberatkan soal kegiatan luar darjah yang menjadikan pelajar lebih serba boleh.

“Ia menggarap kemahiran seseorang pelajar menjadi lebih bijak menguruskan masa dan lebih bertanggungjawab,” katanya yang juga merupa-kan pengawas sekolah dan naib kapten pasukan sorak sekolahnya.

Cemerlang lepas tukar jurusan

Bina disiplin menerusi esei dan bola

Mahu sebar keceriaan menerusi teater

Pelajari bahasa Sepanyol kerana tertarik dengan

budayanya

MENGEMBANG MINAT SENI: Rashad Faizal memaparkan perkembangan baik selepas tukar jurusan daripada teater kepada pembikinan filem di Sekolah Seni Singapura (Sota). – Foto M.O. SALLEH

IMBANGI MASA: Salamah Mohd Kassim mampu mengimbangi masa antara melibatkan diri dalam pasukan bola sepak wanita sekolahnya dengan pelajaran, sesuatu yang diperlukan sebagai pelajar IB iaitu menjadi pelajar serba boleh. – Foto INIAZ RAHIM

MAHU TERUS ASAH BAKAT: Rian Asrudi Asbulla ingin terus mengasah bakatnya sebagai penggiat teater dengan menggenggam ijazah sarjana muda dalam bidang lakonan di Maktab Seni Laselle. – Foto M.O. SALLEH

BELAJAR BAHASA BARU: Mempelajari bahasa Sepanyol selama dua tahun membuka minda Nur Raisah Ismail tentang gaya hidup dan budaya orang Sepanyol, sekali gus membolehkannya membincangkan persamaan dan perbezaan orang Sepanyol dan Singapura dalam esei beliau. – Foto INIAZ RAHIM

Pelajar Sota tunjuk bakat dalam

pembikinan filem

Selepas lebih 10 tahun Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IB) diperkenalkan kepada para pelajar Singapura sebagai satu lagi laluan pendidikan, beberapa pelajar Melayu melihat manfaat program ini dan bagaimana ia memenuhi minat serta citarasa mereka.

SHAHIDA SARHID ([email protected]) dan NUR HUMAIRA SAJAT ([email protected]) meninjau aspirasi para pelajar program IB itu.

6 Berita Harian | Isnin, 16 Januari 2017

Berita SETEMPAT