15
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KOD DAN NAMA KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK TAJUK: TUGASAN 4 NAMA DAN NOMBOR MATRIKS: NAMA NO. MATRIK LORETA ALAH WAN M20131000370 (KUMPULAN A: MATEMATIK) NAMA PENSYARAH: PROF DR MARZITA PUTEH PEMARKAHAN

Documentaa

  • Upload
    ruzina

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aa

Citation preview

Page 1: Documentaa

PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KOD DAN NAMA KURSUS:

SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

TAJUK:

TUGASAN 4

NAMA DAN NOMBOR MATRIKS:

NAMA NO. MATRIK

LORETA ALAH WAN M20131000370

(KUMPULAN A: MATEMATIK)

NAMA PENSYARAH:

PROF DR MARZITA PUTEH

PEMARKAHAN

Page 2: Documentaa

PERSEPSI DAN MASALAH GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI

DAERAH PEDALAMAN BARAM DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN

BERASASKAN SEKOLAH.

Loreta Alah Wan

Fakulti Pendidikan Sains dan Matematik

Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia

1. Abstrak

Projek ini dijalankan bertujaun untuk mengenalpasti persepsi dan masalah guru-

guru matematik sekolah rendah di daerah pedalaman Baram dalam melaksanakan

pentaksiran berasaskan sekolah khususnya bagi mata pelajaran Matematik. Seramai 5 orang

guru terlibat sebagai responden melalui persampelan bertujuan. Kajian ini adalah satu

kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kes. Untuk menjawab objektif kajian. Instrumen

kajian yang digunakan ialah satu set soalan temu bual berstruktur yang terdiri daripada 9

item. Secara keseluruhan, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat beberapa persepsi

guru matematik berkenaan dengan pelaksanaan PBS dalam mata pelajaran Matematik yang

baru diperkenalkan di sekolah terutamanya kesemua responden bersetuju bahawa PBS

mampu meningkatkan kemahiran pelajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif kerana

penilaian PBS merangkumi semua aspek termasuklah pemerhatian, lisan, penilaian prestasi

murid melalui penguasaan ‘Band’, termasuklah peperiksaan yang melibatkan kertas dan

pensel. Masalah utama yang dialami oleh responden ialah kekangan dari segi masa

sepanjang PBS ini. Namun begitu, responden bersikap optimistik dengan perubahan baru ini

dan berharap mendapat lebih pendedahan terhadap PBS dalam Matematik dalam bentuk

latihan dan kursus untuk meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap PBS

Matematik.

Kata Kunci: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Matematik, sekolah rendah, persepsi, masalah

Page 3: Documentaa

2. Pengenalan

Kementerian pendidikan dan pihak-pihak yang terlibat telah berusaha memperbaiki

mutu pendidikan ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti seiring dengan perubahan

peredaran zaman masa kini. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) untuk menyediakan guru yang memiliki ilmu dan kemahiran yang

berkualiti dengan hasrat ilmu dan kemahiran untuk membangunkan masyarakat yang berilmu

dan bertamadun tinggi.

KPM menjelaskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu

komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS juga

dioptimumkan pelaksanaannya untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan

secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM). Setelah mengalami pemurnian daripada PBS yang lepas, PBS ini dilaksanakan di

sekolah rendah mulai murid Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR menjelang

tahun 2016 manakala sekolah menengah pula dimulai dengan murid Tingkatan 1 pada 2012

dan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sepenuhnya bakal dilaksanakan pada

2014. Seiring dengan program transformasi negara, pelaksanaan PBS adalah untuk

menghasilkan modal insan berkualiti bertaraf dunia yang kreatif dan inovatif serta berdaya

saing. PBS memperkenalkan pentaksiran merujuk kepada standard pembelajaran dan

didokumentasikan oleh guru mata pelajaran itu sendiri.

Seperti mata pelajaran sekolah rendah yang lain, PBS dalam pendidikan Matematik

melibatkan Dokumen Standard Prestasi dan Pengurusan Pentaksiran yang dilaksanakan oleh

guru mata pelajaran matematik. Dalam Standard Prestasi matematik, terdapat sebanyak 6

evidens berdasarkan pernyataan standard masing-masing iaitu:

Page 4: Documentaa

Band Pernyataan Standard

1 Tahu pengetahuan asas matematik.

2 Tahun dan faham konsep matematik.

3 Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.

4 Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.

5

Menggunakan pengetahun dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan

masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.

6

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik secara

kreatif, inovatif dan berkesan.

Bermulanya pelaksanaan PBS ini maka bermulalah anjakan paradigma yang pesat

dalam bidang pendidikan negara kita yang sejak dahulu sememangnya berorientasikan

peperiksaan. Pentaksiran mulai diperkenalkan dalam dunia pendidikan negara kita yang

merupakan suatu perkara yang baru untuk dipelajari khususnya bagi warga pendidik.

3. Kajian literatur

Menurut Adimin (2011), pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan

Greek “assidere” yang bermaksud “duduk di sisi”. Ghafar (2011) mendefinisikan pentaksiran

adalah proses mengukur proses penilaian, iaitu proses sistematik yang melibatkan

pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian murid

terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau

pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah

dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang.

Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat

tentang pembelajaran murid (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan

pensel) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn dan

Miller, 2005). Dengan itu, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah merupakan suatu proses

Page 5: Documentaa

pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran

dan pembelajaran untuk membantu pihak sekolah untuk melakukan penambahbaikan bagi

mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam kajian Sanitah dan Norsiwati (2012) dijalankan untuk mengenalpasti apakah

tahap kesediaan guru dari aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran

dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sampel kajian terdiri

daripada 50 orang guru Matematik Tahun Satu di Daerah Kluang dengan menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian mereka telah mendapati semakin lama

seseorang guru mengajar murid tahun satu maka minat yang mendalam untuk menyampaikan

ilmu akan timbul. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan KSSR akan lebih berkesan dengan

adanya kesediaan minat dan sikap positif guru-guru yang mengajar Matematik tahun satu.

Guru-guru juga dapat memahami kehendak sukatan pelajaran dan berjaya menyampaikan

ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan

guru-guru yang berpengalaman mengajar murid tahun satu lebih mudah untuk mendekati

murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan.

Bagi memastikan PBS dilaksanakan dengan jayanya, kepemimpinan guru besar dalam

pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan kerana kepimpinan Guru besar atau

Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum

(Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010).

Menurut kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang Guru Besar sekolah

aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi, dapatan kajian menunjukkan Guru Besar

memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berupaya menjadi peneraju

utama untuk merealisasikan Dasar Pentaksiran Negara. Dengan adanya sokongan padu guru

besar sebagai ketua pelaksanaan PBS di sekolah menjadikan PBS sebagai satu sistem yang

amat releven untuk dilaksanakan di sekolah dan selaras dengan Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama.

Kajian (PBS) di sekolah menengah oleh Norani dan Saifulazri (2010) bertujuan untuk

mengenalpasti persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan

serta beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja

kursus berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian menunjukkan

guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan PBS mencatatkan

Page 6: Documentaa

peratusan yang amat tinggi. Guru-guru juga menyatakan bahawa pengurusan masa amat

penting. Selain itu, guru-guru dan pihak pengurusan juga mengambil berat berkenaan dengan

urusan kelengkapan peralatan dan bahan-bahan. Namun, pelaksanaan PBS menjadi agak

sukar kerana jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat. Secara keseluruhan

guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat memahami dan melaksanakan Pentaksiran PBS bagi

mata pelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik.

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah bagi mata pelajaran matematik di sekolah

rendah bermula pada tahun 2010 memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk

mengadaptasi dan memahami inovasi pendidikan ini. Pelbagai respon dan masalah yang

dihadapi oleh para guru matematik semenjak pelaksanaan PBS ini.

Justeru, pengkaji ingin menjalankan kajian di sekolah rendah untuk mengetahui

persepsi guru matematik tentang PBS dan mengenalpasti masalah yang dihadapi sepanjang

pelaksanaan PBS.

4. Pernyataan masalah

Pencapaian dalam akademik merupakan petunjuk utama pencapaian murid dan tahap

keberkesanan sesebuah sekolah dan guru. Sekolah yang berkualiti adalah sekolah yang

memiliki kemudahan fizikal yang lengkap dan mempunyai tenaga pengajar yang

berpengalaman dan mahir, sudah semestinya menunjukkan pencapaian murid yang tinggi

dalam peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Namun, bertitik tolak dari kewujudan PBS kini yang mula diperkenalkan pada tahun

2010, PBS khasnya dalam mata pelajaran matematik merupakan sesuatu yang ‘baru’ kerana

sebelum ini, PBS belum pernah dilaksanakan untuk mata pelajaran matematik. Pelaksanaan

PBS ini mendapat respon yang berbeza di kalangan guru, murid, pihak sekolah, dan ibu bapa.

Justeru, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para

guru dalam aspek kesediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk

melihat persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS ini. Guru dilihat terbeban dengan tugas-

tugas seperti membina instrumen (soalan) PBS, menyemak dan menanda standard prestasi

bagi setiap murid, seterusnya ‘key-in’ hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh

persekolahan.

Page 7: Documentaa

Penyelidik ingin memastikan apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru

Matematik sehingga pelaksanaannya agak hambar di sekolah. Penyelidik ingin mencari

jawapan kepada persoalan adakah pelaksanaan PBS ini, menyukarkan guru sehingga mereka

bersikap negatif terhadap pelaksanaan PBS.

5. Persoalan kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang ingin dikenalpasti oleh penyelidik adalah seperti berikut:

i. Apakah persepsi guru-guru matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah?

ii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan PBS di

sekolah?

6. Objektif

Hasil dari kajian yang dijalankan penyelidik berharap agar dapat :

i. Mengkaji persepsi guru-guru terhadap pelaksanaan PBS di sekolah.

ii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik dalam

melaksanakan PBS di sekolah.

7. Metodologi

Bab ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, responden dan lokasi kajian,

intrumen kajian yang digunakan, prosedur menjalankan kajian dan seterusnya pengumpulan

dan penganalisisan data secara kualitatif.

7.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan kajian kualitatif reka bentuk kajian kes. Kajian kes kualitatif biasanya

dijalankan sebab penyelidik berminat untuk meneroka, membuat interpretasi dan mendapat

pemahaman yang mendalam tentang suatu kes (Othman, 2012) Bentuk kajian kualitatif ini

membenarkan kajian dilakukan dari dekat iaitu pengkaji hadir dalam komuniti atau sekolah

Page 8: Documentaa

yang dikaji untuk menjalankan pemerhatian secara dekat. Metodologi kajian kualitatif

merupakan kaedah paling sesuai untuk mengkaji sesuatu persoalan dengan lebih mendalam.

Ini kerana pengalaman dan persepsi tidak dapat diukur secara kuantitatif.

7.2 Responden dan lokasi

Pengkaji telah menjalankan kajian di sebuah sekolah di kawasan pedalaman Baram,

Sarawak. Sekolah ini merupakan sekolah kategori pedalaman yang terdiri daripada 15 orang

guru.

Persampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan responden selaras dengan

matlamat pengkaji untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang fenomena yang

dikaji dengan memilih kelompok manusia secara teliti dan bertujuan (Othman, 2012).

Seramai 5 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari kalangan guru

matematik sekolah rendah yang terlibat dengan PBS Matematik.

Di samping itu, pemilihan responden juga adalah berdasarkan kerelaan dan

kesanggupan guru-guru tersebut untuk terlibat dalam kajian ini.

7.3 Instrumen kajian

Bagi kajian ini, satu set instrumen digunakan untuk memperoleh data kajian iaitu temu bual

berstruktur. Dalam kaedah temu bual berstruktur, penyelidik bersedia dengan soalan-soalan

temu bual untuk mendapatkan maklumat tentang persepsi dan masalah guru terhadap

pelaksanaan PBS. Beberapa soalan dirangka oleh pengkaji agar bersesuaian dengan objektif

dan persoalan kajian. Dengan itu, pengkaji akan mendapat jawapan kepada persoalan-

persoalan temu bual yang telah dirangka.

Setelah soalan temu bual berstruktur digubal, kajian rintis dijalankan terhadap 3 orang

guru matematik yang tidak terlibat dengan kajian ditemu bual untuk menjawab soalan-soalan

temu bual berstruktur yang telah disediakan untuk kajian rintis. Ini bertujuan untuk melihat

gambaran perjalanan aktiviti dalam kelas dan untuk memperbaiki item-item yang sukar

difahami, mengubah struktur ayat dan membuang ayat atau perkataan yang mengelirukan

agar bersesuaian dengan matlamat kajian. Kajian rintis dijalankan di masa yang berbeza-beza

tetapi masih bertanyakan soalan temu bual yang sama. Pengkaji juga cuba mencungkil dan

meneroka persepsi responden melalui soalan-soalan yang dikemukakan yang saling berkait

Page 9: Documentaa

dengan responden berdasarkan tujuan dan persoalan kajian. Item sebenar akhirnya dibina dan

digunakan dalam kajain ini.

7.4 Prosedur menjalankan kajian

Kajian ini menggunakan teknik soalan temu bual berstruktur kepada responden yang telah

dikenalpasti. Seterusnya temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklumat daripada

responden berkaitan persepsi dan masalah berdasarkan pengalaman mereka semasa

mengendalikan PBS matematik di sekolah.

Temu bual dijalankan pada waktu petang selepas waktu persekolahan untuk

mengelakkan daripada menganggu waktu mengajar responden terlibat. Responden kajian

akan ditemu bual dalam masa selama 20 hingga 30 minit. Namun, masa sebenar temuduga

bagi subjek kajian adalah berbeza bergantung kepada respon mereka.

7.5 Pengumpulan data

Setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut,

pengkaji mengadakan satu sesi penerangan diberikan kepada responden tentang kepentingan

kajian, dan kesediaan mereka untuk bekerjasama secara sukarela amat dialu-alukan.

Jadual waktu sesi temu bual diedarkan kepada semua resonden agar mereka dapat

bersedia meluangkan masa untuk sesi temu bual. Dalam sehari, hanya seorang responden

sahaja yang akan ditemu bual berikutan jadual aktiviti sekolah yang padat.

8. Dapatan dan perbincangan

Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap responden, berikut adalah hasil dapatan

kajian tentang persepsi guru matematik tentang pelaksanaan PBS di sekolah:

i. Kesemua responden bersetuju bahawa PBS dapat meningkatkan kemahiran pelajar dari

segi kognitif, psikomotor dan afektif kerana penilaian PBS merangkumi semua aspek

termasuklah pemerhatian, lisan, penilaian prestasi murid melalui tahap ‘Band’, dan

peperiksaan yang melibatkan kertas dan pensel. Melalui tahap penguasaan ‘Band’

Page 10: Documentaa

murid, guru tahu setakat mana tahap penguasaan murid dalam matematik dan ini

membolehkan guru untuk mengesan murid yang belum menguasai tahap yang diajar

untuk tujuan pemulihan.

ii. 4 daripada 5 orang responden kurang bersetuju bahawa penilaian PBS dapat

menunjukkan skor sebenar atau menunjukkan keupayaan sebenar seorang murid kerana

terdapat isu bias dalam penilaian guru mata pelajaran. Isu bias sememangnya kerap

berlaku dalam penilaian ini seperti guru tertentu kurang berpuas hati terhadap disiplin

murid ketika pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jadi tidak mustahil adanya

unsur bias dalam penilaian sedangkan murid tersebut sebenarnya mampu menguasai

tahap-tahap pembelajaran yang ditetapkan mengikut ‘Band’.

iii. Kesemua responden menyokong cadangan Kementerian Pendidikan untuk menjadikan

PBS bahan penilaian utama dalam peperiksaan PMR dan SPM di masa hadapan, tetapi

penilaian bertulis haruslah diwajibkan agar seimbang dengan PBS. Ini kerana perlunya

ada satu pengukur yang jelas iaitu melalui peperiksaan awam yang menjadi pengukur

kepada tahap pencapaian akademik murid.

iv. Kesemua responden tidak pasti adakah kaedah dan pendekatan yang sesuai digunakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menerapkan dan meningkatkan

kemahiran menaakul murid-murid. Menurut salah seorang responden, kepelbagaian

tahap penguasaan murid menyebabkan guru keliru untuk menggunkana kaedah dan

pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran menaakul murid khasnya untuk

PBS ini.

Untuk mengetahui masalah yang dihadapi guru matematik tentang pelaksanaan PBS di

sekolah, dapatan kajian yang diperolehi adalah seperti yang berikut:

i. Kesemua responden menyatakan bahawa kekangan masa merupakan satu masalah

utama dalam melaksanakan PBS Matematik kerana guru terpaksa mengejar silibus

pembelajaran kerana melibatkan guru. Jika murid belum menguasai sesuatu tahap

‘Band’, maka guru perlu mengulang topik tersebut sehingga murid menguasai tahap

yang ditetapkan dan ini mengundang masalah yang besar kepada para guru untuk

mengejar silibus. Terdapat juga guru yang mengadakan kelas petang khas untuk

Page 11: Documentaa

mengajar murid yang lemah dalam matematik supaya prestasi murid tersebut dapat

diperbaiki seterusnya dapat menguasai topik pembelajaran yang dipelajari.

ii. Kesemua responden menyatakan bahawa PBS sudah kurang membebankan sejak

pelaksanaan pengisian capaian ‘Band’ murid secara ‘offline’ dari semasa ke semasa.

Jika sebelum ini pengisian capaian ‘Band’ diadakan secara online, sememangnya

menyukarkan para guru kerana masalah capain internet yang amat perlahan di kawasan

pedalaman sehingga menyebabkan guru turun ke pekan yang berdekatan untuk mengisi

capaian ‘Band’ sebelum tarikh tutup pengisian. Namun sekarang masalah ini berjaya

dikurangkan melalui pengisian ‘Band’ secara ‘offline’.

iii. Empat daripada lima orang responden menyatakan bahawa capaian internet merupakan

masalah utama walaupun penambahbaikan sudah dilaksanakan. Ini kerana kadang-kala

capaian internet yang kurang stabil menyukarkan para guru untuk mengakses internet

untuk mendapatkan maklumat yang terkini dalam PBS terutamanya untuk mengetahui

perkembangan PBS Matematik dari sekolah-sekolah luar.

iv. Kesemua guru berkata bahawa terdapat rungutan daripada ibu bapa kerana mereka

tidak tahu prestasi anak-anak mereka di sekolah. Sebelum ini gred A, B, C, D, dan E

menjadi penunjuk aras pencapaian anak-anak mereka, namun kini tidak lagi. Ini

menyebabkan pihak sekolah juga kurang mendapat sokongan daripada ibu bapa

berikutan perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan PBS.

v. Kesemua guru berharap agar program latihan serta kursus lanjutan berkenaan PBS

Matematik diperluaskan khasnya untuk guru opsyen Matematik agar mereka lebih

terdedah dengan PBS dan memahami tentang objektif, sasaran, dan tatacara

pelaksanaan PBS matematik pada masa akan datang. Empat daripada lima orang

responden juga menyatakan bahawa kurangnya pendedahan dan kursus terhadap

pelaksanaa PBS ini menyebabkan mereka kurang memahami dengan lebih mendalam

tentang objektif dan pelaksanaan PBS.

Berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan ke atas responden, pelbagai persepsi

dan tanggapan yang timbul sejak bermulanya PBS Matematik pada tahun 2011. Pelbagai

usaha yang dilakukan oleh pihak kementarian pendidikan untuk memberi pendedahan

Page 12: Documentaa

semaksima yang mungkin kepada guru-guru menerusi kursus, induksi dan program-program

yang melibatkan guru sebagai mentor dan fasilitator PBS dalam bidang mata pelajaran

masing-masing.

Namun, kejayaan pelaksanaan PBS sekali lagi terletak pada bahu guru itu sendiri

kerana golongan pendidik inilah yang bakal mencorak hala tuju pendidikan negara pada

masa akan datang. Justeru, komitmen yang amat tinggi dari guru amat perlu untuk

memperbaiki segala masalah yang wujud demi menjayakan PBS ini. Untuk menyahut

cabaran ini, maka guru-guru matematik perlu:

i. Bersedia dengan perubahan

Guru harus sentiasa berfikiran positif terhadap perubahan yang berlaku dalam system

pendidikan negara termasuklah semua inovasi dalam kurikulum yang berkaitan. Pelaksanaan

pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-

guru semakin mencabar. Tugas dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar setelah

penilaian yang berorientasikan peperiksaan telah digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan. Guru perlulah bersedia dari

pelbagai aspek seperti minat, sikap, penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

ii. Komitmen guru dalam melaksanakan PBS

Menurut Nias (1996), komitmen yang tinggi perlu ada pada setiap guru dalam memberikan

yang terbaik kepada pelajarnya kerana guru berhadapan dengan beban tugas yang semkin

banyak dan mencabar. Profesion perguruan masa kini merupakan satu kerjaya yang mulia.

Seiring dengan peredaran zaman teknologi yang makin berkembang pesat, begitu juga

dengan cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik masa kini. Komitmen yang tinggi

terhadap tugas menuntut pendidik untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran

dalam menyesuaikan diri dengan perubahan–perubahan yang berlaku dalam sistem

pendidikan negara seperti PBS.

iii. Mempertingkatkan pengetahuan pedagogi pengajaran matematik

Page 13: Documentaa

Guru harus mengambil tahu berkenaan pengetahuan pedagogi kerana ia akan mempengaruhi

kaedah dan pendekatan pengajaran serta penyediaan sumber pengajaran. Ini dapat

menggalakkan murid untuk berfikir luar daripada kotak melalui sumber atau bahan

pengajaran yang diberikan oleh guru (Noraini, 2013). Guru juga harus mencari penyelesaian

atau pelbagai cara bagaimana untuk menarik minat murid sama ada dalam bentuk

persembahan, contoh, penjelasan dan pelbagai cara agar mudah difahami oleh murid.

iv. Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa

Adalah menjadi tanggungjawab dan tugas pihak sekolah untuk memaklumkan kepada ibu

bapa tentang sebarang aktiviti yang berlaku di sekolah, termasuklah perubahan dalam sistem

pendidikan, iaitu PBS. Memandangkan PBS suatu perkara yang baru, ibu bapa perlu diberi

taklimat dan pendedahan agar mereka memahami tujuan, dan cara pelaksanaan PBS ini

dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kecelaruan dan tanggapan negatif terhadap

sistem pembelajaran yang baru ini.

9. Rumusan

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Segala

kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar dijadikan sebagai alasan untuk

pelaksanaan PBS kembali lemah. Maka, guru harus bersedia dengan perubahan yang berlaku

selari dengan peredaran zaman. Perubahan kurikulum di Malaysia berlaku dengan amat pesat

pada masa kini dan akan berkembang dengan lebih pesat secara berterusan selari dengan

perubahan kehendak pendidikan global. Oleh yang demikian, warga pendidik harus

mengambil peluang ini ke arah memperkasakan kurikulum kebangsaan bermulanya di

sekolah demi menjadikan sistem pendidikan kita berdaya bersaing di pentas pendidikan

dunia.

Page 14: Documentaa

10. Rujukan

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Dicapai pada April 29, 2013, di

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=

Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2Ed. Vol. 371.26).

Skudai: Penerbit UTM Press.

http://eprints.uthm.edu.my/5360/1/RASIDAYANTY_BINTI_SAION.pdf

http://greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc078%20Noraini%20Mat%20Loddin.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam

http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=353:pen

taksiran berasaskan-sekolah&catid=19 diakses pada 1 Julai 2014.

Linn, R. L. & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching. Prentice

Nias, J. (1996). Thinking about Feeling: The emotions in Teaching. Cambridge Journal of

Education, 26(3), 293-306.

Noraini Mat Loddin dan Suhaida Abdul Kadir (2013). Penerimaan Guru Terhadap

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dengan Komitmen Guru Dalam Melaksanakan

PBS Sekolah Rendah. Dalam

http://greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc078%20Noraini%20Mat%20Lodd

in.pdf diakses pada 25 Julai 2014.

Othman Lebar (2012). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.: 100, 192.

Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu

Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang.

Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.

Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010).Guru dan cabaran semasa. Selangor. Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Page 15: Documentaa

Lampiran 1

Soalan temu bual

Bahagian A : Persepsi guru

1. Menurut pandangan anda, adakah PBS dapat meningkatkan kemahiran pelajar dari

segi kognitif, psikomotor dan afektif? Bagaimana?

2. Adakah penilaian PBS dapat menunjukkan skor sebenar atau menunjukkan keupayaan

sebenar seorang murid?

3. Adakah anda menyokong cadangan kementerian pendidikan untuk menjadikan PBS

bahan penilaian utama dalam peperiksaan PMR dan SPM di masa hadapan?

4. Untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul murid-murid, apakah

kaedah dan pendekatan yang anda lakukan terhadap dalam kelas?

Bahagian B : Masalah guru

1. Adakah anda menghadapi kekangan masa untuk melaksanakan PBS Matematik?

2. Adakah PBS membebankan?

3. Adakah kemudahan di sekolah anda mencukupi untuk pelaksanaan PBS?

4. Apakah masalah-masalah lain yang anda hadapi berkaitan dengan pelaksanaan PBS di

sekolah?

5. Apakah cadangan anda untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan PBS?